Followers

Thursday, 1 December 2011

Cerpen: Roh Yang Kuseru!

Contest Cerpen KEN





“KAU orang pernah main game spirit of the coin?” tanya Faryzal kepada Aidil dan Khaidir yang sedang menelaah pelajaran di meja belajar di bilik yang memuatkan empat orang pelajar.

            Khaidir dan Aidil memusingkan badan menghadap Faryzal yang sedang berbaring di atas katil dua tingkat. Kemudian mereka menggeleng kepala serentak.
“Kenapa kau tanya?” soal Aidil ingin tahu.
            “Aku pernah dengar, kalau duit syiling bergerak maknanya hantu dah datang dan kita boleh bersoal-jawab dengan dia. Tapi boleh percaya ke main benda tu? Entah-entah dia orang yang gerakkan sendiri duit tu, sengaja nak buat kecoh.” Khaidir pula bersuara.
            “Entahlah... kalau nak tahu boleh percaya ke tak, kita cuba dulu malam ni. Semalam Dinesh ada bagi aku board dengan duit syiling lama... kau orang nak join tak?” Faryzal mengangkat keningnya, menanti jawapan dari Aidil dan Khaidir.
            “Nak tu memanglah nak tapi nak main kat mana? Kat sini ke?” Khaidir memberi persetujuan.
            “Tak bestlah main kat bilik ni... cari tempat lainlah.” Faryzal mula berfikir. Sesekali jari telunjuknya mengetuk-ngetuk perlahan dahinya. Kemudian tangannya mengurut dagu pula apabila masih tidak dapat memikirkan tempat.
            “Hah, Aku ada satu tempat!” Aidil bersuara kuat sambil jari telunjuknya terangkat ke atas.
            Khaidir dan Faryzal sudah mengurut dada, terkejut mendengar suara Aidil yang membingitkan telinga itu.
“Kau ni cuba cakap tu slow sikit. Terkejut kita orang tau!” marah Faryzal sambil melemparkan bantal ke badan Aidil.
            “Apa tempat yang kau nak cadangkan tu?” tanya Faryzal.
            “Kat tingkat empat ada satu bilik kosong. Bilik tu dulu ada pelajar junior bunuh diri tahun lepas. Kalau tak salah aku, nama dia Rahimi. Kita pergi bilik tu jelah. Nak tak?” cadang Aidil. Dia sudah tidak sabar untuk memulakan permainan itu.
            “Cantiklah kalau macam tu. Malam ni, tepat pukul 12.00 kita gerak.” Faryzal memberi kata putus. Kemudian mereka bertiga ketawa kuat.
            Pintu bilik terkuak. Firdaus yang baru habis kelas, melangkah masuk. “Apa yang kelakar sangat ni?” soalnya pelik sambil meletakkan beg sandangnya di katil tingkat atas lalu menarik kerusi dan duduk di hadapan ketiga-tiga kawannya.
            “Malam ni kita orang nak main spirit of the coin kat bilik kosong tingkat empat. Kau nak join tak?” pelawa Khaidir.
            Mata Firdaus terbuntang luas. Dia merenung tajam satu per satu wajah kawannya. “Kau orang tahu tak, syirik kalau kita main permainan tu? Tak takut dosa ke?” Dia memarahi kawan-kawanya.
            “Alah, kita orang just nak cuba je bukannya kita orang percaya game ni pun... itupun tak boleh ke?” sungut Aidil.
            “Percaya atau tak, nak main suka-suka ke apa... itu tetap dikira syirik. Kau orang tahu, kan makna syirik? Kalau tak ingat, meh aku nak ingatkan balik... syirik ialah perkara yang menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan, dan iktiqad, iaitu dengan menjadikan sesuatu yang lain sama ada makhluk bernyawa atau tidak, sekutu bagi Allah,” terang Firdaus. Dia mahu kawan-kawannya itu sedar.
            “Kalau kau tak nak join kau cakap je tak payah nak berceramah pulak!” Faryzal sudah naik angin. Wajahnya tegang.
            “Lagipun banyak apa budak-budak Melayu main benda ni.” Khaidir menyampuk.
            “Terpulanglah pada kau orang sama ada nak dengar cakap aku atau tak. Satu je aku nak ingatkan...” Firdaus diam seketika. “Bahaya main game ni. Kawan aku dulu pernah kena rasuk sebab hantu tak nak balik ke tempat asal.” Firdaus bangkit, mencapai tuala lalu beredar dari bilik tanpa mempedulikan renungan tajam Faryzal.
                                                                        *****
PINTU bilik kosong itu dikuak perlahan. Faryzal, Aidil dan Khaidir melangkah masuk. Mereka mula meletakkan papan yang bertulis huruf A hingga Z, nombor 0 hingga 9 serta perkataan yes, no dan home di atas lantai. Bilik yang sememangnya gelap, sudah diterangi dengan empat batang lilin yang diletakkan pada setiap penjuru papan itu. Kemudian Faryzal meletakkan duit syiling lama pada home lalu mereka bertiga meletakkan jari telunjuk di atas duit syiling.
            “Spirit-spirit of the coin, dari kegelapan kau kuseru,” ucap mereka sebanyak tiga kali. Namun tiada apa-apapun yang berlaku. Duit syiling masih tidak bergerak. Mereka mencuba sekali lagi dan lagi tetapi keadaan tetap sama.
            Faryzal mulai bengang. Dia mengeluarkan pisau lipat yang tersimpan di kocek seluarnya lalu menoreh sedikit jari telunjuknya.
            Aidil dan Khaidir sudah terkejut.
“Ke... kenapa kau toreh jari kau?” Tergagap-gagap Aidil menyoal.
            “Hantu ni degil sangat tak nak keluar. Dinesh kata, kalau nak lagi mencabar kena guna darah...” Faryzal tersengih lalu menitikkan darahnya itu di atas permukaan duit syiling. “Apa yang kau orang tunggu lagi? Cepatlah letak jari,” gesanya.
            Baru sahaja Aidil dan Khaidir mahu meletakkan jari, tiba-tiba pintu bilik terkuak. Berkeriuk bunyinya. Bulu roma mereka bertiga mula menegak. Dengan wajah pucat mereka menoleh perlahan.
            Fuhh...
Mereka mengeluh lega sebaik sahaja melihat Firdaus yang melangkah masuk lalu mendudukkan diri di sebelah Faryzal.
            “Bukan ke tadi kau beria-ia nasihatkan kita orang jangan main benda ni? Sekarang apa kes?” soal Faryzal. Keningnya terjungkit sedikit meminta penjelasan.
            “Aku bosanlah duduk bilik sorang-sorang. Nak bersembang, kau orang pulak tak ada. Takkan nak sembang dengan dinding kot? Daripada aku mati kebosanan, baik aku ikut kau orang,” jelas Firdaus lalu mula meletakkan jari telunjuknya di atas duit syiling.
            “Tapi macam mana kau boleh tahu kita orang ada kat bilik ni? Kita orang cuma bagitau kat tingkat empat je, kan?” Khaidir menyoal curiga. Matanya dikecilkan sedikit.
            Firdaus tersengih. “Bukannya susah sangat nak cari kau orang... tempat ni kan keras sikit. Aku yakin kau orang ada kat sini punyalah...”
            “Okey, stop bersembang. Kita mulakan sekarang. Khaidir, Aidil, cepat letak jari kau orang,” arah Faryzal. Dia tidak mahu membuang masa lagi memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam.
            Setelah semua meletakkan jari, mereka mula membaca mentera sekali lagi. “Spirit-spirit of the coin, dari kegelapan kau kuseru...” 
            Tiba-tiba angin bertiup kencang. Pintu yang tidak ditutup Firdaus tadi berdentum kuat. Kipas siling yang tidak dibuka suisnya tiba-tiba sahaja berpusing mengikut tiupan angin. Api di lilin pula hampir-hampir terpadam. Kemudian duit syiling lama itu bergerak ke perkataan yes.
            “Dari mana pulak datang angin ni? Nak kata nak hujan, tak ada pulak bunyi petir.” Faryzal pelik. Dia masih tidak menyedari duit syiling itu sudah bergerak. “Yang kau orang berdua ni apesal muka pucat macam nampak hantu?” soalnya tanpa berlapik sambil memandang wajah Aidil dan Khaidir.
            Aidil dan Khaidir memuncungkan bibir mereka, menunjuk ke arah duit syiling yang sudah beralih arah.
            Faryzal dan Firdaus pantas memandang ke arah yang ditunjuk. “Aik, macam mana boleh beralih ni? Tadi bukan ke duit syiling ni ada dekat home?” soal Faryzal sambil menggaru kepalanya dengan tangan kiri. “Siapa yang gerakkan duit ni?”soal Faryzal tidak puas hati.
            “Hantu...” Aidil berbisik perlahan.
            “Ah, aku tak percayalah! Kau orang nampak ke hantu kat sini? Tak ada, kan? Mesti salah seorang dari kau orang bertiga yang gerakkan duit syiling ni, kan? Baik mengaku cepat!” soal Faryzal lagi.
            “Betullah Ryzal, duit syiling ni yang bergerak sendiri!” Khaidir bersuara geram.
            “Erk... aku nak tarik diri boleh tak?” pinta Aidil. Bulu romanya terasa tegak semacam.
            “Jangan nak mengada-ngada! Tak ada siapa pun yang dibenarkan menarik diri. Bagaimana kita mulakan, macam tu jugaklah kita akan tamatkan!” tegas Firdaus yang sedari tadi mendiamkan diri.
            “Tapi...”
            “Tak ada tapi-tapi! Tadi kau jugak yang cakap tak percaya dengan game ni, kan? Bila angin tiup sikit, duit bergerak je dah nak cabut pulak? Kenapa tak berfikir dulu sebelum nak main?” potong Firdaus.
            Khaidir, Faryzal dan Aidil sudah tergamam. Tidak pernah mereka lihat Firdaus sekasar itu.
            Firdaus membuang pandangannya ke arah duit syiling. “Spirit-spirit of the coin, siapakah nama kau?” Firdaus memulakan soalan tanpa menghiraukan pandangan kawan-kawannya.
            Perlahan-lahan duit syiling bergerak ke huruf M, kemudian beralih ke huruf A, seterusnya L-I-N-I-
            Gulp! Faryzal menelan liur, tidak menyangka duit syiling itu benar-benar bergerak sendiri. Dalam rasa takut, timbul pula rasa gembira kerana dapat berkomunikasi dengan roh.
            “Spirit-spirit of the coin, apa punca kau mati?” soal Aidil pula. Rasa takutnya sudah pergi sebaik melihat roh Malini membalas pertanyaan Firdaus.
            Sekali lagi syiling itu bergerak dari satu huruf ke satu huruf, menceritakan bagaimana dia mati. Menurut Malini, dia pernah diculik oleh musuh papanya dan dijadikan tebusan untuk mendapatkan wang. Setelah penculik itu mendapat wang tebusan, mereka telah mungkir janji lalu membunuhnya.
            “Kesiannya,” kata Aidil.
            “Spirit-spirit of the coin, kau dah ada boyfriend ke?” Giliran Khaidir pula menyoal.
            Aidil menyiku Khaidir dengan siku kirinya. “Apa punya soalanlah yang kau tanya ni? Hantu mana ada pakwe!”
            “Eh, tengok tu, duit syiling bergerak kat yeslah! Tengok, siapa kata hantu tak ada pakwe? Kau ingat manusia je ke yang pandai bercinta? Hantu pun pandai tau. Mesti hantu ni hantu moden! Ha ha ha...” Khaidir menghamburkan tawa, tidak dapat membayangkan bagaimana hantu berpacaran.
            Faryzal dan Aidil sudah terlopong, manakala Firdaus hanya memandang sahaja gelagat kawan-kawannya.
            “Spirit-spirit of the coin, kalau betul kau ada boyfriend, siapakah nama dia?” Faryzal menyoal setelah beberapa saat dia terlopong.
            Duit syiling itu bergerak ke huruf F-I-R-D-A-U-S-
            Sepantas kilat Faryzal, Khaidir dan Aidil mengalih pandang ke wajah Firdaus yang tenang. Kemudian mereka bertiga ketawa.
“Pandai betul hantu ni bergurau. Hantu mana boleh bercinta... dengan manusia pulak tu! Mengarut betul.” Ketawa Faryzal masih lagi belum surut.
            “Yang kau ni Fir, senyap je... Malini tu minat kat kau... suka ke kat dia?” soal Aidil sambil cuba menahan rasa geli hati.
            Firdaus tersengih buat dua tiga saat. “Okey apa dia suka kat aku... aku, kan single lagi... apa-apa hal, aku boleh minta tolong dari dia, kan?” Firdaus bersuara perlahan.
            Entah kenapa bulu roma Faryzal, Aidil dan Khaidir kembali menegak apabila mendengar Firdaus bersuara begitu, diikuti ekspresi wajahnya yang sedikit menggerunkan.
            Firdaus kembali memandang duit syiling. “Spirit-spirit of the coin, pulanglah ke tempat asalmu,” pinta Firdaus.
            Duit syiling itu mula bergerak ke home, menandakan roh itu sudah pulang. Beberapa minit kemudian, mentera menyeru roh dibacakan semula untuk menyeru roh yang lain pula. Mereka berempat mulai leka berinteraksi dari satu roh ke satu roh tanpa menghiraukan hari yang sudah semakin lewat.
            Roh yang seterusnya merupakan seorang lelaki yang bernama Rahimi.
            “Rahimi? Macam pernah dengarlah nama ni... tapi kat mana ya?” Aidil bertanya kepada dirinya sendiri.
            “Erk... ini bukan Rahimi tuan punya bilik ni ke?” Khaidir sudah cuak.
            “Tiba-tiba je aku rasa nak terkucirlah...” Faryzal sudah seram sejuk.
            “Hei, relakslah! Buat biasa je. Dia takkan kacau kalau kita tak buat dia marah...” Firdaus menenangkan kawan-kawannya. “Spirit-spirit of the coin, kawan-kawan aku takut dengan kau. Kau marah tak kami duduk kat bilik kau?” Firdaus menyoal.
            Duit syiling bergerak ke arah no.
            “See, dia tak marah pun. Tak payah nak takut-takutlah, buat biasa je,” kata Firdaus lagi.
            Faryzal, Aidil dan Khaidir mengeluh lega. Namun masih ada sedikit perasaan cuak. “Ehem... ehem...” Khaidir membetulkan suaranya. “Spirit-spirit of the coin, kenapa kau bunuh diri?” Separuh berani Khaidir menyoal.
            Duit syiling bergerak ke huruf B-U-L-I-
            “Maknanya tekaan budak-budak lain salahlah... ramai yang cakap dia bunuh diri sebab putus cintalah, kecewa dengan keputusan examlah, apalah... rupa-rupanya bunuh diri sebab tak tahan dibuli. Kenapalah dia ambil pendekatan singkat macam tu? Kan boleh buat aduan...” Faryzal mengeluh.
            “Spirit-spirit of the coin, kau tak rasa menyesal ke bunuh diri?” soal Aidil pula.
            Duit syiling itu bergerak lagi ke arah no, kemudian bergerak dari satu huruf ke satu huruf.
            “Kau orang nampak tak ayat yang dia tunjuk tadi?” soal Aidil, takut tersalah baca.
            “Nam... nampak... dia ca... cakap dia tak menyesal bunuh diri sebab di... di... dia nak pergunakan salah seorang dari kita untuk balas den... dendam,” jawab Khaidir takut-takut.
            “Aku rasa baik kita stop jelah. Makin lama kita main, makin seram sejuk pulak badan aku dengan roh si Rahimi ni,” putus Faryzal.
            Aidil dan Khaidir hanya bersetuju, memandangkan jarum jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi.
            “Aku tak setuju!” bantah Firdaus sambil menjeling tajam ke wajah kawan-kawannya.
            “Kenapa?” soal Khaidir, Faryzal dan Aidil serentak.
            “Sebab roh ni takkan lepaskan kita!”
            “Ma... mana kau tahu?” soal Aidil tergagap-gagap.
            “Kau tak baca ke apa yang dia tunjuk tadi? Kalau dia dah kata nak pergunakan kita, dia akan buat! Dan kita susah nak suruh dia balik!” tekan Firdaus dengan wajah serius.
            “Ryzal, kita cuba hantar dia balik dululah. Roh lain senang je bila kita suruh balik,” pinta Khaidir. Dia sudah tidak sabar mahu beredar dari bilik itu.
            “Spirit-spirit of the coin, pulanglah ke tempat asalmu...” Mereka bertiga membaca mentera itu. Hanya Firdaus sahaja yang senyap. Matanya masih tidak lepas merenung kawan-kawannya.
            Duit syiling itu bergerak ke no.
            Masing-masing sudah cuak, tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Sekali lagi mereka membaca mentera, namun gagal memujuk roh Rahimi pulang. Badan Faryzal, Aidil dan Khaidir sudah berpeluh dan menggigil. Mereka sudah kusut memikirkan cara apa lagi mahu memujuk. Kedengaran guruh berbunyi, kilat mula memancarkan cahaya. Hujan pula turun semakin lebat. Tempias hujan mula masuk ke celah-celah tingkap.
            “Spirit-spirit of the coin, pleaselah pulang ke tempat asalmu... kami tak mahu lagi bermain dengan kau,” rayu Faryzal.
            Sekali lagi duit syiling itu bergerak ke no.
            “Arrghhh!” jerit Faryzal sambil meramas rambutnya kasar dengan tangan kiri.
            “Kan aku dah kata susah nak hantar dia balik!” Firdaus tersenyum sinis.
            “Aku tak kira! Apa nak jadi pun jadilah! Aku nak blah dari sini. Siapa nak ikut aku, ikutlah.” Faryzal nekad. Dia tidak menghiraukan pesanan Dinesh yang mengatakan dia tidak boleh mengangkat jari sebelum menghantar roh itu pulang kerana takut roh itu akan ikut. Dia bangkit lalu lari meninggalkan bilik kosong itu. Mujurlah pintu bilik itu tidak berkunci.
                                                                        *****
FARYZAL, Aidil dan Khaidir merebahkan badan di atas katil masing-masing. Tercungap-cungap mereka melepaskan nafas kerana penat berlari. Peluh yang memercik di dahi dikesat perlahan. Tiba-tiba Khaidir yang berbaring di katil tingkat atas, bangun mengejut. Katil itu sedikit berbunyi. Matanya terbeliak memandang katil dua tingkat di sebelahnya.
            “Kenapa dengan kau ni?” soal Faryzal. Dia pelik melihat wajah Khaidir yang pucat.
            “Ttt... tuu... tuu...” Khaidir menundingkan jari telunjuknya ke bahagian atas katil dua tingkat milik Faryzal dan Firdaus.
            Faryzal dan Aidil bangkit dari katil masing-masing. Kedua-dua mereka turut terkejut. Badan mereka mula menggigil. “Buu... buu... bukan ke tadi Fir ada kat bilik kosong tu? Ma... macam mana dia boleh sampai awal dulu dari kita?” Tergagap-gagap Faryzal menyoal kawan-kawannya.
            Khaidir turun dari katil lalu melangkah mendekati Firdaus yang sedang nyenyak tidur. Baru sahaja tangannya ingin mengejutkan Firdaus, Faryzal dan Aidil sudah menahan.
Khaidir menoleh. “Kenapa?” soalnya.
            “Kau rasa yang tengah tidur tu Fir ke?” Faryzal meluahkan keraguan.
            “Ssshhh... aku tahu apa nak buat.” Khaidir mengeluarkan telefon bimbit di poket seluar lalu menekan-nekannya. Kemudian dia bergerak merapati katil Firdaus lalu meletakkan telefon bimbitnya di telinga lelaki itu. Suara bacaan ayat kursi kedengaran di corong telefon bimbit itu.
            “Mak!!!” Firdaus kelam-kabut bangun. Berbekalkan cahaya lampu di meja belajar, dia berpaling untuk melihat gerangan yang mengacau tidurnya. Sekali lagi dia terkejut melihat ketiga-tiga orang kawannya berdiri kaku memandangnya. Kemudian dia mengurut dada. “Kau orang ni kenapa? Buat terkejut aku jelah!” marahnya. “Yang kau ni apasal letak handphone kat telinga aku?” Mencerun matanya memandang wajah Khaidir.
            Khaidir mematikan bacaan ayat kursi. “Betul ke kau ni Fir?” soalnya teragak-agak.
            “Habis tu, takkan aku ni jebon kot?!” Dia bersuara geram.
            “Macam mana kau boleh ada kat sini?” soal Faryzal.
            “Apa punya soalanlah kau ni. Ni kan bilik kita... habis tu aku nak tidur kat mana lagi?”
            “Bukan tadi kau ada kat atas ke?” soal Aidil curiga.
            “Ha ha ha...” Firdaus ketawa lantang. “Kau orang sendiri dengar yang aku tak nak join kau orang main permainan seram sejuk tu, kan? Bila masa pulak aku ada kat atas?” Dia mengerutkan dahinya.
            “Kalau bukan kau, siapa yang ada dengan kita orang kat bilik tu tadi? Muka dia sejibik macam kau.” Khaidir sudah pelik.
            “Entah, tak tahu... hantu kot?” serkap Firdaus.
            Khaidir, Aidil dan Faryzal sudah berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka kelam-kabut berlari ke katil masing-masing. Selimut ditarik menyelubungi seluruh badan. Mata dipejam serapat-rapatnya untuk menghilangkan kejadian di bilik kosong tadi yang masih berlegar-legar di ruang mata.
            “Itulah, lain kali apa yang aku larang, jangan buat. Kan dah kena,” sindir Firdaus lalu baring semula untuk menyambung tidur yang terganggu.
                                                                        *****
FARYZAL terjaga dari tidur apabila terasa selimutnya ditarik. Dia membuka mata perlahan dan terasa ada orang yang berdiri di bawah kakinya. Bulu romanya pula sudah meremang apabila terdengar bunyi salakan anjing di luar tingkap. Dia menarik semula selimut tetapi terasa ada yang memegang kuat tangannya. Dia cuba menarik tetapi tidak boleh. Dia cuba bersuara untuk memanggil kawan-kawannya namun suaranya tidak keluar. Dia terasa seperti ada yang menahan mulutnya daripada bersuara.
            Dia sudah kalut, tidak tahu untuk berbuat apa. Tangannya pula terasa seperti dipukul kuat. Kemudian dia cuba membaca ayat kursi. Sedikit demi sedikit pegangan ditangannya longgar, mulutnya yang terasa diterkup itu sudah boleh mengeluarkan suara semula. Perlahan-lahan dia bangkit, memandang sekeliling bilik. Semua kawannya sedang nyenyak tidur.
            “Siapa yang kacau aku tadi? Roh Rahimi ke?” monolognya sendirian. Kemudian dia menyambung tidurnya semula.
                                                                        *****
SELEPAS mengerjakan solat subuh, Faryzal menceritakan gangguan yang diterimanya awal pagi tadi kepada Aidil, Firdaus dan Khaidir. Dia dan kawan-kawannya berpakat untuk membaca surah Yassin dibilik. Sejak dari itu, tiada lagi gangguan yang diterimanya. Faryzal, Aidil dan Khaidir berjanji tidak akan bermain spirit of the coin lagi. Mereka sudah serik.

