Followers

Wednesday, 1 June 2011

Separuh Hati Untukmu 5


RANIA berjalan menuju ke pintu pagar utama untuk ke gerai makan yang terletak bersebelahan dengan kilang tempatnya bekerja.
            “Ran!”
            Baru saja sebelah kakinya melepasi pintu pagar, kedengaran suara seseorang memanggilnya. Dia menoleh ke belakang dan menunggu orang yang memanggilnya itu sampai kepadanya. Dia mengesat peluh yang memercik dicelah-celah tudung yang dipakainya dengan tisu. Cuaca pada hari itu sangat panas. Maklumlah baru pukul 12.30 tengah hari. Ramai juga pekerja kilang yang keluar untuk mengisi perut.
            “Nak pergi makan ke?” soal Rowana sebaik saja dia sampai di depan Rania. Dia mengusap perutnya yang semakin membesar. Hanya beberapa bulan saja lagi dia akan bergelar ibu.
            “Taklah, nak pergi memburu...” Rania ketawa besar melihat muka Rowana yang kegeraman. “Aduh!” Dia mengaduh apabila Rowana mencubit lengannya. Tangan kirinya menggosok lengan kanan yang terasa perit.
            “Padan muka! Akak tanya betul-betul, dia jawab main-main...”
            “Alah, Kak Ana ni... orang gurau pun tak boleh. Jom teman saya pergi makan.”
            “Tak apalah, akak tengah tunggu Abang Mat ni. Nak pergi makan sandwich panjang kat Subway.”
            “Amboi, orang tengah-tengah hari macam ni cari nasi, Kak Ana pulak cari sandwich panjang. Jomlah kak kita duduk sana, panaslah kat sini.” Dia mengajak Rowana duduk sebentar di sebuah bangku yang berdekatan dengan pondok pengawal. Di situ terlindung sedikit daripada cahaya matahari.
            “Akak dengar Ran nak sambung belajar. Betul ke?” soal Rowana sebaik saja melabuhkan duduk. 
            Berkerut kening Rania. Setahunya dia tak pernah bercerita pada sesiapa mengenai hal dia ingin sambung belajar kecuali... takkanlah Naj yang bagitahu kot? “Mana Kak Ana dapat tahu pasal berita ni?” soalnya pelik.
“Hari tu akak ada terdengar perbualan kau dengan Naj kat toilet. Masa tu akak pun ada kat dalam cuma kau orang je yang tak perasan. Sorrylah, akak bukan nak curi dengar tapi terdengar. Dah kau orang cakap kuat sangat akak dengarlah,” terang Rowana.
            “Ooo, macam tu. Saya tak marah pun. Tapi Kak Ana jangan heboh-hebohkan eh? Saya tak confirm lagi nak pergi ke tak.” Dia masih lagi menanti persetujuan daripada Razali.
            “Pergi jelah. Tawaran pun dah dapat, kan? Peluang hanya datang sekali je, Ran. Kalau kau lepaskan takut kau menyesal je nanti. Lagipun kau tu muda lagi.” Bahu Rania dielus perlahan.
            “Nantilah saya fikirkan,” jawabnya. Semua rakan sekerjanya tak tahu perihal masa silamnya kecuali Najwa. Najwa merupakan sahabat baiknya semenjak di sekolah rendah lagi. Najwa tempat dia meluahkan masalah selain emaknya. Hubungan mereka sudah seperti adik-beradik dan tiada rahsia di antara mereka. Dia bersyukur kerana mempunyai sahabat sebaik Najwa yang sanggup meminjamkan telinga untuk mendengar keluh kesahnya dan sanggup meminjamkan bahu untuk dia tumpang menangis.
            Kedengaran bunyi enjin motorsikal menghampiri kawasan yang mereka duduki. Rania dan Rowana mengalihkan pndangan ke arah bunyi itu. Rupanya Mat Ali, suami Rowana sudah sampai.
Rowana bangkit mendapatkan suaminya diikuti Rania dari belakang.
“Hai, Abang Mat. Makan sandwich panjang jelah tengah hari ni ya?” Rania cuba berbasa basi sambil matanya memandang Rowana yang telah selamat duduk gaya orang lama membonceng motor. Yalah, perut sudah membesar kan?
“Nak buat macam mana... orang dalam tu nak makan sandwich panjang. Ikutkan jelah. Kata orang dulu-dulu, orang mengandung ni kalau dia tak dapat makan apa yang dia idamkan, bila anak tu besar nanti air liur dia asyik nak meleleh je. Orang dululah kata, tak tahulah Abang Mat betul ke tak. Ni pun nasib baik Kak Ana kau ni mengidam sandwich panjang kat Subway je… buatnya dia minta daging rusa kat hutan, masak Abang Mat nak kena carinya.”
Rowana dan Rania ketawa.
“Ran  nak kirim apa-apa tak?” pelawa Rowana yang sedang mengancing tali topi keledar.
“Tak naklah, kak. Saya nak makan nasi kejap lagi. Tak terasa nak makan sandwich panjang lagi. Kalau ada terasa nak makan saya beli sendiri je nanti,” tolak Rania lembut.
“Kami gerak dululah ya? Takut ramai pulak orang kat Subway tu,” kata Mat Ali. Gear sudah ditekan.
Sebaik kelibat motor Mat Ali hilang dari kawasan kilang, Rania kembali bergerak ke destinasi yang ingin dituju tadi. Perutnya sudah mula berbunyi minta diisi. Mata sudah terbayang nasi putih berlaukkan sambal sotong!

