Followers

Saturday, 2 February 2013

Separuh Hati Untukmu 20



PETANG ahad itu ramai juga yang makan di The Chicken Rice Shop. Jam di pergelangan tangan kiri dijeling sekilas. “Semalam janji pukul 2, ni dah dekat pukul 3 pun tak nampak bayang.” Rania mengeluh. “Janji Melayu betul!”
            Azfarel muncul selepas sepuluh minit. “Sorry, tadi jalan jammed.” Dia melabuhkan duduk di depan Rania.
            “Tak apa...” Rania senyum. Dia menyeluk tangan ke poket jean hitam yang dipakainya dan mengeluarkan beg duit.
            “Miss!” Azfarel mengangkat tangan memanggil pelayan. “Give me lemon tea, please...
            “And what about food?” tanya pelayan itu.
            “No thanks,” jawab Azfarel.
            Rania menghulurkan duit yang sudah dikira kepada Azfarel sebaik saja pelayan tadi berlalu. “Ini duit handphone tu. Kiralah.”
            Berubah wajah Azfarel. Dia pantas mengambil duit itu apabila ada mata yang memandang ke arahnya. “Awak ni, jatuhlah air muka saya. Nanti dia orang ingat saya minta duit dekat perempuan pulak!” Dia menyimpan duit itu di poket jean.
            “Eh, tak kira dulu ke? Mana tahu ada yang kurang ke...” Rania mengerut dahi.
            “Tak kira pun tak apa, saya percayakan awak.” Azfarel tersenyum. “Thanks...” ucapnya kepada pelayan yang menghantar minuman.
            “Urusan kita pun dah selesai, saya nak minta diri dululah.” Rania mencapai beg sandangnya lantas bangun.
            “Eh, nantilah dulu. Saya baru je sampai ni. Temankan saya minum. Please....
            Rania diam. Nak tunggu ke? Aku nak pergi beli barang ni. Dia memandang Azfarel yang sudah buat muka kesian. Tak apalah, sekejap je pun nak tunggu dia habiskan air. Dia duduk kembali.
            Azfarel tersenyum. Dia menyisip perlahan air lemon tea. “Ran...” Wajah Rania dipandang.
            Rania turut membalas pandangan dan menanti bicara Azfarel.
            “Boleh tak awak jadi kawan saya?” Azfarel menayang muka berharap.
            Rania sudah mengerut dahi. “Kawan?”
            “Yes, kawan! K.A.W.A.N.” Azfarel mengeja.
            “Perlu ke kita berkawan?” Rania menjungkit sebelah keningnya. Rasanya tak perlu kot. Dia bukannya kenal sangat dengan lelaki di depannya ini.
            “Perlu! Sebab saya tak ada kawan perempuan.” Yakin saja Azfarel menjawab.
            Makin berkerut dahi Rania. “Takkanlah tak ada kawan perempuan?”
            “Betul... kawan saya semua lelaki.”
            “Kenapa awak pilih saya? Kenapa tak minta orang lain je jadi kawan awak?”
            “Erk...” Lidah Azfarel terasa kelu. Takkan nak cakap yang aku suka dia pulak? Gerenti kena reject! “Sebab saya suka berkawan dengan awak,” jawabnya setelah habis berfikir.
            “Boleh terima pakai ke jawapan awak tu?” Dia sudah menongkat dagu.
            “Kali kedua saya jumpa awak, hati saya kata hanya awak je yang boleh jadi kawan baik saya. Awak sudi jadi kawan saya tak?” Azfarel menjungkit sebelah keningnya.
            Rania menyandarkan badannya dan berpeluk tubuh. Selama dia hidup belum pernah lagi dia jumpa orang seperti Azfarel yang bagaikan orang terdesak mahu berkawan.
            “Mujhse dosti karoge? Hah! Kan dah keluar bahasa Hindi. Kalau aku cakap mujhse shaadi karogi? Memang kena pelangkunglah kepala aku. Orang tu belum habis belajar, gatal ajak kahwin. “Please...” Azfarel mencantumkan kedua-dua belah tangannya dan diangkat ke paras dada.
            “Awak ni betul-betul terdesak eh? Selalunya orang lelaki ni terdesak nak cari teman hidup tapi awak ni lain pulak kesnya. Terdesak nak cari kawan perempuan!” Rania memandang Azfarel dengan pandangan jengkel.
            Memang Azfarel terdesak. Terdesak dek rasa cinta yang baru bertunas di hatinya. Mungkin ini balasan buatnya. Dulu ketika kawan-kawannya sibuk bercinta, dia memperlekehkan mereka. Baginya cinta itu sangat menyemakkan fikiran, begitu melalaikan dan menghuru-harakan apabila melihat kawan-kawannya bergaduh berebutkan perempuan dan ada juga yang kecewa dengan cinta. Apabila panahan itu terkena pada dirinya, baru dia tahu apa yang pernah kawan-kawannya rasa. 
