“AWAK dah
berubah sekarang, Khal. Mana Khalidah yang saya kenal dulu? Mana dia janji awak
yang sanggup sehidup semati dengan saya tak kira susah ataupun senang? Mana?!”
Meninggi suara Johan. Panas hatinya apabila melihat isterinya sedang memasukkan
kesemua pakaian ke dalam luggage.
“Saya
dah tak boleh hidup dengan awak lagi. Dulu sebelum kita kahwin, awak janji yang
kita takkan hidup susah sebab awak kata perniagaan awak tu stable tapi
sekarang syarikat awak dah bankrap! Mana nak cekau duit untuk bayar hutang-hutang
tu semua? Entah-entah awak akan jadikan saya alat untuk langsaikan semua
hutang-hutang tu. Sebelum saya dipergunakan, lebih baik saya balik rumah mama
saya! Sekurang-kurangnya saya masih ada tempat untuk berlindung lepas kondo ni
disita.” Selesai mengemas semua barang-barangnya, Khalida melangkah keluar dari
bilik sambil mengheret luggage dan
menjinjing sebuah beg pakaian.
“Astaghfirullahalazim... apa yang awak merepek
ni, Khal? Perniagaan saya bankrap tak ada kena mengena dengan nak pergunakan
awak. Awak ingat saya jahat sangat ke hah? Saya bukan lelaki pengecut yang
sanggup korbankan perempuan yang saya sayang demi kepentingan sendiri. Saya
masih waras lagi, Khal! Siapa yang dah menghasut awak ni?!” Johan mengekori
langkah isterinya yang sedang menuruni tangga.
“Tak ada
siapa yang menghasut. Saya sendiri yang nak keluar dari sini.” Khalidah masih
terus berjalan. Langkahnya terhenti apabila terasa lengannya ditarik kuat dan
dia sedikit terdorong ke belakang. “Isy, lepaskan saya! Sakit tahu tak?!” jeritnya.
Johan
melepaskan pegangannya. “Awak dah tak sayangkan saya ke, Khal?” Suaranya
kedengaran sayu. “Cuba awak ingat balik pelbagai rintangan yang kita dah lalui
untuk hidup bersama dulu. Tolong jangan pergi, Khal…”
“Saya
memang dah tak sayangkan awak lagi malah saya menyesal kahwin dengan awak!
Mungkin betul kata orang dulu-dulu, orang yang kahwin tanpa restu keluarga ni
rumah tangganya takkan bahagia!”
Wajah
Johan bertukar mendung. “Kalau awak dah tak sayangkan saya lagi, tolonglah
fikirkan tentang anak-anak kita. Takkan awak nak tinggalkan dia orang macam tu je? Dia orang perlukan awak sebagai ibu
dia orang.”
“Dia
orang kan anak awak. Awak jelah yang
jaga dia orang. Saya tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia orang dan
awak!” Khalida menuding jari telunjuk ke dada suaminya. Kemudian dia meneruskan
langkah.
Dengan
wajah yang menyinga, Johan merentap kuat beg pakaian yang dijinjit oleh
Khalidah.
Khalidah terkejut. Dia menjeling tajam ke wajah Johan.
“Apa
awak kata tadi? Dia orang tu anak awak jugak tau! Awak yang lahirkan dia
orang. Saya tak benarkan awak keluar dari rumah ni!” herdik Johan.
“Apa hak
awak nak halang saya hah? Apa hak awak?!” Khalidah menarik semula beg
pakaiannya.
“Saya
suami awak! Sebagai isteri,
awak kena patuh arahan saya. Pergi masuk bilik sekarang!” Johan merentap
kembali beg pakaian itu.
“Awak ni
tak paham bahasa ke hah? I don't want to be your wife anymore! Biarkan
saya pergi.” Khalidah merampas balik beg pakaiannya. Dia meneruskan langkahnya
kembali apabila melihat Johan terdiam. Belum sempat dia sampai ke pintu keluar,
seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun berlari mendapatkannya.
“Mama,
tolong jangan pergi! Jangan tinggalkan along dengan adik...” Budak lelaki itu
memaut kedua-dua belah kaki Khalidah menyebabkan pergerakkannya terkunci.
Adiknya hanya berdiri kaku di tangga paling atas. Di
situlah tempat mereka berdiri menyaksikan pertengkaran antara kedua-dua ibu
bapa mereka sebelum si along meluru mendapatkan mamanya tadi.
“Lepaskan
akulah, aku bukan mama kau lagi! Lepas!” Khalidah cuba menarik kakinya namun
pautan budak itu terlalu kejap.
“Tak
nak! Along takkan lepaskan kalau mama
janji takkan tinggalkan along, adik dengan papa!” tegas budak itu. Wajahnya
sudah lencun dengan air mata.
“Aku
kata lepas!” Khalidah menolak badan budak itu sekuat hati. Tolakannya
menyebabkan kepala budak itu terhantuk pada bucu meja kopi yang diperbuat
daripada kaca.
“Along!!!”
Johan memangku anaknya. Dia menarik tisu yang ada di atas meja kopi lantas
menekup ke dahi si along yang berlumuran darah.
Si adik yang hanya
berdiri kaku dari tadi segera mendapatkan papa dan alongnya. Wajahnya turut
dibanjiri air mata.
Pucat
muka Khalidah apabila melihat banyak darah yang mengalir pada dahi anak
sulungnya. Dia hanya berdiam diri tak mampu berbuat apa-apa.
“Sampai
hati awak cederakan anak sendiri, Khal! Apa salah dia hah? Dia cuma tak nak
awak tinggalkan rumah ni. Kalau awak masih ada secebis kasih sayang untuk
anak-anak kita, awak janganlah pergi. Kalau awak tetap nak pergi jugak, pergilah tapi ingat!” Johan
menarik nafas sebelum menyambung kata. “Sebaik saja awak melangkah keluar dari
rumah ni, gugurlah talak satu!”
Khalidah
masih lagi berdiri kaku. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi menandakan satu
SMS diterima. Selesai membaca SMS itu, dia memandang wajah suami dan
anak-anaknya. Perlahan-lahan dia melangkah pergi. Pergi meninggalkan
keluarganya.
“Mama!
Mama!” jerit si along tanpa menghiraukan dahinya yang sakit. Kelibat Khalidah
hilang dari pandangan matanya. “Papa, along nak mama... jangan biarkan mama
pergi, pa...”
Johan
memejam mata. Sayu hatinya mendengar rayuan si along. “Sudahlah, along...
biarkan mama pergi. Jom papa bawak
along ke hospital.” Dia mencempung tubuh anak sulungnya lalu dibawa ke
hospital.
“Hah!!!” Dia tersedar dari
tidur. Turun naik dadanya menarik nafas. Dia meraup wajahnya yang berpeluh.
Sejak dua tiga hari kebelakangan ini dia sering bermimpikan kejadian lima belas
tahun yang lalu. Dahi yang meninggalkan kesan parut disentuh perlahan. Hatinya
sakit mengenangkan peristiwa itu. Dia tak menyangka mamanya sanggup
mencederakannya.
Kerana sikap mamanya itu, dia tak pernah percaya pada
perkahwinan dan perempuan. Jam di telefon pintar ditilik. “Baru pukul 4.30
pagi,” keluhnya. Qasyi turun dari katil mencapai jubah mandi dan tuala.
Kemudian dia keluar dari bilik tidur menuju ke kolam renang di luar rumah
banglo dua tingkat itu.
Sampai
saja di kolam renang, dia terus terjun dan berenang. Jika jiwanya kacau, dia
akan berenang. Segala masalah yang membelenggu otaknya akan hilang. Hilang bersama
kedingingan air kolam, juga membawa pergi wajah mamanya yang sering menghantui
mimpinya.
Setelah
puas berenang, dia naik ke atas dan membaringkan diri di kerusi malas. Matanya
dihalakan ke langit yang gelap. Keadaan cuaca pagi yang sejuk tak dihiraukan.
Tangannya meraba di atas meja mencapai tuala yang diletakkannya tadi.
Perlahan-lahan dia mengelap badannya yang basah.
“Along
berenang lagi?”
Qasyi
tersentak. Dia berpaling ke arah suara yang menegurnya.
Qaleef
yang sudah lengkap berbaju Melayu merah, berkopiah putih dan berkain pelekat melabuhkan
duduk di kerusi malas di sebelah Qasyi. Dia pelik melihat perangai alongnya
yang sejak dua menjak ini asyik berenang pagi-pagi buta.
“Dah
pukul berapa sekarang?” Soalan Qaleef dibiarkan tak berjawab.
“Lagi 10
minit nak dekat pukul 5.30 pagi.”
Qasyi
mencapai jubah mandi lantas menyarung ke badan. “Along masuk dululah, kejap
lagi dah nak azan subuh.” Rambutnya yang basah dilap dengan tuala ditangan.
Kaki melangkah ke arah pintu.
“Along,
papa ajak jemaah sama.”
“Okey,
tunggu along kat bilik solat.”
*****
“AMIN...
amin… ya rabbal alamin...” Usai mengaminkan doa, Qasyi berpaling ke belakang
menyalami tangan papanya. Tangan inilah yang telah membesarkan dia dan adiknya
selepas mamanya meninggalkan mereka. Lelaki inilah papa dan lelaki ini jugalah
mama yang tak jemu melayan kerenahnya dan Qaleef.
Dato’
Johan mengusap lembut belakang badan anak sulungnya. Selepas itu giliran Qaleef
pula menyalami tangannya. Dia berehat sebentar di bilik solat sebaik saja
anak-anaknya melangkah keluar. Kini dia sudah mampu tersenyum bangga melihat
kejayaannya membesarkan anak-anak lelakinya tanpa kasih sayang seorang ibu. Dia
sentiasa bersama dengan anak-anaknya dalam apa keadaan sekalipun. Dia tak mahu
anak-anaknya bersedih mengenangkan bekas isterinya yang tak bertanggungjawab
itu.
Cuma satu yang amat dia bimbangkan. Perangai Qasyi yang
sentiasa bertukar-tukar perempuan seperti menukar baju. Dia sentiasa berdoa
agar suatu hari nanti muncul seorang perempuan yang dapat memecahkan benteng
pertahanan Qasyi yang tak percaya pada perkahwinan. Sudah puas dia memujuk anak
sulungnya supaya berkahwin tapi jawapan yang diberikan lelaki itu tetap sama.
“Papa dan mama
pun kahwin atas dasar cinta jugak tapi tetap berpisah, kan?”
Dato’ Johan mengeluh perlahan. Dia sudah tak tahu mahu
memujuk bagaimana lagi. Dia teringin melihat anak-anaknya berumah tangga
sebelum matanya tertutup rapat. Fikirannya mula melayang pada peristiwa malam
kelmarin...
Qasyi tergesa-gesa turun dari tangga. Untuk sampai ke pintu
keluar, dia perlu melintasi ruang tamu. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke
pintu keluar.
“Along
nak pergi mana tu? Tak makan malam dulu ke?” soal Dato’ Johan yang ketika itu
sedang menonton Buletin Utama di ruang tamu.
“Along
dah lambat ni, pa. Nak keluar jumpa Cassandra.” Qasyi menyarungkan kasutnya.
“Aik,
Cassandra pulak? Semalam Kay, hari tu Zetty... minggu lepas Krist apa
entah namanya. Kristian ke apa entah.” Tergeliat lidah Dato’ Johan mahu
menyebut nama-nama koleksi kekasih Qasyi. Nama bukan main lagi!
“Kristina
la, pa… bukan Kristian.” Qaleef membetulkan.
Qasyi
tersengih mendengar bicara papanya. “Okeylah, papa, Qaleef… along pergi dulu.
Assalamualaikum.”
“Dato’,
sarapannya udah siap dihidang.”
