Contest Cerpen KEN

KOMUNITI ENOVEL
“Farhan mana?”
Aku pelik mendengar nama lelaki yang tidak kukenali.
“Anak Mak
Cik Maisarah yang kau tolong biaya kos perubatan tu. Dia ada berniaga murtabak
tadi. Dia ada mintak nombor handphone
kau tapi aku tak berani nak bagi sebab tu dia suruh aku bagi surat ni kat kau.”
Jelas Nava. Kemudian dia beredar keluar dari bilikku.
Aku mula
membaca surat itu. Dalam surat itu, lelaki yang bernama Farhan mengucapkan
terima kasih kepadaku kerana bermurah hati menghulurkan wang untuk membiayai
kos perubatan emaknya yang menghidap penyakit Hepatitis B atau lebih dikenali sebagai radang hati. Dia turut
menyertakan nombor telefonnya dan memintaku menghubunginya agar mudah untuk dia
membayar kembali duitku.
Tanganku
pantas mencapai telefon bimbit lalu mula merangka ayat yang mahu dihantar
kepadanya.
'Assalamualaikum.
Saya Mahira, penyelamat mak awak. Macam mana dengan pembedahan?' Usai menaip,
aku menekan butang hantar. Beberapa saat kemudian, telefon bimbitku berbunyi.
Aku segera membacanya.
'Waalaikumussalam.
Thanks sudi menghantar mesej kat
saya. And thanks sekali lagi sebab
awak sanggup memberi pinjam duit awak. Saya janji akan bayar balik duit awak
tu. Alhamdulillah, sebahagian hati saya dah selamat dipindahkan ke dalam badan
mak saya. Saya harap awak enjoy makan
empat keping murtabak yang saya buat sendiri khas untuk awak.'
Aku
terkejut membaca mesejnya. Aku mengambil bungkusan murtabak tadi dan
membukanya. Benar seperti yang dikatakannya. Jemariku menari semula di telefon
bimbit.
'Thanks ya. Kenyang betullah saya malam
ni. Tentang duit tu saya tak kisah pun. Kalau tak bayar pun tak apa. Anggap je
pemberian ikhlas dari seorang sahabat.'
'Eh mana
boleh macam tu. Saya akan tetap bayar jugak. Okeylah saya tak nak kacau awak
makan. Assalamualaikum.' Balasnya.
'Waalaikumussalam.'
Balasku pula. Kemudian aku meletakkan telefon bimbit di tepi lalu menjamah
murtabak.
Mindaku
mula melayang semula pada perkenalanku dengan Abang Mat yang berniaga murtabak
di Pasar Malam. Aku pernah berbual panjang dengan Abang Mat. Melalui Abang Mat
lah aku mengetahui bahawa Abang Mat berniaga murtabak untuk membantu kawannya
iaitu Farhan membiayai kos perubatan emaknya. Kesemua inti murtabak itu dibuat
sendiri oleh Farhan.
Aku tidak
pernah bersua muka dengan Farhan kerana dia berniaga murtabak di Pasar Malam di
kawasan lain. Selepas mendengar cerita Abang Mat, aku dengan rela hati ingin
membantu.
*****
HUBUNGANKU dengan Farhan semakin rapat.
Sudah dua bulan kami berhubung melalui pesanan ringkas, tanpa mengenali wajah
masing-masing. Kehadiran mesejnya sentiasa menceriakan hariku. Di pejabat, papa
naik pelik melihatku yang asyik berkepit dengan telefon bimbit dan asyik
tersenyum.
*****
MALAM itu, seperti biasa Farhan
menghantar mesej. Aku segera mencapai telefon bimbitku. Aku tergamam seketika
membaca mesej yang dihantarnya.
'Assalamualaikum
Maira. Will you be my special girlfriend?
Saya tahu awak mesti terkejut bila baca mesej ni. Demi Allah, saya nak bercinta
dengan awak bukan kerana awak berharta tapi saya benar-benar ikhlas terhadap awak.
Saya akan tunggu jawapan dari awak.'
Aku
berjalan mundar-mandir di dalam bilik sambil meletup-letupkan jari tangan. Aku
memandang kembali telefon bimbitku dan terus mematikannya. Aku memerlukan masa
untuk memikirkan lamarannya itu. Esok aku akan ke Langkawi selama empat hari
untuk menghadiri seminar. Di sana nanti aku akan cuba mencari jawapan untuk
diberikan kepada Farhan.
