Followers

Sunday 23 October 2022

Teaser 2 Misi Pikat Hati Mak Dia!



Laju Tsana mengambil gitar di atas meja lantas memberi pada Jazill. Telefon pintar diangkat, mahu merakam video lelaki itu menyanyi. Bukan senang mahu mendengar Jazill menyanyi.

“Kita berduet. Saya nak nyanyi lagu Demi Cinta Ini. Nanti awak sambung bahagian perempuan tau.” Tenang Jazill memainkan gitar dan menyanyikan bahagian korus lagu nyanyian Tomok dan Fatin Afeefa.

“Telah kuberjanji...” Wajah Tsana dipandang dengan pandangan yang redup.

“Seumur hidupku... akan bersamamu...” 

“Cinta dan sayangi dirimu sepenuh jiwaku...” Tsana sambung nyanyian apabila melihat Jazill memberi isyarat kepala. Sedap tak sedap belakang cerita, janji ada kenangan yang boleh disimpan untuk ditunjuk pada anak cucu kalau mereka berjodoh.

“Kukan menjagamu... hingga akhir waktu...”

“Cinta dan sayangi dirimu hanya kau yang satu...” Tsana menunjuk tangan pada Jazill. Kemudian dia menarik nafas, bersedia untuk menyanyi serentak.

“Sinarilah hidupku... selamilah hatiku... hanya kau saja ada di mataku...”

“Jazill Muammar!”

Hampir terlepas gitar di tangan Jazill mendengar suara garang emaknya. Belum sempat dia memulangkan gitar pada Tsana, gadis itu sudah mencicit lari masuk ke rumah. 


p/s: Untuk menempah boleh wasap admin Atap Publication

http://www.wasap.my/60176153812


#AntologiSetulusKasihBuatmu2

#MisiPikatHatiMakDia!

Sunday 16 October 2022

Teaser 1 Misi Pikat Hati Mak Dia

 





“Jaz!”

Mendengar nama itu dipanggil, Tsana bangun dan melangkah ke sisi tembok pagar sebelah kanan. Senyuman paling manis diberikan kepada Qismah, wanita berusia 50 tahun yang leka membelek pokok bunga ros.

“Kau ni kenapa tersengih-sengih kat sini?” Qismah pandang jiran barunya dengan dahi berkerut. Dari ekor mata dia nampak anak lelakinya datang menghampiri. Dia toleh sekilas pada anaknya, kemudian memandang semula gadis di depannya. 

“Kau ada hati kat anak aku, ya?” Qismah menjungkit kening.

Membulat mata Tsana. Laju kepalanya menggeleng. Tak pasal-pasal dia dicop gatal!

“Eh, mana ada, mak cik. Mak cik yang panggil saya tadi, kan?” Mata Tsana sempat menjeling anak lelaki jiran sebelah yang sedang menahan senyum.  

“Aku panggil anak aku, bukan panggil kau. Telinga tu dah berapa minggu tak korek? Kalau tak ada cotton bud, aku boleh bagi.” 


p/s: Untuk menempah boleh wasap admin Atap Publication

http://www.wasap.my/60176153812


#AntologiSetulusKasihBuatmu2

#MisiPikatHatiMakDia!

Saturday 15 October 2022

Pre-Order Antologi Setulus Kasih Buatmu 2

Bismillahirahmanirahim... dah bersawang blog setelah 5 tahun sunyi tanpa cerita baru. Untuk tahun 2022 ni ada buku baru bakal keluar tapi baby kongsi je la mampu. Itu pun cerita pendek je.

Pre-order untuk Antologi Setulus Kasih Buatmu 2 telah dibuka. 15 Oktober-15 November 2022. 



Boleh wasap admin Atap Publication untuk order http://www.wasap.my/60176153812


✅ Limited Edition

✅ 50 pembeli terawal dapat free gift dari penulis-penulis.

✅ 3 cerita dalam 1 buku 


++++++


❤️ Cerita 1 : My Loco Partner (Naurah Hazwany) ❤️


Noah Tristan. My rules, no women and no alcohol.


Melarikan diri dari tahanan Logan, Araluna Rose tersungkur di tangan seorang lelaki yang berpengaruh di Eropah. Ara telah meminta untuk menjadi perisai lelaki itu dengan kadar bayarannya dia harus membalas dendam untuknya.


“Mulut cakap lain, hati kata lain. Aku memang tak fahamlah apa yang kau nak sebenarnya.” – Ara


Aku tak tahu yang kau boleh jadi comel macam ni, nice!” – Tristan


Kehidupannya berubah serta-merta sejak hari itu, mampukah dia menggapai sebuah kebebasan apabila identitinya diketahui oleh pihak Interpol meski di bawah jagaan Tristan yang bersifat sementara?


+++++


❤️ Cerita 2 :  Misi Pikat Hati Mak Dia! (Waisya Carissa) ❤️


Orang kata untung kalau bercinta dengan jiran sebab hari-hari boleh jumpa depan pagar. Tapi lain pula pada Tsana. Emak Jazill tak menyukainya. Nak jumpa pun kena curi-curi. Dan Tsana nekad melancarkan misi. Misi pikat hati mak dia! 


“Tumis sambal merecik-recik. Assalamualaikum, mak cik.” - Tsana 


“Panggil beruk panjat pokok kelapa. Pagi-pagi mengacau ni nak apa?” - Qismah


Berjayakah Tsana melaksanakan misinya? Adakah hubungan Tsana dan Jazill akan direstui?


++++


❤️ Cerita 3 : Yang Pernah Disakiti (Nuriffa) ❤️


Menjadi seorang isteri kepada lelaki yang serba-serbi sempurna memang agak mencabar. Kerana cinta Aleesya sedaya upaya cuba menjadi isteri yang terbaik. Namun, kepercayaannya musnah apabila dia mendapat panggilan bahawa suaminya sudah berkahwin lain di Thailand.


“Katakan ini semua dusta, bang.” - Aleesya


“Abang kenalkan isteri kedua abang. Ruhainis.” - Hazar


Kuatkah Aleesya menerima takdir baru yang hadir di dalam rumah tangganya ini?