Contest Cerpen KEN
“KAU orang pernah main game
spirit of the coin?” tanya
Faryzal kepada Aidil dan Khaidir yang sedang menelaah pelajaran di meja belajar
di bilik yang memuatkan empat orang pelajar.
Khaidir
dan Aidil memusingkan badan menghadap Faryzal yang sedang berbaring di atas
katil dua tingkat. Kemudian mereka menggeleng kepala serentak.
“Kenapa kau
tanya?” soal Aidil ingin tahu.
“Aku
pernah dengar, kalau duit syiling bergerak maknanya hantu dah datang dan kita
boleh bersoal-jawab dengan dia. Tapi boleh percaya ke main benda tu?
Entah-entah dia orang yang gerakkan sendiri duit tu, sengaja nak buat kecoh.”
Khaidir pula bersuara.
“Entahlah...
kalau nak tahu boleh percaya ke tak, kita cuba dulu malam ni. Semalam Dinesh
ada bagi aku board dengan duit syiling lama... kau orang nak join
tak?” Faryzal mengangkat keningnya, menanti jawapan dari Aidil dan Khaidir.
“Nak
tu memanglah nak tapi nak main kat mana? Kat sini ke?” Khaidir memberi
persetujuan.
“Tak
bestlah main kat bilik ni... cari tempat lainlah.” Faryzal mula
berfikir. Sesekali jari telunjuknya mengetuk-ngetuk perlahan dahinya. Kemudian
tangannya mengurut dagu pula apabila masih tidak dapat memikirkan tempat.
“Hah,
Aku ada satu tempat!” Aidil bersuara kuat sambil jari telunjuknya terangkat ke
atas.
Khaidir
dan Faryzal sudah mengurut dada, terkejut mendengar suara Aidil yang
membingitkan telinga itu.
“Kau ni cuba
cakap tu slow sikit. Terkejut kita orang tau!” marah Faryzal sambil
melemparkan bantal ke badan Aidil.
“Apa
tempat yang kau nak cadangkan tu?” tanya Faryzal.
“Kat
tingkat empat ada satu bilik kosong. Bilik tu dulu ada pelajar junior bunuh
diri tahun lepas. Kalau tak salah aku, nama dia Rahimi. Kita pergi bilik tu jelah. Nak tak?” cadang Aidil. Dia sudah
tidak sabar untuk memulakan permainan itu.
“Cantiklah
kalau macam tu. Malam ni, tepat pukul 12.00 kita gerak.” Faryzal memberi kata putus.
Kemudian mereka bertiga ketawa kuat.
Pintu
bilik terkuak. Firdaus yang baru habis kelas, melangkah masuk. “Apa yang
kelakar sangat ni?” soalnya pelik sambil meletakkan beg sandangnya di katil
tingkat atas lalu menarik kerusi dan duduk di hadapan ketiga-tiga kawannya.
“Malam
ni kita orang nak main spirit of the coin kat bilik kosong tingkat
empat. Kau nak join tak?” pelawa Khaidir.
Mata
Firdaus terbuntang luas. Dia merenung tajam satu per satu wajah kawannya. “Kau
orang tahu tak, syirik kalau kita main permainan tu? Tak takut dosa ke?” Dia
memarahi kawan-kawanya.
“Alah,
kita orang just nak cuba je
bukannya kita orang percaya game ni pun... itupun tak boleh ke?” sungut
Aidil.
“Percaya
atau tak, nak main suka-suka ke apa... itu tetap dikira syirik. Kau orang tahu,
kan makna syirik? Kalau tak ingat, meh aku nak ingatkan balik... syirik
ialah perkara yang menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk sama ada perkataan,
pegangan, perbuatan, dan iktiqad, iaitu dengan menjadikan sesuatu yang lain
sama ada makhluk bernyawa atau tidak, sekutu bagi Allah,” terang Firdaus. Dia
mahu kawan-kawannya itu sedar.
