Followers

Saturday, 19 January 2013

Separuh Hati Untukmu 17


DIA memberhentikan kereta di hadapan foyer Akademi Pengajian Melayu. Tali pinggang keledar dibuka sambil matanya mencari orang yang ditunggu. Namun orang yang ditunggu masih belum muncul. Dia melihat jam di dashboard yang baru menunjukkan angka 5.25 petang. Dia menjatuhkan sedikit kerusi. Tangan kiri pula menukar siaran radio. Dari siaran Suria FM ke siaran Hot FM. Kemudian dia menyandarkan badan yang terasa letih kerana berkejar dari tapak projek ke Universiti Malaya. Tingkap kereta turut dibuka memberi angin petang menerobos masuk ke dalam kereta.
Sepuluh minit menanti, orang yang ditunggu muncul di foyer. Dia menegakkan badan dan matanya terbuntang melihat seseorang yang berdiri di sebelah orang yang ditunggu. Dia menggosok matanya berkali-kali namun orang yang sama masih berdiri di situ. Dia membuka pintu kereta lantas menghampiri mereka yang sedang leka berbual. “Kak Jiha...”
Najiha menoleh. “Eh, dah sampai pun Farel. Tadi akak tunggu kat sini pukul 5.10 tapi Farel tak sampai lagi. Akak terus pergi minum kat kafe kejap.”
“Bukan Kak Jiha cakap habis mengajar pukul 5.30 ke?” Azfarel mengerut dahi. Sesekali matanya menjeling gadis di sebelah kakaknya. Seingatnya ketika Najiha menelefonnya semalam, kakaknya ada menyebut menyuruh mengambilnya pada pukul 5.30 petang sebab kereta kakaknya berada di bengkel. Abang iparnya pula pergi kursus.
Kali ini Najiha pula mengerut dahi. “Taklah. Akak suruh ambil akak pukul 5.”
“Ya ke? Farel salah dengarlah tu.” Azfarel tersengih sambil menggaru kepalanya.
Erk... puan...” Rania bersuara mahu meminta diri. Cuaca pula sudah nampak mendung.
Opss! lupa pulak nak perkenalkan,” kata Najiha sebaik mengalihkan pandangan pada Rania. “Ran... ni Azfarel, adik saya.” Dia memperkenalkan dengan tangan kanan di hala ke arah Azfarel. Kemudian dia memandang Azfarel pula. “Farel... ni Rania, student akak. Akak terserempak dengan dia masa nak ke sini tadi.”
Azfarel melemparkan senyuman. “Fazrul Azfarel. Call me Farel.” Dia menghulurkan tangan.
Rania mambalas senyuman tanpa menyambut huluran salam Azfarel. Kemudian dia menundukkan kepala sedikit. “Rania Hafiya. Panggil Ran je,” balasnya.
Najiha menyambut huluran tangan Azfarel yang masih terbiar. “Bukan mahramlah!” bisiknya perlahan sambil tersenyum. Tangan Azfarel ditolak ke belakang.
Hehehe... lupa pulak.” Azfarel menggosok belakang tengkuk cuba mengusir rasa malu yang mula bertapak.
“Tak apa...” Rania menilik jam ditangan. “Erk... say...”
“Kita pernah jumpa, kan?” potong Azfarel sebelum sempat Rania menghabiskan ayatnya.
Rania tergamam. Dahinya berkerut. Dia mengecilkan mata mahu mengingati di mana dia pernah berjumpa dengan lelaki di depannya ini. Tapi memorinya langsung tak mengingati wajah itu.
“Sejak bila adik akak pandai guna ayat macam Mat Romeo ni? Dah tak ada ayat lain ke nak mengayat orang?” Najiha menjungkit sebelah kening. Dia bagaikan tak percaya Azfarel akan mengeluarkan kata-kata sebegitu. Dia kenal sangat dengan adiknya yang terlalu dingin dengan perempuan.
Azfarel memandang Najiha dengan wajah kurang senang. “Farel bukan nak mengayatlah. Farel memang pernah jumpa dengan student akak ni...”
“Ooo eh?” Najiha sudah tersenyum mengusik.
“Tak nak percaya sudahlah!” rengusnya perlahan. Matanya dilarikan ke wajah Rania semula, malas mahu melayan usikan kakaknya. “Takkan awak tak ingat saya kot?” Dia membawa tangan kanan ke dada.
Rania menggeleng kepala laju. Otak masih ligat memproses.
“Saya ingat lagi muka awak. Cuba awak ingat betul-betul kat mana kita pernah jumpa...” desak Azfarel. Dia tak puas hati selagi Rania tak mengingatinya.
“Saya memang tak ingat! Rasanya ni kali pertama kita berjumpa,” tegas Rania. Orang tak ingat, nak paksa-paksa perah otak pulak! Ikutkan hati mahu saja Rania berlalu dari situ. Malas dia mahu melayan kerenah Azfarel. Tapi tak elok pula dia buat begitu di depan pensyarahnya memandangkan lelaki itu adik kepada wanita itu.
Azfarel mengeluh. “Erm... Mid Valley... sebulan yang lalu. Saya terlanggar awak dan handphone awak rosak. Ingat tak?” Dia mengangkat kening menanti reaksi Rania.
Mata Rania terbuntang. Tangan kanannya sudah menekup mulutnya yang sedikit ternganga. Mana mungkin dia melupakan insiden yang menyebabkan telefon bimbitnya rosak teruk. Malah kasut tumit tinggi yang telah merosakkan telefon bimbitnya masih tersimpan kemas di dalam folder ingatan. “Awak rupanya! Sorry, saya tak cam awak.” Dia bersuara selepas hilang rasa terkejut.