PETANG itu Razali pulang awal ke rumah. Kebiasaannya dia hanya akan pulang apabila hampir waktu maghrib. Kesempatan itu diambil oleh Azizah untuk berbincang mengenai tawaran sambung belajar Rania.
            “Abang, Zah ada sesuatu nak bincang dengan abang ni.” Azizah menegur Razali yang sedang menonton berita jam 5 petang di TV1.
            Razali mencapai remote dan memperlahankan suara televisyen. “Hal apa yang Zah nak bincangkan ni?” Cermin matanya turut ditanggalkan.
            “Pasal kakak...” Azizah membetulkan duduknya.
            “Kenapa dengan kakak?” Razali mengerutkan keningnya.
            “Kakak ada dapat tawaran sambung belajar,” ujar Azizah perlahan. Wajah Razali ditenung untuk melihat reaksi suaminya.
            Wajah Razali berubah ceria. “Baguslah tu! Dekat mana dia dapat? Sepenuh masa ke PJJ?” soalnya teruja. Memang itu yang dia impikan. Dia mahu anak-anaknya berjaya hingga ke menara gading.
            “Sepenuh masa. Dia dapat kat Universiti Malaya, KUALA LUMPUR. Abang izinkan ke dia pergi?” Perkataan Kuala Lumpur ditekankan. Wajahnya kelihatan gelisah.
            “Eh, mestilah abang izinkan! Kenapa muka Zah nampak risau je ni?” Razali pelik melihat wajah isterinya.
            “Zah risau dia tinggal kat sana sorang-sorang. Lagipun dia mana pernah berjauhan dengan kita.”
            “Ya ke risau dia tinggal kat sana sorang-sorang? Dulu masa dia pergi rombongan kat Cameron Highlands Zah tak risau pun? Galakkan lagi adalah.” Razali mengecilkan matanya, kurang percaya dengan jawapan yang diberikan Azizah.
            Merah muka Azizah apabila Razali dapat menghidu pembohongannya. Dia menundukkan wajahnya.
            “Alah, cakap jelah yang Zah bimbang dia cari seseorang kat sana. Kan?” Razali memang sudah masak sangat dengan perangai isterinya yang amat fobia dengan Kuala Lumpur.
Azizah mengangkat muka. “Ya, Zah mengaku memang itu yang Zah risaukan. Abang tak risau ke?” Ketika Rania meminta kebenaran kepadanya tempoh hari, dia separuh rela mengizinkan. Dia memang suka Rania mahu menyambung pelajaran tapi tempat yang akan Rania pergi itu membuatkan dia tak senang duduk!
            Razali menggaru keningnya perlahan. “Zah... kakak  tu dah besar panjang. Dah 24 tahun pun. Dia dah pandai fikir mana yang baik dan yang buruk untuk diri dia. Abang akan restui dan hormati keputusan dia. Kalau dia nak cari orang tu kita tak boleh nak halang. Ini soal hidup dia.”
            “Kalau itu keputusan abang, Zah ikut je. Zah pun nak tengok kakak berjaya. Cuma satu je yang Zah harapkan. Zah harap sangat dia tak lupa diri bila kat sana nanti. Kuala Lumpur tu boleh tahan jugak bahayanya.”
            “Insya-Allah… dengan didikan agama yang kita berikan pada dia, abang yakin dia tak akan mudah lupa diri.” Razali menguatkan kembali suara televisyen.
            Azizah bangkit meninggalkan ruang tamu.
                                                           