Suara Salmah memecahkan lamunan Dato’ Johan. “Yalah. Bibik pergi panggil Qasyi dengan Qaleef
sekali,” arahnya.
“Qasyi
sama Qaleef udah ada di bawah nungguin Dato’.”
“Kejap
lagi saya turun.” Sebaik saja Salmah menutup pintu bilik solat, Dato’ Johan
bangkit dan melangkah ke biliknya untuk menyalin pakaian.
*****
“ALONG
boleh tolong hantarkan Qaleef ke kuliah tak?” Qaleef mencedok bihun goreng ke
dalam pinggan.
Qasyi
terhenti menyuap bihun goreng. Dia mencapai cawan yang berisi teh O yang sudah
suam dan menyisip sedikit. “Kereta
Qaleef mana?”
“Qaleef
bagi Mar pinjam. Dia nak balik kampung sebab mak dia masuk hospital.”
“Patutlah
tak nampak Toyota Vios tu kat garaj. Kenapa dia tak balik kampung naik
pengangkutan awam je? Bas dengan
teksi kan banyak?”
“Mar
memang nak naik bas tapi Qaleef yang tak bagi. Pemandu bas dengan teksi ni
bukan boleh percaya sangat. Kat dalam paper tu banyak kes penumpang yang
kena rogol. Daripada dia naik bas, lebih baik dia bawak kereta Qaleef tu.”
Qaleef menyuap bihun ke dalam mulut.
“Tak
takut kena tipu ke? Manalah tahu dia jual kereta tu ke?” Qasyi sengaja
menakut-nakutkan Qaleef.
“Tak ada
maknanyalah dia nak jual kereta tu. Qaleef kenal siapa Zainab Mardhiah. Lagipun,
kami dah lima bulan couple. Qaleef sendiri ada dengan dia masa abah dia call. Opss!” Qaleef menekup mulut
apabila terlepas cakap yang dia sedang berkasih dengan Mardhiah. Adess… boleh terlepas cakaplah pulak!
“Hohoho...
senyap-senyap je dah ada makwe eh... pandai simpan rahsia.”
Qasyi tergelak kuat.
“Apa
yang digelakkan ni? Rancak bukan main lagi!” Dato’ Johan mengambil tempat di
kepala meja. Tali lehernya yang senget dibetulkan sedikit sebelum menyenduk
bihun goreng ke dalam pinggan.
“Along
cerita eh, Qaleef?” Qasyi tersenyum nakal.
Qaleef
menjegilkan mata memberi amaran agar Qasyi tak membocorkan rahsianya.
“Qaleef
ni, pa…” Qasyi ketawa lagi melihat muka
Qaleef yang sudah memerah.
“Along!”
Keras suara Qaleef. Dia mengangkat garfu konon nak cucuk mulut Qasyi dengan
garfu.
“Okey…
okey… along tak cerita.” Qasyi meletakkan jari telunjuknya ke bibir.
“Apa
yang along dengan Qaleef sorokkan dari papa ni? Baik along cakap. Kalau tak,
papa sekat kad kredit along,” ugut Dato’ Johan.
“Alah…
mana aci, pa!” Qasyi tak puas hati.
“Aci tak aci, along kena bagitau jugak apa yang kelakar sangat tadi?”
Mata Dato’ Johan merenung tepat ke wajah kedua-dua orang anak bujangnya.
Qasyi
memandang adiknya. “Sorrylah,
Qaleef, along terpaksa cerita jugak nampaknya.”
Qaleef
menundukkan wajahnya. Wajahnya mula terasa panas.
“Tak
lama lagi papa akan dapat menantu. Anak bongsu papa ni dah ada calon…”
Qaleef
pantas mengangkat muka. “Bukan, pa! Mana ada Qaleef nak kahwin. Belajar pun
belum habis lagi. Kami cuma berkawan je.”
Mukanya makin memerah.
Dato’
Johan tersenyum. Dia tak menyangka anak bongsunya yang ulat buku sudah
mempunyai kekasih hati. Dia memandag Qasyi yang masih galak mentertawakan
Qaleef. “Along tu bila nak bawak bakal menantu jumpa papa? Selalu asyik
dengar bermacam-macam nama je. Kenalkan
tak pernah pulak!” Usikannya beralih kepada Qasyi.
Ketawa
Qasyi terhenti.
“Hahaha…” Kini giliran Qaleef pula yang tersengih
mengejek.
“Ehem... ehem...” Qasyi
membetulkan suaranya. “Papa ni kan, saja je tau! Ke papa yang nak berkenalan dengan bekas aweks along tu?
Nak jadikan calon mama tiri kami eh?” Dia mengecilkan matanya.
“Ek eh, ke situ pulak along ni!
Untuk papa nak buat apa, papa ni dah
tua. Tak ada orang yang nak pun.”
“Eh, papa jangan tak tahu, lelaki berumur zaman sekarang
pun laku lagi tau. Papa tu bukannya tua sangat. Papa tak ada rasa nak cari mama
tiri untuk kita orang ke?” Qasyi tersenyum nakal.
“Dah, kamu tak payah nak ubah topik. Ingat papa tak tahu
kamu nak mengelak?”
Qasyi memejam matanya apabila taktiknya tak menjadi.
“Takkanlah dalam banyak-banyak aweks along tu tak ada
satu pun yang sangkut?” Dato’ Johan menggulung-gulung bihun goreng itu dengan
garfu sebelum dimasukkan ke mulut.
“Perempuan
macam dia orang tu tak layak nak dibuat bini, pa. Tahunya nak menghabiskan duit
orang je,” ujar Qasyi bersahaja.
“Habis
tu yang along usung dia orang ke sana ke sini tu buat apa?” Dahi Dato’ Johan
berkerut sedikit.
“Saja
nak enjoy. Nak hilangkan stress lepas habis kerja.”
“Along
tak buat perkara tak senonoh dengan dia orang, kan?” Dato’ Johan merenung tajam
ke wajah Qasyi.
“Astaghfirullahalazim,
pa... along masih tahu dosa dan pahala. Tak pernah terdetik pun dalam hati
along nak rosakkan anak dara orang. Along keluar dengan dia orang pun just
makan-makan and shopping je.”
Qasyi membuat pengakuan.
“Baguslah
kalau macam tu. Papa percayakan along. Papa tahu along takkan buat benda-benda
yang tak senonoh dengan anak dara orang.” Dato’ Johan tersenyum.
“Thanks,
pa sebab percayakan along.” Qasyi menggenggam tangan papanya.
“Along,
cepatlah makan. Nanti lambat pulak Qaleef masuk kelas.” Qaleef yang
sedari tadi diam mula mencelah.
Qasyi
mempercepatkan suapannya. Selesai makan, dia mencapai tisu dan mengelap
bibirnya. “Pa, kami pergi dulu.” Qasyi menyalami tangan Dato’ Johan diikui
Qaleef.
“Bawak
kereta elok-elok.”
*****
“EXCUSE ME…”
Seorang gadis yang berselendang hitam menegur Qaleef yang sedang mengemas
buku-buku untuk beredar dari perpustakaan.
Qaleef
memandang ke kiri dan kanan. Kemudian dia memandang gadis berselendang hitam
itu. “Saya ke?” Dia menuding ibu jari ke dada takut kalau-kalau gadis itu
menegur orang lain, dia pula yang perasan.
“Ya,
awak... awak ni Qaleef Haikal anak pemilik syarikat Impiana Holdings, right?” soal gadis berselendang hitam itu.
Qaleef
mengerut dahi. “Macam mana awak tahu nama saya dan nama syarikat papa saya?”
soalnya pelik. Rasanya dia tak mengenali gadis itu.
Gadis
berselendang hitam itu tersenyum. “Siapa yang tak kenal dengan syarikat Impiana
Holdings yang dah setanding dengan syarikat-syarikat korporat lain. Saya Aina
Nazihah, pelajar akaun tahun akhir. Boleh kita berbincang sekejap?”
“Boleh…
tapi bukan kat sini. Apa kata kita ke kafe? Saya tengok mak cik library
tu dah jeling semacam je. Sebelum dia
tegur, baik kita pergi.” Qaleef melangkah keluar dari perpustakaan diikuti
Nazihah. “Okey, apa yang Cik Aina
Nazihah nak bincangkan?” Dia memulakan soalan sebaik saja mereka duduk di kafe.
“Just
call me Zihah.” Nazihah
melemparkan senyuman.
Qaleef
membalas senyum dan mengangguk.
“Macam
ni… tahun ni merupakan tahun akhir saya. Jadi,
saya rasa nak buat praktikal kat syarikat papa awak,” terang Nazihah.
“Buat jelah, apa susah?” Qaleef mengerut dahi.
Tak faham apa motif gadis itu memberitahunya.
“Masalahnya
sekarang, saya dapat tahu ramai yang memohon kat syarikat tu. Saya takut tak
terpilih. Boleh tak awak tolong yakinkan papa awak supaya pilih saya?”
“Kalau
dah terlalu ramai, awak boleh pilih syarikat lain, kan? Buat praktikal kat
mana-mana pun sama je, Zihah…” Qaleef
menyisip minumannya perlahan.
“Tapi
saya kena jugak buat praktikal kat syarikat papa awak tu. Please,
Qaleef… I’m begging you. Awak kena jugak
tolong saya.” Nazihah mencemikkan wajah meminta simpati.
“Kenapa
awak nak sangat buat praktikal kat syarikat papa saya?” Qaleef curiga. Benaknya
merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan gadis bekulit putih di depannya ini.
“Se...
se... sebab...” Tergagap-gagap dia menjawab. Dalam tengah mencari jawapan,
matanya terpaku pada skrin televisyen yang menayangkan filem Idola, lakonan
Norman Hakim dan Normala Shamsuddin. Dia tersenyum dan memandang wajah
Qaleef. “Sebab Dato’ Johan tu idola
saya. Saya kagum dengan papa awak yang tabah mengharungi hidup. Dia sanggup
bangkit semula lepas syarikatnya muflis,” jawabnya penuh yakin.
“Memang
papa seorang yang tabah. Walaupun dia terpaksa bermula dari bawah semula, dia
tak pernah merungut. Papa memang mempunyai kesabaran yang tinggi. Akhirnya dia
berjaya jugak membangunkan syarikat
kembali.” Kendur suara Qaleef. Ada nada sedih apabila terbayang kembali
pemergian mamanya yang tak sanggup hidup susah bersama mereka.
“So, awak
boleh tolong saya tak?” Nazihah masih lagi menayang muka kesian.
“Hmmm...” Qaleef diam dan berfikir. Jari
telunjuknya diketuk-ketuk ke dagu. Kemudian dia menarik nafas. “Okey, saya akan
cuba berbincang dengan papa tapi apa je
keputusan papa, awak kena terima,” putusnya. Tak salah dia cuba membantu gadis
itu.
“Thanks,
Qaleef. Boleh saya dapatkan phone
number awak? Ni saya punya phone number.” Dia memberikan sekeping
kertas yang mengandungi nombor telefonnya.
Qaleef
mengambil kertas lalu mencatatkan nombor telefonnya. Usai menulis, dia
menyerahkan kertas itu kepada Nazihah.
“Okeylah,
saya pergi dulu ya.” Dia berlalu dari kawasan kafe dengan hati yang lapang.
Alhamdulillah… dia meraup wajahnya.
*****
SELEPAS makan malam, Qaleef masuk ke biliknya. Dia mencapai
telefon pintar lantas mencari nama Mar. Selepas menyentuh ikon dail, dia
menunggu seketika. “Assalamualaikum, Mar. Awak busy ke? Saya nak tanya
sesuatu kat awak ni.”
“Waalaikumussalam.
Saya kat kafe hospital ni. Awak nak tanya apa?” tanya Mardhiah di hujung
talian.
“Awak
kenal Aina Nazihah tak?”