~TAMAT~

p/s: Pertama kali buat cerpen seram. Rasa macam xmenjadi je seramnya...
Buat pendek je sebab syarat pertandingan nak 10 mukasurat je.

Saturday, 29 October 2011

FB Pages

Ni link >> FB Pages WC
FB Pages ni WC buat pada 28 Mei 2011...
Tujuan WC buat FB Pages ialah untuk menyiarkan karya-karya.
Nak post kt wall FB malu coz kawan-kawan sekolah WC tak tau yang
WC menulis... hehehe Rasa segan je kalau
dorang tau... http://www.emocutez.com

Kepada kawan-kawan yang dah pernah menglike pages ni
WC ucapkan banyak-banyak terima kasih...

Saturday, 22 October 2011

Kaulah Pelengkap Hatiku Diedit semula

Assalamualaikum semua... Terlebih dahulu WC nak minta maaf
sebab lama tak sambung E-novel Kaulah Pelengkap Hatiku.
Gaya macam ada orang yang baca je en... hahaha... http://www.emocutez.com

Masuk hari ni, dah empat bulan dua puluh satu hari
WC tak sambung cerita tu... Perghh!! lamanya...
WC tak sambung cerita tu sebab busy buat cerpen,
tak ada idea nak sambung pun satu hal jugak...