“Tak apalah. Orang yang tak berapa handsome macam saya ni manalah perempuan secomel awak nak ingat, kan?” Wajah Azfarel bertukar keruh. Sebentar tadi hatinya melonjak girang apabila Rania sudah mengingatinya.
Hampir tersembur ketawa Najiha melihat riak wajah Azfarel. Ya Allah hai... apa kena dengan adik aku ni? Dia menggeleng kepala dan menjadi pemerhati di tengah-tengah dua orang manusia yang bagai menjadikannya halimunan.
Rania pula sudah menggaru kepala yang dilapik tudung. Pujian yang keluar dari mulut lelaki itu langsung tak mengembangkan hatinya. Sebaliknya dia menjadi pening dengan lelaki itu.
“Awak tahu tak, dah sebulan saya tak lena tidur disebabkan awak. Awak asyik masuk kat dalam mimpi saya je...” Tangan Azfarel sudah bermain dengan tali leher yang masih terikat kemas di baju kemeja putihnya.
Rania terasa sukar mahu bernafas. Ya Allah... apakah? Kepalanya makin terasa pening mendengar Azfarel merapu. Dahlah merapu kat depan Puan Jiha, buat malu aku jelah dia ni!
Najiha terasa mahu pengsan. Ni kalau mummy dengar mesti mummy happy! Lepas ni tak payahlah mummy risau pasal Farel lagi. Wajahnya sudah membuahkan senyum. Tak sabar mahu memberitahu mummynya.
“Setiap malam saya mimpikan awak. Wajah sedih awak tu buat hati saya bergegar. Saya serba salah sangat sampai saya tak dapat tidur,” sambung Azfarel lagi.
Fuh! Tak dapat tidur sebab serba salah rupanya. Menakutkan aku jelah dia ni! Rania mengeluh lega. Fail di tangan kiri dipeluk erat.
Najiha sudah menjulingkan mata ke atas. Haish, tak jadi nak bagitahu kat mummy!
“Kalau saya tak langgar awak mesti handphone awak tak rosak.” Azfarel masih terus menyalahkan dirinya.
It’s okaylah. Benda dah nak berlaku kan? Tak payah nak rasa bersalah lagi.” Memang Rania sudah boleh menerima yang telefon bimbit kesayangannya telah rosak. Lagipun dia sudah membeli telefon bimbit baharu. Puas juga dia memujuk Adeeba supaya mengambil kembali telefon pintar yang pernah diberi pinjam. Apabila dia mengatakan yang dia tak selesa memakai telefon orang lain barulah gadis itu mengambilnya kembali.
“Tapi hati saya makin rasa bersalah selagi tak jumpa dan minta maaf pada awak.” Azfarel memegang dadanya.
“Kan awak dah minta maaf? Saya dah maafkan pun.” Lembut suara Rania membalas. Dia menilik lagi jam di tangan kiri yang sudah menunjukkan pukul 6 petang. “Puan, saya balik dululah. Dah petang ni.” Dia memandang Najiha yang sudah berpeluk tubuh.
“Balik naik apa?” tanya Najiha sambil pandangan diliar ke tempat meletak kereta.
“Jalan kaki je, puan...”
“Tak balik dengan kawan ke hari ni?” Najiha membetulkan tali beg komputer ribanya. Dia memang tahu yang Rania kadang-kadang menumpang kereta kawan sebilik.
“Tak. Kelas kita orang tak sama hari ni. Saya jalan dululah, Puan.”
“Jomlah saya hantarkan awak. Jalan sorang-sorang ni bahaya tau.” Azfarel mempelawa.
“Eh, tak payahlah. Kolej saya tu dekat je. Lagipun saya dah biasa jalan sorang-sorang,” tolak Rania sambil menggerakkan tangan kanannya ke kiri dan kanan tanda dia tak mahu.
Najiha sudah melangkah ke kereta Azfarel. Pintu di bahagian belakang dibuka lantas menyumbat beg komputer ribanya. Matanya masih memerhati tingkah adik dan pelajarnya.
Erk... Ran!” panggil Azfarel.
Langkah Rania terhenti lantas dia berpaling. “Ya, ada apa lagi, Farel? Saya dah nak balik ni.”
“Esok awak habis kelas pukul berapa?”
Mata Najiha sudah terbuntang. Isy, adik aku ni asyik buat aku terbeliakkan mata je hari ni. Lama-lama nanti terkeluar pulak anak mata aku, gumam hatinya.
“Kenapa?” tanya Rania pelik.
“Saja tanya. Awak habis kelas pukul berapa?” Azfarel mengulang soalan.
Rania diam.
“Ke awak tak ada kelas esok?” tanya Azfarel lagi.
“Ada. Habis pukul 3.” Dia terpaksa meringankan mulut untuk menjawab apabila melihat Najiha tersenyum padanya.
“Pukul 3 pagi ke 3 petang?” Sengaja Azfarel melawak.
Najiha sudah menepuk dahi. Ya Allah, adik siapalah yang pandai sangat ni?
Rania mengerut dahi. Isy dia ni! Pukul 3 pagi siapa yang nak mengajar? Nak melawak pun agak-agaklah. Tak kelakar okey! “3 petang...” jawabnya malas. “Saya jalan dulu, Puan.” Dia memandang Najiha. Kemudian dia berjalan laju tak mahu berpaling lagi.
“Farel, apa yang tercegat lagi tu? Jom balik.” Najiha memanggil Azfarel yang masih leka memerhatikan Rania yang sudah makin jauh meninggalkan mereka.
Dengan langkah lemah, Azfarel melangkah ke kereta. Selepas menghidupkan enjin dia meninggalkan pekarangan Akademi Pengajian Melayu.