“Aina
Nazihah? Macam familiar je nama tu. Kejap, saya nak ingat
balik.” Mardhiah diam seketika. “Haaa… saya dah ingat! Dia budak akaun tahun
akhir. Kenapa dengan dia?”
“Betullah
dia. Tadi dia datang jumpa saya. Dia nak buat praktikal kat syarikat papa tapi
dia suruh saya pujuk papa supaya pilih dia. Awak rasa macam mana? Patut ke saya
tolong dia?” Qaleef meminta pendapat.
“Saya
tengok dia okey tapi dia tu macam pendiam sikit dan... dia merupakan pelajar
terbaik akaun tau. Saya yakin papa awak akan setuju punya. Awak nak tahu
sesuatu tak?”
“Apa
dia?”
“Pernah
sekali tu dia jumpa saya, dia asyik tanya pasal awak je. Patutlah dia asyik tanya, rupa-rupanya dia nak minta tolong
awak. Saya pulak dah rasa semacam je
masa tu. Hahaha...” cerita
Mardhiah.
“Uiks,
jealous ke?”
“Mahunya
tak jealous, tiba-tiba je ada
perempuan yang sibuk sangat nak tahu pasal latar belakang awak. Nasib baiklah
saya tak sembur dia. Awak tolonglah dia ya?”
“Kalau awak dah kata macam tu kenalah saya pujuk papa
bersungguh-sungguh ni. Mak awak macam mana?
Dah okey ke? Bila boleh keluar wad?”
“Alhamdulillah, mak saya dah
okey sikit. Mak saya tu memang degil. Orang cakap jangan makan durian, dia
makan jugak. Mana darah tinggi tu tak naik. Insya-Allah, lusa mak saya dah
boleh keluar. Nanti bila saya dah balik kolej saya pulangkan kereta awak.”
“Saya tak kisah pun pasal
kereta tu yang penting awak selamat balik ke sini.”
“Thanks, awak. Okeylah, saya dah nak naik ke wad mak saya
ni. All the best. Assalamualaikum.”
Waalaikumussalam. Take care
eh.” Selepas mematikan talian,
Qaleef melangkah keluar dari biliknya. Kaki dibawa ke bilik Dato’ Johan. Pintu
bilik papanya diketuk dan dipulas tombol. Dia menjengukkan kepala ke dalam.
“Papa dah nak tidur ke?”
Dato’
Johan yang sedang membaca buku di atas katil segera menutup bukunya. Dia
menggamit Qaleef agar duduk di sisinya. “Kenapa tak tidur lagi ni? Mesti ada
sesuatu yang Qaleef nak bincang, kan? Cakap dengan papa apa yang penting sangat
ni sampai tak boleh nak tunggu esok?” tanyanya sebaik saja Qaleef duduk di sisinya.
“Ermm...
kat syarikat papa tu ada buat praktikal untuk pelajar, kan?”
“Memang
ada.” Dato’ Johan meletakkan cermin matanya di meja lampu. “Kenapa tanya? Bukan
praktikal Qaleef lagi setahun ke?” Dia pelik.
“Haah
lagi setahun. Pa, nanti boleh tak papa terima permohonan pelajar yang bernama
Aina Nazihah?”
“Kenapa
papa kena terima permohonan dia?” Dato’ Johan mengerut dahi.
“Dia
kawan Qaleef. Dia nak sangat buat praktikal kat syarikat papa. Dia kata papa
idola dia. Boleh eh, pa?” rayu Qaleef.
“Nantilah
papa fikirkan…”
“Alah,
pa… bolehlah. Mar kata Nazihah tu pelajar terbaik akaun. Qaleef dah janji nak
tolong dia,” pujuk Qaleef sambil menggoyang tangan papanya.
“Mar tu
bakal menantu papa ya?” usik Dato’ Johan sambik tersenyum.
Wajah
Qaleef mula memerah. “Papa ni janganlah tukar topik. Boleh eh, pa? Papa jugak
yang kata kalau dah berjanji tak elok mungkir janji, kan?”
“Yalah…
yalah… papa tolong. Tapi lain kali jangan berjanji lagi dengan kawan tau. Papa
bukan apa, takut nanti orang kata papa ni pilih kasih pulak.”
“Thanks,
pa. Qaleef nak pergi sambung buat assignment.
Nite, pa...” Dia menyalami tangan Dato’ Johan sebelum melangkah
keluar bilik. Telefon pintar di meja lampu dicapai. Dia menaip sesuatu untuk
dihantar kepada Nazihah.
Assalamualaikum.
Saya dah berbincang dengan papa saya. Dia dah setuju untuk terima permohonan
awak.
Usai menaip, dia menyentuh ikon send. Beberapa minit kemudian telefon pintarnya berbunyi menandakan
satu SMS diterima.
Waalaikumussalam.
Thanks a lots, Qaleef. Saya akan ingat budi awak. Nite J
Selepas membaca mesej itu, Qaleef bergerak ke meja
belajar.
*****
“BOSS, Cik Karmila is on the line. Nak saya sambungkan ke?” Suara Shazwina, setiausaha
merangkap kawan baik Qasyi kedengaran di interkom.
“Okey, sambungkan.”
Qasyi mengangkat ganggang dan menekan butang talian. Dia melekapkan ganggang ke
telinga.
“Sayang,
petang ni kita pergi shopping eh?”
Suara manja Karmila kedengaran di hujung talian.
Qasyi
mengurut-urut tengkuknya. “Semalam kan kita dah shopping? Nak shopping
apa lagi ni?” soalnya pelik. Huish… tak
faham betullah aku dengan perempuan ni. Asyik nak shopping je kerjanya. Tak penat ke?
“Alah…
semalam kita shopping handbag. Hari ni I nak beli baju. Bolehlah, sayang...”
Kedengaran suara Karmila merengek manja.
Qasyi
menyandarkan badannya. “I banyak kerjalah, Mila. Hari lain jelah eh?”
“Please,
sayang… you tak sayang I ke?”
Qasyi
menggaru dagunya. “Hmmm... okeylah
tapi lambat sikit tau I jemput you.”
“Okey, I
tunggu you kat luar ofis I.
Paling lewat pukul 6 tau. Bye, sayang. Jumpa petang nanti.” Karmila bersuara ceria.
Qasyi
menggeleng kepala. Ganggang diletak dan dia menyambung kerjanya semula.
*****
NAZIHAH merebahkan badannya di katil. Sebaik habis kuliah, dia
terus pulang ke rumah teres yang disewa bersama dua orang pelajar tahun dua
yang kebetulan sedang mencari bilik sewa pada ketika itu. Dia bangkit dari
pembaringan lantas melangkah ke almari. Pintu almari dibuka, dia mengeluarkan
sebuah kotak sederhana besar dan dibawa ke katil. Perlahan-lahan penutup kotak
itu dibuka. Semua isi di dalam kotak itu dikeluarkan. Dia membelek
keratan-keratan akhbar mengenai Dato’ Johan yang dikumpulnya suatu ketika
dahulu.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Dia meletakkan kembali
keratan tadi ke dalam kotak, kemudian melangkah ke arah pintu dan menguak
sedikit pintu itu.
“Kak
Zihah, nak pinjam kereta boleh tak? Sofea dengan Aida nak pergi Kinokuniya
kejap, nak cari buku,” pinta Sofea.
“Akak
ambil kunci kereta kejap.” Nazihah menutup pintu bilik dan mencapai kunci
kereta yang diletakkan di atas meja solek. Kemudian menyerahkan kunci kereta ke
tangan Sofea.
“Thanks,
Kak Zihah...”
Nazihah
menutup pintu biliknya semula lantas mendapatkan katil. Keratan tadi
dikeluarkan semula. Dia tersenyum seorang diri. “Syukur alhamdulillah, plan
aku untuk masuk ke dalam syarikat Dato’
Johan dah berjaya. Nasib baik Qaleef percaya alasan aku. Kalau tak, terpaksalah
aku guna cara lain.” Dia menyimpan semula kotak itu ke dalam almari lantas
keluar dari biliknya untuk ke dapur.
*****
MUKA Karmila masam mencuka. Qasyi yang sedang memandu langsung
tak ditegur.
“Sorrylah, Mila. I terlewat sikit je. sorry, okay?” mohon
Qasyi sambil menjeling sekilas ke sisi.
“You
tahu tak dah sejam I tercongok kat luar ofis
tu?! You janji nak ambil I pukul 6 tapi sekarang dah pukul 7!” marah
Karmila tak puas hati.
“Kan I
dah cakap yang I banyak kerja tadi? Lepas tu jalan jammed. You yang nak sangat pergi shopping hari ni, kan?
Macam dah tak ada hari lain nak shopping!” Qasyi menyabarkan
hatinya. Ikutkan hati nak aje dia suruh Karmila turun dari keretanya. Dia rimas
dengan gadis itu yang suka marah-marah. Tak memahami betul! Apa ingat pejabat
dia dengan pejabat perempuan itu dekat ke?
“Ooo…
you nak salahkan I la ni? Hantar I balik rumah sekarang!”
“Tadi
kata nak pergi shopping?” Qasyi mengerut dahi.
“Tak
jadi! I dah tak ada mood nak shopping!” Karmila tarik muka.
Qasyi
mengeluh. “Betul ke you tak nak pergi? I dengar ada satu butik tu dress
dia cantik sangat. Sesuai dengan you.” Dia mula mengumpan. Dia tahu sangat
kelemahan Karmila. Pantang dengar ada baju cantik, mulalah cair.
“Cantik
sangat ke dress tu, sayang?” Karmila teruja.
“Yup,
cantikkkk sangat! Kalau you yang pakai, lagilah bertambah cantik. You nak
balik ke nak shopping?” Qasyi tersenyum apabila umpannya mengena.
“Shoppinglah.” Hilang terus rajuk Karmila.
Qasyi
tersengih. Kalau dah namanya perempuan, puji sikit terus cair! Kesemua koleksi
teman wanitanya jenis mata duitan. Prinsip dia, apabila sudah bosan, mereka
akan ditinggalkan!
“Mila, kita solat dulu eh? Maghrib dah
masuk ni,” ajak Qasyi ketika mereka baru menjejakkan kaki ke dalam pusat
beli-belah.
“You
sorang jelah. I ABC.”
Hmmm...
memanjang ABCnya. Qasyi
mencebik. “Okey, you tunggu kat bangku sana tu.” Qasyi melangkah mengikut papan
tanda yang menunjukkan arah surau.
Lima
belas minit kemudian Qasyi sampai di tempat dia meninggalkan Karmila tadi.
“Jom…” ajaknya.
Karmila
memaut lengan Qasyi. Mereka memasuki sebuah butik. Dari satu butik ke satu
butik mereka jejak. Apabila tangan Qasyi sudah dipenuhi dengan beg-beg kertas barulah Karmila
mengajaknya balik.
“You tak
nak pergi makan dulu ke? I laparlah.” Qasyi memegang perutnya.
“Tak
naklah, I dah kenyang tengok baju-baju ni semua. Lagipun, I tengah diet. Kita balik eh sayang? You makanlah
kat rumah. I penatlah, esok nak kerja lagi.”
Isy
perempuan ni, apa ingat aku tak penat ke teman kau shopping? Perut aku yang berbunyi ni dia langsung tak perduli! marah Qasyi dalam hati. Dia berpura-pura
tersenyum. “Alololo... baru rasa
penat ye? Kesiannya... nah, ambil semua paper
bags ni, pergi balik naik teksi ya, sayang. I nak pergi makan. Ini kali
terakhir kita jumpa tau. Lepas ni jangan contact
I lagi sebab I dah bosan dengan you. Barang-barang tu semua anggap je sebagai hadiah perpisahan kita. Bye!” Dia melangkah laju meninggalkan
Karmila yang terjerit-jerit memanggil namanya.