Di sini WC nak bagitau WC ada buat penambahan
sikit dari bab satu hingga lima. Entah tiba-tiba je
idea nak menambah mukasurat datang... hehehe...
Dalam tu ada pertukaran nama, pertukaran umur dan penambahan watak.
Kalau siapa yang masih ingat jalan cerita dia yang lama,
mesti tau mana satu yang diubah.

Sementara WC dalam proses menyambung bab 6...
hehehe baru bab 6... Orang lain dah berpuluh bab, WC je ke belakang.
Penyakit M punya pasallah ni.
Okey, sementara WC dalam proses penyambungan, Kawan-kawan semua bolehlah baca dari awal balik, ya...

Akhir sekali WC minta maaf banyak-banyak...
Terima kasih kepada semua yang masih sudi membaca karya WC
yang tak seberapa ni dan terima kasih kerana menyokong WC...



Sunday, 14 August 2011

Cerpen: Pertama Ramadhan


Edited Version

AKU melabuhkan punggung di kerusi di balkoni. Aku tersenyum memandang perutku yang sudah membesar. Aku mengusap perlahan perutku yang kini sudah mencecah sembilan bulan tiga hari. Menurut jangkaan doktor, lagi seminggu aku akan melahirkan. Pada peringkat awal kehamilan, aku mengalami alahan yang teruk. Aku tidak boleh menghidu wangian yang dipakai oleh Syed Zarif Uwais, suamiku.