RANIA mengibas baju dan tudungnya yang basah sebaik sampai di tangga kolej. Fail yang sempat dia sorokkan ke dalam tudung ketika hujan turun tadi dibelek. “Nasib baik nota dengan handout tak basah sangat.” Dia mengeluh lega lantas mendaki tangga untuk ke bilik.
“Assalamualaikum...” Rania memberi salam sebaik saja masuk ke bilik. Dia lihat Adeeba sedang membaca buku sambil berbaring di atas katil manakala Adira pula sedang menyiapkan assignment di meja belajar.
“Waalaikumussalam...” jawab Adeeba dan Adira serentak. Kedua-duanya memakukan pandangan pada Rania yang basah kuyup.
“Ya Allah! Macam mana boleh basah kuyup ni, Kak Ran?” Adeeba bangun dari katil lantas mencapai tuala Rania.
Rania menyambut tuala yang dihulurkan lantas meletakkan beg sandang dan fail di meja belajarnya. “Akak terlupa nak bawak payung masa pergi kelas tadi. Nasib baik hujan turun masa akak nak dekat sampai kolej. Kalau tak, kena berteduhlah nampaknya.” Dia melangkah ke almari mencapai pakaian dan peralatan mandian.
“Baik Kak Ran pergi mandi cepat, takut demam pulak nanti. Esok ada kelas lagi.” Adira pula bersuara.
“Antibodi akak ni kuatlah. Kalau kena hujan sikit takkan demam punya!” Rania menaikkan tangan kanannya ke paras bahu, menunjukkan otot di tangan yang tak berapa nampak. “Rasanya demam tu tak nak dekat dengan akak sebab dia menyampah dengan akak.” Dia ketawa.
“Amboi... berlagaknya, Kak Ran ni! Nanti betul-betul demam baru tahu.” Adira menceber.
Hacum!” Tiba-tiba Rania bersin. Dia memicit hidungnya apabila terasa mahu bersin lagi.
Adeeba menggoyangkan jari telunjuknya ke depan berkali-kali. “Hah! Tu dah bagi alarm dah tu. Nampaknya demam dah nak jatuh chenta dekat Kak Ran. Jaga-jaga, Kak Ran...”
Rania melangkah mahu membersihkan diri. Dia tak mahu dijangkiti demam. Dan dia juga tak sanggup menelan ubat! Dari dulu lagi dia anti dengan ubat.
“Nak buat air kejaplah. Kak Ran nak air tak?” Adira mencapai sepeket milo tiga dalam satu dari balang di depannya.
            Rania yang sedang memulas tombol pintu berpaling memandang Adira. “Nak... buatkan akak air teh lemon tapi jangan letak air sejuk tau.”
            Adira mencapai pula sepeket teh boh ais berperisa lemon dan limau nipis. “Kau nak air tak, Deeba?” Dia memandang Adeeba pula.
            “Tak naklah. Air teh halia yang aku beli tadi pun tak habis lagi,” tolak Adeeba.
            “Okey... jom, kak.” Adira keluar dari bilik bersama Rania untuk ke pantri yang terletak bertentangan dengan bilik mandi.
            Adeeba mencapai kain buruk lantas mengelap sisa air hujan di lantai yang menitik dari pakaian Rania tadi.
            Setengah jam kemudian, Rania masuk ke bilik. “Eh, dah lap ke?” Dia pelik melihat lantai yang sudah kering.
            “Dah... Deeba lap tadi,” jawab Adeeba yang sedang bersandar di kepala katil.
            “Laaa... akak baru je nak lap. Thanks...” Rania tersenyum. Tuala yang dililit di kepalanya dibuka lantas disidai. Dia mencapai sikat di dalam almari dan menyikat rambutnya. Kemudian dia duduk di meja di sebelah Adira. Mug yang berisi air teh lemon suam diteguk.
            “Nah, kak. Tadi kita orang singgah gerai nasi ayam hainan kat Bazaria Pantai. Lepas tu belikan untuk akak sekali.” Adeeba meletakkan plastik berisi nasi ayam di atas meja.
            “Thanks... kau orang ni macam tahu-tahu je akak tengah lapar.” Dengan senang hati Rania membuka bekas polisterin itu. Dia memang suka nasi ayam hainan di PPR Kerinchi itu. Sangat sedap dan kena dengan seleranya.