*****
SUDAH tiga hari Nazihah memulakan praktikalnya di Impiana
Holdings. Pekerja-pekerja di situ sangat baik dan selalu memberikan tunjuk ajar
kepadanya. Layanan Dato’ Johan mewujudkan satu perasaan yang telah lama dia
dahagakan. Fikirannya mula melayang pada hari pertama dia menjejakkan kaki ke
Impiana Holdings.
“Cik, saya nak lapor diri.” Nazihah
berkata kepada seorang penyambut tetamu yang menjaga di bahagian lobi.
“Awak ni
Cik Aina Nazihah ke? Tunggu sekejap ya…” Penyambut tetamu yang bernama Effa mencapai
ganggang telefon. “Kak Sheila, Cik Aina Nazihah dah sampai.” Selesai bercakap
di telefon, Effa meletakkan kembali ganggang ke tempat asal. Dia memandang
wajah Nazihah sambil tersenyum. “Kejap lagi ada orang yang akan bawak cik naik atas. Cik boleh duduk kat
sana dulu.” Dia menuding ibu jari ke arah sofa.
“Terima
kasih.” Perlahan-lahan Nazihah melangkah ke arah sofa. Sambil menunggu, dia
membelek-belek surat khabar di meja depannya.
Beberapa
minit kemudian datang seorang perempuan yang berusia pertengahan 30-an membawa
Nazihah naik ke tingkat atas untuk ke bilik Dato’ Johan.
“Awaklah Aina Nazihah, kawan yang
Qaleef cakap tu ya?” Dato’ Johan. Dia merenung lama wajah Nazihah. Sejuk
matanya menatap wajah putih bersih itu. Dalam hati dia berkenan dengan tingkah
laku gadis itu. Nampak lembut dan sopan dengan baju kurung biru muda.
“Ya,
Dato’.” Akhirnya, dapat jugak aku bertemu empat mata dengan Dato’ Johan.
Masih lagi kacak walaupun dah berusia. Nazihah tersenyum.
“Tak
payah panggil Dato’, panggil je uncle. Kawan-kawan Qaleef dah uncle anggap macam anak-anak uncle jugak. Nak panggil papa pun
boleh. Maklumlah uncle ni tak ada
anak perempuan.” Dato’ Johan membalas senyuman.
Terharu
Nazihah mendengarnya. Uncle Johan
memang baik!
Dato’ Johan menekan interkom.
“Sheila, tolong panggilkan Laila.”
“Baik,
Dato’…” balas setiausahanya.
Beberapa
minit kemudian pintu bilik Dato’ Johan terkuak. Seorang perempuan melangkah
masuk lalu berdiri di sebelah kerusi yang diduduki Nazihah.
“Laila,
ini Aina Nazihah, pelajar yang akan buat praktikal kat sini.” Dato’ Johan
memperkenalkan Laila kepada Nazihah.
Nazihah
dan Laila berbalas senyum.
“Saya
nak awak kenalkan dia kepada semua pekerja dan tunjukkan tempat dia sekali.”
“Baik,
Dato’.” Laila menganggukan sedikit kepalanya. Kemudian mata dialih memandang
Nazihah. “Jom ikut saya, cik…”
Nazihah
bangkit. “Terima kasih, Dato’...”
“Kan uncle dah kata panggil uncle je,” pintas Dato’ Johan.
“Opss!
Terima kasih, uncle… saya minta diri
dulu,” ucap Nazihah malu-malu.
“Zihah oiii... kau tak nak keluar makan
ke?”
Nazihah
tersentak. Lamunannya pecah. “Dah pukul 1 ke, Kak Laila?” soalnya
terpingga-pingga. Dia menilik jam di pergelangan tangan kiri. “Cepatnya masa
bergerak. Jomlah, kak…”
“Berangan
eh? Nasib baik Dato’ Johan tak nampak. Opss! bukan Dato’ Johan tapi Uncle Johan.” Laila tersenyum mengusik.
“Kak
Laila ni kan, mengada tau!” Nazihah mencubit pinggang Laila.
Mereka berpapasan menuju ke lif.
*****
“MORNING,
boss…” ucap Shazwina sebaik saja dia masuk ke bilik pejabat Qasyi
bersama dengan diari hitam di tangan.
“Morning…
my timetable please…” Qasyi bersandar di kerusi kulit.
Shazwina mula membuka diari hitam yang
tercatat segala jadual harian Qasyi. “Hari ni bos cuma ada meeting
dengan Encik Fakrullah pukul 2.30 petang. Pukul 4 pulak meeting
dengan Encik Akhbar. That's all for today.” Dia menutup diari itu.
“Ada
apa-apa cerita ke masa saya outstation?”
“Tak
ada. Bos nak minum air apa?” tanya Shazwina yang sudah bersedia untuk bangun.
“A
coffee, please. Thanks.” Qasyi mula memberi tumpuan pada kerja.
Shazwina
melangkah. Sebaik sampai di muka pintu dia berpaling semula. “Lupa pulak
nak bagitahu…”
“Apa
dia?” tanya Qasyi tanpa memandang wajah Shazwina. Dia tekun melihat isi
kandungan fail di atas meja.
“Minggu
lepas ada pelajar perempuan lapor diri untuk praktikal.”
Terus
terhenti kerja Qasyi apabila mendengar apa yang diberitahu oleh Shazwina.
Nak-nak lagi kalau pelajar praktikal itu adalah perempuan. Dia mengangkat muka
memandang setiausahanya. “Suruh dia masuk jumpa saya.” Matanya sudah
bersinar-sinar. Terasa aura semangat lain macam mula meresap masuk ke dalam
badan.
“Okey,
bos.” Shazwina terus berlalu keluar.
Beberapa
minit kemudian pintu bilik Qasyi terkuak. “Silakan masuk.” Shazwina
mempersilakan Nazihah masuk. Selepas meletakkan minuman, dia segera keluar.
Nazihah masih bediri kaku di depan meja Qasyi.
“Duduklah.”
Qasyi masih belum mengangkat muka dari kerjanya.
Perlahan-lahan
Nazihah melabuhkan duduk di kerusi di depan Qasyi. Dia menjeling sekitar bilik
itu. Bilik itu sangat luas. Terdapat set sofa di penjuru bilik. Gambar keluarga
juga tergantung cantik. Mana gambar isteri Uncle
Johan? Dia meliarkan lagi pandangannya. Memang tak ada gambar isteri Dato’
Johan di dalam bilik itu. Kemudian dia memandang Qasyi yang masih leka dengan
kerjanya.
Qasyi
mengangkat muka. Matanya terpaku memandang wajah putih bersih di depannya.
Degupan jantungnya mula menari kencang. Entah kuasa apa yang memaksa dia untuk
terus merenung gadis itu.
“Ehem...
ehem...” Nazihah berdeham apabila mata Qasyi tak beralih dari melihatnya. Dia
terasa segan. Tak pernah dia direnung sebegitu rupa. Dia tahu wajahnya pasti sudah
merona merah. Kalaulah dia bukan berada di ofis, dah lama dia sepak kaki lelaki
itu. Pandang macam tak pernah tengok orang!
Qasyi
tersentak. “Sorry. Nama awak apa?” soalnya cuba menutup malu.
“Aina
Nazihah.” Jawab Nazihah dua patah.
“Cantik
nama. Secantik orangnya,” puji Qasyi.
Wajah
Nazihah semakin memerah. “Terima kasih,” ucapnya. Ooo… nilah Qasyi Umair si
buaya darat tu eh? Nampak lagi handsome
dari dalam paper. Sejibik macam muka Uncle Johan.
“Kenapa
awak pilih syarikat ni?” Qasyi menongkat dagu.
Nazihah
sudah mengagak soalan ini yang akan ditanya. “Saya pilih syarikat ni sebab
Dato’ Johan idola saya. Saya kagum dengan semangat Dato’ Johan.” Dia mengulang
jawapan yang pernah diberikan kepada Qaleef.
“Okey ke
kerja kat sini?”
“Okey…
pekerja-pekerja kat sini semua baik. Tak sombong. Banyak yang saya belajar kat
sini,” jawab Nazihah jujur.
“Awak
dah kahwin?” Tersungging senyuman nakal di bibir Qasyi.
Nazihah
terkejut. Dia menggelengkan kepalanya.
“Bertunang?”
Nazihah
menggeleng lagi.
“Kekasih?”
Pun
Nazihah menggeleng.
“Ada
peluanglah ni?” ujar Qasyi perlahan.
“Apa
dia, encik?” soal Nazihah kurang jelas.
“Tak ada
apa-apa. Awak boleh keluar sekarang.” Qasyi meneliti semula fail di atas meja.
Ceh,
panggil aku masuk bilik semata-mata nak tanya ni je? Nazihah bangkit keluar dari bilik Qasyi.
Qasyi
menarik nafas sebaik saja Nazihah menutup pintu bilik. Dia tersenyum sendiri.
Tangannya dibawa ke dada merasai denyutan jantungnya yang sudah kembali normal.
*****
“ENCIK QASYI nak apa?” tanya Laila selepas setengah jam Nazihah
keluar dari bilik Qasyi.
“Tak ada
apa-apa. Dia cuma nak kenal dengan ahli baru Impiana Holdings je,” jawab Nazihah sambil melemparkan
senyuman.
“Hati-hati
sikit dengan Encik Qasyi tu, Zihah.” Laila mengeecilkan matanya.
“Kenapa,
kak?” Nazihah mengerut dahi.
“Dia tu
pantang tengok perempuan berdahi licin. Semua nak ditacklenya.
Nak-nak lagi macam kau ni. Cantik... putih... dah cukup pakej tu!” terang Laila
tanpa memandang sekeliling.
“Apa
yang dah cukup pakej tu, Kak Laila?!” sergah Qasyi yang tiba-tiba muncul di
situ.
“Oh
pakej kau cantik kau handsome! Bila mau kahwin? Eh... eh...” latah Laila
sambil jari telunjuknya dituding pada Nazihah dan Qasyi. Dia menggaru kepalanya
yang di lapik tudung.
Semua
pekerja ketawa kuat mendengar latah Laila. Beberapa saat kemudian suasana
menjadi sunyi apabila melihat muka Qasyi yang serius tanpa secalit senyuman.
“Sorry,
Encik Qasyi. Jangan ambil hati dengan kata-kata saya tadi eh?” ucap
Laila takut-takut.
“Tak sangka Kak Laila ni kaki latah.” Qasyi ketawa dan
berpaling untuk berlalu ke biliknya.
“Sorry
eh, Zihah? Akak memang tak boleh kena sergah, nanti jadi macam tadilah. Sorry
sangat-sangat,” rayu Laila bersungguh-sungguh.
“Itulah
Kak Laila, lain kali cakap siang pandang-pandang, malam dengar-dengar. Kan dah kantoi!”
Mazlan bersuara.
“Tapi
kan… tak pernah-pernah pulak Encik Qasyi tu pantau department ni
kan? Ke dia dah tangkap cintan kat Si Zihah ni?” serkap Laila.
“Merepeklah,
Kak Laila ni,” pangkas Nazihah.
“Hah Kak
Laila, slow sikit suara tu. Kang
tak pasal-pasal Encik Qasyi patah balik ke sini, masak Kak Laila,” ujar Farhana
pula.
Laila
memandang ke belakang. Takut kalau-kalau Qasyi muncul semula. “Akak nak sambung
buat kerjalah.” Dia beredar ke mejanya.
Macam-macam!
Nazihah menggeleng kepala.
*****
“EHEM... EHEM...”
Nazihah yang tekun
melakukan kerja segera mengangkat muka apabila mendengar dehaman seseorang.
“Eh, Encik Qasyi! Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” soalnya.
“Jom
temankan saya pergi lunch.” Qasyi melambung-lambungkan kunci kereta di
tangan.
Semua
pekerja di situ tercengang.