            Keadaanku itu membuatkan Zarif membuang kesemua minyak wanginya. Apabila aku cuba melarang dia melakukan pembaziran, jawapan yang diberikan, “minyak wangi boleh dibeli tapi Arissa Damia hanya satu, tiada galang ganti.”
Sungguh aku tersentuh dengan jawapannya itu. Aku bersyukur dia adalah suamiku dan aku bersyukur kerana Allah menemukan kami. Aku berdoa agar Allah memanjangkan jodoh kami. Aku berharap dengan kehadiran anak yang bakal lahir ini akan mengeratkan lagi hubungan kami yang memang sudah sedia erat.
            “Sayang buat apa kat sini?” Zarif yang sudah lengkap berpakaian pejabat, menarik kerusi di hadapanku lalu duduk.
            “Mia nak tunggu matahari naik. Doktor kata, cahaya matahari baik untuk kandungan. Abang dah nak pergi kerja ke?”
            “Haah tapi sebelum tu abang nak bercakap sikit dengan orang dalam ni.” Zarif merapatkan telinganya ke perutku. “Anak papa jaga mama elok-elok ya, jangan nakal-nakal. Kalau nak tendang, tendang perlahan-lahan, jangan sakitkan mama tau...” Zarif mengusap perut aku lantas mengucupnya.
            Aku tersenyum mendengar kata-katanya.
“Abang pergi kerja dulu ya.” Dia mula bangkit.
            Aku juga turut bangkit mahu menghantarnya ke tingkat bawah.
            “Sayang duduk je dalam bilik ni, abang boleh turun sendiri. Ingat tak apa pesanan abang?” Dia menyoal semula pesanan yang pernah dia berikan pada aku.
            “Ingat...” jawabku lemah.
            “Apa dia?” Dia mengangkat sebelah keningnya mahu mendengar jawapan aku.
            “Mia tak boleh keluar bilik...”
“Lagi?” Zarif mengeluarkan ibu jari sebaik saja aku memberikan jawapan.
“ Tak boleh buat kerja rumah...”
“Lagi?” Jari telunjuk pula dikeluarkan.
“Tak boleh angkat benda berat termasuk bangku meja solek yang tak berapa nak berat tu,” jawab aku sedikit menyindir.
Good girl!” Dia menggosok keplaku.
“Kalau tolong ummi memasak boleh, kan bang?” Aku meminta izin. Bosan jika asyik terperap saja kat dalam bilik tanpa membuat sebarang kerja. Masuk hari ini, sudah sebulan aku tidak menjejakkan kaki ke tingkat bawah. Jangan kata ke bawah, hendak ke gazebo di luar rumah pun tidak diberinya. Bila masa makan tiba, makanan akan di bawa naik ke bilik. Naik segan pula aku. Bukannya teruk sangat pun mengandung ni sampai semuanya nak berhantar ke bilik. Nasiblah aku dapat mak mertua yang sporting.
            “Tak boleh, sayang. Rehat je dalam bilik,” bantah Zarif.
            Aku mengeluh perlahan. “Nanti apa pulak kata ummi kalau Mia tak tolong kat dapur. Dahlah sejak Mia mengandung ni abang larang Mia buat kerja rumah.” Aku mula bersungut. Takkanlah aku nak goyang kaki saja biarkan ibu mertua terkontang-kanting di dapur?
            “Ummi tak kisah. Dia cuma nak Mia berehat je,” ujar Zarif lembut.
            Aku mengeluh lagi. “Kalau nak tolong ummi memasak tak boleh, siram pokok bunga boleh, kan? Lagipun bukan berat sangat nak menyiram, just angkat getah dan siram je. Boleh ya bang, Mia turun bawah?” Aku mencuba nasib. Memang bosan asyik terperap kat dalam bilik. Macam burung kena kurung dalam sangkar pun ada.
            “Tak boleh. Sayang dah lupa ke apa yang berlaku pada sayang enam bulan lepas? Abang tak nak perkara tu berlaku lagi. Ini untuk kebaikan sayang dan bakal anak kita jugak. Sayang dengar cakap abang ya?” pujuk Zarif.
            Aku mengangguk lemah. Tangannya aku salam.
Dia mengucup dahiku, kemudian dia melangkah keluar dari bilik.
Aku menghantar pemergiannya dengan pandangan mata. Sebaik saja pintu bilik ditutup, aku melemparkan pandangan ke luar balkoni. Kejadian enam bulan lepas mula menari-nari di mindaku.
Aku mencapai getah. Pili air aku buka lalu mula menyiram pokok bunga di laman rumah banglo dua tingkat. Kandunganku baru berusia tiga bulan. Aku berjalan dan berjalan memandikan pokok-pokok bunga yang baru mengeluarkan bunganya. Tiba-tiba kakiku terpijak sesuatu yang licin. Badanku sudah terhuyung-hayang. Makin lama makin ke belakang.
            “Arrggghhh!!!” Aku menjerit sambil memejamkan mata. Tidak sanggup untuk melihat apa yang bakal terjadi seterusnya. Ya Allah, selamatkanlah aku dan kandunganku, doaku dalam hati. Aku terasa ada sesuatu yang menahan badanku daripada jatuh menyembah tanah. Perlahan-lahan aku membuka mata.
            “Abang!” Rupanya Zarif yang menahan badan aku dari jatuh tadi. Wajah aku sudah pucat mengenangkan insiden sebentar tadi.
            “Sayang tak apa-apa?” soal Zarif cemas. Dia mula menegakkan badanku.
            “Tak...” Aku menjawab sepatah. Nafas lega aku lepaskan.
            “Selipar sayang licin ke?” soalnya.
            Aku menggeleng kepala.
            “Habis tu, macam mana boleh nak tergelincir?” soal Zarif lagi.
            “Mia terpijak apa benda entah tadi.  Licin semacam je,” terangku.
            Zarif mula membongkokkan badannya mahu mencari benda licin yang aku katakan tadi. Kemudian dia mengutip sesuatu di tanah.
            Aku menghampirinya untuk melihat benda yang membuatkan aku hampir kehilangan bayi yang kukandung. “Guli?” Aku bersuara.
            Zarif berpaling padaku. “Ini mesti kerja Alif. Hai budak ni, dah main tak reti nak simpan balik!” Zarif melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah merah menahan marah.
            Aku mengekorinya dari belakang.
            “Alif, kenapa sepahkan guli kat laman tu? Mak Su nak terjatuh tadi tau!” Dia memarahi anak buahnya yang berusia 10 tahun.
            Alif yang sedang menonton kartun di ruang tamu, terkejut. “Alamak! Sorry, Pak Su. Alif betul-betul terlupa nak simpan balik semalam. Alif sakit perut, terpaksa tinggalkan sekejap nak jumpa Mr. Tan. Sorry ya Mak Su, Pak Su...” mohonnya takut-takut. Kemudian, dia menundukkan mukanya.
            “Apa hal yang bising pagi-pagi ni Rif?” soal ibu mertuaku yang tiba-tiba muncul di ruang tamu itu.
            “Ummi tahu tak, tadi Mia hampir tergelincir disebabkan guli Si Alif ni. Nasib baik Rif ada kat luar tadi,” adunya. Matanya masih lagi dicerunkan pada Alif.
            “Ya Allah! Mia tak apa-apa ke? Ada sakit kat mana-mana?” Ummi mula mendapatkan aku.
            “Mia tak apa-apa ummi. Tak sempat jatuh pun tadi.” Aku meyakinkan.
            “Syukur alhamdulillah... Alif, mulai hari ni nenek tak nak tengok Alif main guli kat laman lagi. Kalau nak main jugak, main kat dalam bilik je.” Ummi sudah mengeluarkan arahan.
            Alif aku lihat sudah bertukar muram wajahnya. Aku mendapatkan Alif lalu melabuhkan punggung di sebelahnya. Kepalanya aku gosok perlahan.
            Alif memanggung kepalanya melihat aku. “Mak Su, maafkan Alif ya? Alif tak sengaja. Alif janji takkan main guli kat laman rumah lagi,” janjinya sambil mengangkat tangan paras bahu tanda berjanji.
            Aku tersenyum lalu mengangguk. “Sudahlah, tak ada apa-apa yang berlaku pada Mak Su pun. Alif nak air tak? Mak Su nak ke dapur ni.”
            “Nak! Mak Su buatkan Alif air milo ya? Sayang Mak Su...” Alif memeluk aku.
            “Amboi-amboi... manja betul anak ibu ni dengan Mak Su dia!” Kak Ifa, kakak ipar aku muncul di pintu masuk bersama suaminya, Abang Nan.
            “Ibu dah balik!” Alif bangun mendapatkan Kak Ifa. Tangan Kak Ifa dan Abang Nan ditarik lalu dibawa ke sofa berangkai tiga.
            Zarif yang dari tadi berdiri mula melabuhkan punggung di sebelah aku.
            “Ibu ni tipulah... semalam cakap nak bawak Alif joging sekali.” Mukanya dimasamkan, tanda dia merajuk dengan Kak Ifah dan Abang Nan.
            “Bukan ibu tak nak bawak tapi pagi tadi Alif tidur lena sangat, malas ibu nak kejutkan,” terangnya. “Apa yang kecoh tadi Mia?” Kak Ifa memandang aku.
            “Tak ada apa-apalah Kak Ifa, hal kecik je,” jawab aku, malas mahu memanjangkan cerita.
            “Ya ke tak ada apa-apa? Tadi bukan main riuh lagi suara Rif ni akak dengar kat luar pagar tu. Ceritalah kat akak.” Kak Ifah memandang wajah Zarif pula.
            “Semalam Alif main guli, terlupa nak simpan balik. Tadi Mia hampir terjatuh terpijak guli tu.” Zarif bercerita. Kali ini mukanya tidak lagi kelihatan marah.
            “Astaghfirullahalazim... Alif, kenapa cuai sangat ni?!” Kak Ifa mula memarahi Alif.
            “Alif tak sengajalah ibu. Perut Alif sakit sangat masa tengah main guli tu. Dah tak boleh tangguh lagi, kena jumpa dengan Mr. Tan jugak. Lepas tu, cerita kegemaran Alif dah start, langsung Alif terlupa pasal guli,” jelas Alif. Wajahnya ditundukkan kembali.
            “Laillahaillallah... cerita kegemaran dia yang dikejarnya. Tak payah main guli lagilah lepas ni. Mama nak Alif buang semua guli tu. Nasib baik Mak Su tak apa-apa.” Menggeleng kepala Kak Ifa.
            “Mia...”
            Aku tersentak. Pandangan aku alihkan pada muka pintu bilik. “Eh, ummi... masuklah.” Aku mula bangkit dan melangkah ke sofa mendapatkan ummi yang sedang meletakkan dulang berisi sarapan di atas meja kopi.
            Ummi menghulurkan bihun goreng sebaik saja aku melabuhkan punggung di sebelahnya.
            “Ummi, lepas ni tak payahlah ummi hantarkan makanan kat atas lagi.” Aku bersuara selepas menyuap beberapa sudu bihun ke dalam mulut.
            “Kenapa pulak?” soal ummi pelik.
            “Mia ingat Mia nak pindah...”
            “Hah, Mia nak pindah?! Kenapa nak pindah? Mia kan lagi beberapa hari je nak bersalain. Tak seronok ke tinggal kat sini?” potong ummi sebelum aku sempat menghabiskan ayat.
            “Ummi...” Aku pegang tangan ummi.
            “Tak bagus ke layanan ummi ni?” Wajah ummi sudah berubah riak sedih.
            “Ummi, dengar dulu...”
            “Ummi ada buat salah apa-apa ke kat Mia? Cakap Mia... apa yang tak kena dengan layanan ummi ni? Ummi merayu pada Mia, tolong jangan pindah.” Air mata ummi mula mengalir.
            Aku menghemburkan tawa.
            “Kenapa Mia ketawa? Mia suka ya tengok ummi susah hati?” tanya ummi pelik.
            “Ummi, Mia bukan nak pindah rumahlah,” ujarku setelah habis ketawa.
            Air mata ummi serta-merta berhenti. “Bukan pindah rumah?” soal ummi ingin kepastian.
            Aku mengangguk kepala.
            “Habis tu?” Kening ummi sudah berkerut.
            “Mia ingat nak pindah bilik bawah. Segan pulak Mia tengok ummi asyik turun naik tangga je semata-mata nak hantarkan makanan untuk Mia,” jelasku.
            “La... pindah bilik rupanya. Mia ni buat takut ummi je tau. Lain kali cakaplah terang-terang.” Ummi mengesat air matanya yang mengalir.
            “Mia belum habis cakap, ummi dah potong.” Aku ketawa lagi. Kemudian menyambung suapan yang tergendala sebentar tadi.
            “Esok dah mula puasa. Pejam celik, pejam celik sekejap je masa berjalan.”
            “Sahur esok kita nak masak apa eh ummi?” tanyaku. Teruja ingin memasak makanan untuk bersahur esok.
            “Kita?” soal ummi sambil mengerutkan kening.
            “Yalah, kita...” Aku menundingkan ibu jari ke arah aku dan ummi.
            “Pembetulan... yang akan masak lauk sahur esok hanya ummi dengan Kak Ifa je. Mia kan dah sarat, duduk je berehat.”
            “Ala, bolehlah ummi... lagipun Mia kan dah pindah bilik bawah. Bukannya angkat benda berat pun. Bolehlah ummi,” rayuku.
            “Yalah, yalah... cepat makan, lepas ni ummi tolong pindahkan pakaian Mia kat bilik bawah.”
            Aku mempercepatkan suapan, tidak sabar mahu turun ke bawah. Usai menghabiskan sarapan, aku bangkit lalu melangkah ke arah almari pakaian.
            “Eh, nak ke mana pulak tu?” tanya ummi.
            Aku menoleh ke belakang. “Nak kemas bajulah ummi. Kan nak pindah bilik bawah,” jelas aku lalu meneruskan langkah yang terhenti tadi. Sebaik sampai di hadapan almari, pintunya aku buka lalu mengeluarkan sebuah beg sederhana besar. Tanpa membuang masa, pakaian yang tergantung di dalam almari aku ambil lalu memasukkannya ke dalam beg. Selesai mengemas, aku mula mengangkat beg itu untuk dibawa turun.
            “Auch!!” jeritku apabila ummi memukul tanganku. Terlepas peganganku pada tali beg.
            “Awak tu dah sarat, mana boleh bawak beg berat ni.” Ummi mula mengangkat beg pakaianku lalu melangkah keluar dari bilikku.