“KAKAK, betul ke mak cakap kakak dapat tawaran sambung belajar?” soal Razali ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam. Wajahnya sengaja diseriuskan.
            Terhenti perbuatan Rania yang ingin menyuapkan nasi ke dalam mulut. Jantungnya berdegup laju. Dia takut sekiranya abahnya tak mengizinkan dia menyambung pelajaran. Perlahan-lahan dia mengangguk.
“Kenapa kakak langsung tak pernah bincang dengan abah dan mak sebelum kakak memohon nak sambung belajar? Dah pandai belakangkan kami pulak sekarang.”
Erk...” Rania tak tahu mahu membalas apa. Dia tak menyangka abahnya akan berfikir begitu. Kepalanya ditundukkan, takut mahu memandang muka abahnya yang serius.
            Adik-adiknya hanya diam. Mereka tak berani menyampuk, bimbang dimarahi. Memang begitulah ajaran Razali dan Azizah kepada mereka. Apabila orang yang lebih tua sedang bercakap, mereka dilarang menyampuk. Takut dikatakan kurang ajar pula.
            Suasana di meja makan sunyi seketika. Yang kedengaran hanya bunyi jantung Rania yang berdebar-debar seperti menanti hukuman dijatuhkan ke atas pesalah.
            “Abah dah buat keputusan...” Razali berjeda seketika.
            Rania menelan liurnya berkali-kali. Matanya dipejam.
Razali mencapai air sirap lantas diteguk sekali. Kemudian dia berdeham membetulkan suaranya. “Abah bagi kebenaran untuk kakak sambung belajar.”
            Rania mengangkat mukanya. Terima kasih, ya Allah… terima kasih kerana melembutkan hati abahku untuk mengizinkan aku sambung belajar di Kuala Lumpur, ucapnya di dalam hati. “Betul ke kakak boleh sambung belajar kat KL ni, bah?” Dia ingin kepastian. Dia takut tersalah dengar. Maklumlah abah dan emaknya dulu amat takut kalau dia menyebut pasal Kuala Lumpur.
            Razali mengangguk sambil tersenyum. “Betul... saja abah nak takutkan kak long tadi. Tapi dengan satu syarat!”
            “Apa syaratnya?” soalnya tak sabar. Hatinya kembali berdebar.
            “Syaratnya... kakak kena janji akan belajar bersungguh-sungguh dan tak abaikan solat. Janji?”
            “Baiklah abah, kakak janji. Lagipun solat tu kan tiang agama? Kakak akan ingat semua ajaran abah dan mak pada kakak dulu. Kakak jugak janji, bila kakak dah berjaya nanti kakak takkan lupakan abah, mak dan adik-adik.” Bersungguh-sungguh dia berjanji.

