Followers

Monday 14 November 2022

Teaser 4 Misi Pikat Hati Mak Dia!



Pinggan berisi karipap ditarik rapat. Karipap berbentuk hati diambil dan dibelek-belek. Tangan kiri mencapai telefon pintar. Jarinya laju menaip, menghantar WhatsApp kepada Tsana.


Sayang, awak ke yang buat karipap ni?


Kenapa, tak sedap ke?


Taklah. Sedap sangat kuih awak. 


Alhamdulillah. Awak nak tahu tak kenapa bentuk karipap tu macam tu?


Nak!


Karipap bentuk love, tanda I love you. Saya cinta awak banyak-banyak. Karipap bentuk bunga pulak, tanda hati saya yang berbunga-bunga bila tengok awak.


Hati Jazill terasa dipenuhi bunga-bunga cinta.


Mak saya mengidam nak naik Lamborghini. Amboi, sweetnya kekasih hati saya ni!


Pergi ke pasar beli paku rawan. Senyuman manismu buat kutertawan.


Jazill tersenyum lebar membaca balasan pantun Tsana. 


P/s: Untuk menempah sila klik link di bawah

https://atapublication.ordersini.com

Thursday 3 November 2022

Teaser 3 Misi Pikat Hati Mak Dia!



“Tumis sambal merecik-recik. Assalamualaikum, mak cik.”

Buang tabiat ke apa budak ni berpantun bagai? Qismah malas mahu melayan Tsana.

Tsana menggosok belakang tengkuk. Rasa seperti dia sedang bercakap sorang-sorang.

​Tak apa, aku cuba lagi. Tsana cuba melegakan hati.

​“Bukak peti ais nampak cincau. Tak jawab salam dosa tau.”

​Qismah merengus geram.

​“Tersadung batu lalu terjatuh. Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.”

​Tsana senyum senang apabila Qismah membalas pantunnya.

​“Panggil beruk panjat pokok kelapa. Pagi-pagi mengacau ni nak apa?”

Yes, ada respons! Tsana rasa mahu melompat ketika itu namun ditahan. Nanti tak pasal-pasal Qismah kata dia gila.

​“Nampak lelaki handsome lalu, cepat-cepat toleh. Saya nak beli daun kari mak cik boleh?”

​“Amboi, bukan main gatal lagi pembayang pantun kau tu!”


P/s: Untuk menempah sila tekan link dibawah 👇

https://atapublication.ordersini.com