***
SELESAI mandi, aku merebahkan badanku
di atas katil. Aku baru sahaja pulang dari seminar. Aku bangkit semula lalu mencapai telefon
bimbit dan menghantar mesej kepada Farhan.
'Assalamualaikum.
Saya dah fikir masak-masak tentang permintaan awak. Saya setuju dengan lamaran
awak. Sorry saya tak mesej awak
berberapa hari sebab saya ada seminar di Langkawi. Saya baru je sampai rumah
tadi.' Selesai menaip, aku menekan butang hantar. Berdebar aku menantikan
balasan darinya.
'Waalaikumussalam.
Thanks Maira. Risau jugak saya hari
tu, awak langsung tak mesej saya. Sekarang baru senang sikit saya nak bekerja.
Oh ya, mak saya kirim salam. Dia nak sangat berbual lagi dengan awak. Dulu tak
puas katanya.' Balasnya pulak.
Sebelum aku
menghulurkan duit dahulu, aku ada ke rumah Farhan untuk melihat sendiri keadaan
emaknya. Ketika aku ke sana, Farhan tiada di rumah kerana bekerja. Aku mula
membalas mesejnya.
'Waalaikumussalam.
InsyaAllah, kalau ada masa nanti saya melawat mak awak. Kirim salam kat Mak Cik
balik ya.'
'Hari sabtu
ni awak pergi Pasar Malam tak? Saya ada kat situ nanti. Gerai kat Pasar Malam
lagi satu kawan saya tolong ambil alih.' Balasnya
'Sabtu ni
ek, mestilah pergi.. Saya ni kan kaki Pasar Malam. Tak sah kalau tak pergi
kecuali kalau ada kerja je saya tak pergi. Kita jumpa nanti ek.'
10 minit
setelah berbalas-balas mesej dengan Farhan, telefon bimbitku berbunyi lagi. Aku
melihat nama papa tertera di situ. Aku terus menekan butang hijau. Papa
memintaku pulang ke rumahnya sekarang kerana ada berita gembira yang ingin
disampaikan. Tanpa membuang masa aku segera mencapai kunci kereta dan memandu
ke rumah papa.
*****
AKU tergamam mendengar kata-kata
papa. Papa mahu menjodohkan aku dengan anak Enda Sarah yang merupakan adik
kandung papa. Enda Sarah pernah diusir oleh Datukku kerana telah berkahwin
dengan orang kebanyakan. Baru seminggu yang lalu orang upahan papa dapat menjejaki
adik papa itu. Aku cuba membantah kehendak papa. Pada mulanya papa melenting.
Lalu aku menceritakan tentang Farhan kepada papa.
Papa diam mendengarnya. Akhirnya
papa memintaku membawa Farhan ke rumah
nanti. Mungkin papa tidak mahu menjadi seperti Datukku yang sanggup membuang
anak kandungnya sendiri. Aku bersyukur kerana papa menerima pilihan hatiku.
*****
SEBAIK sahaja jam menunjukkan pukul 6
petang, aku menarik tangan Nava untuk ke Pasar Malam. Hari ini merupakan
pertemuan pertama antara aku dan Farhan. Aku tidak mahu menunggu waktu malam
kerana pada waktu itu pelanggan sangat ramai. Tergeleng-geleng kepala Nava melihat telatahku yang tidak
sabar-sabar itu.
Sesampai
sahaja di gerai murtabak, aku terus mendapatkan Abang Mat dan bertanyakan Farhan.
Abang Mat menepuk belakang badan seorang lelaki yang sedang mengambil barang di
bawah meja. Lelaki itu segera bangun.
Terbeliak
mataku melihat wajah Farhan. Begitu juga Farhan, hampir terlopong mulutnya
melihat wajahku. Kemarahanku mula membuak-buak. Aku segera menarik tangan Nava
mengajaknya pulang.
“Maira,
kenapa dengan kau ni? Tadi beria-ria sangat kau nak jumpa dia kan? Sekarang apa
cerita? Aku tengok okey je muka dia, tak ada cacat cela pun,” Nava ingin tahu.
“Kalau kau
nak tahu, dia tu lah Mamat Yokies yang aku cerita dulu.” Ujarku
“Oh, dia
tulah Mamat yang kau langgar kat Pasar Mini Haji Nin tu ek? Yang mulut macam
puaka tu? Yang beli telur sampai 5 papan tu?” Nava menyoal tanpa henti.