TELEFON pintar Datin Rosnah berbunyi ketika dia menuruni tangga. Dia menyeluk beg tangannya dan mengeluarkan telefon pintar.
            “Assalamualaikum, ma...” Kedengaran suara Adeeba memberi salam.
            “Waalaikumussalam. Kenapa suara cemas je ni?” Datin Rosnah mengerut dahi. Dia sudah berdiri di depan Thakif dan Dato’ Azhar yang sedari tadi menantinya di ruang tamu.
            “Siapa?” tanya Dato’ Azhar ingin tahu.
            “Deeba...” jawab Datin Rosnah perlahan. Dia melabuhkan duduk di sofa.
            “Mama ada kat rumah ke?”
            “Haah ada kat rumah ni. Mama dengan papa nak bawak Abang Kif pergi Yayasan SSL sekarang ni. Kenapa, Deeba?”
            “Mama boleh tolong Deeba tak? Deeba minta tolong sangat-sangat ni.”
            “Tolong apa, Deeba?” Hati Datin Rosnah cemas apabila mendengar suara cemas anaknya. Dia memandang Thakif dan Dato’ Azhar.
            “Tolong datang kolej... Deeba nak minta mama tolong jagakan Kak Ran sekejap. Dia demam. Badan dia panas, ma. Dari tadi dia tak bangun lagi. Deeba tak tahu nak buat apa ni. Nak ponteng kelas tak boleh, Deeba ada kuiz. Dira pulak nak kena hantar assignment. Lepas habis kelas nanti kita orang balik. Boleh tak, ma?” pinta Adeeba dengan nada merayu.
            “Okey... kejap lagi mama datang.” Datin Rosnah tahu anaknya berada dalam keadaan terdesak.
            “Thanks, ma. Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam...” Datin Rosnah menyimpan semula telefon pintarnya ke dalam beg tangan.
            “Deeba nak apa, ma?” tanya Thakif.
            “Deeba minta tolong mama jagakan Rania. Dia demam. Deeba ada kelas kejap lagi.”
            “Tak apalah, biar abang je yang teman Kif. Ros pergilah jaga Rania.” Dato’ Azhar bangun menghampiri Thakif.
            “Mama gunalah kereta Kif. Dah lama tak bergerak. Asyik panaskan enjin je.
            Datin Rosnah mengangguk. “Mama nak masak bubur untuk Rania kejap. Dia bangun nanti mesti lapar.” Dia melangkah ke dapur.
                                                           