Nazihah menilik jam di tangan kirinya. “Baru pukul 12.30,
encik. Ada lagi 30 minit sebelum pukul 1…”
Qasyi
menongkat kedua-dua telapak tangannya ke meja Nazihah sambil kepalanya di
dekatkan ke arah gadis itu. “Saya kan anak bos. Cepat ikut saya.” Kali ini
bukan ajakan tapi arahan.
“Sorrylah,
encik, saya dah janji dengan orang lain nak lunch sama,” tolak Nazihah
sambil bersandarkan badan ke kerusi. Dia memang sudah berjanji untuk keluar
makan tengah hari dengan orang lain.
“Canclekan je.
Jom cepat.” Qasyi sudah berpusing untuk keluar.
Nazihah
masih lagi kaku di tempatnya. “Tak baik mungkir janji kalau kita dah berjanji
dengan seseorang, encik.” Dia bersuara perlahan.
Langkah
Qasyi terhenti. Dia menoleh memandang Nazihah.
“Lagipun,
kalau saya keluar lunch sebelum waktunya apa pulak
pekerja-pekerja lain cakap nanti?” sambung Nazihah lagi.
“Jadi
awak tak nak ikut sayalah?” Qasyi sedikit bengang.
Nazihah
menganggukkan kepalanya.
Qasyi
terus berlalu dari situ dengan muka bengang. Dia malu dengan semua pekerja yang
menyaksikan pelawaannya ditolak mentah-mentah oleh pelajar praktikal itu!
Laila
dengan muka menyibuknya datang ke meja Nazihah. “Beraninya kau, Zihah.”
“Kenapa pulak, kak?” Nazihah mengerut dahi.
“Sebelum
ni mana pernah perempuan yang tolak pelawaan dia. Tup-tup bila dia ajak kau,
kau tolak pulak. Kau tak terpikat ke kat muka handsome dia? Anak
Dato’ lagi...” Sengaja Laila menguji Nazihah. Dia tak percaya Nazihah tak
terpikat dengan wajah kacak Qasyi. Dia yang sudah berumah tangga pun boleh
terpikat dengan daya tarikan Qasyi, inikan pula Nazihah yang masih bujang.
Nazihah
tersenyum mendengar kata-kata Laila. “Saya tak pandang semua tu, kak. Saya kalau
nak cari teman hidup, saya tak tengok luaran tapi dalaman.” Dia meletakkan
tangannya ke dada. “Kalau luaran je
cantik tapi dalaman tak cantik nak buat apa, kan? Saya tak suka kacau hak
orang. Tak naklah saya dengan Encik Qasyi tu. Dahlah kasanova, merana hidup
saya nanti. Lagipun, saya ada kat sini nak buat praktikal, bukan nak mencari
cinta!” ujarnya tegas. Dan ada misi yang perlu saya laksanakan. Ayat terakhir
itu hanya ditutur di dalam hati.
Laila
berpaling apabila mendengar bunyi tapak kasut di belakangnya. Matanya membulat
apabila melihat Qasyi menghampiri meja Nazihah.
“Awak ni
tak ada kerja ke, Kak Laila? Asyik nak menempel kat meja orang lain je kerjanya!” Meninggi suara Qasyi.
Mukanya masih lagi masam.
“Erk...
saya nak pinjam stapler kat Zihah, encik…” Laila kelam kabut
menjawab. Dia mencapai stapler di dalam bekas alat tulis milik Nazihah
lantas berlalu ke mejanya.
Ayat nak
cover kantoilah tu, gumam
Farhana di dalam hati.
Qasyi
merenung tajam ke wajah Nazihah yang selamba membuat kerja. Dia mencapai kunci
keretanya yang tertinggal di atas meja gadis itu. Kemudian dia beredar menuju
ke biliknya. Terbantut seleranya untuk keluar makan.
Nazihah
menghantar pemergian Qasyi dengan pandangan mata. Dia tersenyum sesaat.
Qasyi melabuhkan duduk dengan kasar di
kerusi. Interkom ditekan. “Awin, masuk bilik aku sekarang!” Tegas bunyi
suaranya.
Shazwina
yang sedang membuat kerja terkejut apabila mendengar suara Qasyi di interkom.
Dia mencapai pen dan buku kecil sebelum berlalu ke bilik bosnya.
“Duduklah,”
arahnya Qasyi apabila Shazwina sudah berdiri di depannya.
“Tadi
kata nak keluar lunch?” Shazwina pelik melihat Qasyi masuk semula ke
bilik.
“Terbantut
selera aku!” Suara Qasyi masih lagi keras.
“Siapa
yang buat selera kau terbantut ni?” soal Shazwina ingin tahu. Kali ini dia
menyoal sebagai kawan baik kepada lelaki itu. Dia dan tunangnya, Shakir
merupakan kawan baik Qasyi sejak di universiti lagi. Selepas tamat belajar,
Qasyi menawarkan dia bekerja sebagai setiausaha. Memandangkan dia masih belum
mendapat sebarang tawaran pekerjaan, dia menerima saja tawaran lelaki itu.
“Budak
praktikal tulah!”
“Apa
yang dia dah buat kat kau?” Shazwina benar-benar ingin tahu. Pertama kali sejak
mengenali Qasyi, belum ada perempuan yang membuat lelaki itu bengang sebegini.
“Aku
ajak dia lunch tapi dia tolak. Lepas tu masa aku patah balik kat tempat
dia nak ambil kunci kereta aku yang tertinggal, aku dengar dia cakap sesuatu
kat Laila.”
“Apa dia
cakap?”
“Dia
boleh kata macam ni... tak naklah saya dengan Encik Qasyi tu. Dahlah kasanova,
merana hidup saya nanti. Lagipun, saya ada kat sini nak buat praktikal, bukan
nak mencari cinta!” Dia mengulang apa yang sempat dia dengar dari mulut
Nazihah. “Mana aku tak bengang! Dia mengata aku tau! Hesy!” Tangannya menumbuk
meja.
“Wow!” Menbulat mata Shazwina
mendengarnya.
“Wow tengkorak
kau! Aku tengah bengang, kau suka pulak eh!” Qasyi menjegilkan mata.
Shazwina
langsung tak mengambil hati dengan kata-kata Qasyi. “Selama aku kenal kau,
belum pernah lagi perempuan tolak kau. Dia baru tolak sikit kau dah bengang
semacam. Kalau Shak tahu pasal ni mesti dia tergelak guling-guling punyalah. Hahaha... Qasyi Umair Dato’ Johan,
jejaka pujaan ramai telah ditolak mentah-mentah oleh Aina Nazihah, si gadis
bertudung!”
“Kau ni,
aku panggil kau untuk kurangkan tahap kebengangan aku, kau boleh bantai
gelakkan aku pulak! Dahlah, kau boleh keluar sekarang.” Qasyi
memusingkan kerusi menghadap ke luar bangunan. Wajahnya digosok perlahan cuba
menenangkan hati yang panas.
“Opss!
Bos dah marah. Okeylah, aku keluar dulu. Sekarang lunch time.”
ujar Shazwina lalu melangkah keluar dari bilik Qasyi.
“Awin.”
Qasyi memusingkan kembali kerusi menghadap Shazwina.
“Yess,
boss?” Shazwina yang baru memulas tombol pintu berpaling ke belakang.
“Kau lunch
dengan siapa?”
“Dengan
siapa lagi, dengan bakal suami terchentalah. Wanna join us?”
“Boleh jugak.
Kau tunggu aku kat pintu masuk lobi, aku nak ke gents kejap.”
“Okey,
bos!” Shazwina melangkah ke mejanya untuk mengambil beg tangan.
“Mana
Shak?” soal Qasyi sebaik sahaja sampai di luar bangunan Impiana Holdings.
Kelibat shakir masih belum kelihatan.
“Dia
kata lagi lima minit dia sampai.”
Qasyi
melemparkan pandangannya. Matanya terpaku pada Nazihah yang sedang memasuki
sebuah kereta Honda CRV. Di bahagian pemandu kelihatan seorang lelaki yang tak
berapa jelas wajahnya.
Shazwina turut memandang ke arah yang sama. “Patutlah dia
tolak kau, rupa-rupanya dah ada kekasih.”
Qasyi
mengetap gigi. Hari tu cakap tak ada
kekasih! “Awin, kau boleh tolong aku tak?”
“Ni
mesti nak suruh aku buat bancian, kan?” serkap Shazwina.
“Pandai
pun kau. Tolong aku eh?” rayu Qasyi. Dia tak tahu kenapa hatinya rasa panas
apabila melihat Nazihah keluar dengan lelaki lain. Nak kata dia dah jatuh
cinta, tak mungkin! Sepanjang hidup dia, dia tak pernah jatuh cinta dengan
semua perempuan yang dia dah kecewakan.
*****
NAZIHAH melemparkan pandangan ke sekeliling medan selera di
KLCC. Waktu-waktu rehat begini ramai yang mengisi perut. Dia menongkat dagu
menunggu Eshan, abang sepupunya yang sedang membeli makanan. Dia menyedut air
teh O ais limau yang dibelinya tadi.
“Nasi
ayam penyet dah sampai.” Eshaan meletakkan sepinggan nasi ayam penyet di
hadapan Nazihah.
Selepas membaca doa, Nazihah mula menyudukan nasi ayam
penyet ke mulutnya.
“Apa
rancangan Zihah lepas ni?” tanya Eshaan.
“Entahlah,
bang. Zihah pun tak pasti lagi. Tapikan... Uncle
Johan tu baik sangat dengan Zihah. Ni yang buat Zihah tak sabar nak
teruskan misi Zihah ni.” Nazihah mengukir senyuman apabila terbayangkan wajah
Dato’ Johan.
“Zihah
perasan tak ada sorang lelaki tu pandang semacam je masa Zihah naik kereta abang tadi?”
“Perasan.
Tulah Qasyi Umair, anak sulung Uncle
Johan.”
“Ooo,
yang tu ke Qasyi? Handsome jugak orangnya. Padanlah ramai perempuan
tergila-gilakan dia. Tapi kenapa cara pandangan dia macam tak puas hati je?” Eshaan mengerut dahi.
“Dia ajak Zihah lunch tapi Zihah tolak.” Nazihah bercerita.
“Kenapa
Zihah tolak?” Eshaan mengerut dahi.
“Tak
naklah Zihah, nanti dia ingat Zihah syok kat dia pulak.”
“Betul
Zihah tak syok kat dia?” Eshaan mengecilkan mata.
“Betul!
Lagipun abang pun tahu kan sebab apa Zihah nak masuk ke dalam syarikat tu?
Zihah ke situ bukan untuk bercinta. Susah payah Zihah cuba yakinkan Qaleef
supaya percayakan Zihah,” jelas Nazihah.
“Tapi
macam mana kalau Qasyi betul-betul cintakan Zihah?” Eshaan mengangkat keningnya
sedikit.
“Itu tak
boleh, bang. Kalau dia cuba nak mendekat, Zihah pulak akan menjauh!” tegas
Nazihah.
“Kenapa pulak
tak boleh?”
“Sebab
dia tu kasanova. Zihah tak nak hidup menderita. Makan hati berulam jantung je Zihah nanti sebab ramai sangat yang
berebutkan dia.” Nazihah menyisip minumannya.
“Tapi
dia boleh berubah kalau dia betul-betul sukakan Zihah.” Wajah Nazihah Eshaan tenung
tajam cuba menganalisa apa yang tersirat di hati gadis itu. Nampaknya dia
gagal. Gadis itu pandai menyembunyikan rahsia hati.
“Dahlah,
bang. Zihah tak nak fikir pasal cinta buat masa sekarang. Apa yang penting,
macam mana Zihah nak teruskan rancangan Zihah. Itu je yang Zihah perlu fikirkan sekarang. Kalau abang dah habis makan,
jom kita balik.”
