Followers

Friday, 28 June 2013

Jodoh Datang Lagi Dan Hati Ini Gilakan Kamu!

Assalamualaikum w.b.t... 
Dah tiga bulan sebelas hari belog ni penuh bersawang... 
WC masih lagi dalam proses menyiapkan mss KPH...
Dengan mood yang kadang-kadang malas dan kadang-kadang rajin,
tak tahu bila dapat siapkan. Buat masa ni yang boleh WC cakap, mss dalam 65% kot...

Kedua-dua tajuk di atas pulak sebenarnya tajuk enovel baru WC...
tajuk  dah lama ada tapi belum buat satu apa pun lagi... 
keculi yang Hati Ini Gilakan Kamu! sebab WC baru buat prolog untuk cerita tu...
Ingat nak siapkan satu-satu dulu... Kalau buat bergilir-gilir takut kelam kabut n pening pulak...

Lepas siapkan mss Kaulah Pelengkap Hatiku, WC akan sambung enovel Hati Ini Gilakan Kamu! dulu
lepas tu baru enovel Jodoh Datang Lagi
Mungkin cerita Hati Ini Gilakan Kamu! ni santai sikit tapi tak tahu la menjadi ke tak santai dia.
Yang Jodoh Datang Lagi pulak nak kata berat tu tak berat sangat kot...

Apa-apapun doakan la WC dapat siapkan Kaulah Pelengkap Hatiku dalam tahun ni jugak eh =)
sebab tangan WC ni dah tak sabar nak menaip enovel Hati Ini Gilakan Kamu!
Bawah ni WC sertakan cover yang biasa-biasa saja dari kedua-dua enovel WC




Teaser KPH insya-Allah 9 Julai nanti WC up eh =)



Saturday, 18 August 2012

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum w.b.t...
Tadi penyimpan mohor besar raja-raja dah umumkan yang esok raya...
Macam tak percaya pulak yang esok dah raya.
Rasa macam sekejap sangat masa berlalu.

Di kesempatan ini WC nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
maaf zahir dan batin kepada semua.
Semoga Syawal tahun ini membawa rahmat dan kebahagiaan yang berpanjangan...

WC juga nak ucap terima kasih kepada semua
yang menyokong dan masih sudi membaca karya picisan
WC walaupun selalu lambat update cerita...
Sekarang WC tengah buat cerpen raya. Insya-Allah akan
cuba siapkan cepat. Untuk membaca teaser cerpen raya
boleh Klik Di Sini

Tuesday, 24 April 2012

SHU Di Penulisan2u

Assalamualaikum...

Separuh Hati Untukmu kini di Penulisan2u... WC harap ada yang sudi membaca lagi...
Tiba-tiba je tergerak hati nak post kat penulisan2u sebab
dah lama WC tak hantar karya kat situ..
 Klik Di Sini untuk membaca...

Wednesday, 18 January 2012

Iklan Sebentar

Sila perhatikan gambar di bawah ini...



Kepada sesiapa yang berminat, jangan malu-malu untuk menghantar karya...

Thursday, 5 January 2012

7 Penulis, 1 Blog



WC nak promote satu blog yang akan memaparkan karya-karya
dari 7 orang penulis. Blog ini dinamakan Street Writers seperti yang
tertera pada gambar di atas.

Antara penulis-penulis yang akan menyumbangkan karya ialah
WC sendiri, Xuanza, MK, AO, Syaza Athirah, N dan AD Azidy...

Di kesempatan ini WC ingin menjemput semua kawan-kawan mengunjungi blog>> street writers
untuk membaca karya-karya kami yang tidak seberapa...

Karya-karya kami akan mula dipost pada 7 January 2012...
Ada di antara karya-karya kami yang mungkin pernah dibaca...

Nantikan, Ya...