Followers

Showing posts with label Bicara WC. Show all posts
Showing posts with label Bicara WC. Show all posts

Monday, 10 July 2017

Pre-Order Antologi Tautan Kasih Di Aidilfitri




Baby kongsi kedua yang bakal lahir.

Bismillahirrahmanirrahim

Projek Amal
TAUTAN KASIH DI AIDILFITRI

Pre-order
10/07/2017 hingga 26/07/2017

Harga termasuk postage
Semenanjung RM38
Sabah/ Sarawak RM42

Pembelian HANYA melalui ejen berikut SAHAJA. Boleh pm Facebook

1. Liza Wati

2. Nurul Iman

3. Liebe Schatz

Sila pilih salah seorang daripada mereka, buat pesanan & bayaran.

Dengan besar hati, Projek Amal ini melibatkan cerpen kreatif 30 penulis berikut:

1. Aku, Dia & Sebuah Diari - Nojie
2. Cahaya Syurga - Nur Mayani
3. Di Setiap Nafasku - Syaf Asriqa
4. Hadiah Di Bulan Ramadan - Ai Indah
5. Helo, Jerry - Idora Darwina
6. Ikhlas Mencintaimu - Iman Najwa
7. Kasih Si Anak - Ayra Awatif
8. Kasut Sekolah - Nurharyati Ishak
9. Kenangan Terindah Akma Ameer - Syina Hamdan
10. Ketupat Cinta Untuk Dia - Waisya Carissa
11. Ketupat Daun Palas - Nueen
12. Mat Bunga vs Minah Senget - Nurrasyyi
13. Menantu Mak - Lily Kaltsum
14. Nasi Kandar Daun pisang - Engku Muzahadin
15. Oh Emak! Tolong Pinangkan Anak Mak Cik Moon! - Xenia Zidane
16. Perang Besan - Azizah Ami
17. Permata Hati Buat Sara - Aii Fariza
18. Pulanglah - Ruby Nur Airis
19. Ramadan Terakhir - Aida Adia
20. Raya Oh Jodoh - Yin Areesa
21. Satu cerita - Rose Aleyna
22. Sayang Kebaya Kancing Tak Sampai - Rissa Ahdiya
23. Seindah Kasih Ramadan - Ayatul Husna
24. Selamat Hari Raya Ramachandran - Zhar Aruzi Hairi
25. Suami Ramadan - Cik Amal
26. Suratan Dari-Nya - Arsya Aisya
27. Takdir Untuk Kita - Arriya
28. Terasing - Husna
29. Tidak Berpaling Lagi - Umie Nadzimah
30. Till Jannah - Lynn Dayana

Cetakan terhad kepada 500 naskhah.
Sumbangan akan disalurkan kepada anak-anak istimewa di wad pediatrik.

Selamat beramal kawan-kawan semua.

Friday, 10 February 2017

Pre-Order Antologi Cerpen Setulus Kasih Buatmu





 💸 50% dari hasil jualan antologi ini akan disumbangkan ke rumah anak yatim.
📖 Print on demand.
💵 Harga RM25.
📱 Boleh pm fb Afifah Yusof untuk membeli.
🔊 Pre-order hingga 17 Febuari 2017

10 penulis bergabung menyiapkan sebuah antologi yang diberi tajuk Setulus Kasih Buatmu.
Selama 1 Tahun 6 Bulan, akhirnya dapat jugak cetak antologi ni lepas melalui pelbagai laluan semak-samun 😂

Selama 6 tahun menjadi penulis online, ini buah tangan pertama ke versi cetak dengan menggunakan nama pena Waisya Carissa. Masa mula menulis dulu guna Wild Cherry sebab tak tahu nak letak nama apa. Ekeke.
Alhamdulillah. Walaupun baby kongsi je, jadilah sementara nak kaut balik semangat menulis.

Senarai Tajuk Cerpen.

1. Aku, Creme Brulee dan Sarah Amalina- Fathi
2. Bukan Dia Seorang- Nuriffa
3. Bukan Yang Sempurna- Hazlina Hussin
4. Kalau Dah Jodoh Kita- Asyu Asyura
5. Kekasih Abadi- Nureen Ahmad
6. Love You Till Jannah- Ct Roxalynna
7. Love You, Dr. Vampire- Naurah Hazwani
8. Seketika Di Sini- Farisha Imani
9. Suamiku Kasanova?- Waisya Carissa
10. Tuan Azman Legacy- Jasmine

#preorder
#projekamal
#antologisetuluskasihbuatmu
#limitededition

Saturday, 21 February 2015

Tukar Nama Pena


Assalamualaikum wbt.
Tak tahu ada yang baca ke tak tapi WC tetap nak bagitahu.
Seperti nama pena pada kaver cerpen kat atas, WC akan tukar nama pena kepada Waisya Carissa.