Aku hanya
mengangguk.
*****
MALAM itu Farhan tidak henti-henti
menghubungiku. Apabila mesejnya tidak kubalas, dia cuba menelefonku pula.
Akhirnya aku menutup terus telefon bimbitku. Telingaku masih terngiang-ngiang
akan kata-kata pedasnya dahulu ketika kami terserempak di Pasar Mini Haji Nin.
Ketika itu aku sedang berjalan
mencari barang dapur. Mataku terpandang
seorang lelaki yang sedang membelek-belek telur. Apabila pandangan kami
bertembung, mukanya terus berubah riak.
“Hek
eleh.... Minah ni lagi. Asal aku beli telur je kau ada. Asal kau ada je aku beli
telur. Kau ni ikut aku ke apa? Apa dah tak ada jantan lain ke yang kau nak tackle?” Sinis lelaki yang sedang
memegang 5 papan telur itu berkata.
“Woi Mamat
Yokies! Kau ingat kau sorang je ke yang boleh beli barang kat sini hah? Ni
tempat awam okey, sesiapa je boleh beli barang kat sini!” Marahku. “Daripada
aku tacle kau, baik aku tackle abang kat sebelah aku ni. Kan
bang?” Aku menoleh ke arah seorang lelaki di sebelahku yang sedang membelek
coklat.
Lelaki itu
berpaling ke arahku. “Sorry, saya
bukan lesbian.” Usai berkata, perempuan yang bergaya seperti lelaki itu terus
berlalu meninggalkanku yang sudah terlopong dan Mamat Yokies yang sedang ketawa
sakan.
“Kau ni
dengan kaum sejenis pun jadi ek. Eiii mintak simpang malaikat 44. Janganlah DIA
jodohkan aku dengan perempuan macam kau ni. Boleh kena HIV aku nanti. Harap muka je cantik tapi lesbian. Siapalah lelaki
malang yang akan berkahwin dengan kau ni nanti ek? Ish ish ish ish...” Dia
terus berlalu selepas berkata-kata.
Eiii geramnye aku denganMamat yokies
ni!!! Jeritku di dalam hati. Aku menggelarkan lelaki itu Mamat Yokies kerana
setiap kali kami terserempak di Pasar Mini ini dia pasti membeli 5 papan telur.
Kuat makan telur betul.
Aku melangkah keluar dari bilik
dan menuju ke tingkat bawah. Nava mungkin berada di dalam biliknya. Ganggang
telefon rumah kucapai lalu mendail nombor telefon bimbit papa. Sebaik sahaja
papa mengangkat, aku mula bersuara.
“Helo pa,
Maira setuju berkahwin dengan anak Enda Sarah. Kalau boleh, Maira nak
perkahwinan tu dipercepatkan.” Selesai bercakap, aku mematikan talian tanpa
sempat papa membalas kataku.Aku tahu papa pasti terkejut dengan keputusanku
itu.
***
HARI ni merupakan hari yang bakal
merubah statusku. Aku akan berkahwin dengan sepupuku sendiri. Dua hari sebelum
itu papa ada memberikan sampul surat yang berisi kad perkahwinanku berserta
gambar bakal suamiku. Tetapi aku tiada hati mahu melihatnya lalu sampul surat
itu kuhumban ke dalam laci meja solek di rumah yang kududuki bersama Nava.
Sejak
sebulan lepas, Farhan atau Mamat Yokies sudah tidak lagi menghubungiku. Mungkin
dia sudah bosan mahu memujukku yang keras hati tidak mahu menjawab panggilan
atau mesejnya.
Dalam hati aku masih berharap
dia akan terus memujukku. Namun, ketidaksungguhannya itu telah mengecewakanku.
Di bibirku mengatakan benci tetapi di dalam hati aku masih menyayanginya. Mulai
hari ini aku terpaksa membuang perasaan itu jauh-jauh kerana berdosa seorang
isteri mengingati lelaki lain selain suaminya.
Nava dan
mamaku masuk ke bilik untuk membawaku turun ke bawah kerana upacara akad nikah
akan berlangsung sebentar sahaja lagi. Sedang aku menuruni tangga, kulihat
bakal suamiku sedang duduk menghadap Tok Kadi. Aku tidak dapat melihat wajahnya
kerana dia membelakangiku. Aku duduk bersimpuh di satu sudut.