“Kalau
kau tak nak join kau cakap je
tak payah nak berceramah pulak!” Faryzal sudah naik angin. Wajahnya
tegang.
“Lagipun
banyak apa budak-budak Melayu main benda ni.” Khaidir menyampuk.
“Terpulanglah
pada kau orang sama ada nak dengar cakap aku atau tak. Satu je aku nak ingatkan...” Firdaus diam
seketika. “Bahaya main game ni. Kawan aku dulu pernah kena rasuk sebab
hantu tak nak balik ke tempat asal.” Firdaus bangkit, mencapai tuala lalu
beredar dari bilik tanpa mempedulikan renungan tajam Faryzal.
*****
PINTU bilik kosong itu
dikuak perlahan. Faryzal, Aidil dan Khaidir melangkah masuk. Mereka mula
meletakkan papan yang bertulis huruf A hingga Z, nombor 0 hingga 9 serta
perkataan yes, no dan home di atas lantai. Bilik yang sememangnya
gelap, sudah diterangi dengan empat batang lilin yang diletakkan pada setiap
penjuru papan itu. Kemudian Faryzal meletakkan duit syiling lama pada home
lalu mereka bertiga meletakkan jari telunjuk di atas duit syiling.
“Spirit-spirit
of the coin, dari kegelapan kau kuseru,” ucap mereka sebanyak tiga kali.
Namun tiada apa-apapun yang berlaku. Duit syiling masih tidak bergerak. Mereka
mencuba sekali lagi dan lagi tetapi keadaan tetap sama.
Faryzal
mulai bengang. Dia mengeluarkan pisau lipat yang tersimpan di kocek seluarnya
lalu menoreh sedikit jari telunjuknya.
Aidil
dan Khaidir sudah terkejut.
“Ke... kenapa
kau toreh jari kau?” Tergagap-gagap Aidil menyoal.
“Hantu
ni degil sangat tak nak keluar. Dinesh kata, kalau nak lagi mencabar kena guna
darah...” Faryzal tersengih lalu menitikkan darahnya itu di atas permukaan duit
syiling. “Apa yang kau orang tunggu lagi? Cepatlah letak jari,” gesanya.
Baru
sahaja Aidil dan Khaidir mahu meletakkan jari, tiba-tiba pintu bilik terkuak.
Berkeriuk bunyinya. Bulu roma mereka bertiga mula menegak. Dengan wajah pucat
mereka menoleh perlahan.
Fuhh...
Mereka mengeluh
lega sebaik sahaja melihat Firdaus yang melangkah masuk lalu mendudukkan diri
di sebelah Faryzal.
“Bukan
ke tadi kau beria-ia nasihatkan kita orang jangan main benda ni? Sekarang apa
kes?” soal Faryzal. Keningnya terjungkit sedikit meminta penjelasan.
“Aku
bosanlah duduk bilik sorang-sorang. Nak bersembang, kau orang pulak tak
ada. Takkan nak sembang dengan dinding kot? Daripada aku mati kebosanan, baik
aku ikut kau orang,” jelas Firdaus lalu mula meletakkan jari telunjuknya di
atas duit syiling.
“Tapi
macam mana kau boleh tahu kita orang ada kat bilik ni? Kita orang cuma bagitau
kat tingkat empat je, kan?” Khaidir
menyoal curiga. Matanya dikecilkan sedikit.
Firdaus
tersengih. “Bukannya susah sangat nak cari kau orang... tempat ni kan keras
sikit. Aku yakin kau orang ada kat sini punyalah...”
“Okey,
stop bersembang. Kita mulakan sekarang. Khaidir, Aidil, cepat letak jari
kau orang,” arah Faryzal. Dia tidak mahu membuang masa lagi memandangkan jam
sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam.
Setelah
semua meletakkan jari, mereka mula membaca mentera sekali lagi. “Spirit-spirit
of the coin, dari kegelapan kau kuseru...”
Tiba-tiba
angin bertiup kencang. Pintu yang tidak ditutup Firdaus tadi berdentum kuat.