Kenapa tak guna je nama Wild Cherry?
Rasa macam tak best je nama tu. Lagipun rasanya tak ramai kot yang kenal nama Wild Cherry sebab WC jarang dah menulis. So boleh la tukar nama

Oh ya, nama Waisya tu merupakan gabungan nama WC sendiri
 manakala Carissa pulak nama sejenis bunga.
Gigih cari nama yang ada huruf WC.

Ini dia Bunga Carissa


Pasal cerpen Suamuku Kasanova? pulak... 
WC akan hantar pada publisher yang akan menerbitkan antologi cerpen suamiku menggunakan nama pena baru tu,
Tapi tak tahulah terpilih ke tak sebab macam ramai je penulis hebat yang join.
Kalau terpilih alhamdulillah la tapi kalau tak terpilih maknanya bukan rezeki.
Dan WC akan letak cerpen tu kat belog kalau tak terpilih.

Okey, tu je nak bagitahu,
Nak pergi sambung menaip manuskrip Separuh Hati Untukmu pulak.

Monday, 28 July 2014

Eid Mubarak 2014

Assalamualaikum w.b.t 
Sekali lagi kita bertemu di bulan Syawal setelah 29 hari menjalani ibadah puasa.
Walaupun tak ada siapa yang baca entry ni, WC tetap nak post jugak.
Di kesempatan ini WC nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
WC menyusun sepuluh jari yang tak berapa nak panjang ni untuk memohon maaf andai ada tersilap taip atau terlambat sambung cerita dalam ni (Macam la ada orang yang baca cerita dalam belog ni)

Mengenai manuskrip Seiras a.k.a Kaulah Pelengkap Hatiku a.k.a Separuh Hati Untukmu, WC ingin mohon maaf jugak sebab cerita tu tak siap-siap lagi. Entah kenapa rasa blur je nak sambung cerita tu tapi walau macam mana pun WC akan cuba paksa diri sambung balik cerita tu. 

Kat fb page WC ada selitkan special entry SHU. Kalau ada yang terlepas pandang atau ada yang tak tahu WC ada fb page, boleh la jenguk ke situ untuk baca special entry tu. 
Itupun kalau ada yang sudi baca la. Bawah ni WC sertakan link dia



Friday, 28 June 2013

Jodoh Datang Lagi Dan Hati Ini Gilakan Kamu!

Assalamualaikum w.b.t... 
Dah tiga bulan sebelas hari belog ni penuh bersawang... 
WC masih lagi dalam proses menyiapkan mss KPH...
Dengan mood yang kadang-kadang malas dan kadang-kadang rajin,
tak tahu bila dapat siapkan. Buat masa ni yang boleh WC cakap, mss dalam 65% kot...

Kedua-dua tajuk di atas pulak sebenarnya tajuk enovel baru WC...
tajuk  dah lama ada tapi belum buat satu apa pun lagi... 
keculi yang Hati Ini Gilakan Kamu! sebab WC baru buat prolog untuk cerita tu...
Ingat nak siapkan satu-satu dulu... Kalau buat bergilir-gilir takut kelam kabut n pening pulak...

Lepas siapkan mss Kaulah Pelengkap Hatiku, WC akan sambung enovel Hati Ini Gilakan Kamu! dulu
lepas tu baru enovel Jodoh Datang Lagi
Mungkin cerita Hati Ini Gilakan Kamu! ni santai sikit tapi tak tahu la menjadi ke tak santai dia.
Yang Jodoh Datang Lagi pulak nak kata berat tu tak berat sangat kot...

Apa-apapun doakan la WC dapat siapkan Kaulah Pelengkap Hatiku dalam tahun ni jugak eh =)
sebab tangan WC ni dah tak sabar nak menaip enovel Hati Ini Gilakan Kamu!
Bawah ni WC sertakan cover yang biasa-biasa saja dari kedua-dua enovel WC




Teaser KPH insya-Allah 9 Julai nanti WC up eh =)



Saturday, 18 August 2012

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum w.b.t...
Tadi penyimpan mohor besar raja-raja dah umumkan yang esok raya...
Macam tak percaya pulak yang esok dah raya.
Rasa macam sekejap sangat masa berlalu.