            Aku mengekori ummi dari belakang. Perlahan-lahan aku melangkah menuruni tangga. Sebaik sampai di tangga terakhir, langkahku melencong ke luar rumah tanpa memberitahu ummi.  Aku melabuhkan punggung di atas buaian. Mata aku pejamkan sambil menyedut angin pagi. Sungguh! Aku rindukan laman.
            “Ya Allah... kat sini rupanya kamu, Mia. Puas ummi cari kamu kat dapur tadi.” Ummi menggeleng memandang aku.
            “Nak ambil anginlah ummi. Dah lama sangat Mia tak jejakkan kaki kat sini. Kejap lagi Mia masuk ya ummi.” pintaku dengan muka kesian.
            “Yalah... ummi masuk dalam dulu. Jangan lupa masuk tau.” Ummi melangkah masuk ke dalam rumah.
            Aku melemparkan pandangan ke laman rumah. Esok bermulalah ramadhan. Ingatanku kembali melayang pada zaman kanak-kanakku di mana pertama kali aku berpuasa.
Jom kita bersiap, kejap lagi dah nak masuk isyak,” ajak ibu setelah selesai menonton penguman puasa. Kemudian ibu bangkit  menutup televisyen. Ayah dan along sudah melangkah ke tangga untuk ke bilik masing-masing. Hanya aku saja yang masih duduk di sofa.
            “kita nak pergi mana bu?” soalku. Yalah, tiba-tiba saja ibu suruh bersiap.
            “Kita nak pergi sembahyang tarawih. Esok dah mula puasa,” jelas ibu sambil mengusap kepalaku.
            “Sembahyang tawarih tu apa?” tanyaku pelik lantas mengerut dahi.
            “Bukan tawarih, sayang... tarawih. T.A.R.A.W.I.H. tarawih ni maksudnya  solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat isyak. Sembahyang tarawih ni dikerjakan setelah mengerjakan solat isyak. Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi dikerjakan oleh orang-orang islam lelaki dan perempuan, pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sebelum mengerjakan solat tarawih, kita mesti baca niat dulu. Niatnya, sahaja aku sembahyang tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala,” terang ibu panjang lebar. “Cuba Mia ikut balik niat yang ibu sebut tadi,” pinta ibu. 
            “Sahaja aku sembahyang tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala,” sebutku lancar.
            “Pandai anak ibu ni.” Ibu menggosok kepalaku. “Kelebihan bersolat tarawih pulak, sesiapa yang mendirikan sembahyang tarawih dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, semua dosa yang dia buat akan diampunkan,” terang ibu lagi.
            “Min tak siap lagi ke? Tadi beria-ia suruh kami bersiap,” tegur ayah yang sedang menuruni tangga.
            “Nak bersiaplah ni. Min tengah terangkan pasal sembahyang tarawih kat Mia ni. Jom Mia, kita bersiap.” Ibu menarik tanganku untuk ke atas.
            Sampai saja di bilik ibu, aku mengekori ibu ke bilik mandi untuk mengambil wuduk. Usai mengambil wuduk dan memakai telekung, aku mengekori ibu turun ke bawah, mendapatkan ayah dan along di ruang tamu.
“Jom kita bertolak,” ajak ibu.
            Ayah dan along mula bangkit lalu mengatur langkah ke luar rumah.
                                                            *****
SAMPAI saja di masjid berhampiran rumah, ibu membawa aku ke bahagian perempuan. Memandangkan azan isyak baru saja selesai berkumandang, aku mengikut ibu menunaikan sembahyang isyak.
            Usai menunaikan sembahyang isyak, kami duduk sebentar sementara menanti imam masjid memulakan sembahyang tarawih. Beberapa minit kemudian, imam masjid mula meminta para jemaah bangun untuk menunaikan sembahyang tarawih. Aku hanya mengikut saja apa yang ibu lakukan. Sesekali aku turut membaca surah yang pernah aku hafal.
            Selesai saja mengerjakan sembahyang tarawih dan bersalaman dengan jemaah lain,  ibu mengajak aku pulang.
             Aku mula bangkit dan mengekori ibu dari belakang. Keluar sahaja di pintu pagar, ayah dan Along sudah sedia menanti dan kami berjalan beriringan menuju ke rumah.
            “Macam mana sembahyang tarawih tadi, seronok tak?” soal ayah kepadaku.
            “Seronok… esok Mia nak pergi lagi boleh tak ayah?”
            “Boleh… bukan setakat esok je, hari-hari ayah dengan ibu boleh bawak Mia,” jawab ayah.
            “Yeay… yeay…” sorakku kesukaan.
            Ibu menggosok-gosok bahuku sambil tersenyum.
                                                            *****
IBU masuk ke bilik aku ketika aku sudah bersedia untuk tidur. Ibu melabuhkan punggung di atas katil. “Mia, umur Mia dah berapa tahun?” soal ibu sambil mengelus-ngelus kepalaku.
            “6 tahun…” jawabku sepatah.
            “Dah besar pun anak ibu ni. Esok ibu nak Mia puasa..” kata ibu.
            “Puasa tu apa bu?” jawabku sambil mengerut dahi.
            “Puasa tu maksudnya menahan diri dari makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam matahari,” jelas ibu sambil tersenyum.
            Makin berkerut dahi aku. “Tak fahamlah ibu.”
            Ibu menarik nafas perlahan. “Macam ni, setiap kali tiba bulan ramadhan, seluruh umat islam wajib berpuasa. Kita tak dibenarkan makan atau minum dari siang sampai malam. Bila masuk azan maghrib barulah kita dibenarkan makan.” Ibu cuba menjelaskan dalam bahasa yang mudah untuk aku faham.
            “Boleh matilah kalau macam tu.”
            “Kenapa pulak boleh mati?”  soal ibu ingin tahu.
            “Ibu cakap tak boleh makan dari siang sampai malam. Kalau tak makan, kan boleh mati!” terangku.
            Ibu ketawa mendengar jawapanku. “Mia... Mia... belum ada lagi orang yang mati sebab berpuasa ni tau. Sebelum subuh, kita akan bersahur dulu. Bersahur ni pun ada kelebihannya tau Mia...”
            “Apa kelebihannya ibu?” Aku mula bangkit dari pembaringan rasa teruja mahu mendengar cerita ibu.
            “Kelebihan dia, dapat memberi kekuatan kepada orang yang berpuasa pada siang hari, kita akan mendapat pahala dan  kita juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari kita melaksanakan ibadat puasa,” cerita ibu lagi.
            “Kalau macam tu, Mia nak puasalah ibu.”
            Ibu tersenyum. “Memandangkan Mia baru nak belajar berpuasa, ibu benarkan Mia berpuasa separuh hari dulu.  Tahun depan, kalau dah boleh puasa penuh, baru Mia puasa penuh.”
            Aku hanya mengangguk.
            “Sekarang tidur. Esok nak sahur ibu kejutkan.”
            Aku membaringkan badanku semula.
            Selepas mengucup dahiku, ibu mula melangkah keluar dari bilik.
                                                            *****
“MIA… Mia, bangun nak…”
            Tidurku terganggu dengan panggilan ibu. “Mia mengantuklah ibu.” Aku mengerengkan badan membelakangi ibu.
            “Mia kata nak puasa, kan? Kalau tak sahur, macam mana nak ada tenaga? bangun nak…” pujuk ibu.
            Mataku terbuka luas. Pantas aku bangun menuruni katil lalu melangkah keluar bilik.
            “Eh, Mia nak kemana tu?” panggil ibu.
            “Nak bersahurlah bu,” jawabku sambil menggeliat sepuasnya.
            “Kalau iya pun nak bersahur, basuhlah muka dulu.” Menggeleng kepala ibu melihat gelagat aku.
            “Eh, lupa pulakhehehe…” Aku melangkah ke bilik air untuk membasuh muka dan menggosok gigi. Selesai menggosok gigi, aku menuruti ibu ke ruang tamu. Ayah dan Along sudah sedia menanti.
            “Along, baca niat puasa,” arah ayah.
            Along mula membaca niat puasa, sementara aku pula cuba merakam dalam kepalaku apa yang Along bacakan. Usai berniat, kami mula makan.
            “Along, kalau tahun ni Along puasa penuh, ibu akan bagi lima puluh ringgit. Boleh Along puasa penuh?” Ibu bersuara.
            “Kalau setakat puasa penuh, tak ada hal la ibu. Along kan lelaki, mesti kuat punya. Lagipun, buat malu je umur dah 12 tahun tak puasa penuh. Along sahut cabaran ibu. Janji ya bagi lima puluh ringgit kalau Along berjaya puasa penuh?”
            “Ibu janji…”
            “Mia pun nak puasa penuh jugaklah. Nanti boleh dapat duit!” Aku menyampuk. Mana adil kalau Along je yang dapat, aku pun nak jugak!
            “Mia kan kecik lagi, tahun depan barulah Mia puasa penuh, ya?” pujuk ibu.
            “Tak nak! Mia nak puasa penuh jugak. Nanti Mia tak dapat duit macam Along.” Aku memprotes.
            Ayah, ibu dan Along ketawa mendengar rengekanku.
“Betul Mia nak puasa penuh ni?” soal ayah meminta kepastian.
            Aku mengangguk laju.
            “Kalau macam tu, ayah tambah lagi lima puluh ringgit. Tapi kalau sehari tak puasa, duit yang ayah dengan ibu janjikan tu dikira batal!” kata ayah.
            “Yeay… mesti banyak duit Mia nanti. Boleh beli anak patung baru!” Aku teruja dengan tawaran ayah. Di dalam kepalaku sudah terbayang-bayang segala macam permainan yang ingin kubeli.
                                                            *****
“OKEY murid, siapa yang puasa hari ni sila angkat tangan,” pinta guru tadika tempat aku bersekolah.
            Aku dengan bangganya mengangkat tangan ke atas. Kemudian aku melihat sekeliling untuk melihat siapa lagi yang berpuasa. Aik, hanya aku sorang je yang berpuasa?
            “Mia sorang je yang berpuasa hari ni, ya? Mia, mari duduk di bawah ni. Mia main lego kat sini ya? Kawan-kawan lain nak makan.” Cikgu Norlia menggamitku.
            “Cikgu, kalau Mia duduk je kat tempat Mia ni boleh tak? Mia nak tengok kawan-kawan makan,” pintaku. Aku malas untuk bermain seorang diri di bawah. Pasti bosan!
            “Tak boleh sayang… kalau Mia terasa lapar nanti macam mana? Mia duduk kat bawah ni ya? Nanti lepas makan, kawan-kawan akan menyusul,” pujuk Cikgu Norlia lagi.
            “Okey…” Aku mula bangkit, melangkah ke depan lalu duduk di atas lantai yang berlapikkan tikar.
            Cikgu Norlia dan Cikgu Jannah mula menghidangkan nasi lemak di setiap atas meja kawan-kawanku. Bau nasi lemak itu sudah cukup membuatkan perutku berbunyi tetapi kutahan sedaya mungkin demi mendapatkan duit seratus ringgit yang dijanjikan oleh ayah dan ibu.
            “Cikgu…” Aku memanggil Cikgu Jannah yang lalu di hadapanku.
            Cikgu Jannah yang sedang menatang dulang berisi air anggur, berhenti lalu berpusing menghadapku. “Ada apa Mia?” tanya Cikgu Jannah lembut.
            “Cikgu dengan Cikgu Norlia tak puasa ke?”
            “Puasa… kenapa Mia cakap macam tu?” soal Cikgu Jannah pelik.
            “Tadi masa Cikgu Norlia tanya siapa yang puasa kena angkat tangan, cikgu dengan Cikgu Norlia tak angkat tangan pun?”
            Cikgu Jannah ketawa. “Mia, tadi kan Cikgu Norlia tanya pada murid-murid je… maknanya cikgu tak termasuklah. Dahlah, main lego tu ya.” Cikgu Jannah mula berlalu menghidangkan minuman pula di atas meja kawan-kawanku.
            Aku menyambung semula membina istana lego. Beberapa minit kemudian, Laila, Anisa dan Lily menyertaiku bermain. “Dah habis makan ke?” soalku pada mereka bertiga.
            “Sudah,” jawab mereka bertiga serentak.
            “Sedap, nasi lemak dia… rugi Mia tak makan,” kata Anisa.
            “Mia puasalah… mana boleh makan, nanti Tuhan marah.”
            “Kita kan kecik lagi. Mak Lily cakap, tunggu Lily besar baru boleh puasa,” kata Lily.
            “Ayah dengan ibu Mia nak bagi seratus ringgit kalau Mia puasa penuh tau.” Aku memberitahu mereka.
            “Betul ke?” soal Anisa. Matanya sudah terbeliak.
            “Betullah… sebab tulah Mia nak puasa penuh. Kalau tak puasa penuh, tak dapatlah duit tu.”
            “Kalau Laila puasa jugak, dapat tak duit?” soal Laila. Wajahnya kulihat sudah teruja.
            “Dapat… nanti mintaklah kat mak Laila,” jawabku. Tangan masih bermain dengan lego. Kali ini aku cuba membina tangga pula.
            “Laila nak puasalah esok!”
            “Lily pun!”
            “Nisa pun nak puasa jugak!”
            “Puasalah...” Aku memberi mereka semangat.
                                                            *****
“SEMUA murid beratur di depan sekarang. Kita dah nak balik ni,” arah Cikgu Jannah.
            Kami semua bangkit dari kerusi sambil menggalas beg sekolah lalu mula beratur memanjang di hadapan pintu keluar.
            “Angkat tangan dan letak kat atas bahu kawan,” arah Cikgu Jannah lagi.
            Kmi menurut. Barisan kami luruskan.
            “Aidil, mulakan,” arah Cikgu Norlia pula.
            “Terima kasih, cikgu!” jerit Aidil selaku ketua.
            Kami turut mengikut kata-kata Aidil.
            “Sekarang boleh nyanyi. Satu, dua, tiga, nyanyi!” arah Cikgu Norlia.
            Dengan bersemangat, kami mula menyanyi.