            Azizah, Razali dan adik-adik Rania tersenyum mendengarnya. Suapan yang terhenti tadi disambung semula. 
                                                           
“DATO’, ustaz yang Dato’ jemput tu dah sampai. Dia ada kat ruang tamu bawah,” beritahu Mak Pah sebaik saja Dato’ Azhar membuka pintu bilik.
            Dato’ Azhar mula teringat akan Ustaz Al Hafiz yang diperkenalkan oleh besan tak jadinya. Memandangkan Thakif lumpuh, dia terpaksa meminta ustaz itu datang ke rumahnya untuk Thakif merujuk permasalahan agama. “Kak Pah bawak dia naik kat ruang tamu atas, saya nak pergi panggil Kif dulu...”
            “Baik, Dato’...” Mak Pah turun semula ke bawah.
            Dato’ Azhar melangkah ke bilik Thakif. Pintu bilik anak lelakinya dibuka. Dia melangkah ke arah sofa dan melabuhkan duduk sementara menanti Thakif selesai solat isyak. “Kif, Ustaz Al Hafiz dah sampai… jom kita ke ruang tamu depan,” ajak Dato’ Azhar sebaik saja Thakif selesai menunaikan solat isyak. Dato’ Azhar bangkit lalu menolak kerusi roda Thakif ke ruang tamu tingkat atas itu. Sebaik sampai di ruang tamu, kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan umur pertengahan 30-an sudah sedia menanti.
Lelaki itu berdiri dan bersalaman dengan Thakif dan Dato’ Azhar.
“Maaflah kalau saya dah menyusahkan ustaz datang ke rumah malam-malam begini. Ganggu masa rehat ustaz dengan keluarga...” Dato' Azhar berbasa-basi usai sesi suai kenal antara Ustaz Al Hafiz dan Thakif.
            “Tak apa, Dato’... saya ikhlas tolong keluarga Dato’. Lagipun dah memang tanggungjawab manusia saling tolong-menolong sesama sendiri,” jawab Ustaz Al Hafiz yang murah dengan senyuman.
            “Ustaz, saya pernah menyebut tak percayakan Allah dan menghina-Nya tapi masa tu saya dalam keadaan tertekan. Adakah saya dikira murtad? Tapi saya telah insaf, sudah mengucap dua kalimah syahadah dan sudah melakukan solat taubat. Adakah taubat saya diterima-Nya?” Tanpa membuang masa Thakif mengemukakan soalan.
            “Sebelum saya jawab soalan Encik Thakif, biar saya jelaskan dulu maksud murtad ya?” Ustaz Al Hafiz masih tak lekang dengan senyuman.
            Thakif mengangguk dan membalas senyuman.
            “Sebenarnya, murtad ni dari sudut bahasa Arab berasal daripada perkataan riddah. Riddah bermaksud kembali daripada sesuatu kepada selainnya manakala dari sudut syarak pulak bermaksud meninggalkan atau keluar daripada agama Islam dan memeluk mana-mana agama atau mana-mana aqidah lain atau mana-mana ajaran sesat sama ada melalui perkataan, perbuatan dan keyakinan hati.”
Thakif dan Dato’ Azhar cuba mendalami apa yang disampaikan oleh Ustaz Al Hafiz.
“Murtad ni jugak merupakan satu jenayah besar dalam Islam. Ia dianggap kufur yang paling jijik dan keji, malah lagi keji daripada kufur biasa kerana orang murtad dianggap menghina Islam, menghina Allah SWT dan Rasulullah SAW. Sebab tu orang murtad mesti dijatuhkan hukuman bunuh apabila disuruh bertaubat beberapa kali tapi dia tetap tak nak bertaubat. Allah pernah berfirman, dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya lalu dia mati, sedangkan dia tetap kafir, maka rosaklah segala amal usahanya di dunia dan akhirat. Mereka itulah ahli neraka dan akan kekal selama-lamanya. Rasulullah pula bersabda, sesiapa yang menukar agamanya, maka hendaklah kamu membunuhnya…” Ustaz Al Hafiz berhenti seketika. Dia mencapai cawan yang berisi air teh O yang sudah terhidang di depannya lalu menyisip perlahan.
