Followers

Monday, 28 July 2014

Eid Mubarak 2014

Assalamualaikum w.b.t 
Sekali lagi kita bertemu di bulan Syawal setelah 29 hari menjalani ibadah puasa.
Walaupun tak ada siapa yang baca entry ni, WC tetap nak post jugak.
Di kesempatan ini WC nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
WC menyusun sepuluh jari yang tak berapa nak panjang ni untuk memohon maaf andai ada tersilap taip atau terlambat sambung cerita dalam ni (Macam la ada orang yang baca cerita dalam belog ni)

Mengenai manuskrip Seiras a.k.a Kaulah Pelengkap Hatiku a.k.a Separuh Hati Untukmu, WC ingin mohon maaf jugak sebab cerita tu tak siap-siap lagi. Entah kenapa rasa blur je nak sambung cerita tu tapi walau macam mana pun WC akan cuba paksa diri sambung balik cerita tu. 

Kat fb page WC ada selitkan special entry SHU. Kalau ada yang terlepas pandang atau ada yang tak tahu WC ada fb page, boleh la jenguk ke situ untuk baca special entry tu. 
Itupun kalau ada yang sudi baca la. Bawah ni WC sertakan link dia



Friday, 10 January 2014

Tukar Tajuk Lagi

Assalamualaikum wbt...
Hari ni genap 3 tahun dalam dunia penulisan.
WC nak bagitahu tajuk enovel Seiras a.k.a Kaulah Pelengkap Hatiku dah ditukar lagi... Tajuk baru untuk enovel ni adalah Separuh Hati Untukmu... WC tukar lagi sebab tajuk KPH ni macam kureng je bila sebut dan rasa macam panjang sangat. Kali ni muktamat, takkan tukar tajuk lagi.



Ni kaver baru untuk SHU... macam best je sebut SHU... macam best je sebut SHU... hahaha... okeylah, malas membebel panjang... moh kita layan teaser 5 SHU... pendek je eh...





Hati Rania tiba-tiba terasa lain macam apabila melihat beberapa orang lelaki berkopiah dan bersongkok sedang duduk di luar rumah dan sayup-sayup kedengaran suara orang membaca Yasin. Sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam rumah, dia tergamam melihat sekujur tubuh yang dikafankan dan ditutupi kain batik lepas, terbaring kaku di tengah-tengah ruang tamu. Dia memandang satu per satu wajah yang duduk berhampiran jenazah dan dia mengenali beberapa wajah yang ada di situ berdasarkan gambar yang pernah ditunjukkan oleh Qhafi. Tapi hanya satu wajah saja yang tiada di ruang tamu itu. Matanya kembali dilemparkan ke arah jenazah itu. Hatinya kuat mengatakan jenazah yang terbaring kaku itu milik wanita yang benar-benar ingin ditemuinya.
“Ibu...”
Mendengar Qhafi menyebut nama itu, kaki Rania terasa lembik dan dia jatuh terduduk ke lantai. Macam-macam rasa yang bersarang di hatinya. Rasa sayu dan kesal.
            “Yaya!” Qhafi memaut bahu Rania dan membangunkan adiknya. Kemudian dia memandang Tan Sri Razman yang nampak terkejut melihat Rania. “Papa, kenapa dengan ibu?”
            Tan Sri Razman bangun menghampiri Rania tanpa menjawab soalan Qhafi. Kedua-dua belah pipi Rania dipegang dengan tangan yang terketar-ketar. Matanya yang kelihatan sembap mula ditakungi air mata.
            “Papa...” Qhafi memanggil papanya lagi namun langsung tak diendahkan.
            Orang ramai masih membaca Yasin tanpa menghiraukan drama sebabak itu.
            “Apa yang dah berlaku, pa?” Rania pula bertanya. Tangannya memegang kedua-dua belah tangan Tan Sri Razman yang masih memegang pipinya lantas dijatuhkan ke bawah. Tangan papanya digenggam erat.
            “Yaya?” Air mata Tan Sri Razman mengalir.
            Rania mengangguk laju. “Ya, pa. Ni Yaya, anak papa. Kenapa dengan ibu, pa?” Lembut Rania bertanya dengan suara yang sedikit bergeatar.
            “Ibu dah tak ada. Ibu meninggal sebab terjatuh dalam bilik air awal pagi tadi.”
            Terasa banjir hati Rania mendengar jawapan Tan Sri Razman.
            “Kenapa papa tak bagitahu Qhaf? Nasib baik Qhaf balik hari ni. Kalau tak, mesti tak dapat jumpa ibu buat kali terakhir.” Qhafi kecewa dengan papanya.
            Tan Sri Razman hanya diam. Matanya lebih fokus ke wajah Rania.
            Dengan langkah yang lemah, Rania berjalan mendapatkan jasad Puan Sri Anida. Tangannya yang terasa lemah digagahkan untuk membuka kain yang menutup muka jenazah ibunya. Dan air mata laju menuruni pipi sebaik saja melihat wajah itu. Ya Allah, Ibu... hatinya merintih. Wajah putih tanpa darah itu nampak tenang seperti sedang tidur, dengan kedua-dua belah mata yang tertutup rapat dan bibir yang seakan tersenyum.
“Kenapa ibu tak tunggu Yaya balik? Ibu tahu tak, dari kecik lagi Yaya nak jumpa ibu tapi bila Yaya dah beranikan diri datang jumpa ibu, ibu pulak tinggalkan Yaya. Yaya tak nak kehilangan ibu. Abang Qhaf kata ibu sakit, hanya Yaya je yang boleh sembuhkan ibu.” Mata yang terasa kabur diseka perlahan. Dia mahu menatap wajah wanita itu sepuas-puasnya.
Qhafi memegang bahu Rania. “Sabarlah Yaya. Yaya kena kuat, kena reda dengan pemergian ibu. Jangan seksa ibu macam ni. Biarlah ibu tenang kat sana.” Bahu adiknya diusap perlahan.
Rania memandang Qhafi. “Yaya tak sempat lagi nak kenal dengan ibu kandung Yaya, along. Yaya tak sempat nak merasa kasih sayang ibu. Kalau Yaya tak buat perangai degil, mesti Yaya sempat jumpa ibu kan, along?” Dia menangis di dalam pelukan abangnya.
Qhafi melepaskan pelukan. “Lap air mata Yaya dan cium ibu buat kali pertama dan terakhir.”
Rania mengesat air matanya sehingga kering, kemudian dia mengucup pipi ibunya bertalu-talu dan beralih ke dahi pula. Wajah itu terasa sejuk dan wangi.

p/s: Kesian Rania kan... sob sob sob...