            Selamat pulang, selamat pulang
            Kepada cikgu, kepada kawan
            Saya nak pulang, saya nak pulang
            Esok jumpa lagi

            Usai menyanyi, seorang demi seorang menyalami tangan Cikgu Norlia dan Cikgu Jannah lalu melangkah pulang ke rumah masing-masing. Tiada sesiapa yang datang menjemput aku kerana sekolahku hanya selang tiga buah rumah saja dari rumahku. Ayah dan ibu pula bekerja, manakala Along pula bersekolah.
                                                            *****
SAMPAI saja di hadapan rumah, aku melangkah ke rumah jiran sebelah untuk meminta kunci rumah. Ibu memang menyerahkan kunci rumah kepada jiranku untuk memudahkan aku masuk ke dalam rumah.
            “Assalamualaikum...” Aku memberi salam.
            Beberapa saat menunggu, pintu rumah dibuka oleh Mak Cik Arfah. “Waalaikumussalam... Mia nak ambil kunci rumah ya? Sekejap ya.” Mak Cik Arfah berlalu semula ke dalam untuk mengambil kunci. Kemudian dia menyerahkannya kepadaku. “Tak nak masuk dulu ke? Mari makan dulu,” pelawa Mak Cik Arfah. Memang sudah menjadi kebiasaanku untuk makan dahulu di rumah Mak Cik Arfah, sementara menanti ibu dan ayah pulang.
            “Mia puasa hari ni,” jawabku sambil tersenyum.
            “Oh.. dah puasa, ya? Baguslah, kecik-kecik dah diajar berpuasa.” Mak Cik Arfah mengusap kepalaku.
            “Mia balik dulu ya mak cik.” Aku menyalami tangannya lalu melangkah ke rumahku. Ketika aku sedang membuka pintu rumah, Mak Cik Arfah masih lagi memerhatikanku.
            Aku meletakkan beg di atas lantai lalu merebahkan diri di atas sofa, keletihan berpuasa. Lemah segala sendiku, dengan perut yang berbunyi lagi. Baru saja ingin melelapkan mata, pintu rumah terbuka. Aku mengalihkan mata ke pintu.
            Along melangkah masuk lalu menutup semula pintu rumah. Along duduk di sofa berhadapan denganku sambil merenungku yang sudah lembik. “Tak tukar baju lagi ke?” soal along.
            “Kejap lagilah. Mia penat ni.” Aku bersuara lemah.
            “Lapar ke?” soal along lagi.
            Aku mengangguk lemah. Mataku sudah tertutup sedikit.
            “Nak makan ke? Kalau nak, along boleh gorengkan telur,” tawarnya.
            “Tak nak... nanti tak dapat duit,” tolakku.
            “Tak nak sudah. Along naik atas dulu.”
                                                            *****
“MIA, bangun... kenapa tidur kat sini ni? Dengan baju sekolah tak bersalin.”
            Dengan lemah, aku membuka mata. “Ibu...” Aku memejam mataku kembali.
            “Mia, bangun...” Ibu menepuk perlahan pipiku.
            “Hmm...” Itu saja yang aku suarakan.
            “Pergi naik atas mandi, kejap lagi ibu nak ajak Mia pergi bazar ramadhan.”
            Sepantas kilat aku bangun. Hilang terus rasa mengantukku. “Kita nak pergi bazar ramadhan ke ibu?” tanya aku teruja.
            “Amboi, sebut bazar ramadhan je, terus segar ya. Pergi mandi dulu,” arah ibu.
            Aku bangkit dari sofa, mengangkat beg lalu naik ke bilikku. Masuk saja di bilik, aku mencapai tuala dan melangkah ke bilik mandi. Selesai mandi dan berpakaian, aku turun semula ke bawah, mencari ibu.
            Bunyi bising di dapur membawa langkah kakiku ke dapur. Aku lihat ibu sedang memasak. “Ibu cakap nak pergi bazar ramadhan?” soalku
            “Lepas ibu habis masak, kita pergi ya. Mia pergilah tengok tv dulu.”
            Aku melangkah ke ruang tamu. Televisyen kubuka, rancangan kartun kucari. Aku menonton sambil menunggu ibu menyudahkan kerjanya.
            “Jom Mia,” ajak ibu setelah setengah jam aku menunggu.
            Aku mula mematikan televisyen dan mendapatkan ibu.
            Ibu melangkah ke tangga lalu mendongakkan kepalanya ke atas. “Along... ooo, along,” jerit ibu dari bawah tangga.
            “Ya, ibu?” Along muncul di tangga teratas dan menjengukkan mukanya ke bawah.
            “Ibu dengan Mia nak pergi bazar ni. Nak ikut tak?” pelawa ibu.
            “Tak naklah ibu. Nanti tolong belikan Along kebab ayam boleh?” pesan along
            “Yalah, nanti ibu belikan. Duduk rumah elok-elok. Tunggu ayah balik tau.” Usai memberi pesanan, ibu menarik tanganku.
                                                            *****
“RAMAINYA orang, ibu...” Aku terkejut melihat bazar ramadhan yang sesak dengan orang ramai.
            “Memanglah ramai, kan ni bulan puasa... ramailah yang nak beli makanan. Mia jangan lepaskan tangan ibu tau.” Ibu memimpin tanganku lalu membawa aku masuk di celah-celah orang ramai. Sesekali aku menjeling juadah yang dijual. Bau makanan di situ cukup membuatkan perut aku berbunyi.
            Ibu berhenti di gerai yang menjual kebab untuk membeli kebab yang dipesan oleh along tadi. “Mia nak kebab?” tanya ibu.
            “Nak!” Dengan pantas aku menjawab.
            Usai membuat pembayaran, ibu membawaku ke gerai menjual minuman pula. Ibu telah membeli satu jag air mangga yang telah dikisar buahnya. Selesai membeli juadah berbuka, ibu mengajakku balik. Ketika dalam perjalanan pulang, kami telah terserempak dengan Mak Cik Kiah, penjual kuih raya di kawasan perumahanku.
            “Assalamualaikum, Min...” tegur Mak Cik Kiah sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu.
            “Waalaikumussalam, Kak Kiah. Banyak beli lauk berbuka...” Mata ibu menatap pada tangan kiri Mak Cik Kiah yang penuh dengan beg plastik.
            “Ni bukan lauk berbuka tapi sample kuih raya. Nah, ambil satu bekas ni. Macam biasa, kalau ada yang minat, Min call akak ya,” ujar Mak Cik Kiah sambil menghulurkan plastik yang berisi kuih raya.
            “Baiklah, Kak Kiah.” Ibu menyambut huluran plastik itu lalu diberikan padaku.
            “Mia ni pucat je, sakit ke?” Mak Cik Kiah mencuit pipi aku.
            “Mia puasa,” jawabku sambil tersenyum bangga.
            “Baguslah macam tu. Nanti bila dah besar, tak ada la liat nak puasa,” kata Mak Cik Kiah.
            “Ayah dengan ibu janji nak bagi seratus ringgit kalau puasa penuh,” ceritaku.
            Ibu memeluk bahuku. “Budak-budak kak, nak ajar puasa kena bagi benda yang dia suka.”
            “Betullah tu. Syafiq dulu masa baya Mia,  bukan main liat lagi nak diajak berpuasa. Macam-macam alasan yang dia bagi. Sakit perutlah, apalah... Bila akak pancing dia dengan lauk yang dia suka, barulah dia setuju nak puasa. Eh, okeylah Min, ada banyak lagi sample yang akak kena edarkan ni. Akak jalan dululah ya.” Mak Cik Kiah mula meminta diri.
            Ibu tersenyum. “Jom Mia, kejap lagi dah nak berbuka.” Ibu memimpin tanganku.
                                                            *****
“MIA... Mia...” Pintu rumahku diketuk berkali-kali disertai dengan panggilan namaku pada petang itu.
            Aku yang sedang menonton televisyen di ruang tamu, mula bangkit untuk membuka pintu. Sebaik saja pintu rumah kukuak luas, Lily, Laila dan Anisa tersengih memandang aku.
            “Mia, jom kita main kat taman nak?” ajak Anisa.
            “Kejap eh, Mia nak pergi bagitau along dulu.” Aku melangkah menaiki tangga. Sampai saja di hadapan bilik along, aku mula mengetuk. Ketukan pertama tidak berhasil, aku mengetuk lagi kuat. Apabila masih tiada riaksi dari along, aku mula memanggil namanya. “Along, cepat bukak pintu! Along, cepatlah!”
            Pintu bilik dibuka dari dalam. “Nak apa ni Mia? Kacaulah, along nak tidur ni,” ujar along sambil menguap. Kemudian along bersandar di muka pintu dengan mata yang sedikit tertutup.
            “Mia nak pergi taman dengan Lily, Laila dan Nisa, boleh?” Aku meminta keizinan along untuk keluar.
            “Mia kan puasa. Nanti dahaga siapa yang susah? Mia, jugak... berbuka lambat lagi...” Along menggaru lehernya.
            “Alah along... Mia janji, Mia duduk je kat taman tu. Bolehlah along,” rayuku sambil menggoncang tangan along.
            “Suka hati Mia la. Jangan balik lambat-lambat, jangan main jauh-jauh tau!.” Along menutup semula pintu biliknya.
            “Yeay!!!” sorakku sambil menuruni tangga mendapatkan Laila, Lily dan Anisa. Selepas menutup pintu, kami berjalan menuju ke taman yang berhampiran dengan kawasan perumahan kami.
                                                            *****
SAMPAI saja di taman, ramai yang sedang bermain. Aku mengajak Laila, Lily dan Anisa duduk di papan longsor.
            “Kita nak main apa ni?” soal Anisa.
            “Kita main kejar-kejar nak?” cadang Lily.
            “Tak naklah, nanti dahaga pulak. Kita duduk kat sini jelah, tengok orang main.” Aku sudah menongkat dagu melihat budak-budak lain bermain dengan cerianya. Sedang kami leka memerhati kanak-kanak lain bermain, Devi dan Mei Ling muncul di hadapan kami dengan aiskrim di tangan. Terliur juga aku melihat aiskrim coklat itu. Dahlah nampak sedap!
            “Kamu semua tak mahu main ke?” soal Mei Ling sambil menjilat aiskrim yang sudah meleleh di tangannya
            “Tak mahulah, kami puasa.” Laila menjawab bagi pihak kami.
            “Buat apa mahu puasa? Kamu budak-budak kecik lagi maa...” ujar Mei Ling.
            “Ayah Mia cakap kalau Mia puasa penuh, ayah nak bagi seratus ringgit.” Aku memberitahu. Seperti yang kujangkakan, Devi dan Mei Ling pasti terkejut mendengarnya. Aku tersengih.
            “Wah, itu macam ka? Banyak seronok woo... Kalau saya dapat itu duit, saya beli aiskrim banyak-banyak...” Mei Ling sudah teruja.
            “Kalau saya ha, saya mahu beli itu mercun. Hari raya ada jual banyak mercun, boleh main puas-puas sama itu bunga api. Ayoyo, banyak seronoklah.” Devi sudah berangan.
            “Mama Lily cakap, tak elok main mercun. Kalau putus jari, tak boleh beraya.” Lily mula bersuara.
            “Kalau saya puasa, saya dapat duit jugak tak macam awak, Mia?” tanya Devi.
            “Dapat... mama Nisa cakap, dia akan bagi seringgit setiap hari kalau Nisa puasa dari siang sampai malam. Kalau separuh hari, mama bagi lima puluh sen je.” Anisa pula menyampuk.
            “Kalau macam tu, saya mahu puasa jugaklah esok. Mesti amma dengan appa bagi duit sama saya,” kata Devi sambil menghabiskan aiskrimnya.
            “Puasalah,” kataku.
Kemudian kami semua ketawa.
                                                            *****
PETANG ahad yang membosankan. Selalunya, setiap petang ahad ayah akan membawa kami sekeluarga pergi berkelah. Memandangkan sekarang bulan puasa, terpaksalah kami terperap di dalam rumah.
            Ting tong!!!
            Loceng rumah berbunyi ketika kami sekeluarga sedang bersantai menonton televisyen. Ibu bangkit lalu menyelak sedikit langsir tingkap untuk melihat gerangan yang menekan loceng tadi.
            “Siapa Min?” tanya ayah.
            “Nampak macam Saraswathy. Apa yang dia nak ya?” Tanpa berlengah, ibu membuka pintu lalu melangkah mendapatkan Auntie Saras.
            Aku mengekori ibu dari belakang.
            “Ayoyo Mia... pasal apa buat anak auntie itu macam?” tanya Auntie Saras sebaik saja ibu membuka pintu pagar utama.
            “Kenapa ni Saras?” soal ibu pelik.
            “Awak mahu tahu apa dia sudah buat? Anak saya si Devi, dari pagi tak mahu makan. Tengah hari tadi dia muntah-muntah. Saya tanya sebab apa tak mahu makan? Apa yang dia merajukkan? Dia cakap Mia suruh dia puasa. Kalau dia puasa, saya akan kasi duit macam awak mahu kasi pada Mia,” terang Auntie Saras. Kemudian, dia menarik nafas. Mungkin penat bercakap tanpa henti.
            “Betul ke Mia suruh Devi puasa?” Lembut suara ibu bertanya padaku.
            “Mia tak suruh Devi puasa. Mia cuma kata ayah dengan ibu nak bagi seratus ringgit kalau Mia puasa penuh. Lepas tu Devi pun nak puasa jugak sebab dia nak auntie bagi dia duit,” jawabku seperti apa yang diperkatakan Devi.
            Ibu merendahkan badannya agar setara dengan ketinggianku. “Mia, Devi agama lain... perayaan dia tak sama macam kita. Kita Raya Aidilfitri, dia Deepavali. Lain kali jangan buat macam ni lagi tau,” nasihat ibu.
            Aku mengangguk.
            “Sekarang mintak maaf dekat auntie,” arah ibu.
            Aku menghulurkan tangan kepada Auntie Saras. “Mia mintak maaf auntie.”
            Auntie Saras menggosok kepalaku. “Okeylah Min, saya balik dulu. Mahu bagi Devi makan. Tadi dia tidur, lembik sangat badan dia.”
            “Yalah, jalan baik-baik.” Ibu menutup semula pintu pagar dan mengajakku masuk ke dalam rumah.
                                                            *****
TAMAT saja waktu persekolahan, aku terus pulang ke rumah. Aku pelik melihat pintu rumah terbuka luas. Aku lihat kereta ibu sudah berada di garaj. Perlahan-lahan aku melangkah masuk. Aku terdengar suara ibu memarahi seseorang. Aku mengintai di balik pintu masuk. Kepala kujenggukkan sedikit ke dalam. Telinga aku buka seluas-luasnya untuk mendengar butir amarah ibu.
            “Kenapa along tak puasa? Bukan ke masa mula-mula nak puasa tu along dah janji nak puasa penuh?!” marah ibu.
            Aku terkejut. Along tak puasa? Aku lihat along menundukkan wajahnya ke lantai.