Kipas siling yang tidak dibuka suisnya tiba-tiba sahaja berpusing mengikut
tiupan angin. Api di lilin pula hampir-hampir terpadam. Kemudian duit syiling
lama itu bergerak ke perkataan yes.
“Dari
mana pulak datang angin ni? Nak kata nak hujan, tak ada pulak
bunyi petir.” Faryzal pelik. Dia masih tidak menyedari duit syiling itu sudah
bergerak. “Yang kau orang berdua ni apesal
muka pucat macam nampak hantu?” soalnya tanpa berlapik sambil memandang wajah
Aidil dan Khaidir.
Aidil
dan Khaidir memuncungkan bibir mereka, menunjuk ke arah duit syiling yang sudah
beralih arah.
Faryzal
dan Firdaus pantas memandang ke arah yang ditunjuk. “Aik, macam mana
boleh beralih ni? Tadi bukan ke duit syiling ni ada dekat home?” soal Faryzal sambil menggaru
kepalanya dengan tangan kiri. “Siapa yang gerakkan duit ni?”soal Faryzal tidak
puas hati.
“Hantu...”
Aidil berbisik perlahan.
“Ah,
aku tak percayalah! Kau orang nampak ke hantu kat sini? Tak ada, kan? Mesti
salah seorang dari kau orang bertiga yang gerakkan duit syiling ni, kan? Baik
mengaku cepat!” soal Faryzal lagi.
“Betullah
Ryzal, duit syiling ni yang bergerak sendiri!” Khaidir bersuara geram.
“Erk...
aku nak tarik diri boleh tak?” pinta Aidil. Bulu romanya terasa tegak semacam.
“Jangan
nak mengada-ngada! Tak ada siapa pun yang dibenarkan menarik diri. Bagaimana
kita mulakan, macam tu jugaklah kita akan tamatkan!” tegas Firdaus yang
sedari tadi mendiamkan diri.
“Tapi...”
“Tak
ada tapi-tapi! Tadi kau jugak yang cakap tak percaya dengan game
ni, kan? Bila angin tiup sikit, duit bergerak je dah nak cabut pulak? Kenapa tak berfikir dulu sebelum nak
main?” potong Firdaus.
Khaidir,
Faryzal dan Aidil sudah tergamam. Tidak pernah mereka lihat Firdaus sekasar
itu.
Firdaus
membuang pandangannya ke arah duit syiling. “Spirit-spirit of the coin,
siapakah nama kau?” Firdaus memulakan soalan tanpa menghiraukan pandangan
kawan-kawannya.
Perlahan-lahan
duit syiling bergerak ke huruf M, kemudian beralih ke huruf A, seterusnya
L-I-N-I-
Gulp!
Faryzal menelan liur, tidak menyangka duit syiling itu benar-benar bergerak
sendiri. Dalam rasa takut, timbul pula rasa gembira kerana dapat berkomunikasi
dengan roh.
“Spirit-spirit
of the coin, apa punca kau mati?” soal Aidil pula. Rasa takutnya sudah
pergi sebaik melihat roh Malini membalas pertanyaan Firdaus.
Sekali
lagi syiling itu bergerak dari satu huruf ke satu huruf, menceritakan bagaimana
dia mati. Menurut Malini, dia pernah diculik oleh musuh papanya dan dijadikan
tebusan untuk mendapatkan wang. Setelah penculik itu mendapat wang tebusan,
mereka telah mungkir janji lalu membunuhnya.
“Kesiannya,”
kata Aidil.
“Spirit-spirit of the
coin, kau dah ada boyfriend ke?” Giliran Khaidir pula menyoal.
Aidil menyiku Khaidir
dengan siku kirinya. “Apa punya soalanlah yang kau tanya ni? Hantu mana ada
pakwe!”
“Eh, tengok tu, duit
syiling bergerak kat yeslah! Tengok, siapa kata hantu tak ada pakwe? Kau
ingat manusia je ke yang pandai
bercinta? Hantu pun pandai tau. Mesti hantu ni hantu moden! Ha ha ha...”