“MAK... kepala kakak sakit. Tolong picitkan,” adu Rania manja. Wajah Azizah yang duduk di sisi dipandang dengan pandangan sayu. Badan dan kepalanya terasa berat untuk diangkat. Mungkin penangan terkena hujan semalam.
            Azizah meletak belakang tangan di dahi Rania. “Kakak demam ni. Ada makan ubat demam tak?” Dia memicit perlahan kepala Rania.
            Rania menggeleng kepala.
            “Kakak ni degil tau. Liat sangat nak makan ubat.” Azizah mengeluh.
            “Ubat tak sedap. Pahit je rasa.” Rania menceber.
            “Dah namanya ubat mestilah pahit. Mana ada ubat yang sedap! Cuba cakap dekat mak ubat apa yang sedap?” Jemari Azizah yang bermain di kepala Rania terhenti.
            “Ubat air.... manis je rasa.” Rania tersengih.
            “Itu kan ubat untuk kanak-kanak? Hai kakak ni, dah besar pun takut makan ubat.”
            “Yaya...”
            Senyuman Rania mati apabila terdengar suara seorang wanita menyebut nama yang terasa asing di telinganya. Dia memandang ke sebelah kiri katil dan melihat seorang wanita berdiri di situ. Wajah wanita itu agak kabur dari pandangannya. Dia menggosok mata dan memandang wanita itu lagi namun wajah itu tetap kabur.
            “Yaya...” panggil wanita itu lagi. Kali ini dengan nada sayu. Sekali dengar macam menangis pun ada.
            Rania memandang ke sekeliling bilik mahu mencari kalau-kalau ada orang yang bernama Yaya di biliknya. Tapi hanya ada dia, emaknya dan wanita itu saja.
            “Yaya...” Wanita itu sudah tersedu-sedu.
            Siapa Yaya? Rania memandang ke sebelah kanan mahu bertanya Azizah namun emaknya itu sudah tiada. “Mak...” Dia tercari-cari emaknya tapi yang tinggal hanya dia dan wanita itu.
            Wanita itu melekapkan tuala basah ke dahi Rania. Tangannya mengelus rambut Rania.

            Rania memandang wanita itu dan dia masih tak dapat melihat dengan jelas wajah itu. Matanya tiba-tiba terasa berat. Perlahan-lahan dia memejam mata.
~BERSAMBUNG~

12 comments:

  1. huhu. kesian Rania demam.
    Azfarel ni ada hati pula pada Ranie... grrrr...
    saya pula yang geram. hahaa..
    hope Thakif cepat sembuh. Thank u kak WC. best! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a dia demam coz kena hujan... cakap besar lagi, tgk2 dah demam... hahaha...

      Delete
  2. mkin tak sabar baca nie..smbg cepat2 ye...nak rania ma thakif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah hari sabtu ni WC post bab 18 kalau sempat siap eh...

      Delete
  3. sape lh plak yg pangil yaya tuh...nape yek cam rase azfarel dh tangkap angau kat rania..habis lh fhakif dah ujud saingan dlm mencapai hati rania..but gud gak hehe...kasik panas line n 'Best Man Win'

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng... jeng... jeng... hahaha xsangka akak perasan gak orang yang panggil yaya tu...

      Delete
  4. Yeayyy yeayyyyy bab 18 plissss dh Lama x bukak blog wild cherry hehe~ finally dh jmpk balik! I like .......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah hari sabtu nanti WC post bab 18 =)

      Delete
  5. best sgt2... he3... dh lme x bkak blog ne... he3... tp azfarel cm angau plak kt rania... geram la... huhuhuhu... ala nk rania ngn thakif... x sabaq nk tnggu next n3... hehehehehe.... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh nk rania ngn thakif eh... tengok dulu macam mane eh...

      Delete