            “Along dahaga sangat lepas main bola tadi,” jawab along takut-takut.
            “Siapa suruh along main bola bulan-bulan puasa, ni?”
            “Kawan along tak cukup orang sebab tu dia ajak along main sekali.”
            “Along ni dah besar tahu tak? Sepatutnya tahan sikit dahaga tu. Berpuasa menyuruh kita menahan lapar dan dahaga. Dalam kes along ni, nampak sangat along tak kuat iman. Mia yang kecik tu pun pandai tahan makan dengan minum tau! Buat malu je kalau Mia tahu,” leter ibu lagi.
            Acum!!!
            Tiba-tiba aku bersin. Along dan ibu memandang ke arah pintu masuk.
            “Hehehe...” Aku tersengih. “Mia tak dengar apa-apa...” Sepantas kilat aku berlari menaiki tangga. Sampai di bilik, aku meletakkan beg di kerusi meja belajar. Aku mencapai tuala lalu melangkah ke bilik mandi.
            Selesai mandi dan berpakaian, aku duduk di kerusi meja belajar lalu membuka zip beg. Tiga helai kertas yang mengandungi berlainan gambar aku keluarkan. Cikgu Jannah menyuruh kami mewarnakan gambar itu di rumah. Pensil warna jenama Stabilo aku keluarkan lalu mula mewarna dengan tekun.
                                                            *****
AKU sudah tersandar di kerusi. Akhirnya siap juga kerja sekolahku. Aku bangkit lalu melangkah keluar dari bilik untuk menonton televisyen di ruang tamu.
            “Mia, mari tolong ibu kat dapur,” panggil ibu ketika aku sedang khusyuk menonton televisyen.
            “Mia tengah tengok kartunlah bu.”
            “Tinggalkanlah tv tu sekejap. Mari tolong ibu, kejap lagi dah nak berbuka,” kata ibu lagi.
            “Kejap lagilah bu.” Aku masih lagi leka dengan rancangan kartun.
            “Orang perempuan tak baik malas-malas, nanti tak ada siapa nak.” Ibu sudah berdiri di hadapanku.
            “Mia kecik lagi, mana boleh kahwin. Apalah ibu ni.”
            “Kecik-kecik macam nilah kena belajar buat kerja dapur. Bila dah besar nanti senang, tak payah asyik nak makan kat luar je. Jom tolong ibu.” Ibu mengambil alat kawalan jauh lalu mematikan televisyen. Kemudian tanganku ditarik.
            Dengan malasnya, aku mengekori ibu ke dapur. Ibu memintaku mengopek ikan bilis sementara ibu memasak lauk lain.
            Selesai memasak, aku menolong ibu menghidangkan di atas meja di ruang tamu.
            “Mia pergi panggil ayah dengan along turun, lagi beberapa minit aje nak berbuka.”
            Aku berlari menaiki tangga lalu mengetuk pintu bilik ayah.
            “Masuk jelah, pintu tak berkunci,” kata ayah dari dalam.
            Aku memulas tombol pintu. “Ayah, ibu panggil turun.”
            “Kejap lagi ayah turun. Ayah nak baca surah ni dulu, lagi sikit je.” Ayah menyambung semula membaca al-Quran.
            “Okey, ayah...” Aku menutup pintu bilik ayah semula lalu melangkah ke bilik along. Pintu bilik along aku ketuk. “Ibu suruh turun,” kataku sebaik saja along membuka pintu. Kemudian aku berpusing mahu turun kebawah, diikuti Along. Sebaik sampai di meja makan, aku dan Along mula duduk di kerusi.
            Ibu keluar dari dapur sambil menatang satu jag berisi air sarsi lalu diletakkan di atas meja. “Along tak boleh makan kat sini. Along kan tak puasa, kenalah makan jauh sikit. Pergi duduk kat sofa sana,” arah ibu. Nadanya sedikit marah.
            Perlahan-lahan along mencedok nasi dan lauk ke dalam pinggan serta menuang air ke dalam gelas. Kemudian along melangkah ke sofa.
            Beberapa minit kemudian ayah turun lalu melabuhkan punggung di kepala meja. “Along, mari duduk sini. Kejap lagi nak berbuka,” panggil ayah.
            “Biarkan dia, bang. Orang tak puasa mana boleh duduk semeja dengan kita,” ujar ibu.
            “Dia tak puasa? Mana Min tahu?” tanya ayah terkejut.
            “Siang tadi guru besar call Min, suruh datang sekolah. Sampai je kat bilik guru besar, Min nampak dia dengan kawan-kawan dia kat dalam. Guru besar cakap along dan kawan-kawan dia ditangkap masa tengah minum air kat belakang makmal,” terang ibu.
            “Astaghfirullahalazim... apa nak jadi dengan kamu ni along?!” Suara ayah sudah meninggi.
            “Sudahlah bang, tadi Min dah marahkan dia. Nampaknya kita kena tarik baliklah seratus ringgit yang kita dah janjikan dulu,” kata ibu.
            Aku sudah terkejut.
            “Tapi ibu, satu hari je pun along tak puasa.” Along tidak puas hati.
            “Satu hari pun dikira tak penuh jugak. Ibu tetap akan tarik balik,” kata ibu tegas.
            Aku lihat muka along kelihatan muram.
            “Mia dapat, kan ibu?” tanyaku mahu kepastian.
            Ibu dan ayah memandangku.
“Mia mestilah dapat, sebab Mia belum pernah tinggal puasa lagi,” kata ibu sambil tersenyum.
            Aku menarik nafas lega.
            “Dah azan dah tu. Mia, baca doa,” arah ayah sebaik saja mendengar laungan azan maghrib.
                                                            *****
SEDAR tak sedar, sudah hampir sebulan aku berpuasa. Lusa pula seluruh umat islam akan menyambut Hri Raya Aidilfitri. Aku dan keluarga sudah berada di kampung halaman ketika ini. Kata ibu, beraya di kampung lebih meriah berbanding beraya di bandar kerana ramai sanak saudara ada di sini. Kata along pula, beraya di kampung banyak dapat duit raya. Aku tidak kisah beraya di mana saja asalkan dapat makan dan kumpul duit raya!
            Aku bangkit dari katil apabila terdengar suara orang bercakap di bawah rumah atuk. Aku berdiri di hadapan tingkap dengan tujuan mahu melihat gerangan yang sedang bercakap itu namun ketinggianku tidak membolehkan aku untuk melihat ke bawah. Aku memandang sekeliling bilik atuk dan mataku terhenti pada bangku di meja solek. Aku melangkah ke meja solek lalu mengangkat bangku itu untuk dibawa ke hadapan tingkap. Kemudian aku memanjat bangku itu dan menjengukkan kepalaku ke bawah. Aku lihat along dan kawan-kawannya, Abang Zali dan Abang Kamal sedang berbincang sesuatu. Aku mengambil peluang ini untuk mendengar.
            “Jadi tak plan kita esok?” tanya along.
            “Jadi punya. Mercun aku dah siap beli semalam, tinggal nak bakar je,” jawab Abang Zali.
            “Mercun apa yang kau beli?” tanya along lagi.
            “Aku beli mercun mancis, mercun naga, mercun papan, pop-pop pun ada.”
            “Hek eleh... pop-pop pun kau beli? Tak mencabar langsunglah mercun yang kau beli ni Li. Yang aku beli lagi gempak!” sampuk Abang Kamal.
            “Apa dia?” tanya along tidak sabar.
            “Aku beli mercun das, mercun lalat, mercun rocket, mercun mancis... barulah best sikit,” ujar Abang Kamal dengan bangganya.
            “Along nak main mercun ke? Jangan main, nanti ibu marah. Ibu cakap, bahaya main mercun, nanti jari putus,” sampukku dari tingkap bilik.
            Along, Abang Kamal dan Abang Zali mendongakkan kepala ke atas.
“Alamak, kantoi! Bila masa pulak budak kecik ni ada kat situ Ril?” tanya Abang Zali.
            “Yang ibu cakap tu untuk Mia je sebab Mia budak kecik, tak pandai main mercun. Along dah besar, pandai jaga diri. Dahlah, masuk dalam. Tak payah nak terintai-intai orang lelaki nak bercakap.” Along menghalauku.
            “Mia bagitahu ibu yang along nak main mercun...” Aku mengugut.
            “Eh Mia, jangan! Mia!”
            Aku tidak mempedulikan panggilan along. Aku turun dari kerusi lalu melangkah ke dapur untuk mencari ibu. “Ibu...” panggilku. Perlahan-lahan aku menuruni tangga yang diperbuat daripada papan itu.
            “Ya, sayang? Nak apa ni? Mia nak berbuka ke? Tinggal lagi satu hari je nak habis puasa. Tahan sikit ya?” soal ibu bertubi-tubi.
            “Bukan... bukan...” Aku menyangkal sambil tangan dilarikan ke kiri dan kanan.
            “Habis tu?”
            “Tadi Mia dengar along dengan kawan dia cakap, esok nak main mercun,” ceritaku.
            “Apa? Nak main mercun? Pergi panggil along sekejap,” arah ibu.
            “Aku berlari ke luar rumah. “Along, ibu panggil,” kataku sebaik saja sampai di belakang along.
            “Kecohlah Mia ni... hesy!” Along menyekeh kepalaku.
            Aku menjelirkan lidah lalu mengekori along dari belakang.
            “Betul apa yang Mia cakap?” tanya ibu sebaik saja along sampai di dapur.
            “Mia cakap apa?” soal Along. Pura-pura tidak tahu.
            “Mia cakap yang along nak main mercun esok. Betul ke?”
            Along menganggukkan kepala.
            “Ibu tak benarkan!”
            “Tapi ibu, Kamal dengan Zali dah beli.”
            “Along, mercun tu bahaya tahu tak? Tak tengok ke kat dalam tv tu ramai yang cedera sebab benda alah tu? Along nak ke beraya kat hospital? Nak?” marah ibu.
            “Tak nak...” Along menggeleng kepala.
            “Kalau tak nak, dengar cakap ibu. Jangan main mercun, ya?”
            “Baiklah ibu.” Usai berjanji, along keluar semula mendapatkan kawan-kawannya. Sebelum itu, dia sempat memberiku satu jelingan yang paling tajam.
            Heh! Tak takut pun!
                                                            *****
“IBU, along sakit perut,” ujarku kepada ibu yang sudah bersiap untuk ke surau.
            “Sakit perut? Eh, tadi elok je masa berbuka?” soal ibu pelik. Kemudian ibu melangkah ke bilik yang dihuni along, diikuti oleh aku. Ibu membuka pintu bilik lalu melangkah ke katil. “Along, betul ke sakit perut ni?” soal ibu risau.
            “Sakit sangat ni bu... along ingat tak jadilah nak pergi surau hari ni. Boleh tak bu?” tanya along sambil mengerengkan badannya menghadap ibu. Tangannya pula dilekatkan di atas perut.
            “Sakit kat mana ni?”
            “Kat ulu hati...” Along bersuara perlahan menahan sakit.
            “Kalau macam tu, along duduk berehat kat rumah. Mia temankan along ya?” arah ibu.
            “Eh, tak payahlah ibu. Biarlah Mia pergi, along boleh tinggal sorang-sorang,” tolak along.
            Aku lihat along nampak kalut apabila ibu menyuruh aku menemaninya. Macam ada benda yang dia sembunyikan.
            “Betul ni?” soal ibu inginkan kepastian.
            Along mengangguk lemah.
            “Along rehat dulu ya. Mia, jom kita pergi surau.” Ibu menarik tanganku.
            Sebelum sampai ke pintu, aku menoleh ke belakang. Aku pelik melihat senyuman yang terukir di bibir along. Dah agak dah!
                                                            *****
AKU menolong ibu dan mak cik- mak cikku memasukkan kuih raya ke dalam balang, sebaik saja pulang dari surau. Kakak saudaraku yang lain ada yang sedang memasang langsir, menukar sarung kusyen dan ada juga yang membantu di dapur. Atuk dan pak cik-pak cikku pula sibuk dengan lemang di luar rumah.
            “Assalamualaikum...”
            Kedengaran ada orang memberi salam di luar rumah. Ayah yang sedang membantuku mula bangkit lalu melangkah ke pintu.
            Aku mengekori ayah dari belakang.
            “Waalaikumussalam. Ada apa ramai-ramai ni Abang Ali?” soal ayah pelik.
            “Aku nak beritahu yang kami dah hantar Shahril, anak kamu tu ke hospital.”
            “Hospital? Bukan ke along tengah tidur kat bilik? Macam mana dia boleh ada kat hospital pulak? Teruk sangat ke sakit perutnya?” sampuk ibu yang tiba-tiba muncul di muka pintu.
            “Masa aku nak balik rumah tadi, Kamal panggil aku. Dia kata Shahril jatuh masa tengah main mercun kat tanah lapang,” terang Tok Ali.
            “Ya Allah...” Ibu terduduk di atas lantai mendengar berita yang disampaikan. Air mata ibu mengalir.
            Ayah memagang bahu ibu, menyuruh ibu bangun. “Cepat bersiap, kita ke hospital sekarang,” arah Ayah.  “Terima kasih semua sebab tolong hantarkan Shahril ke hospital,” ucap ayah.
            “Kami mintak diri dululah ya?” pinta Tok Ali.
            “Mia duduk dalam kereta dulu, ayah nak bersiap kejap,” arah ayah.
            Aku berlari anak melangkah masuk ke dalam kereta.
                                                            *****
“TIADA kecederaan yang serius, cuma tangan dia terseliuh sikit je,” kata doktor yang berbangsa Cina.
            Along kulihat hanya berbaring di atas katil dengan tangan kirinya berbalut. Along tidak berani untuk memandang wajah ayah dan ibu. Mungkin takut dimarahi.
            “Boleh kami bawak dia balik hari ni doktor?” tanya ayah.
            “Boleh... okeylah, saya minta diri dulu, Selamat Hari Raya,” ucap doktor Cina itu sambil mencuit pipiku. Kemudian dia melangkah keluar dari wad.
            “Kenapa along tipu ibu?” soal ibu perlahan, tidak mahu suaranya mengganggu tidur pesakit lain.
            “Along mintak maaf ibu.” Air mata along sudah mengalir.
            Aku duduk di kerusi sambil menongkat dagu memandang along.
            “Along dah janji dengan ibu semalam, kan yang along tak akan main mercun?! Kenapa along degil sangat ni ha?!” marah ibu dengan suara yang masih perlahan.
            “Sudahlah Min, yang penting along tak apa-apa. Jangan marah-marah, esok dah nak raya.” Ayah cuba menenangkan ibu.
            Ibu mendengus. “Inilah balasan untuk orang yang menipu!” Ibu melangkah keluar dari wad dalam keadaan marah.
