Followers

Thursday 21 April 2011

Cerpen: Cinta Murtabak

Contest Cerpen KEN


KOMUNITI ENOVEL

PINTU bilikku diketuk dan dipulas tombolnya. Aku yang sedang khusyuk menyiapkan kerja, menoleh ke arah pintu. Nava masuk ke bilikku dan memberikan bungkusan murtabak yang kukirim beserta sepucuk surat. Katanya dari Farhan.
            “Farhan mana?” Aku pelik mendengar nama lelaki yang tidak kukenali.
            “Anak Mak Cik Maisarah yang kau tolong biaya kos perubatan tu. Dia ada berniaga murtabak tadi. Dia ada mintak nombor handphone kau tapi aku tak berani nak bagi sebab tu dia suruh aku bagi surat ni kat kau.” Jelas Nava. Kemudian dia beredar keluar dari bilikku.
            Aku mula membaca surat itu. Dalam surat itu, lelaki yang bernama Farhan mengucapkan terima kasih kepadaku kerana bermurah hati menghulurkan wang untuk membiayai kos perubatan emaknya yang menghidap penyakit Hepatitis B atau lebih dikenali sebagai radang hati. Dia turut menyertakan nombor telefonnya dan memintaku menghubunginya agar mudah untuk dia membayar kembali duitku.
            Tanganku pantas mencapai telefon bimbit lalu mula merangka ayat yang mahu dihantar kepadanya.
            'Assalamualaikum. Saya Mahira, penyelamat mak awak. Macam mana dengan pembedahan?' Usai menaip, aku menekan butang hantar. Beberapa saat kemudian, telefon bimbitku berbunyi. Aku segera membacanya.
            'Waalaikumussalam. Thanks sudi menghantar mesej kat saya. And thanks sekali lagi sebab awak sanggup memberi pinjam duit awak. Saya janji akan bayar balik duit awak tu. Alhamdulillah, sebahagian hati saya dah selamat dipindahkan ke dalam badan mak saya. Saya harap awak enjoy makan empat keping murtabak yang saya buat sendiri khas untuk awak.'
            Aku terkejut membaca mesejnya. Aku mengambil bungkusan murtabak tadi dan membukanya. Benar seperti yang dikatakannya. Jemariku menari semula di telefon bimbit.
            'Thanks ya. Kenyang betullah saya malam ni. Tentang duit tu saya tak kisah pun. Kalau tak bayar pun tak apa. Anggap je pemberian ikhlas dari seorang sahabat.'
            'Eh mana boleh macam tu. Saya akan tetap bayar jugak. Okeylah saya tak nak kacau awak makan. Assalamualaikum.' Balasnya.
            'Waalaikumussalam.' Balasku pula. Kemudian aku meletakkan telefon bimbit di tepi lalu menjamah murtabak.
            Mindaku mula melayang semula pada perkenalanku dengan Abang Mat yang berniaga murtabak di Pasar Malam. Aku pernah berbual panjang dengan Abang Mat. Melalui Abang Mat lah aku mengetahui bahawa Abang Mat berniaga murtabak untuk membantu kawannya iaitu Farhan membiayai kos perubatan emaknya. Kesemua inti murtabak itu dibuat sendiri oleh Farhan.
            Aku tidak pernah bersua muka dengan Farhan kerana dia berniaga murtabak di Pasar Malam di kawasan lain. Selepas mendengar cerita Abang Mat, aku dengan rela hati ingin membantu.
*****
HUBUNGANKU dengan Farhan semakin rapat. Sudah dua bulan kami berhubung melalui pesanan ringkas, tanpa mengenali wajah masing-masing. Kehadiran mesejnya sentiasa menceriakan hariku. Di pejabat, papa naik pelik melihatku yang asyik berkepit dengan telefon bimbit dan asyik tersenyum.
                                                            *****
MALAM itu, seperti biasa Farhan menghantar mesej. Aku segera mencapai telefon bimbitku. Aku tergamam seketika membaca mesej yang dihantarnya.
            'Assalamualaikum Maira. Will you be my special girlfriend? Saya tahu awak mesti terkejut bila baca mesej ni. Demi Allah, saya nak bercinta dengan awak bukan kerana awak berharta tapi saya benar-benar ikhlas terhadap awak. Saya akan tunggu jawapan dari awak.'