“Saya tak kisah apa yang awak nak fikir tentang saya tapi saya nak awak jadi kawan saya jugak!” Hanya ini saja pilihan yang dia ada untuk mengenali Rania dengan lebih dekat. Dia tahu jika dia tak berbuat begini pasti gadis itu akan melupakannya setelah urusan mereka pada hari itu selesai. Dan dia tiada lagi alasan mahu menghubungi gadis itu.
“Kalau saya tak nak?” Rania mengecilkan matanya.
“Kalau awak tak nak, saya akan buat macam minggu lepas. Saya akan berlutut kat sini sampai awak terima.” Azfarel mengugut. Dia mula bangkit dan berlutut di depan Rania tanpa  mempedulikan pengunjung yang melihat ke arah mereka.
Mata Rania terbuntang. “Farel, janganlah buat macam ni. Malulah. Bangun!”
“Awak terima saya tak?”
“Tak!”
“Kalau macam tu saya tak nak bangun!”
“Awak!” Rania bersuara sedikit keras.
Azfarel buat tak peduli. Dia masih terus berlutut dengan mata memandang wajah Rania yang sudah berubah merah menandakan gadis itu malu dan geram.
“Farel!”
Azfarel tersentak. Dia memandang Rania yang melambaikan tangan di depan mukanya. Dia memandang dirinya yang masih duduk di atas kerusi, bukannya berlutut di lantai. Haila, aku berangan rupanya! Ingatkan betul-betul tadi. Dia menggosok belakang kepalanya perlahan.
“Awak kenapa? Tengok muka saya semacam je tadi.” Rania cuak juga apabila melihat mata lelaki itu langsung tak berkelip.
“Tak ada apa-apa,” jawab Azfarel. Airnya disisip hingga habis. “Ran...”
hmmm...” Rania menyahut.
Kalau aku cakap, dia akan tolak macam tadi tak? Tapi kalau dia tolak, nak kena berlutut jugak ke? Dahi Azfarel sudah berkerut.
“Kenapa? Cakap jelah,” tanya Rania tak sabar.
“Boleh tak awak jadi kawan saya?” Please jangan cakap ayat yang sama, doa Azfarel dalam hati.
Rania sudah mengerut dahi. “Kawan?”
Azfarel sudah berpeluh mendengar ayat balasan yang keluar dari mulut Rania. Haila, kenapa keluarkan ayat yang sama? Dia terasa mahu memegang kepala namun ditahan. “Yes, kawan! K.A.W.A.N.” Di dalam hati dia sudah berdebar menanti jawapan Rania.
Rania diam seketika. Keningnya berkerut-kerut tanda dia sedang berfikir. Wajah Azfarel pula direnung tajam. “Okey...” jawabnya sepatah.
Azfarel tergamam. Dia bagaikan tak percaya dengan apa yang didengarnya tadi. “Be... betul ke ni? Awak setuju jadi kawan saya?”
Rania mengangguk.
“Kenapa awak setuju?”
Rania mengerut dahi. “Kan awak yang nak berkawan dengan saya? Saya kena kata tak setuju ke?”
“Eh, tak... tak... saya cuma terkejut awak sudi nak berkawan dengan saya.” Azfarel tersenyum senang. “Boyfriend awak tak marah ke kalau awak berkawan dengan saya?”
“Nak marah buat apa, saya bukannya ada boyfriend pun. Setakat jadi kawan tak ada hallah.” Rania memandang jam di tangan.
Azfarel terasa lega mendengar jawapan Rania.
Erm... awak dah habis minum, kan? Saya nak minta diri dululah.” Rania mencapai beg sandang. Sebelah tangannya menyeluk poket mahu membayar minumannya.
“Tak apa, biar saya je yang bayar. Kita kan dah jadi kawan?”  Ceria saja muka Azfarel mengalahkan Rania menerima lamarannya.
“Okey....” Rania menyimpan semula beg duitnya. Dia menanti Azfarel menjelaskan pembayaran sebelum sama-sama melangkah keluar.
“Saya hantar awak balik kolej eh? Kereta saya letak kat basement,” pelawanya.
“Tak apalah, saya nak beli barang sikit kat Aeon Big bawah ni,” tolak Rania.
            “Saya teman kan? Saya pun nak cari barang jugak.” Melihat anggukan Rania, Azfarel mengekori gadis itu menuruni eskalator.
“Saya cari barang saya, awak cari barang awak. Nanti kita jumpa kat tempat jeruk tu eh?” Rania menunjuk ke arah gerai yang menjual jeruk di depan kaunter pembayaran. Sebaik melihat anggukan Azfarel, dia mengambil dan meninggalkan lelaki itu.
Azfarel turut mencapai troli dan mengikut langkah Rania yang melangkah ke bahagian yang menempatkan bermacam jenis makanan ringan. Dia melihat saja gadis itu meletak beberapa jenis keropok ke dalam bakul. Dia tak tahu apa yang mahu dibelinya di situ. Dia sengaja memberi alasan mahu membeli sesuatu tadi kerana mahu berlama-lama dengan gadis itu. Yalah, hari ni saja dia dapat jumpa Rania. Esok-esok dia sudah sibuk dengan kerja yang makin berlambak.
Kakinya mengikut langkah Rania yang sudah ke bahagian yang menempatkan sabun mandi. Dia tersenyum melihat gelagat gadis itu memilih sabun. Sekejap kepala Rania menggeleng apabila menghidu haruman sabun di tangan, sekejap mengerut dahi, sekejap mencebik bibir dan akhirnya senyuman tersungging di bibir gadis itu apabila menemui sabun yang kena dengan citarasanya.