Eshaan mengeluh
perlahan. Zihah… Zihah… dia menggeleng kepala.
*****
“PAPA,
macam mana dengan Zihah kat ofis?”
tanya Qaleef ketika dia, Dato’ Johan dan Qasyi sedang makan malam di rumah.
Suapan
Qasyi terhenti apabila mendengar nama Nazihah keluar dari mulut adiknya.
“Hai,
dah sebulan lebih dia kat sana baru Qaleef nak tanya?”
“Qaleef
kan sibuk dengan quiz and exam? Sekarang baru ada masa nak tanya,” jawab
Qaleef.
“Dia okey.
Rajin budaknya,” puji Dato’ Johan.
“Qaleef
kenal Zihah ke?” Qasyi menyampuk.
“Dia
senior Qaleef.”
Jawapan
Qalif menarik minat Qasyi untuk terus bertanya. “Qaleef rapat dengan dia ke?”
“Tak
rapat sangat, kenal-kenal gitu je...”
Dato’
Johan memandang Qasyi lama. Dia pelik melihat anak sulungnya bertanya tentang
Nazihah. “Qaleef tak ada rasa sesuatu yang pelik ke kat sini?” soalnya kepada
Qaleef
“Apa
yang pelik, pa?” soal Qaleef dan Qasyi serentak.
“Ada
orang tu bila makan malam je
selalu lesap tapi hari ni ada pulak!” Dato’ Johan tersenyum memandang
Qasyi.
“Haah la,
pa. Sejak along balik dari outstation sebulan lebih dulu, along dah
jarang keluar malam.” Qaleef mengiakan kata-kata papanya.
“Papa ni
mesti nak sindir along la tu. Along dah malaslah nak keluar malam. Penat. Tak
larat nak layan kerenah dia orang,” jawab Qasyi malas.
“Ya ke
penat? Dulu tak penat pun. Sekarang pulak mengeluh?” giat Dato’ Johan
lagi.
Qasyi
meneruskan suapannya. Malas dia mahu melayan usikan papanya itu.
“Qaleef
nak tahu tak? Papa ada ternampak along cuba nak tackle Zihah tau. Tapi
sayangnya, Zihah tak layan,” cerita Dato’ Johan. Dia teringat kejadian Nazihah menolak ajakan anaknya untuk
keluar makan. Ketika itu dia sengaja meronda-ronda untuk melihat anak-anak
buahnya berkerja. Ketika dia sampai di bahagian Nazihah diletakkan, dia
ternampak kelibat anak sulungnya. Dia bersembunyi untuk melihat perilaku
anaknya. Kemudian dia cepat-cepat beredar dari tempat persembunyian apabila
melihat kelibat anaknya yang beredar dengan muka yang masam.
“Ya ke,
pa? Papa tengok Zihah tu sesuai tak jadi bakal menantu papa?” Giliran Qaleef
pula mengusik Qasyi.
“Sesuaiii...
sangat! Oarangnya pun baik, lemah-lembut dan hormat orang tua. Yang paling
penting perangai dia tak macam kesemua bekas teman wanita along yang seksi
sana, seksa sini, pakai pakaian macam tak cukup kain tu.” Dalam memuji perangai
Nazihah, sempat lagi Dato’ Johan mengutuk perangai bekas teman wanita Qasyi.
Muka
Qasyi sudah memerah. “Along naik atas dululah, pa.” Dia membasuh tangan.
“Eh,
sikitnya along makan?” soal Dato’ Johan apabila melihat nasi di pinggan Qasyi
yang luak sedikit saja.
“Along
dah kenyang,” jawab Qasyi lalu berjalan menuju ke tangga.
“Along
malulah tu, pa. Muka pun dah merah. Hahaha...”
Qaleef dan Dato’ Johan ketawa kuat.
Qasyi berdiri di balkoni bilik. Dia
termenung jauh. “Macam mana aku boleh tak perasan papa ada kat situ masa tu?
Hesy, buat malu aku je!” Qasyi
menepuk kuat pipinya. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Dia masuk ke dalam
bilik lantas mendapatkan telefon pintar yang diletakkan di atas katil. Nama
Aleya tertera di situ. “Tak faham bahasa betullah perempuan ni!” Dia menonyoh
ikon hijau. Telefon dilekapkan ke telinga.
“Qasyi,
I tak percaya you nak putuskan perhubungan kita. You gurau je, kan?” Aleya merengek di hujung talian.
“I tak
bergurau, Leya! Memang I nak putuskan perhubungan kita. You pun memang tahu kan
perangai I macam mana? Bila I dah bosan, I akan tinggalkan perempuan tu. You
sendiri yang nak jugak menyendeng
dekat I kan? Jangan nak salahkan I bila I putuskan hubungan kita.”
“Kenapa
you buat macam ni pada I? You dah jumpa orang lain ke?” Aleya menangis
teresak-esak.
“Yes,
I memang dah jumpa orang lain. Tapi kali ni I dah jumpa dengan cinta sejati
I yang sebenar-benarnya. Pencuri tulang rusuk I. I harap you takkan ganggu
hidup I lagi lepas ni!” Usai berkata-kata, Qasyi mematikan talian. Dia tak
menghiraukan panggilan Aleya di hujung talian. Dia membaringkan dirinya di atas
katil. Di ruang matanya hanya terbayangkan wajah Nazihah.
*****
ALEYA menghempaskan telefon pintarnya di atas katil. Dia geram
dengan tindakkan Qasyi yang sesuka hati memutuskan perhubungan mereka. Nasibnya
sama saja seperti kesemua bekas teman wanita lelaki itu. Air mata palsunya
diseka kasar. Dia mencapai semula telefon pintar yang dicampak tadi. Nama Datuk
Halim dicari. “Helo, Datuk… you free tak hari ni? Boleh temankan I tak malam ni?” Dia memulakan
perbualan apabila taliannya bersambut. “Okey, I tunggu Datuk kat rumah,” ujarnya
manja. Usai berbual, dia mematikan talian. Telefon pintar itu
dilambung-lambungkan.
“Huh!
Dia ingat dia sorang je ke banyak duit? Ramai lagilah
orang-orang kaya yang nakkan aku! Pangkat Datuk lagi tau! Kalau setakat muka je handsome tapi ajak masuk club
pun tak nak, baik tak payah! Saja nak tunjuk alimlah tu! Kalau kau alim, tak
adanya kau nak usung perempuan sana sini!” Aleya mencemuh Qasyi.
*****
“KERETA
Zihah bila siap?” soal Eshaan yang sedang memandu. Sejak semalam dia menjadi
pemandu tak bergaji Nazihah kerana kereta gadis itu dimasukkan ke bengkel.
“Entah.
Orang tu cakap dah siap nanti dia call.”
“Petang
ni abang tak dapat jemput Zihah sebab lepas ni abang kena pergi outstation.
So, Zihah kena balik naik teksilah dua tiga hari ni. Tak pun Zihah minta tolong Qasyi hantarkan ke?” Eshaan
mengusik. Dia menjelng sekilas ke sisi.
Nazihah
mencebik. “Nak buat apa suruh dia hantarkan? Dahlah banyak kali Zihah tolak pelawaan
dia. Teksi pun banyak, Zihah naik teksi je
nanti,” jawabnya. Dia teringat setiap kali Qasyi mengajaknya keluar, pelbagai
alasan yang dia berikan tapi lelaki itu tetap tak jemu mengajaknya sehingga dia
naik rimas dengan Qasyi yang asyik mengejarnya.
“Morning, dear…” ucap Qasyi. Ketika
itu dia dan Nazihah berada di dalam perut lif. Hanya mereka berdua saja di
dalam.
“Morning,”
jawab Nazihah sepatah. Uwek! Tak
payah nak dear sangatlah! Nak muntah
hijau aku dengar!
“Awak
dah breakfast?” Lembut Qasyi bertanya.
Adess, ni yang tak tahan ni bila dia
buat suara macam tu. Sabar, hati… jangan cair kat kasanova ni! Nazihah menarik
nafas perlahan. “Saya puasa hari ni, Encik Qasyi,” bohongnya. Isy, kenapalah
aku pergi tahan lif ni tadi? Kalau aku tahu dia yang ada kat dalam, baik aku
naik tangga je!
“Ooo…
saya baru je nak ajak awak teman saya
breakfast.” Nada suara Qasyi kedengaran hampa.
Sebaik
saja lif terbuka, Nazihah tergesa-gesa keluar. Dia tak mahu berlama-lama dengan
Qasyi. Sebaik saja meletakkan
beg tangan ke dalam laci meja, dia berkira-kira sama ada mahu ke pantri atau
tak. Dia takut terserempak dengan lelaki itu pula nanti.
“Nak pergi, ke tak
nak? Nak pergi ke tak nak? Ah, pergi jelah!
Dia kan ada PA, mestilah Awin yang buatkan dia air!” Nazihah bangkit dari
kerusi lalu melangkah ke pantri.
Sekotak
jus oren dikeluarkan dari peti sejuk. Dia melangkah ke rak yang menempatkan muk lantas menuangkan jus oren.
Perlahan-lahan dia meneguk.
“Kata
puasa?!”
“Uhuk! Uhuk!” Sergahan Qasyi membuatkan
Nazihah tersedak. Tertumpah sedikit jus oren ke baju kurung putih yang
dipakainya.
“Awak tipu
saya eh? Kalau awak tak sudi kenapa tak berterus terang? Susah sangat ke nak
berterus terang?” Qasyi mencerun garang.
Nazihah
membisu. Dia memandang tenang ke wajah Qasyi. Langsung tak ada rasa takut.
“Saya
peliklah dengan awak ni. Kenapa setiap kali saya ajak awak pergi mana-mana awak
tolak?”
Sebab
aku tak nak jatuh cinta pada kaulah! jawabnya dalam hati. “Sebab saya tak nak
kekasih-kekasih Encik Qasyi salah faham. Nanti tak pasal-pasal saya jadi mangsa
dera kekasi-kekasi encik tu.”
Qasyi
tersengih mendengar jawapan Nazihah. “Ooo, sebab tu rupanya. Awak tak payah
risau, saya dah single. Tak akan ada sesiapapun yang marah kalau saya
keluar dengan awak,” katanya yang masih lagi tersengih. “Lagipun, saya dah
pencen dengan perangai kasanova. Hati saya cuma kejar awak je.”
Senangnya
dia ni. Bila dah jemu, buang! Apa dia ingat perempuan ni kereta ke?! Bila
tengok kereta model baharu keluar terus beli. Kereta lama pulak dipinggirkan. Nazihah memang anti dengan lelaki yang suka
mempermainkan perasaan perempuan. Sebab itulah dia sering menjauhi Qasyi.
“Temankan
saya lunch hari ni?”
Nazihah
membisu. Dia telah kehabisan idea untuk menolak. Alasan apa aku nak bagi ni? Inche Idea, tolonglah datang cepat!!!
“Zihah,
Dato’ Johan panggil,” ujar Laila yang tiba-tiba muncul di pantri.
Nazihah
segera berlalu. Dalam hati dia berterima kasih kepada Laila yang datang tepat
pada waktunya.
“Dah sampai. Tak nak turun ke?”
Nazihah tersentak.
Suara Eshaan mengembalikannya ke alam nyata. Dia membuka tali pinggang keledar.
“Eh,
kejap!” tahan Eshaan apabila Nazihah ingin membuka pintu kereta.
“Kenapa,
bang?” Nazihah pelik.
“Cuba
tengok tu, Qasyi tengah pandang kita. Zihah duduk diam-diam, biar abang yang bukakkan pintu kereta.” Matanya memandang
Qasyi yang sedang berdiri di depan pintu masuk lobi, memerhatikan mereka.
“Eh, tak
payahlah, bang!” tolak Nazihah. Dia tak selesa dengan pandangan Qasyi.
