Followers

Sunday 23 October 2022

Teaser 2 Misi Pikat Hati Mak Dia!



Laju Tsana mengambil gitar di atas meja lantas memberi pada Jazill. Telefon pintar diangkat, mahu merakam video lelaki itu menyanyi. Bukan senang mahu mendengar Jazill menyanyi.

“Kita berduet. Saya nak nyanyi lagu Demi Cinta Ini. Nanti awak sambung bahagian perempuan tau.” Tenang Jazill memainkan gitar dan menyanyikan bahagian korus lagu nyanyian Tomok dan Fatin Afeefa.

“Telah kuberjanji...” Wajah Tsana dipandang dengan pandangan yang redup.

“Seumur hidupku... akan bersamamu...” 

“Cinta dan sayangi dirimu sepenuh jiwaku...” Tsana sambung nyanyian apabila melihat Jazill memberi isyarat kepala. Sedap tak sedap belakang cerita, janji ada kenangan yang boleh disimpan untuk ditunjuk pada anak cucu kalau mereka berjodoh.

“Kukan menjagamu... hingga akhir waktu...”

“Cinta dan sayangi dirimu hanya kau yang satu...” Tsana menunjuk tangan pada Jazill. Kemudian dia menarik nafas, bersedia untuk menyanyi serentak.

“Sinarilah hidupku... selamilah hatiku... hanya kau saja ada di mataku...”

“Jazill Muammar!”

Hampir terlepas gitar di tangan Jazill mendengar suara garang emaknya. Belum sempat dia memulangkan gitar pada Tsana, gadis itu sudah mencicit lari masuk ke rumah. 


p/s: Untuk menempah boleh wasap admin Atap Publication

http://www.wasap.my/60176153812


#AntologiSetulusKasihBuatmu2

#MisiPikatHatiMakDia!

0 Pembakar Semangat:

Post a Comment