Khaidir menghamburkan tawa, tidak dapat membayangkan bagaimana hantu
berpacaran.
Faryzal dan Aidil sudah terlopong,
manakala Firdaus hanya memandang sahaja gelagat kawan-kawannya.
“Spirit-spirit
of the coin, kalau betul kau ada boyfriend, siapakah nama dia?”
Faryzal menyoal setelah beberapa saat dia terlopong.
Duit
syiling itu bergerak ke huruf F-I-R-D-A-U-S-
Sepantas
kilat Faryzal, Khaidir dan Aidil mengalih pandang ke wajah Firdaus yang tenang.
Kemudian mereka bertiga ketawa.
“Pandai betul
hantu ni bergurau. Hantu mana boleh bercinta... dengan manusia pulak tu!
Mengarut betul.” Ketawa Faryzal masih lagi belum surut.
“Yang
kau ni Fir, senyap je... Malini tu
minat kat kau... suka ke kat dia?” soal Aidil sambil cuba menahan rasa geli
hati.
Firdaus
tersengih buat dua tiga saat. “Okey apa dia suka kat aku... aku, kan single
lagi... apa-apa hal, aku boleh minta tolong dari dia, kan?” Firdaus bersuara
perlahan.
Entah
kenapa bulu roma Faryzal, Aidil dan Khaidir kembali menegak apabila mendengar
Firdaus bersuara begitu, diikuti ekspresi wajahnya yang sedikit menggerunkan.
Firdaus
kembali memandang duit syiling. “Spirit-spirit of the coin, pulanglah ke
tempat asalmu,” pinta Firdaus.
Duit
syiling itu mula bergerak ke home, menandakan roh itu sudah pulang.
Beberapa minit kemudian, mentera menyeru roh dibacakan semula untuk menyeru roh
yang lain pula. Mereka berempat mulai leka berinteraksi dari satu roh ke satu
roh tanpa menghiraukan hari yang sudah semakin lewat.
Roh
yang seterusnya merupakan seorang lelaki yang bernama Rahimi.
“Rahimi?
Macam pernah dengarlah nama ni... tapi kat mana ya?” Aidil bertanya kepada
dirinya sendiri.
“Erk...
ini bukan Rahimi tuan punya bilik ni ke?” Khaidir sudah cuak.
“Tiba-tiba
je aku rasa nak terkucirlah...”
Faryzal sudah seram sejuk.
“Hei, relakslah! Buat biasa je. Dia takkan kacau kalau kita tak buat
dia marah...” Firdaus menenangkan kawan-kawannya. “Spirit-spirit of the coin,
kawan-kawan aku takut dengan kau. Kau marah tak kami duduk kat bilik kau?”
Firdaus menyoal.
Duit
syiling bergerak ke arah no.
“See,
dia tak marah pun. Tak payah nak takut-takutlah, buat biasa je,” kata Firdaus lagi.
Faryzal,
Aidil dan Khaidir mengeluh lega. Namun masih ada sedikit perasaan cuak.
“Ehem... ehem...” Khaidir membetulkan suaranya. “Spirit-spirit of the coin,
kenapa kau bunuh diri?” Separuh berani Khaidir menyoal.
Duit
syiling bergerak ke huruf B-U-L-I-
“Maknanya
tekaan budak-budak lain salahlah... ramai yang cakap dia bunuh diri sebab putus
cintalah, kecewa dengan keputusan examlah, apalah... rupa-rupanya bunuh
diri sebab tak tahan dibuli. Kenapalah dia ambil pendekatan singkat macam tu?
Kan boleh buat aduan...” Faryzal mengeluh.
“Spirit-spirit
of the coin, kau tak rasa menyesal ke bunuh diri?” soal Aidil pula.
Duit
syiling itu bergerak lagi ke arah no, kemudian bergerak dari satu huruf
ke satu huruf.