“Zihah
duduk, abang saja nak tengok reaksi dia. Firasat abang benar-benar mengatakan
yang Qasyi betul-betul suka kat adik abang ni. Bukan seperti yang Zihah
fikirkan.”
“Apa
yang Zihah fikirkan?” soal Nazihah pura-pura tak mengerti.
“Zihah
ingat abang tak tahu? Dalam hati Zihah tu fikir yang Qasyi hanya nak
mempermainkan Zihah macam bekas kekasih dia yang lain, kan?” Usai berkata-kata,
Eshaan membuka pintu keretanya laju dia melangkah ke bahagian penumpang lalu
membuka pintu untuk Nazihah. Dia memandang Qasyi dengan hujung matanya. Dia
dapat melihat api cemburu di muka lelaki itu.
“Qasyi
yang tak tahan melihat aksi yang dirasakan cukup romantik itu terus melajukan
langkahnya masuk ke dalam bangunan Impiana Holdings.
“See…
kan betul apa yang abang rasa. Zihah sendiri nampak muka dia macam mana tadi,
kan?” ujar Eshaan setelah Qasyi berlalu.
“Apa-apa
jelah, malas nak fikir. Zihah masuk
dalam dulu. Drive carefully, bang…” Nazihah melangkah masuk ke dalam.
*****
“DAH selesai bancian kau?” Belum sempat Shazwina duduk, Qasyi
terus membentangkan soalan.
“Dah. Sorry
sebab dah dekat dua bulan baru aku nak bagi jawapan kat kau. Kau tahu jelah lately ni kita busy
sikit dengan projek yang makin banyak masuk,” jelas Shazwina.
“Okey,
sekarang aku nak tahu jawapannya.” Qasyi menyandarkan badannya.
“Daripada
bancian yang aku buat, aku dapati Nazihah tu single and dia merupakan
anak tunggal.” Shazwina memberitahu maklumat yang diperoleh daripada Laila.
“Habis
tu siapa lelaki yang jemput dia hari tu?”
“Laila
cakap lelaki tu cuma sepupu Zihah. Just abang, tak lebih dari itu.”
“Ya ke
tak lebih dari seorang abang? Depan mata aku sendiri lelaki tu bukakkan pintu untuk Zihah. Sakit hati aku ni
menengoknya!” Qasyi teringat kes pagi kelmarin.
“Yang tu
aku tak pasti sebab Laila sendiri yang kata Zihah tu single. Chop… chop...
are you jealous?” Shazwina
mengecilkan matanya.
“Kalau
aku kata yes?” Qasyi sambil tersenyum.
“Serius
ke ni?”
Qasyi
mengangguk kepala.
“Syukur
alhamdulillah. Akhirnya terbukak jugak
hati kawan aku ni untuk bercinta.” Shazwina gembira.
“Selama
ni aku bukan bercinta ke, Cik Shazwina Shamien?” Qasyi buat-buat bodoh.
“Selama
ni kau hanya suka-suka je, tak serius
pun. Tapi sejak Zihah muncul, aku tengok kau dah lain. Muka kau pulak
berseri-seri bila datang ofis. Walaupun banyak kali pelawaan kau ditolak, kau
langsung tak berputus asa. Apa yang membuatkan kau terjatuh hati pada dia?” Dia
mengorek rahsia.
“Aku pun
tak tahu macam mana nak cakap. Pertama kali aku terpandang wajah dia, aku rasa
sesuatu kat dalam ni.” Jari telunjuk dibawa ke dada. “Dengan dia aku rasa
tercabar bila dia asyik tolak pelawaan aku. Aku tengok dia tak sama macam
perempuan-perempuan yang selalu aku usung sana sini,” luah Qasyi.
“Tak
syak lagi, Qasyi Umair memang dah terkena panahan cinta Aina Nazihah. Bila kau
nak confess kat dia?”
“Macam
mana aku nak confess, bila aku ajak keluar je dia tolak. Dia nampak aku je
dia mengelak.” Wajah Qasyi berubah kendur.
“Sabarlah.
Nanti adalah peluang untuk kau confess kat dia. Kalau dah couple
nanti jangan pulak buat dia macam semua bekas kekasih kau tu,” nasihat
Shazwina.
“Kali ni
aku akan jaga betul-betul. Insya-Allah, kad kahwin aku akan sampai ke tangan
kau suatu hari nanti.”
“Okeylah,
aku nak pergi sambung kerja. Aja-aja fighting, boss!!!” Shazwina berlalu
dari bilik itu.
******
NAZIHAH sedang menunggu teksi di hentian teksi yang berdekatan
dengan bangunan Impiana Holdings. Tiba-tiba hujan turun. Dari renyai-renyai
bertukar menjadi lebat. “Hesy, macam mana aku nak balik ni? Hujan bertambah
lebat, satu teksi pun aku tak nampak lagi ni! Dahlah payung tertinggal kat
dalam ofis!” keluhnya.
Dia
menjeling jam di pergelangan tangan kiri, sudah pukul 5.30 petang. Sudah
setengah jam dia menunggu di situ. Bukan tak ada rakan-rakan sekerja mahu
menumpangkan tapi dia yang menolak. Dia tak mahu menyusahkan mereka. Gegaran di
dalam beg tangan mengejutkannya. Tangan diseluk ke dalam mencapai telefon
pintar.
“Helo,
Zihah… mama ni.” Kedengaran suara di hujung talian.
“Ya,
ma…” sahut Nazihah.
“Zihah
kat mana tu? Kenapa suara tak clear?”
“Zihah
tengah tunggu teksi ni, ma. Kat tempat kerja hujan.” Nazihah bersuara sedikit
kuat cuba melawan bunyi hujan.
“Itulah...
mama suruh bawak Toyota Camry, Zihah tak nak. Nak jugak beli
kereta secondhand. Lepas tu boleh pulak Zihah mohon praktikal kat
syarikat lain. Syarikat arwah ayah kan ada!” Mama Nazihah mula berleter.
“Mama,
Zihah nak cari pengalaman kat syarikat lain dulu. Bila dah habis belajar
barulah Zihah tolong mama kat syarikat arwah ayah.” Sorry, ma… Zihah tak boleh bagitahu mama pasal plan
Zihah tu. Kalau mama tahu, mesti mama marah. “Pasal kereta pulak Zihah tak
nak orang lain tahu yang Zihah anak orang berada. Nanti ada orang ambil
kesempatan pulak,” sambungnya lagi.
“Ikut
suka hati Zihah la. Dah tu, kenapa dah lama tak balik rumah? Tak rindu kat mama
ke? Banyak sangat ke kerja kat ofis tu?”
“Sekarang
ni busy sikitlah, ma. Nanti Zihah balik eh?” bohongnya lagi. Memang Zihah busy, ma. Tapi bukan
pasal kerja... Zihah busy merangka rancangan Zihah. Tak lama je lagi. Sabar ya, ma?
Tiba-tiba
ada Toyota Harier berhenti betul-betul di depannya.
“Ma,
nanti kita sembang lagi ya? Assalamualaikum.” Nazihah mematikan talian.
Cermin
kereta diturunkan, Qasyi menjengukkan kepalanya. “Zihah, apa awak buat kat
sini?” jeritnya melawan bunyi hujan.
“Saya
tengah tunggu teksi.” Nazihah melihat ke kanan kalau-kalau teksi lalu di situ.
Namun dia hampa apabila masih tiada walau satu teksi pun yang lalu di situ.
“Masuklah,
saya hantarkan.”
“Tak
apalah, Encik Qasyi. Saya boleh tunggu teksi.” Dalam hati dia berdoa agar teksi
muncul.
“Hujan-hujan
macam ni teksi susah nak dapat. Jom saya hantar. Hari pun dah lewat ni.”
Nazihah
berfikir sejenak sebelum berlari anak masuk ke dalam kereta Qasyi.
“Kereta awak mana?” tanya Qasyi apabila
hampir pertengahan jalan mereka membisu.
“Kat
bengkel.” Nazihah melemparkan pandangan ke luar tingkap.
“Kenapa
awak tak suruh kekasih awak jemput?” Sengaja Qasyi bertanya begitu.
“Kekasih?”
Nazihah menoleh ke wajah Qasyi. Keningnya dikerutkan.
“Alah,
lelaki yang hantar awak pagi kelmarin tu.”
“Ooo,
Abang Eshaan? Dia sepupu saya. Dia tak ada kat KL sekarang.”
“Awak
tak ada boyfriend ke?”
“Tak
ada. Saya malas nak fikir pasal cintan-cintun ni.”
“Zihah,
kalau saya kata yang saya suka awak dan nak awak jadi isteri saya, awak terima
tak?”
“Maaf,
saya tak boleh terima,” jawab Nazihah laju. Ketika itu kereta Qasyi sudah
berhenti di hadapan rumah sewanya.
“Tapi
kenapa?” Qasyi tak puas hati.
“Sebab
saya tak nak jadi sebahagian dari koleksi awak!” Tegas jawapan Nazihah.
“Saya
suka awak bukan untuk dijadikan koleksi, Zihah… saya dah berubah. Dah buang
semua tabiat lama saya tu. Saya nak awak jadi suri di hati saya dan ibu kepada
anak-anak saya.” Qasyi bersungguh-sungguh meyakinkan Nazihah.
Ibu
kepada anak-anak dia? Haila, rasa
macam nak pengsan aku dengar! “Maaf, Encik Qasyi… saya tak berminat. Awak cari je orang lain yang lebih layak.” Usai
berkata-kata, Nazihah terus melangkah keluar meredah hujan. Dia pantas membuka
pintu pagar.
“Zihah!”
Qasyi turut keluar dari kereta.
Nazihah
berpaling memandang Qasyi sudah berdiri di belakangnya. Pakaian lelaki itu
sudah lencun dibasahi hujan.
“Saya ikhlas sukakan awak dan cintakan awak, Zihah. Please…
jadi isteri saya. Saya janji hanya awak seorang je dalam hati saya. Saya janji takkan mempermainkan perasaan. Saya
nak hidup dengan awak hingga ke Jannah.” Qasyi merayu. Dia cuba mencapai tangan
Nazihah namun ditepis.
Nazihah
pantas melangkah masuk ke dalam. Pintu pagar dikunci semula memandangkan teman
serumahnya pulang ke rumah keluarga masing-masing. “Dan saya ikhlas menolak
lamaran awak, Encik Qasyi! Untuk pengetahuan awak, saya langsung tak ada hati
pada awak. Awak baliklah, jangan buang masa kat sini.” jawabnya lalu berpaling
untuk melangkah ke pintu rumah. Tapi kenapa ada terharu dalam hatinya apabila
mendengar kata-kata Qasyi tadi?
“Saya
takkan balik selagi awak tak terima saya, Zihah!” Qasyi tetap berdegil. Dia tak
percaya gadis itu tak mencintainya.
“Suka
hati awaklah. Yang jatuh sakit nanti awak, bukan saya!” Dia berlalu masuk ke
rumah. Jauh di sudut hati ada rasa risau mula menjengah.
Qasyi duduk
di batu bersebelahan pagar. Dia nekad tak akan balik selagi Nazihah tak
menerimanya. Barulah dia sedar bukan mudah untuk mencairkan hati Nazihah.
Nazihah bukan seperti perempuan lain yang mudah cair dengan wajah kacaknya.
*****
JAM sudah menunjukkan pukul 8 malam. Hujan di luar masih
belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti, sebaliknya semakin lebat. Nazihah
melangkah ke jendela lalu mengintai ke luar pagar. Dia ternampak kelibat Qasyi
yang sedang duduk di luar bermandikan hujan.