Di kesempatan ini WC nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
maaf zahir dan batin kepada semua.
Semoga Syawal tahun ini membawa rahmat dan kebahagiaan yang berpanjangan...

WC juga nak ucap terima kasih kepada semua
yang menyokong dan masih sudi membaca karya picisan
WC walaupun selalu lambat update cerita...
Sekarang WC tengah buat cerpen raya. Insya-Allah akan
cuba siapkan cepat. Untuk membaca teaser cerpen raya
boleh Klik Di Sini

Tuesday, 24 April 2012

SHU Di Penulisan2u

Assalamualaikum...

Separuh Hati Untukmu kini di Penulisan2u... WC harap ada yang sudi membaca lagi...
Tiba-tiba je tergerak hati nak post kat penulisan2u sebab
dah lama WC tak hantar karya kat situ..
 Klik Di Sini untuk membaca...

Wednesday, 18 January 2012

Iklan Sebentar

Sila perhatikan gambar di bawah ini...



Kepada sesiapa yang berminat, jangan malu-malu untuk menghantar karya...

Thursday, 5 January 2012

7 Penulis, 1 Blog



WC nak promote satu blog yang akan memaparkan karya-karya
dari 7 orang penulis. Blog ini dinamakan Street Writers seperti yang
tertera pada gambar di atas.

Antara penulis-penulis yang akan menyumbangkan karya ialah
WC sendiri, Xuanza, MK, AO, Syaza Athirah, N dan AD Azidy...

Di kesempatan ini WC ingin menjemput semua kawan-kawan mengunjungi blog>> street writers
untuk membaca karya-karya kami yang tidak seberapa...

Karya-karya kami akan mula dipost pada 7 January 2012...
Ada di antara karya-karya kami yang mungkin pernah dibaca...

Nantikan, Ya...

Saturday, 29 October 2011

FB Pages

Ni link >> FB Pages WC
FB Pages ni WC buat pada 28 Mei 2011...
Tujuan WC buat FB Pages ialah untuk menyiarkan karya-karya.
Nak post kt wall FB malu coz kawan-kawan sekolah WC tak tau yang
WC menulis... hehehe Rasa segan je kalau
dorang tau... http://www.emocutez.com

Kepada kawan-kawan yang dah pernah menglike pages ni
WC ucapkan banyak-banyak terima kasih...

Saturday, 22 October 2011

Kaulah Pelengkap Hatiku Diedit semula

Assalamualaikum semua... Terlebih dahulu WC nak minta maaf
sebab lama tak sambung E-novel Kaulah Pelengkap Hatiku.
Gaya macam ada orang yang baca je en... hahaha... http://www.emocutez.com

Masuk hari ni, dah empat bulan dua puluh satu hari
WC tak sambung cerita tu... Perghh!! lamanya...
WC tak sambung cerita tu sebab busy buat cerpen,
tak ada idea nak sambung pun satu hal jugak...

Di sini WC nak bagitau WC ada buat penambahan
sikit dari bab satu hingga lima. Entah tiba-tiba je
idea nak menambah mukasurat datang... hehehe...
Dalam tu ada pertukaran nama, pertukaran umur dan penambahan watak.
Kalau siapa yang masih ingat jalan cerita dia yang lama,
mesti tau mana satu yang diubah.

Sementara WC dalam proses menyambung bab 6...
hehehe baru bab 6... Orang lain dah berpuluh bab, WC je ke belakang.
Penyakit M punya pasallah ni.
Okey, sementara WC dalam proses penyambungan, Kawan-kawan semua bolehlah baca dari awal balik, ya...

Akhir sekali WC minta maaf banyak-banyak...
Terima kasih kepada semua yang masih sudi membaca karya WC
yang tak seberapa ni dan terima kasih kerana menyokong WC...



Sunday, 16 January 2011

Di Sebalik Nama Wild Cherry



Nama Wild Cherry di ambil daripada gula-gula hudsons yang berperisa Wild Cherry.. Mase mula-mula nak buat blog dulu tak tau nak guna nama apa..

Tiba-tiba WC keluarkan gula-gula untuk dimakan.. WC gerakkan tangan nk bukak plastik gula-gula tu.. WC stop kejap dari pulas plastik gula-gula tu dan tengok nama perisa gula tu macam best je..

Tanpa membuang masa, WC on lappy dan sign up blogger.. Begitulah sejarah nama Wild Cherry...