“Tumis sambal merecik-recik. Assalamualaikum, mak cik.”
Buang tabiat ke apa budak ni berpantun bagai? Qismah malas mahu melayan Tsana.
Tsana menggosok belakang tengkuk. Rasa seperti dia sedang bercakap sorang-sorang.
Tak apa, aku cuba lagi. Tsana cuba melegakan hati.
“Bukak peti ais nampak cincau. Tak jawab salam dosa tau.”
Qismah merengus geram.
“Tersadung batu lalu terjatuh. Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.”
Tsana senyum senang apabila Qismah membalas pantunnya.
“Panggil beruk panjat pokok kelapa. Pagi-pagi mengacau ni nak apa?”
Yes, ada respons! Tsana rasa mahu melompat ketika itu namun ditahan. Nanti tak pasal-pasal Qismah kata dia gila.
“Nampak lelaki handsome lalu, cepat-cepat toleh. Saya nak beli daun kari mak cik boleh?”
“Amboi, bukan main gatal lagi pembayang pantun kau tu!”
P/s: Untuk menempah sila tekan link dibawah 👇
0 Pembakar Semangat:
Post a Comment