            “Along, lap air mata tu, jom kita balik,” ajak Ayah.
“Tapi ibu masih marahkan along,” ujar Along takut-takut.
“Sekejap je marah ibu tu. Nanti dah sejuk, okeylah. Jom Mia..” Ayah memimpin tanganku.
                                                            *****
TAKBIR raya bergema di televisyen. Hari ini, bermulalah satu syawal. Selepas balik dari sembahyang sunat hari raya, keluarga kami berkumpul di ruang tamu untuk sesi bermaaf-maafan. Aku berdiri di belakang along, memerhatikan cara along memohon maaf.
            Along melutut di hadapan ayah sambil menghulurkan tangan kanannya yang tidak berbalut. “Ayah, maafkan segala salah along,” mohon along sambil menangis.
            “Yalah, ayah maafkan. Dah, pagi-pagi raya ni tak elok menangis.” Ayah menepuk belakang badan along.
            Along melangkah ke sebelah ayah lalu melutut di hadapan ibu pula. “Ibu, along tahu yang along banyak buat silap. Along degil, along menipu ibu dan along mungkir janji... along mintak maaf ibu. Kali ni along janji yang along takkan menipu ibu lagi. Maafkan along ya ibu?”
            Ibu tersenyum. “Sudahlah along, yang lepas tu biarlah lepas. Sempena hari raya ni ibu maafkan segala kesalahan along. Sakit tak tangan tu?” Ibu menyentuh perlahan tangan along yang berbalut.
            “Sikit je.” Along tersenyum.
            Ibu menyeluk poket baju kurungnya lalu menghulurkan angpau kepada along.
            “Ibu cakap tak jadi bagi, sebab along tak puasa penuh?” soal along pelik. Lambat-lambat along menyambut huluran itu.
            “Ibu bergurau je. Takkanlah ibu tak nak bagi duit raya kat anak ibu ni. Tapi lain kali jangan sekali-kali nak tinggal puasa lagi tau.” Ibu memberi amaran.
            “Baik ibu.” Along mula bangkit.
            Kini tibalah giliranku pula untuk bersalaman dengan ayah. “Selamat Hari Raya ayah...” Hanya itu saja yang aku ucapkan.
            “Selamat Hari Raya... ayah bangga dengan anak perempuan ayah ni. Tahun depan bolehlah puasa penuh lagi ya Mia...”
            “Boleh. Tapi kalau Mia puasa penuh dapat duit lagi tak?” soalku lurus.
            Ahli keluargaku ketawa mendengar soalanku.
            “Dapat...” Ayah mencium kedua belah pipiku.
            Usai bersalaman dengan ayah, aku melutut di hadapan ibu pula. “Selamat Hari Raya ibu,” ucapku sambil mencium tangan ibu.
            “Selamat Hari Raya... anak ibu ni tak nak mintak maaf kat ibu ke?”
            “Mia ada buat salah macam along ke ibu?” soalku pelik.
            “Takkan tak ingat kot?” duga ibu.
            Aku menggelengkan kepala.
            “Kan Mia pernah suruh Devi puasa. Sampai muntah-muntah budak tu.” Ibu cuba mengingatkan aku kembali.
            “Tu salah Mia ke ibu?” Aku mengerut dahi.
            “Salah Mia la sebab Mia yang beria-ia cerita pasal duit kalau puasa penuh...”
            “Mia mintak maaf ya ibu? Nak duit raya...” Aku sudah menghulurkan tangan.
            “Amboi, tak sabar betul budak ni. Ibu belum maafkan lagi, dah mintak duit raya.” Ibu menghulurkan angpau kepadaku.
            Ahli keluargaku ketawa melihat telatahku.
            “Yeay... yeay... dapat duit raya...” Aku bersorak sambil terlompat-lompat kesukaan. Kemudian aku berlari mahu ke bilik.
            “Eh, nak ke mana tu?” tanya along.
            Aku berpaling. “Nak simpan duit dalam tabung,” jawabku.
            “Dengan along pun tak salam lagi, dah nak masuk bilik,” rungut along.
            Aku memuncung. Perlahan-lahan aku mengatur langkah ke arah along. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam. “Selamat Hari Raya...” Aku menggoncang kuat tangan along lalu berlari ke bilik.
            “Hesy, budak ni kan!” Hanya itu yang aku dengar. Mungkin tangan along terasa sakit dengan perbuatanku tadi.
                                                            *****
AKU tersenyum mengingati telatahku dahulu. Matahari sudah semakin terik. Perlahan-lahan aku bangkit dari buaian lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Di pintu masuk, aku bertembung dengan ummi.
            “Ummi baru nak panggil Mia masuk makan tengah hari. Mari kita makan,” ajak ummi.
            Aku mengekori ummi dari belakang. Sampai saja di meja makan, aku melabuhkan punggung di sebelah uumi.
            Ummi mencedokkan nasi ke dalam pingganku dan walid. Hari ini kami hanya makan bertiga kerana Kak Ifa, Abang Nan dan Zarif tidak akan balik untuk makan tengah hari. Manakala Alif pula bersekolah.
            “Ummi, bila Abang Rif dah balik nanti jangan bagitau dia yang Mia ada kat bilik bawah tau,” pintaku.
            “Kenapa pulak?” tanya ummi
Walid turut melemparkan pandangan ke arahku.
            “Saja nak bagi kejutan kat Abang Rif.” Aku tersengih.
            “Yalah...”
            Selepas makan, aku mengangkat pinggan mangkuk untuk dicuci namun ummi menghalang. Ummi menyuruh aku menonton televisyen tetapi aku tetap berkeras mahu mencuci. Aku berasa bersalah tidak menolong ummi memasak tadi. Akhirnya ummi mengalah dengan syarat, aku hanya dibenarkan mencuci pinggan dan gelas yang telah aku gunakan saja. Aku hanya akur.
            Dari satu siaran ke satu siaran aku tukar namun tiada satu rancangan pun yang berjaya menarik minatku. Mataku mulai terasa berat dan aku mula menguap. Perlahan-lahan aku bangkit untuk ke bilik. Ketika ingin menaiki tangga, ummi memanggilku.
            “Mia...”
            Aku menoleh. “Ya ummi?”
            “Nak pergi mana tu?”
            “Nak masuk bilik. Mengantuklah ummi. Makan banyak sangat tadi.” Aku meneruskan langkah untuk menaiki tangga.
            Bilik Mia kan kat bawah.” Ummi mengingatkan.
            Langkahku terhenti. “Hehehe... lupa pulak.” Aku segera melangkah ke bilik yang terletak bertentangan dengan ruang tamu. Pintu bilik kukuak. Langkah kuatur ke katil lalu merebahkan badan. Perlahan-lahan mataku tertutup.
                                                            *****
AKU terjaga apabila terdengar bunyi bising. Perlahan-lahan aku bangkit dari katil lalu melangkah ke pintu. Pintu bilik kukuak sedikit lalu mengintai ke luar. Aku lihat Zarif sudah mundar mandir di ruang tamu.
            “Ummi,” panggil Zarif.
            “Ada apa yang bising-bising ni Rif?” Ummi muncul di ruang tamu dengan memakai telekung, manakala walid pula dengan berkain pelekat dan berkopiah.
            “Mia, ummi... Mia dah hilang. Dia tak ada dalam bilik.” Zarif sudah duduk di sofa sambil memicit kepalanya.
            “Rif dah cari betul-betul ke?” tanya ummi.
            “Dah... Rif dah cari tapi tak jumpa pun Mia. Mana dia pergi?” Zarif meramas rambutnya.
            “Rif cari kat mana?”
            “Kat balkoni... bilik air pun tak ada...” Zarif mengeluh.
            “Kat bilik tu Rif dah cari?” sampuk walid sambil menundingkan ibu jari ke arah bilik yang kuhuni sekarang.
            Aku mengecilkan lagi pintu bilik apabila terlihat Zarif merenung ke pintu bilik.
            “Takkan dia ada kat bilik tu kot, sebab dia janji tak nak turun ke bawah.”
            “Cubalah cari dulu,” kata walid lagi.
            Aku menutup pintu perlahan apabila aku terlihat Zarif sedang bangun dan mula menghampiri bilik ini. Perlahan-lahan aku melangkah ke katil lalu duduk sambil menunggu Zarif sampai ke bilik. Beberapa saat menunggu, pintu bilik terkuak. Aku memaniskan muka sebaik saja wajah Zarif berada di hadapan mata.
            “Ya Allah... kat sini rupanya Mia!” Zarif menghampiriku lalu melabuhkan punggung di sebelahku. Dia meraup wajahnya. “Sayang tahu tak betapa risaunya abang tadi mencari sayang. Kenapa turun? Kan sayang janji tak nak turun...” Wajahnya serius. Aku tahu dia sedang menahan marah.
            “Abang, Mia mintak maaf. Mia pindah bilik ni pun sebab tak nak menyusahkkan ummi. Kalau Mia pindah bilik bawah, tak payahlah ummi asyik turun naik tangga hantar makanan je.” Aku mengulang jawapan yang kuberikan pada ummi tadi.
            “Mia tak ada buat kerja rumah, kan?”
            “Tak ada...” Aku menggeleng.
            “Dahlah, abang nak pergi mandi dulu.” Zarif mula bangkit mahu melangkah keluar. Baru saja sampai di pintu, dia berpaling semula. “Malam ni Mia tak payah pergi sembahyang tarawih la,” katanya.
            “Kenapa pulak?” soalku tidak puas hati.
            “Mia kan dah sarat... dengar cakap abang ya?” pujuknya.
            Aku mengangguk.
            Dia terus melangkah ke bilik mandi.
                                                            *****
PERUTKU terasa memulas-mulas. Aku memanjangkan tangan untuk membuka lampu tidur. Aku terasa sesuatu yang basah di kainku. Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Air ketuban dah pecah ke? Aku melangkah ke tempat beg pakaianku diletakkan lalu mengeluar baju dan tudung. Aku menahan rasa mencucuk pada perut lalu melangkah ke bilik mandi untuk menukar pakaian. 
            Selesai menukar pakaian, aku mengejutkan Zarif. Aku ingin meminta dia membawaku ke hospital. Aku dapat merasakan sudah tiba masanya untuk aku melahirkan. “Abang... bangun bang...” Aku menggerakkan tubuhnya.
            “Dah nak sahur dah ke? Kejap lagilah abang bangun.” Dia mengerengkan tubuhnya membelakangiku.
            “Abang, bangunlah... Mia rasa dah sampai masa ni...” Aku menggerakkan badannya lagi.
            “Belum lagi tu... imsak lama lagi. Sayang tidurlah dulu, nanti ummi kejutkan.” Dia berkata dengan mata terpejam.
            “Abang, ni bukan pasal sahur tapi perut Mia ni sakit sangat!” Sedikit keras suaraku sambil menahan sakit di perut yang kerap datang setiap lima minit.
            “Hah! Dah nak bersalin ke? Ya Allah, kenapa Mia tak cakap awal-awal? Jom kita ke hospital!” Dia menarik tanganku. “Ummi! Walid! Abang Nan! Kak Ifa! Bangun, Mia nak bersalin ni!” jerit Zarif ketika kami berada di ruang tamu.
            Pintu bilik ummi dan Kak Ifa segera terbuka sebaik saja mendengar jeritan Zarif yang kuat. Ummi, walid, Kak Ifa dan Abang Nan segera turun mendapatkan aku.
            “Mia dah nak bersalin?” tanya ummi risau.
            “Mia rasa macam nak bersalin sebab perut ni sakit sangat. Aduh!” Perutku terasa memulas lagi. Tangan kananku sudah memegang pinggang.
            “Cepat ummi, kita ke hospital sekarang,” ajak Zarif.
            “Takkan kamu nak pergi hospital dengan pakaian macam ni Rif?” kata walid.
            Aku dan Zarif memandang pakaian yang dipakai oleh Zarif. Zarif terkejut manakala aku pula sudah tergelak melihat dia memakai kain pelekat dan t-shirt pagoda. “Mia tunggu sekejap, abang nak tukar baju.” Zarif memasuki bilik untuk menukar pakaian.
            “Ummi pun nak tukar baju kejap.” Ummi dan walid turut masuk ke bilik.
            Setelah semua selesai menukar pakaian, Zarif memimpinku masuk ke dalam kereta. Kak Ifa dan Abang Nan pula akan menyusul nanti kerana anak mereka masih tidur.
                                                            *****
“ADUH! Sakitnya bang!” jeritku ketika berada di bilik bersalin. Wajahku sudah dibasahi peluh. Aku menggenggam kuat tangan Zarif.
            “Sabar sayang, sekejap je lagi baby kita akan lahir.” Zarif memberiku kekuatan.
            “Puan, tarik nafas perlahan-lahan. Kalau saya kata push, puan push ya.” ujar doktor.
            Perlahan-lahan aku menarik nafas, cuba mengikut arahan doktor. Kesakitanku sedikit berkurang dengan berbuat begitu.
            “Okey puan, push!” arah doktor.
            Aku menarik nafas lalu meneran. “Arrgghh!!” Terasa sedikit lelah.
            “Tarik nafas...”
            Aku mengikut arahan doktor.
            “Push!
            “Arrrggghhh!!” Sekali lagi aku meneran.
            “Sikit je lagi puan... kepala dah nampak!”
            Aku menarik nafas dan menahannya.
            “Push!
            Dengan sekuat tenaga aku meneran. “Allahu akbar!! Arrgghh!!” Aku menarik nafas lemah sebaik saja mendengar suara tangisan bayi.
            “Tahniah, encik dapat anak lelaki.” Doktor memberikan bayiku kepada jururawat untuk dibersihkan dan ditimbang. Selepas itu bayi itu diserahkan pada Zarif.
            Zarif menyambut lalu mula mengazankan bayi kami. Selesai mengazankan, Zarif menunjukkan bayi itu kepadaku.
            Aku mengucup pipi dan dahi bayiku.
            Zarif menggenggam tanganku. “Sayang, terima kasih kerana sudi melahirkan anak abang. Rupanya dia pun nak menyambut puasa dengan mama dan papa dia.” Zarif mengucup tanganku.
            Aku tersenyum lemah. Terima kasih Ya Allah... terima kasih kerana mempermudahkan segala-galanya. Hari ini, tepat pukul 4 pagi, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang seberat 3.05 kilogram. Pada pertama ramadhan, aku sudah bergelar seorang ibu dan ini merupakan pertama kali aku menyambut puasa sebagai isteri kepada Syed Zarif Uwais. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dengan kehadiran anak kami. Amin...

~TAMAT~

p/s: Pertama kali guna POV1... Susah jugak nak buat cerita guna POV1 ni... rasa macam kurang idea... huhuhu