            Aku berjalan mundar-mandir di dalam bilik sambil meletup-letupkan jari tangan. Aku memandang kembali telefon bimbitku dan terus mematikannya. Aku memerlukan masa untuk memikirkan lamarannya itu. Esok aku akan ke Langkawi selama empat hari untuk menghadiri seminar. Di sana nanti aku akan cuba mencari jawapan untuk diberikan kepada Farhan.
                                                            ***
SELESAI mandi, aku merebahkan badanku di atas katil. Aku baru sahaja pulang dari seminar.  Aku bangkit semula lalu mencapai telefon bimbit dan menghantar mesej kepada Farhan.
            'Assalamualaikum. Saya dah fikir masak-masak tentang permintaan awak. Saya setuju dengan lamaran awak. Sorry saya tak mesej awak berberapa hari sebab saya ada seminar di Langkawi. Saya baru je sampai rumah tadi.' Selesai menaip, aku menekan butang hantar. Berdebar aku menantikan balasan darinya.
            'Waalaikumussalam. Thanks Maira. Risau jugak saya hari tu, awak langsung tak mesej saya. Sekarang baru senang sikit saya nak bekerja. Oh ya, mak saya kirim salam. Dia nak sangat berbual lagi dengan awak. Dulu tak puas katanya.' Balasnya pulak.
            Sebelum aku menghulurkan duit dahulu, aku ada ke rumah Farhan untuk melihat sendiri keadaan emaknya. Ketika aku ke sana, Farhan tiada di rumah kerana bekerja. Aku mula membalas mesejnya.
            'Waalaikumussalam. InsyaAllah, kalau ada masa nanti saya melawat mak awak. Kirim salam kat Mak Cik balik ya.'
            'Hari sabtu ni awak pergi Pasar Malam tak? Saya ada kat situ nanti. Gerai kat Pasar Malam lagi satu kawan saya tolong ambil alih.' Balasnya
            'Sabtu ni ek, mestilah pergi.. Saya ni kan kaki Pasar Malam. Tak sah kalau tak pergi kecuali kalau ada kerja je saya tak pergi. Kita jumpa nanti ek.'
            10 minit setelah berbalas-balas mesej dengan Farhan, telefon bimbitku berbunyi lagi. Aku melihat nama papa tertera di situ. Aku terus menekan butang hijau. Papa memintaku pulang ke rumahnya sekarang kerana ada berita gembira yang ingin disampaikan. Tanpa membuang masa aku segera mencapai kunci kereta dan memandu ke rumah papa.
                                                            *****
AKU tergamam mendengar kata-kata papa. Papa mahu menjodohkan aku dengan anak Enda Sarah yang merupakan adik kandung papa. Enda Sarah pernah diusir oleh Datukku kerana telah berkahwin dengan orang kebanyakan. Baru seminggu yang lalu orang upahan papa dapat menjejaki adik papa itu. Aku cuba membantah kehendak papa. Pada mulanya papa melenting. Lalu aku menceritakan tentang Farhan kepada papa.
Papa diam mendengarnya. Akhirnya papa memintaku membawa  Farhan ke rumah nanti. Mungkin papa tidak mahu menjadi seperti Datukku yang sanggup membuang anak kandungnya sendiri. Aku bersyukur kerana papa menerima pilihan hatiku.
                                                            *****
SEBAIK sahaja jam menunjukkan pukul 6 petang, aku menarik tangan Nava untuk ke Pasar Malam. Hari ini merupakan pertemuan pertama antara aku dan Farhan. Aku tidak mahu menunggu waktu malam kerana pada waktu itu pelanggan sangat ramai. Tergeleng-geleng  kepala Nava melihat telatahku yang tidak sabar-sabar itu.
            Sesampai sahaja di gerai murtabak, aku terus mendapatkan Abang Mat dan bertanyakan Farhan. Abang Mat menepuk belakang badan seorang lelaki yang sedang mengambil barang di bawah meja. Lelaki itu segera bangun.
            Terbeliak mataku melihat wajah Farhan. Begitu juga Farhan, hampir terlopong mulutnya melihat wajahku. Kemarahanku mula membuak-buak. Aku segera menarik tangan Nava mengajaknya pulang.
            “Maira, kenapa dengan kau ni? Tadi beria-ria sangat kau nak jumpa dia kan? Sekarang apa cerita? Aku tengok okey je muka dia, tak ada cacat cela pun,” Nava ingin tahu.