“Aku nikah
akan dikau dengan Raja Mahira Binti Raja Mahmood dengan mas kahwinnya sebanyak
300 ringgit tunai...” Suara Tok Kadi kedengaran.
“Aku terima
nikahnya Raja Mahira Binti Raja Mahmood dengan mas kahwinnya sebanyak 300
ringgit tunai.”
Aku
tergamam mendengar suara lelaki yang telah sah bergelar suamiku itu. Suara
saksi-saksi yang mengatakan 'sah' tidakku hiraukan. Aku berdiri lalu berjalan
menghampiri lelaki yang baru sahaja bergelar suamiku untuk melihat wajahnya.
Kepalaku terasa berpusing.
Tiba-tiba aku rebah tidak sedarkan diri.
*****
AKU membuka mata apabila terasa
mukaku basah. Kulihat sekelilingku, kelihatan mama, papa, Nava, Farhan dan Mak
Cik Maisarah berada di dalam bilikku. Aku mengerutkan dahi kerana pelik melihat
kemunculan Mak Cik Maisarah di situ. Kat bawah tadi tak nampak pula Mak Cik
Mai, gumam hatiku.
“Macam mana
Mak Cik Mai boleh ada kat sini?” Soalku pelik kerana aku tidak ada menjemputnya
ke majlisku ini.
“Maira,
inilah adik perempuan yang papa ceritakan tu. Namanya Raja Maisarah dan yang
itu pulak Wan Mohd Farhan Mohd Arif, anaknya dan juga suami kamu.” Terang papa.
Aku
terkejut mendengar pengakuan papa. Jadi, selama ni aku bercinta dan bergaduh
dengan sepupuku sendiri! Detik hatiku.
“Tak pernah
dibuat orang pengantin perempuan tiba-tiba jatuh pengsan kat depan tetamu.”
Bebel Mama.
“Macam mana
Maira tak pengsan bila tengok si Mamat Yokies ni rupanya yang jadi suami
Maira,” Jawabku.
“Maira, tak
baik gelar suami macam tu!” Marah mama.
“Siapa
suruh dia menghilangkan diri selama sebulan lebih. Penat Maira tenung handphone tu nak tunggu dia pujuk. Tapi,
haram tak pujuk-pujuk.” Sungutku.
“Sebulan
lepas, ada seorang lelaki datang ke rumah saya. Dia cakap dia abang kepada mak
saya. Dia ada bagi tahu yang anak perempuannya setuju untuk dijodohkan dengan
saya. Mula-mula tu saya menolak sebab saya masih nak pujuk awak. Tapi orang tu
suruh saya lihat dulu gambar anak perempuannya. Bila saya tengok gambar tu,
saya terus setuju tanpa berfikir.
Saya pun
terkejut jugak bila dapat tahu yang awak sepupu saya. Saya ada terfikir nak
bagi tahu awak pasal ni tapi tak jadi sebab masa tu awak masih marah lagi kat
saya. So, saya buat keputusan nak bagi surprise kat awak. Tapi tadi saya pulak
yang terkejut bila tengok awak jatuh pengsan. Terang Farhan.
“Eh, jom
kita turun. Majlis pun tak habis lagi ni. Nanti apa pulak kata tetamu kat bawah
tu bila tengok tuan rumah tak melayan tetamu.”
Celah mama.
Kami semua kelam-kabut bangun untuk turun ke
bawah. Dalam hati aku bersyukur kerana lelaki itu adalah jodohku.
~TAMAT~
p/s: Buat pendek je sebab syarat pertandingan nak 10 mukasurat je.
best!!
ReplyDeletenak wat novel ke cerpen panjang? apapun keep it up! ^_^
Afifah: Thnks... Yg ni akak nak buat cerpen yg panjang coz yg ni pendek sgt...
ReplyDeletebest!! x pernah terfikir benda ni akan berakhir macam ni...so sweet
ReplyDeleteSakura Putih: Tunggu yang panjang punye plk ek..
ReplyDeleteWC, best2..sempoi je :) hwaiting full version
ReplyDeletebest la cter ni..x boring pun. ^_^
ReplyDelete@lurveen Full pnye myb lambat sikit kot L... Coz tengah nak sambung Seiras...
ReplyDelete@aisyThnks Aisy...
ReplyDelete