“Kau
orang nampak tak ayat yang dia tunjuk tadi?” soal Aidil, takut tersalah baca.
“Nam...
nampak... dia ca... cakap dia tak menyesal bunuh diri sebab di... di... dia nak
pergunakan salah seorang dari kita untuk balas den... dendam,” jawab Khaidir
takut-takut.
“Aku
rasa baik kita stop jelah.
Makin lama kita main, makin seram sejuk pulak badan aku dengan roh si
Rahimi ni,” putus Faryzal.
Aidil
dan Khaidir hanya bersetuju, memandangkan jarum jam sudah menunjukkan pukul
3.00 pagi.
“Aku
tak setuju!” bantah Firdaus sambil menjeling tajam ke wajah kawan-kawannya.
“Kenapa?”
soal Khaidir, Faryzal dan Aidil serentak.
“Sebab
roh ni takkan lepaskan kita!”
“Ma...
mana kau tahu?” soal Aidil tergagap-gagap.
“Kau
tak baca ke apa yang dia tunjuk tadi? Kalau dia dah kata nak pergunakan kita,
dia akan buat! Dan kita susah nak suruh dia balik!” tekan Firdaus dengan wajah
serius.
“Ryzal,
kita cuba hantar dia balik dululah. Roh lain senang je bila kita suruh balik,” pinta Khaidir. Dia sudah tidak sabar mahu
beredar dari bilik itu.
“Spirit-spirit
of the coin, pulanglah ke tempat asalmu...” Mereka bertiga membaca mentera
itu. Hanya Firdaus sahaja yang senyap. Matanya masih tidak lepas merenung
kawan-kawannya.
Duit
syiling itu bergerak ke no.
Masing-masing
sudah cuak, tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Sekali lagi mereka membaca
mentera, namun gagal memujuk roh Rahimi pulang. Badan Faryzal, Aidil dan
Khaidir sudah berpeluh dan menggigil. Mereka sudah kusut memikirkan cara apa
lagi mahu memujuk. Kedengaran guruh berbunyi, kilat mula memancarkan cahaya.
Hujan pula turun semakin lebat. Tempias hujan mula masuk ke celah-celah
tingkap.
“Spirit-spirit
of the coin, pleaselah pulang ke tempat asalmu... kami tak mahu lagi
bermain dengan kau,” rayu Faryzal.
Sekali
lagi duit syiling itu bergerak ke no.
“Arrghhh!”
jerit Faryzal sambil meramas rambutnya kasar dengan tangan kiri.
“Kan
aku dah kata susah nak hantar dia balik!” Firdaus tersenyum sinis.
“Aku
tak kira! Apa nak jadi pun jadilah! Aku nak blah dari sini. Siapa nak
ikut aku, ikutlah.” Faryzal nekad. Dia tidak menghiraukan pesanan Dinesh yang
mengatakan dia tidak boleh mengangkat jari sebelum menghantar roh itu pulang
kerana takut roh itu akan ikut. Dia bangkit lalu lari meninggalkan bilik kosong
itu. Mujurlah pintu bilik itu tidak berkunci.
*****
FARYZAL, Aidil dan Khaidir
merebahkan badan di atas katil masing-masing. Tercungap-cungap mereka
melepaskan nafas kerana penat berlari. Peluh yang memercik di dahi dikesat
perlahan. Tiba-tiba Khaidir yang berbaring di katil tingkat atas, bangun
mengejut. Katil itu sedikit berbunyi. Matanya terbeliak memandang katil dua
tingkat di sebelahnya.
“Kenapa
dengan kau ni?” soal Faryzal. Dia pelik melihat wajah Khaidir yang pucat.
“Ttt...
tuu... tuu...” Khaidir menundingkan jari telunjuknya ke bahagian atas katil dua
tingkat milik Faryzal dan Firdaus.
Faryzal
dan Aidil bangkit dari katil masing-masing. Kedua-dua mereka turut terkejut.