Rania menoleh ke belakang apabila terasa Azfarel masih mengikut langkahnya. Dia ni tak pergi cari barang ke? Yang sibuk mengekor aku ni kenapa? desis hatinya apabila melihat troli Azfarel masih kosong. “Tadi awak kata nak beli barang, kan?”
Azfarel tersentak mendengar pertanyaan Rania. “Haah...” Dia mengangguk sambil tangan dipanjangkan ke rak di sebelah kirinya mencapai apa saja yang tercapai dek tangan. “Saya nak beli ni.” Dia menunjuk barang di tangan dengan mata masih memandang Rania. Kemudian barang yang diambilnya tadi diletakkan ke dalam troli tanpa melihatnya.
Rania mengerut dahi. “Betul ke awak nak beli benda tu?” tanya Rania tak percaya.
Azfarel mengangguk laju.
Rania terasa mahu ketawa tapi ditahan.  “Makwe awak suruh beli eh?”
“Saya mana ada makwe. Saya beli untuk diri sayalah.” Azfarel menjawab pantas tak mahu Rania tersalah sangka.
Terbuntang mata Rania. Dia ni gila ke apa? Mana ada lelaki beli benda tu untuk diri sendiri! “Awak betul-betul pakai benda tu ke?” Mata Rania melihat pada barang di dalam bakul lelaki itu.
Pakai? Apa yang aku ambil tadi? Azfarel mengerut dahi. Perlahan-lahan dia menunduk memandang ke dalam troli. Matanya terbuntang, wajahnya terasa berbahang apabila melihat tuala wanita berjenama Laurier yang terletak elok di dalam trolinya. Sungguh, dia terasa mahu melarikan diri ketika ini. Perlahan-lahan dia mengangkat muka memandang Rania. “Sebenarnya... benda ni untuk mummy saya. Dia yang suruh beli.” Azfarel tersengih malu.
Makin berkerut dahi Rania. Tadi kata beli untuk diri sendiri, sekarang kata mummy dia suruh beli. Mana satu yang betul ni? Takkanlah mummy dia pakai benda tu lagi kot?
“Betul, memang mummy saya suruh beli. Takkan saya pulak nak pakai, kan?” Azfarel tersengih lagi. Sorry, mummy... terpaksa jual nama mummy.
Whateverlah...” Rania mengangkat bahu dan melangkah ke bahagian yang menempatkan sabun serbuk.
Haila, malu berbakul-bakul aku hari ni. Yang tangan ni gatal nak ambil benda tu kenapa? Punyalah banyak barang kat dalam Aeon Big ni, barang perempuan jugak yang diambil. Tak bagi chance langsung kat tuan!” Dia memukul perlahan tangannya. Nak letak balik, takut Ran perasan pulak. Kalau aku beli, siapa yang nak pakai? Mummy sah-sah dah tak pakai. Azfarel menggaru kepalanya. Hah! Bagi dekat Kak Jiha jelah... putusnya apabila terbayang wajah kakaknya. Dia melangkah ke bahagian lain mahu membuang rasa malunya pada Rania. Tak sanggup mahu memandang wajah gadis itu ketika ini.
Setelah membuat pembayaran, Rania mendapatkan Azfarel yang sudah menantinya di gerai yang menjual jeruk. “Beli apa?” Saja dia bertanya sambil memandang plastik di tangan lelaki itu.
“Biskut, maggi, air...” Azfarel menunjuk air tin soya yang sedang diteguknya. Dan tuala wanita, sambungnya dalam hati. Terasa berbahang wajahnya ketika membayar barang-barang itu tadi. Dia cuba mengawal riak wajah apabila melihat juruwang wanita yang tersengih memandangnya ketika mencapai tuala wanita. “Awak nak balik kolej ke atau nak singgah mana-mana lagi?”
“Baliklah.” Baru beberapa langkah Rania berjalan, telefon pintarnya berbunyi. Dia menyeluk poket jean dan mengeluarkan HTC One X.
Senang hati Azfarel melihat telefon pintar pemberiannya dipakai. Dia memasang telinga mahu mendengar perbualan gadis itu.
“Haah, akak kat Aeon lagi ni. Kenapa? Deeba nak kirim apa-apa lagi ke?”
“Kak Ran tolong belikan jeruk boleh tak? Nak yang campur-campur,” pinta Adeeba di hujung talian.
“Okey, akak belikan. Jeruk je ke?” tanya Rania.
“Jeruk jelah. Thanks, kak. Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...” Rania menyimpan kembali telefon pintarnya sebaik saja talian dimatikan. “Kenapa senyum?” tanyanya pelik apabila melihat Azfarel tersenyum memandangnya.
“Saya suka tengok awak pakai handphone tu.”
“Dah ada orang tu bagi, kenalah pakai. Takkan nak buat perhiasan pulak kan? Orang tu siap paksa-paksa lagi suruh ambil,” sindir Rania.
“Siapalah orang tu eh?” Azfarel mengetuk dagu.
“Eleh, kura-kura dalam perahu pulak!” Rania menceber. Dia berpusing melangkah ke gerai yang menjual jeruk.