 “Tadi ustaz kata murtad boleh terjadi melalui perkataan, perbuatan dan keyakinan, kan? Boleh ustaz terangkan?” pinta Thakif sebaik saja melihat Ustaz Al Hafiz meletakkan semula cawan di atas meja.
Ustaz Al Hafiz mengangguk. Dia berdeham seketika sebelum menjawab. “Mengikut Islam, murtad boleh terjadi melalui tiga perkara.” Tiga jari kanan dikeluarkan. “Yang pertama melalui perkataan. Seseorang itu boleh dianggap murtad sekiranya dia mengeluarkan kata-kata yang berunsur penghinaan atau mengejek ajaran Islam. Sebagai contoh dia berkata begini, sekiranya Allah dan Rasulullah menyuruh aku mengerjakan solat dan sebagainya, aku tidak akan melakukannya.”
Gulp! Thakif menelan liur. Mendengar penerangan itu membuatkan dia teringat pada kata-kata penghinaan yang pernah dikeluarkannya dulu. Dia menarik nafas perlahan dan kembali menumpukan perhatian.
“Yang kedua, melalui perbuatan atau tingkah laku. Apabila seseorang Islam itu melakukan apa-apa perbuatan atau apa-apa tingkah laku yang boleh membatalkan imannya, orang itu boleh menjadi murtad. Contohnya mereka bersujud pada berhala, matahari, bulan, manusia atau pada mana-mana makhluk lain. Satu lagi contoh, seseorang yang meninggalkan sembahyang Fardhu atau puasa Ramadhan dengan mengatakan ianya tidak wajib, maka dia boleh menjadi murtad sebab dia mengingkari satu perkara yang memang diketahui orang ramai bahawa perkara itu wajib ke atas setiap orang Islam. Tapi kalau dia meninggalkan kerana malas, sedangkan dia yakin yang sembahyang dan puasa itu wajib, dia tak akan menjadi murtad.
Dan yang ketiga, murtad melalui kepercayaan atau niat. Ia berlaku apabila seseorang Islam yakin Allah tidak berkuasa, Allah tidak mencipta alam ini, Allah lemah, mempunyai sifat yang sama seperti makhluk dan lain-lain lagi. Demikian jugak jika seseorang itu percaya yang Nabi Muhammad SAW bukan nabi akhir zaman, syariat dan ajaran Islam yang dibawanya bukan untuk seluruh manusia atau dia percaya hukum Islam yang dibawa oleh baginda adalah hukum-hukum lapuk dan tidak sesuai dengan keadaan zaman.” Ustaz Al Hafiz berhenti seketika.
“Berbalik pada soalan Encik Thakif tadi, itu juga dikira telah murtad kerana encik telah melafazkannya walaupun dalam keadaan tertekan. Jika encik telah insaf dan ikhlas untuk bertaubat, solat taubat yang encik lakukan itu adalah sah. Encik tak perlu risau, Allah menerima doa hamba-Nya yang benar-benar telah insaf.” Ustaz Al Hafiz menamatkan penerangannya.
Kini segala kemusykilan yang bersarang di kepala Thakif telah jelas. Dia bersyukur kerana Allah telah membuka pintu hatinya untuk bertaubat. Dia juga bersyukur kerana mempunyai keluarga yang memahaminya. Dan dia bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk bertaubat.
Tiba-tiba saja wajah Qhafi terbayang di ruang mata. Dia berasa menyesal menghalau kawannya dulu. Dia juga berasa malu untuk berhadapan dengan Qhafi apabila teringat akan perbuatannya itu. Namun dia nekad mahu memohon ampun kepada kawannya itu.
                                                           