Badan mereka mula menggigil. “Buu... buu... bukan ke tadi Fir ada kat bilik
kosong tu? Ma... macam mana dia boleh sampai awal dulu dari kita?”
Tergagap-gagap Faryzal menyoal kawan-kawannya.
Khaidir
turun dari katil lalu melangkah mendekati Firdaus yang sedang nyenyak tidur.
Baru sahaja tangannya ingin mengejutkan Firdaus, Faryzal dan Aidil sudah
menahan.
Khaidir
menoleh. “Kenapa?” soalnya.
“Kau
rasa yang tengah tidur tu Fir ke?” Faryzal meluahkan keraguan.
“Ssshhh...
aku tahu apa nak buat.” Khaidir mengeluarkan telefon bimbit di poket seluar
lalu menekan-nekannya. Kemudian dia bergerak merapati katil Firdaus lalu
meletakkan telefon bimbitnya di telinga lelaki itu. Suara bacaan ayat kursi
kedengaran di corong telefon bimbit itu.
“Mak!!!”
Firdaus kelam-kabut bangun. Berbekalkan cahaya lampu di meja belajar, dia
berpaling untuk melihat gerangan yang mengacau tidurnya. Sekali lagi dia
terkejut melihat ketiga-tiga orang kawannya berdiri kaku memandangnya. Kemudian
dia mengurut dada. “Kau orang ni kenapa? Buat terkejut aku jelah!” marahnya. “Yang kau ni apasal letak handphone kat
telinga aku?” Mencerun matanya memandang wajah Khaidir.
Khaidir
mematikan bacaan ayat kursi. “Betul ke kau ni Fir?” soalnya teragak-agak.
“Habis
tu, takkan aku ni jebon kot?!” Dia bersuara geram.
“Macam
mana kau boleh ada kat sini?” soal Faryzal.
“Apa
punya soalanlah kau ni. Ni kan bilik kita... habis tu aku nak tidur kat mana
lagi?”
“Bukan
tadi kau ada kat atas ke?” soal Aidil curiga.
“Ha
ha ha...” Firdaus ketawa lantang. “Kau orang sendiri dengar yang aku tak
nak join kau orang main permainan seram sejuk tu, kan? Bila masa pulak
aku ada kat atas?” Dia mengerutkan dahinya.
“Kalau
bukan kau, siapa yang ada dengan kita orang kat bilik tu tadi? Muka dia sejibik
macam kau.” Khaidir sudah pelik.
“Entah,
tak tahu... hantu kot?” serkap Firdaus.
Khaidir,
Aidil dan Faryzal sudah berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka
kelam-kabut berlari ke katil masing-masing. Selimut ditarik menyelubungi
seluruh badan. Mata dipejam serapat-rapatnya untuk menghilangkan kejadian di
bilik kosong tadi yang masih berlegar-legar di ruang mata.
“Itulah,
lain kali apa yang aku larang, jangan buat. Kan dah kena,” sindir Firdaus lalu
baring semula untuk menyambung tidur yang terganggu.
*****
FARYZAL terjaga dari tidur
apabila terasa selimutnya ditarik. Dia membuka mata perlahan dan terasa ada
orang yang berdiri di bawah kakinya. Bulu romanya pula sudah meremang apabila
terdengar bunyi salakan anjing di luar tingkap. Dia menarik semula selimut
tetapi terasa ada yang memegang kuat tangannya. Dia cuba menarik tetapi tidak
boleh. Dia cuba bersuara untuk memanggil kawan-kawannya namun suaranya tidak
keluar. Dia terasa seperti ada yang menahan mulutnya daripada bersuara.
Dia
sudah kalut, tidak tahu untuk berbuat apa. Tangannya pula terasa seperti
dipukul kuat. Kemudian dia cuba membaca ayat kursi. Sedikit demi sedikit
pegangan ditangannya longgar, mulutnya yang terasa diterkup itu sudah boleh
mengeluarkan suara semula. Perlahan-lahan dia bangkit, memandang sekeliling
bilik. Semua kawannya sedang nyenyak tidur.