KEDUA-DUA belah tangan Thakif memegang kuat pada pemegang tongkat beroda. Kakinya digerakkan perlahan mengikut arah tongkat sambil diperhatikan oleh Wong dan Adeeba. Seperti empat bulan sebelum ini, dia akan menjalani latihan menguatkan otot dulu sebelum menjalani terapi lokomat. Dalam seminggu hanya lima hari saja dia perlu menjalani rawatan dan tempoh masanya pula 1 jam untuk latihan menguatkan otot dan 45 minit untuk terapi lokomat.
            “Okey, cukup sampai setakat ini. Sekarang kita buat functional electrical stimulation cycling pulak,” ujar Wong apabila Thakif sudah berjalan hampir ke sekeliling bilik rehabilitasi.
Pembantu jurupulih carakerja itu  menolak kerusi roda menghampiri Thakif. Sebaik saja lelaki itu melabuhkan duduk, dia menolak kerusi roda itu ke bahagian yang menempatkan basikal rangsangan elektrik diikuti Wong dan Adeeba dari belakang.
Wong meletakkan kedua-dua belah kaki Thakif di atas pengayuh lantas kabel pada pengayuh itu dilekatkan. Kabel pada basikal pula diambil dan dipasang pada betis kiri dan kanan Thakif. Kemudian dia mencapai strap lalu menyambungnya pada kerusi roda supaya kerusi roda itu tak bergerak ketika Thakif mengayuh basikal elektrik.
Tanpa diminta, Thakif mengangkat sedikit kaki seluar pendek paras lututnya hingga ke paras paha apabila melihat Wong mencapai enam keping electrode patch untuk dilekatkan pada motor point di kedua-dua belah pahanya agar dapat merangsang otot-otot tertentu dan menghasilkan pergerakan untuk mengayuh basikal.
Selesai menampal electrode patch, Wong mencapai electrode pada skrin basikal dan disambungkan pada  electrode patch.
Thakif menurunkan seluarnya ke paras lutut kembali. Perlahan-lahan basikal itu berkayuh sendiri apabila Wong menekan punat pada alat kawalan. Dari perlahan, kayuhannya menjadi sedikit laju. Thakif turut menggerakkan kakinya mengikut kayuhan itu.
Wong tekun melihat graf pada skrin basikal elektrik itu. Sesekali dia menambah kelajuan basikal, kemudian mencatat sesuatu pada laporan.
Setelah 20 minit berkayuh, pembantu jurupulih carakerja tadi membawa Thakif ke mesin lokomat pula. Setelah segala peralatan lokomat dipasang pada badannya, kaki Thakif mula berjalan di mesin berlari.
“Nampaknya ada peningkatan pada kaki Encik Thakif. Look, graf semakin menaik menunjukkan yang kaki encik turut bergerak seiring dengan mesin.” Wong menunjuk pada skrin. “Kalau terus begini, dalam beberapa bulan je lagi encik mungkin boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat,” sambungnya lagi.
Thakif dan Adeeba saling berpandangan. Terserlah riak teruja di wajah mereka.
“Betul ke abang saya boleh berjalan tanpa tongkat beberapa bulan lagi Encik Wong?” tanya Adeeba mahukan kepastian.
“Itu cuma andaian saya je. Tapi kena tengok jugak perkembangan pada kakinya.”
Adeeba mengangguk perlahan. Melihat abangnya yang sudah boleh berjalan dengan menggunakan tongkat sudah cukup baginya. Dia yakin dengan andaian lelaki Cina yang merawat abangnya itu.
“Encik Thakif ada praktis berjalan guna tongkat tak di rumah?”
“Ada. Sekarang saya dah jarang guna kerusi roda. Saya selalu praktis berjalan guna tongkat. Cuma bila nak turun tangga je susah sikit. Kena orang papah sebab rasa macam nak terjatuh je.” Bersemangat Thakif menceritakan rutin hariannya di rumah.
Wong mengangguk. “Permulaannya memang begitu. Otot kaki encik masih belum kuat untuk turun tangga. Nanti encik cuba praktis turun dan naik dua anak tangga dulu. Latihan ni nanti dapat menguatkan otot kaki. Bila otot kaki dah betul-betul kuat baru encik dapat turun dan naik tangga tanpa perlu dipapah.”
“Abang saya ni, sejak dah boleh berjalan sikit-sikit bukan main aktif lagi. Nak pergi tandas pun dia tak bagi kami tolong.” Adeeba menambah sambil menjeling Thakif yang sudah ketawa.
Wong tersenyum. “Biasalah, orang baru dapat berjalan. Tak gitu Encik Thakif?”
“Betul tu. Saya dapat rasakan kepuasan bila dapat buat semua benda tanpa bantuan orang lain. Rasa macam diri ni diberikan satu kuasa supaya tak putus asa bila asyik berjalan jatuh. Dan saya dapat rasakan yang diri saya ni bagaikan seorang bayi yang cuba belajar berjalan tanpa menghiraukan rasa sakit bila terjatuh.”
“Memang itu yang saya selalu dengar dari patients yang mengalami masalah seperti Encik Thakif ni.” Dawson menulis sesuatu pada laporan.
Thakif duduk di kerusi rodanya kembali setelah sesi rawatan tamat. Dahi dan belakang tengkuknya yang berpeluh dilap dengan tuala kecil yang dihulur Adeeba. Kemudian dia menyambut pula air mineral lantas meneguk untuk menghilangkan dahaga.
“Okey, Encik Thakif... kita jumpa lagi untuk sesi seterusnya minggu depan.” Wong bersalam dengan Thakif.
Thanks, Mr. Wong Dawson...” ucap Thakif sambil melemparkan senyuman.
My pleasure...” Dawson membalas senyuman. Dia mengangguk sedikit kepalanya pada Adeeba.