            “Kalau kau nak tahu, dia tu lah Mamat Yokies yang aku cerita dulu.” Ujarku
            “Oh, dia tulah Mamat yang kau langgar kat Pasar Mini Haji Nin tu ek? Yang mulut macam puaka tu? Yang beli telur sampai 5 papan tu?” Nava menyoal tanpa henti.
            Aku hanya mengangguk.
                                                            *****
MALAM itu Farhan tidak henti-henti menghubungiku. Apabila mesejnya tidak kubalas, dia cuba menelefonku pula. Akhirnya aku menutup terus telefon bimbitku. Telingaku masih terngiang-ngiang akan kata-kata pedasnya dahulu ketika kami terserempak di Pasar Mini Haji Nin.
Ketika itu aku sedang berjalan mencari barang dapur.  Mataku terpandang seorang lelaki yang sedang membelek-belek telur. Apabila pandangan kami bertembung, mukanya terus berubah riak.
            “Hek eleh.... Minah ni lagi. Asal aku beli telur je kau ada. Asal kau ada je aku beli telur. Kau ni ikut aku ke apa? Apa dah tak ada jantan lain ke yang kau nak tackle?” Sinis lelaki yang sedang memegang  5 papan telur itu berkata.
            “Woi Mamat Yokies! Kau ingat kau sorang je ke yang boleh beli barang kat sini hah? Ni tempat awam okey, sesiapa je boleh beli barang kat sini!” Marahku. “Daripada aku tacle kau, baik aku tackle abang kat sebelah aku ni. Kan bang?” Aku menoleh ke arah seorang lelaki di sebelahku yang sedang membelek coklat.
            Lelaki itu berpaling ke arahku. “Sorry, saya bukan lesbian.” Usai berkata, perempuan yang bergaya seperti lelaki itu terus berlalu meninggalkanku yang sudah terlopong dan Mamat Yokies yang sedang ketawa sakan.
            “Kau ni dengan kaum sejenis pun jadi ek. Eiii mintak simpang malaikat 44. Janganlah DIA jodohkan aku dengan perempuan macam kau ni. Boleh kena HIV aku nanti. Harap muka je cantik tapi lesbian. Siapalah lelaki malang yang akan berkahwin dengan kau ni nanti ek? Ish ish ish ish...” Dia terus berlalu selepas berkata-kata.
            Eiii geramnye aku denganMamat yokies ni!!! Jeritku di dalam hati. Aku menggelarkan lelaki itu Mamat Yokies kerana setiap kali kami terserempak di Pasar Mini ini dia pasti membeli 5 papan telur. Kuat makan telur betul.
Aku melangkah keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah. Nava mungkin berada di dalam biliknya. Ganggang telefon rumah kucapai lalu mendail nombor telefon bimbit papa. Sebaik sahaja papa mengangkat, aku mula bersuara.
            “Helo pa, Maira setuju berkahwin dengan anak Enda Sarah. Kalau boleh, Maira nak perkahwinan tu dipercepatkan.” Selesai bercakap, aku mematikan talian tanpa sempat papa membalas kataku.Aku tahu papa pasti terkejut dengan keputusanku itu.
                                                            ***
HARI ni merupakan hari yang bakal merubah statusku. Aku akan berkahwin dengan sepupuku sendiri. Dua hari sebelum itu papa ada memberikan sampul surat yang berisi kad perkahwinanku berserta gambar bakal suamiku. Tetapi aku tiada hati mahu melihatnya lalu sampul surat itu kuhumban ke dalam laci meja solek di rumah yang kududuki bersama Nava.
            Sejak sebulan lepas, Farhan atau Mamat Yokies sudah tidak lagi menghubungiku. Mungkin dia sudah bosan mahu memujukku yang keras hati tidak mahu menjawab panggilan atau mesejnya.
Dalam hati aku masih berharap dia akan terus memujukku. Namun, ketidaksungguhannya itu telah mengecewakanku. Di bibirku mengatakan benci tetapi di dalam hati aku masih menyayanginya. Mulai hari ini aku terpaksa membuang perasaan itu jauh-jauh kerana berdosa seorang isteri mengingati lelaki lain selain suaminya.