“Siapa
yang kacau aku tadi? Roh Rahimi ke?” monolognya sendirian. Kemudian dia
menyambung tidurnya semula.
*****
SELEPAS mengerjakan solat
subuh, Faryzal menceritakan gangguan yang diterimanya awal pagi tadi kepada
Aidil, Firdaus dan Khaidir. Dia dan kawan-kawannya berpakat untuk membaca surah
Yassin dibilik. Sejak dari itu, tiada lagi gangguan yang diterimanya. Faryzal,
Aidil dan Khaidir berjanji tidak akan bermain spirit of the coin lagi.
Mereka sudah serik.
~TAMAT~
p/s: Pertama kali buat cerpen seram. Rasa macam xmenjadi je seramnya...
Buat pendek je sebab syarat pertandingan nak 10 mukasurat je.
Buat pendek je sebab syarat pertandingan nak 10 mukasurat je.
terbaik. :) naseb baek bca pagi ni :)
ReplyDeletenasib baik tengah baca siang. seram..
ReplyDeleteending cam trgntung je???
ReplyDeletesapa sbnrnya firdaus yg main dgn diorg??
knp roh malini kata firdaus tu pakwe dia???
alamak!! kena baca esok pagi laaa heheheh
ReplyDeleteerr... ingatkan tadi nak baca saja-saja, dahlah tengah malam ni..ades!!! Best jugak!
ReplyDeletebaru berkesempatan nk bace..tepet 11.55 mlm..perghh wc..terpakse panggil org lain dduk sblah utk bace..berdebar2 kot..huhu~
ReplyDeleteUmmu n Faz: thnks
ReplyDeleteanon: Sebenarnye cerita ni ada yang kene potong coz nak cukupkan 10 pages... Tengoklah kalo WC rase rajin WC kasi panjang sikit... WC tengok pon macam tergantung... ending pulak mcm cepat je...
Afaish: xpe, kalo takot bace la siang-siang n_n...
Fatrim: thnks...
Xuanza: seram sangat ke cerita ni? WC tengok macam xseram... mungkin org yg taip rase biase, org yang bace rase seram kot... thnks ek sudi bace...
waaaa..seram la jugak..heheheh..tp klu lg pnjang lg best kot..
ReplyDeleteGilo seram! nih da malam dah! wuwuwww.... Seram la wc.. tpi tergantung! Buat la novel wc!! mcm berjaya aje kalau buat novel ni.. bnyak cerita akan terungkap... hehee...
ReplyDeleteniway gudjob.. baru je nak jatuh cinta kat firdaus tadi sbb dia cool.. rupanya die tido bukan main ikot dorang.. huhu..
tpi yg paling lwk part boyfriend die kta firdaus. adala ter'ompat; dlm hati apa ke bengong antu tu smpat bergurau.. harrharr
@aisy, Insya-Allah WC akan buat panjang sikit.
ReplyDelete@RinsyaRyc, WC xpandai buat novel sangat. Nak buat enovel seiras tu pon makan masa yg lame coz xde idea...
ReplyDeletewahahaha dasat r Rin... Boley jatuh cinta plk kat firdaus...
dah baca. endingnya tak kemas. isinya pun tak berapa nak seram. cuba lagi. hehe
ReplyDelete@azrina nur rusly, thnks kak ad coz sudi bace... hahaha WC tgk pon mcm tu coz kene wat 10 pages je...
ReplyDeleteok,,seram,,bce dlm terang pown terase gelap jew,,thumbs up r,,hehehe
ReplyDeleteThnks...
Deleteerk?seram...kwn2 hostel saya adde main,,tp roh tu x nk lpaskan dieorang...kne mnx bntuan ustaz
ReplyDeletemesti dorg kene marah en lps tu...
DeleteNice ... i like
ReplyDeleteSeram dia tak berapa menjadi en...
Delete