“NAK ke mana tu?” tegur Datin Rosnah ketika melihat Thakif berdiri di tangga atas dengan tongkat di tangan kanan dan headphone tersangkut di lehernya.
“Nak duduk dekat gazebo...”
“Kenapa tak panggil mama? Deeba mana? Kenapa dia tak tolong papah Kif?” Datin Rosnah mendaki tangga mendapatkan Thakif.
“Kif nak cuba turun sendiri. Deeba ada dekat dalam bilik.” Thakif turun dari tangga setelah dipapah oleh mamanya.
“Kif ni, otot kaki tak kuat lagi mana boleh turun tangga. Nasib baik mama nampak. Buatnya Kif jatuh tadi macam mana?” Datin Rosnah mula membebel.
Thakif hanya tersenyum. Sampai saja di bawah tangga, dia menolak sedikit tangan mamanya yang melekap di lengannya. “Kif boleh jalan sendiri. Mama pergilah naik atas.”
“Betul ni tak nak mama hantar sampai gazebo?” Datin Rosnah meminta kepastian.
Thakif mengangguk. “Nak naik nanti Kif panggil mama. Mama naiklah.” Dia melangkah perlahan menuju ke gazebo. Sebaik melabuhkan duduk, dia meletakkan tongkat di sisi. Badannya disandarkan sambil mengangkat headphone lantas dilekapkan ke telinga. MP4 dari poket seluar pendek paras lutut dikeluarkan. Sebaik saja butang play ditekan, lagu Because I Miss You nyanyian Jung Yong Hwa berkumandang di telinganya. Lagu itu baru saja diambil dari komputer riba Adeeba.
Mujurlah adiknya itu mempunyai minat yang sama dengan Amanda. Dia perasan Adeeba pelik dengan dirinya yang selama ini tak pernah mendengar lagu atau menonton drama Korea tiba-tiba saja meminta memasukkan lagu-lagu itu di MP4. Hanya dengan cara ini saja dia dapat melepaskan rindunya pada Amanda, selain menyedekahkan al-Fatihah dan bacaan Yasin.
Thakif ingat lagi dulu telinganya sudah naik kebas apabila asyik mendengar Amanda memuji Park Si Hoo, pelakon Korea yang diminati. Kata cik tunang, pelakon lelaki itu nampak handsome la, macho la, senyuman cantik la, suara best la bila menyanyi... tapi dia langsung tak kisah sebab yang dipuji adalah pelakon Korea. Kalau lelaki Melayu yang tak ada kaitan dengan dunia artis... memang boleh menjemput rasa cemburunya hadir.
Angin petang itu membuatkan hatinya berasa tenang dan damai. Dia memejam mata cuba membayangkan wajah Amanda. Sesaat... dua saat... tiga saat... dia membuka kembali matanya apabila ada wajah lain yang menyapa di ruang mata. Lagu di MP4 sudah berganti dengan lagu You’ve Fallen For Me.