THAKIF berjalan di sebuah kawasan hutan. Dia pelik melihat dirinya di tempat asing itu. Dan dia bertambah pelik melihat dirinya boleh berjalan tanpa menggunakan kerusi roda. Dengan hanya ditemani cahaya bulan, dia terus berjalan dan berjalan. Di penghujung jalan itu terdapat sebatang anak sungai dan sebuah buaian yang tergantung pada dahan pokok. Di atas buaian itu duduk seorang gadis yang bertudung dan berpakaian serba putih.
“Siapa tu? Beraninya dia duduk sorang-sorang tengah malam macam ni. Dalam hutan pulak tu.” Thakif tak dapat melihat wajah gadis itu kerana gadis itu membelakanginya. Dia berjalan perlahan-lahan cuba menghampiri gadis itu. Tiba-tiba kabus tebal yang entah datang dari arah mana mula mengaburi pandangannya. Dia cuba menepis-nepis kabus itu namun semakin banyak pula yang datang. Penglihatannya semakin lama semakin kabur dan kabur...
            Kring!!! Kring!!! Kring!!! Kring!!!
            Thakif terjaga. Dia bermimpi rupanya. Wajahnya yang berpeluh diraup. Matanya beralih pula pada telefon pintarnya yang berbunyi. Cepat-cepat dia mencapainya takut bunyi itu mengganggu tidur penghuni rumah itu. Nama Qhaf tertera di situ. Dia tersenyum. “Qhaf ni macam tahu-tahu je aku teringat kat dia.” Dia  segera menenyeh ikon hijau sebelum panggilan itu termati sendiri. “Helo!” Kasar sedikit Thakif menjawab.
            “Erk… assalamualaikum…” Gugup kedengaran suara Qhafi.
Thakif sudah ketawa di dalam hati. “Waalaikumussalam! Ada apa kau call aku malam-malam buta ni? Aku nak tidur pun tak senang!” Nada suaranya masih seperti tadi.
“Saja aku call nak tanya khabar. Kalau kau tak suka aku call tak apalah, aku letak dulu. Assalamualai…” Belum sempat Qhafi menghabiskan ucapan salam, telinganya menangkap suara ketawa Thakif. “Kif, kau okey ke ni?” Suaranya berbaur risau.
“Aku okeylah. Aku gelakkan kau. Suara takut semacam je. Hahaha…” Thakif ketawa lagi.
“Kurang asam punya kawan! Aku serius risau, kau main-mainkan aku pulak ya? Dahlah, aku letak dulu.”
“Qhaf, takkan merajuk kot? Tak macholah macam tu…” Thakif pula terasa cuak dengan reaksi Qhafi.
Senyap. Tiada suara.
“Qhaf… kau dah letak ke?”
Masih lagi senyap.
Qhaf, are you still there? Qhaf...”
Yeah, I’m here…”                                         
“Kau ni memang tau. Penat aku panggil nama kau.”
“Aku nak bagi kau peluang untuk bercakap. Dah lama aku tak dengar suara kau panggil aku dengan lembut macam tu.”
Thakif senyap. Terasa ada manik-manik yang bertakung di tubir matanya.
“Dah lama kita tak berborak macam ni sejak kau sakit. Yalah, masa tu kau langsung tak nak jumpa aku. Siap halau-halau aku lagi. Tapi aku tak terasa sebab aku tahu kau tertekan dengan keadaan kau. Kau dah okey ke sekarang? Papa aku ada bagitahu yang kau ada sesi perjumpaan dengan ustaz tadi, sebab tu aku tak nak ganggu kau.”
            “Alhamdulillah... lepas je aku jumpa ustaz tu hati aku dah tenang semula. Pasal kes dulu tu aku minta maaf eh? Entah kenapa masa tu aku tak boleh terima kenyataan yang Manda dah tak ada plus keadaan kaki aku yang langsung tak boleh bergerak.”
            “Alah, kecik punya hallah. So, sekarang ni kau dah dapat lupakan Manda ke?” Qhafi mengorek rahsia.
            “Aku takkan sekali-kali lupakan Manda. Dia akan sentiasa ada dalam hati aku. Dalam denyut nadi aku. Kau pun pernah bercinta, kan? Mesti kau tahu apa yang aku rasa. Oh ya, ibu macam mana? Dia dah boleh terima kenyataan ke?” Thakif mencapai alat kawalan jauh aircond lantas menaikkan suhunya sedikit.
            “Ibu macam tu jugaklah, tak ada apa-apa perubahan lagi. Tapi kami sekeluarga akan terus bersabar dan akan sentiasa berdoa agar ibu cepat pulih.”
Keadaan hening seketika. Masing-masing terdiam.
            “Keluarga kau tak salahkan aku ke?” soal Thakif ingin tahu. Dalam hatinya turut rasa bersalah kerana kecuaiannya memandu.
“Nak salahkan kau pasal apa pulak?” Soalan berbalas soalan.
            “Sebab aku Manda meninggal. Aku yang pandu kereta tu... kalau aku beri tumpuan sepenuhnya pada jalan mesti Manda takkan meninggal... dan aku pulak takkan lumpuh. Mungkin kami sekarang tengah busy dengan persiapan perkahwinan.” Dia meluahkan kekesalannya.
            “Keluarga aku tak pernah salahkan kau pun. Semuanya telah ditentukan... kita tak boleh nak salahkan takdir.”
            “Betul ni?” Thakif inginkan kepastian.
            “Betul... okeylah Kif, dah lewat malam ni. Kalau tak busy aku datang jumpa kau. Sekarang masa untuk beradu. Aku doakan satu hari nanti kau akan jumpa pengganti arwah Manda. Nite, take care, assalamualaikum…” Qhafi meminta diri.