            Nava dan mamaku masuk ke bilik untuk membawaku turun ke bawah kerana upacara akad nikah akan berlangsung sebentar sahaja lagi. Sedang aku menuruni tangga, kulihat bakal suamiku sedang duduk menghadap Tok Kadi. Aku tidak dapat melihat wajahnya kerana dia membelakangiku. Aku duduk bersimpuh di satu sudut.
            “Aku nikah akan dikau dengan Raja Mahira Binti Raja Mahmood dengan mas kahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai...” Suara Tok Kadi kedengaran.
            “Aku terima nikahnya Raja Mahira Binti Raja Mahmood dengan mas kahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai.”
            Aku tergamam mendengar suara lelaki yang telah sah bergelar suamiku itu. Suara saksi-saksi yang mengatakan 'sah' tidakku hiraukan. Aku berdiri lalu berjalan menghampiri lelaki yang baru sahaja bergelar suamiku untuk melihat wajahnya.
Kepalaku terasa berpusing. Tiba-tiba aku rebah tidak sedarkan diri.
                                                            *****
AKU membuka mata apabila terasa mukaku basah. Kulihat sekelilingku, kelihatan mama, papa, Nava, Farhan dan Mak Cik Maisarah berada di dalam bilikku. Aku mengerutkan dahi kerana pelik melihat kemunculan Mak Cik Maisarah di situ. Kat bawah tadi tak nampak pula Mak Cik Mai, gumam hatiku.
            “Macam mana Mak Cik Mai boleh ada kat sini?” Soalku pelik kerana aku tidak ada menjemputnya ke majlisku ini.
            “Maira, inilah adik perempuan yang papa ceritakan tu. Namanya Raja Maisarah dan yang itu pulak Wan Mohd Farhan Mohd Arif, anaknya dan juga suami kamu.” Terang papa.
            Aku terkejut mendengar pengakuan papa. Jadi, selama ni aku bercinta dan bergaduh dengan sepupuku sendiri! Detik hatiku.
            “Tak pernah dibuat orang pengantin perempuan tiba-tiba jatuh pengsan kat depan tetamu.” Bebel Mama.
            “Macam mana Maira tak pengsan bila tengok si Mamat Yokies ni rupanya yang jadi suami Maira,” Jawabku.
            “Maira, tak baik gelar suami macam tu!” Marah mama.
            “Siapa suruh dia menghilangkan diri selama sebulan lebih. Penat Maira tenung handphone tu nak tunggu dia pujuk. Tapi, haram tak  pujuk-pujuk.” Sungutku.
            “Sebulan lepas, ada seorang lelaki datang ke rumah saya. Dia cakap dia abang kepada mak saya. Dia ada bagi tahu yang anak perempuannya setuju untuk dijodohkan dengan saya. Mula-mula tu saya menolak sebab saya masih nak pujuk awak. Tapi orang tu suruh saya lihat dulu gambar anak perempuannya. Bila saya tengok gambar tu, saya terus setuju tanpa berfikir.
            Saya pun terkejut jugak bila dapat tahu yang awak sepupu saya. Saya ada terfikir nak bagi tahu awak pasal ni tapi tak jadi sebab masa tu awak masih marah lagi kat saya. So, saya buat keputusan nak bagi surprise kat awak. Tapi tadi saya pulak yang terkejut bila tengok awak jatuh pengsan. Terang Farhan.
            “Eh, jom kita turun. Majlis pun tak habis lagi ni. Nanti apa pulak kata tetamu kat bawah tu bila tengok tuan rumah tak melayan tetamu.”  Celah mama.
 Kami semua kelam-kabut bangun untuk turun ke bawah. Dalam hati aku bersyukur kerana lelaki itu adalah jodohku.

                                                            ~TAMAT~

p/s: Buat pendek je sebab syarat pertandingan nak 10 mukasurat je.

8 comments:

  1. best!!
    nak wat novel ke cerpen panjang? apapun keep it up! ^_^

    ReplyDelete
  2. Afifah: Thnks... Yg ni akak nak buat cerpen yg panjang coz yg ni pendek sgt...

    ReplyDelete
  3. best!! x pernah terfikir benda ni akan berakhir macam ni...so sweet

    ReplyDelete
  4. Sakura Putih: Tunggu yang panjang punye plk ek..

    ReplyDelete
  5. WC, best2..sempoi je :) hwaiting full version

    ReplyDelete
  6. best la cter ni..x boring pun. ^_^

    ReplyDelete
  7. @lurveen Full pnye myb lambat sikit kot L... Coz tengah nak sambung Seiras...

    ReplyDelete