“Kenapa muka dia pulak yang muncul ni?” Thakif mengerut dahi. Sudah empat bulan dia tak bersua muka dengan gadis itu tiba-tiba hari ini wajah gadis itu pula yang menjelma. Dia menggeleng kepala cuba mengusir bayangan wajah Rania. 

~BERSAMBUNG~

p/s: untuk cycling yang Thakif buat tu boleh tengok DI SINI

20 comments:

  1. yess! hope Thakif cepat sembuh dan boleh berjalan macam biasa. Best! best! Terima kasih kak WC. :)

    ait! Rindu ke Rania ke?? hahaha... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... tbe2 je en rania blh muncul... dalam hati ada rindu la tu =D

      Delete
  2. thakif..nape still nk kenang kn insan yg dh pergi...tp tetiba jer leh terjelma lak wajah rania...cepat lh sembuh leh jln cam dulu2 tuh seblom rania di sambar org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkin hati dia liat nk lupakan manda kot kak... kte tunggu dia blh jalan semula eh...

      Delete
  3. betol tu.. sblum rania di SAMBAR org.. tak mhu ngan farel... bilalah lg rania ni jmpa ngan thakif ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni Thakif akan cari Rania ;)

      Delete
    2. bca balasan2 WC kat komen2 pembaca (byk kali kata "lepas ni").. boleh tau 'lepas ni' tu bila?? malam ni kah?? heheh.. tak sabar nak n3 baru..

      Delete
    3. Hahaha... bab 21 blom siap edit... Insya-Allah kalo siap nnti WC post... tp xtau lagi bila...

      Delete
    4. tak mengapalah klu bgtu.. tke yor time.. do yor best.. :)

      Delete
    5. ku menunggu dan terus menunggu... huhu

      Delete
    6. WC double check dulu bab 21 tu lps tu tepat pukul 8 malam WC post...

      Delete
  4. best2... hehehe... thanx penulis... huhuhu... nape rania ikut je farel... huhuhu... nk rania ngn thakif... hehehehe.... hope thakif cepat sembuh... x sabaq nk tggu next n3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ikot sebab dorg da bkawan =)
      lps ni thakif akan sembuh...

      Delete
  5. Heeee best3 bilala diorg nk berjumpa lagi ek? Rania ngn thakif?

    ReplyDelete