“Waalaikumussalam…” Thakif meletak kembali telefon pintar di meja lampu. “Tak ada siapa yang boleh menggantikan tempat Manda dalam hati aku, Qhaf.” Fikiran Thakif mula menerawang kembali pada mimpinya tadi. “Siapa perempuan tu? Kenapa dia masuk dalam mimpi aku?” Dia tertanya-tanya sendiri. Sejak dua bulan lalu, inilah kali pertama dia bermimpi sebegitu.

~BERSAMBUNG~


p/s: Nak tanya pendapat ni... takpe kan kalo letak sikit je pasal murtad ni? Kalau ade kesalahan, tegurlah ek... WC terima n tak kisah...

16 comments:

  1. As salam,
    Rasanya kalau Ecah nak terangkan lebih sikit pun tak apa. Ilmu tak rugi kongsi sama-sama.

    Rania ni sebenarnya nk smbg blaja apa? umur dia dah 26 ek? Dlm kepala Umi dah ada satu andaian, mybe rania ni kembar manda. Maybe...

    akan menunggu bab seterusnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betu umi yat pun teopk mcm tue jgk....

      Delete
    2. WC dah pun tambah pasal info murtad tu n_n

      Delete
  2. boleh je.....tp jgan la smpai sebulan hang...

    ReplyDelete
  3. Umi Kalsom: Waalaikumussalam.. thnks umi bagi pendapat.. Rania nak sambung degree coz dulu dia pernah amek STPM tp dia x sambung.. A'a umo dia 26 tahun.. Hehehe tunguuuuuu....

    ReplyDelete
  4. sy menyokong WC add something bout islam. ^^

    teruskan, ya!

    chaiyok!

    ReplyDelete
  5. lebih baik diletakkan bab agama tu. baru apa yang kita baca tu dtgkan manfaat. teruskan and keep it up.

    ReplyDelete
  6. sakura Putih n Tanpa Nama: Thnks...

    ReplyDelete
  7. mkin mnarik ctew ni...
    cpt la smbng..!!

    ReplyDelete
  8. best2,,x sbr nk tnggu kif jumpe ngn rania,,hehe
    smbung2..

    ReplyDelete
  9. best la..camana agknyer kif jmpe ngn rania nnt..excited nk bace next ep..hehehe

    ReplyDelete
  10. @Aida Nadia, tunggu ek... WC tgh cari idea nak sambung balik cite ni...

    ReplyDelete
  11. @Yu-Yu, ape la jadi ek kalo Kif tu jumpe Rania? Sama-samalah kita tunggu...

    ReplyDelete