“Dia serius ke sukakan aku?” tanya Nazihah kepada diri
sendiri. Dia jatuh kasihan melihat keadaan Qasyi yang menggigil kesejukkan. Telefon
pintar yang diletakkan di meja solek dicapai lantas menghubungi Eshaan. Apabila
talian bersambut, dia menceritakan kejadian lewat petang tadi.
“Tak
baik Zihah biarkan dia berhujan. Zihah tak kesiankan dia ke?” Eshaan ternyata
tak menggemari apa yang dilakukan oleh Nazihah. “Cuba Zihah tanya pada hati
Zihah. Tak ada sekelumit rasa kasih ke Zihah pada dia? Kalau
perempuan-perempuan kat luar sana boleh jatuh hati pada dia, mesti Zihah pun
ada tersangkut sekali kan bila tengok muka dia 8 jam setiap hari?”
“Ya,
Zihah mengaku memang Zihah terpaut pada dia sejak pertama kali tengok gambar
dia kat dalam paper tapi Zihah takut. Zihah takut kalau Zihah terima dia
nanti, nasib Zihah akan sama dengan kekasih-kekasih dia yang lain.” Nazihah
membuat pengakuan. Dengan abang sepupunya itu memang dia tak pernah berahsia.
“Dengar
sini, Zihah. Cuba Zihah fikir secara logik. Pernah tak dia merayu macam tu kat
bekas kekasih dia yang lain? Pernah ke?”
“Tak
pernah,” jawab Nazihah perlahan.
“See…
maknanya dia betul-betul
cintakan Zihah! Kejadian pagi kelmarin buktinya. Zihah sendiri tengok muka dia
berubah, kan? Kalau dia nak main-mainkan Zihah, dia takkan lamar Zihah jadi
isteri dia. Sekarang, abang nak Zihah keluar dari rumah dan cakap kat dia yang
Zihah terima lamaran dia!”
“Tapi
apa akan jadi pada Zihah nanti kalau dia tahu siapa Zihah yang sebenarnya?”
“Abang
rasa Zihah kena berterus-terang kat dia. Abang yakin dia akan terima Zihah dan
akan berterima kasih sebab Zihah dah kembalikan kebahagiaan dia,” nasihat Ehsaan.
“Okeylah, abang nak keluar makan ni. Assalamualaiku.”
“Waalaikumussalam.”
Selepas memutuskan talian, Nazihah melangkah keluar dari biliknya. Dia menuruni
tangga lalu membuka pintu rumah. Payung yang terletak di luar rumah dicapai dan
dia berjalan ke arah pintu pagar. Dia memayungi Qasyi sebaik saja pintu pagar
dibuka.
Qasyi
yang masih setia di situ segera bangun. Dia menggigil kesejukkan. “Awak sudi
terima saya?” Nada suaranya kedengaran lemah.
Nazihah
menggangguk laju. Matanya mula berair.
“Betul
ni?” Qasyi teruja namun suaranya masih lagi lemah. “Ke awak cakap macam tu
sebab nak suruh saya balik?”
“Betul...
saya ikhlas terima awak dan saya sebenarnya cintakan awak jugak,” jawab Nazihah kuat, melawan jeritan hujan. “Awak janji
jangan mainkan perasaan saya ya?”
Qasyi mengangguk.
“Saya janji. Terima kasih, Zihah...” Dan dia mula rebah.
Mujur Nazihah sempat menahan Qasyi dari jatuh. Payung
yang dipegang tadi terlepas. “Encik Qasyi, kenapa ni? Encik Qasyi!” Nazihah panik. Dia melekapkan belakang tangannya
ke dahi Qasyi. Panas! Dia menggunakan kudrat yang ada untuk menarik Qasyi ke
dalam kereta lelaki itu.
Kemudian
dia berlari ke rumah untuk mencapai beg tangan dan telefon pintar. Selepas
mengambil apa-apa yang patut dan mengunci pagar rumah, dia menuju ke kereta
semula lalu memandu laju ke hospital.
*****
PINTU wad dikuak dari luar.
Nazihah berpaling ke arah pintu. Dia berdiri apabila
Dato’ Johan dan Qaleef melangkah masuk. “Maafkan saya, uncle… ni semua salah saya. Kalau saya tak biarkan Qasyi berhujan,
mesti dia tak jatuh sakit.” Dia menundukkan wajah.
Dato’
Johan memandang wajah lembut di depannya. Dia tersenyum. “Tak apa, Zihah. Uncle tak salahkan Zihah. Qasyi memang
sensitif dengan hujan. Kalau dia terkena hujan, dia memang mudah demam. Macam
mama dia jugak.” Senyuman Dato’
Johan mati apabila dia tersasul menyebut tentang bekas isterinya. Sudah lama
dia tak menyebut pasal bekas isterinya apabila bersama dengan anak-anak. Jauh
di sudut hati, dia masih mencintai bekas isterinya itu. Hanya anak-anaknya saja
yang tak tahu. Mereka menyangka dia sudah membenci bekas isterinya.
“Awak
baliklah dulu, Zihah… kami boleh jaga along.” Qaleef memecahkan kejanggalan di
wad itu.
“Eh, tak
apa! Saya yang sepatutnya jaga dia. Sebab saya, dia jatuh sakit.” Rasa bersalah
masih menyelubungi ruang hati Nazihah.
“Zihah
balik dulu. Tengok pakaian Zihah tu basah. Nanti Zihah pulak yang
demam.” Dato’ Johan pula bersuara.
“Kalau
macam tu saya balik dulu, uncle… ni
kunci kereta Encik Qasyi.” Nazihah menghulur kunci kereta pada Dato’ Johan.
“Zihah bawak
balik kereta Qasyi tu. Bahaya anak dara naik teksi malam-malam.” Dato’ Johan
bimbangkan keselamatan Nazihah.
Nazihah
mengangguk lalu melangkah keluar dari wad itu.
Satu jam
kemudian Qasyi membuka matanya. Dahinya berkerut melihat dirinya berada di
tempat lain, bukan di rumah sewa Nazihah. Dia lihat papanya sedang membaca
majalah di sofa manakala Qaleef sudah tertidur di sebelah papanya. “Papa…”
panggilnya.
Dato’
Johan mengangkat muka. Majalah di tangan ditutup dan dia mendapatkan Qasyi.
Dahi anak sulungnya dirasa dengan belakang tangan.
Qaleef
yang hanya tidur-tidur ayam turut membuka matanya.
“Macam
mana along boleh ada kat sini, pa? Bukan tadi along ada kat rumah Zihah ke?”
Qasyi keliru.
“Along
pergi rumah Zihah? Buat apa?” tanya Qaleef. Keningnya dijungkit.
Dato’
Johan juga menanti jawapan Qasyi. Ada senyuman terukir di bibirnya.
“Tadi hujan sebab tu along hantar Zihah balik.”
“Along
hantar Zihah? Bukan dia ada kereta ke?” Dato’ Johan pelik.
“Kereta
dia masuk bengkel.”
“Chop… chop… along hantar Zihah naik
kereta, kan? Macam mana along boleh kena hujan pulak?” Qaleef cuba menganalisa jawapan Qasyi.
“Along
lamar dia jadi isteri along,” jawab Qasyi. “Along dah bersedia nak kahwin, pa.
Along dah bersedia nak galas tanggungjawab sebagai suami. Along tak nak
bercinta lama-lama.”
Mata
Dato’ Johan dan Qaleef sudah membesar.
“Nazihah
macam mana? Dia terima along?” tanya Dato’ Johan.
Qasyi
mengangguk lantas tersenyum.
“Bukan
ke dulu dia pernah tolak pelawaan along? Macam mana boleh terima pulak?” tanya Dato’ Johan lagi.
Qasyi
bangkit lantas menyandarkan badannya di kepala katil. Tak selesa rasanya
apabila asyik berbaring. “Nak air, dahagalah.”
Qaleef
pantas bangun lalu mencapai gelas. Air di tuang ke dalam gelas dan diberikan
kepada alongnya. Kemudian dia duduk di sisi papanya.
Gelas
yang sudah kosong Qasyi letakkan ke meja sisi. “Along lamar dia masa dah sampai
kat depan rumah dia. Mula-mula tu dia tolak. Along nekad tunggu kat luar rumah
dia sampai dia setuju.”
“Maknanya
along berhujanlah?” Qaleef menyampuk.
Qasyi
mengangguk.
Dato’
Johan tekun mendengar.
“Lepas
tu?” tanya Qaleef.
“Lepas
tu… lama jugaklah along tunggu kat
luar rumah tu. Dengan menggigilnya, dengan hujan yang tak henti-henti turun.
Ada jugak along rasa nak putus asa
tapi along cuba bertahan. Bak kata orang dulu-dulu, alang-alang menyeluk
pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Tak lama lepas tu Zihah datang dan dia
terima along. Masa tulah along pengsan. Sedar-sedar je along ada kat hospital.” Qasyi mengakhiri ceritanya.
“Wah…
dah macam dalam novel pulak kisah
along ni. Nasib baik Zihah terima. Buatnya dia tak terima, alamat berkampunglah
along kat depan rumah dia tu,” komen Qaleef.
“Along
tak main-main dengan Zihah, kan?” Bukan Dato’ Johan tak tahu perangai anak
sulungnya. Dia tak mahu anaknya itu mempermainkan Nazihah.
“Along
serius dengan Zihah, pa. Along nak hidup dengan dia sampai ke hujung nyawa.”
Ikhlas Qasyi berkata.
Dato’
Johan mengucap syukur di dalam hati. Akhirnya muncul juga gadis yang telah
berjaya memecahkan tembok yang Qasyi bina. Sedikit sebanyak anaknya itu sudah
percaya pada ikatan perkahwinan.
“Kalau
macam tu, nanti bolehlah papa jumpa keluarga Zihah kan, pa?” Qaleef bersuara
ceria.
“Along
rasa jangan dulu kot. Tunggu masa yang sesuai. Kalau kita pergi mengejut, boleh
pengsan keluarga dia nanti.”
“Papa
ikut je. Papa tak kisah lambat atau
cepat yang penting Zihah jadi menantu sulung papa.” Dato’ Johan tersenyum.
*****
NAZIHAH merebahkan badannya di atas katil. Dia tersenyum
memandang siling. Hubungannya dengan Qasyi semakin rapat sejak lelaki itu
keluar dari hospital. Selain Qasyi, dia juga semakin rapat dengan Dato’ Johan
dan Qaleef. Berada di kelompok keluarga Qasyi membuatkan dia bahagia. Dato’
Johan melayannya seperti anak sendiri. Terasa seperti mendapat semula kasih
sayang ayahnya.
Ayahnya
meninggal akibat serangan jantung ketika berusia 15 tahun dan sedang menduduki
peperiksaan PMR. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan dia ketika itu. Dia
menjadi yatim piatu pada usia yang terlalu muda. Mama kandungnya pula meninggal
dunia sebaik saja dia dilahirkan. Ketika dia berusia 9 tahun, ayahnya telah
berkahwin lain. Mama tirinya terlalu baik. Melayan dia seperti anak kandung
sendiri walaupun mempunyai anak dengan bekas suami. Dia pernah bertanya kepada
mama tirinya kenapa berpisah dengan bekas suami? Jawapan yang diberikan adalah
tiada jodoh.
Selepas
kematian ayahnya, dia bergantung hidup pada mama tirinya. Wanita itulah yang
menguruskan segala keperluan hidupnya. Nazihah terkenang kembali peristiwa yang
menyebabkan dia nekad untuk masuk ke dalam keluarga Dato’ Johan.
Nazihah melangkah perlahan
menghampiri bilik mama tirinya. Sampai saja di depan pintu bilik yang terbuka
luas itu, dia pelik melihat mama tirinya menangis sambil menatap sebuah album.
“Kenapa mama nangis?” soalnya sambil melangkah menghampiri wanita itu.
Mama
tirinya pantas menyembunyikan album di bawah bantal. “Mana ada mama nangis.
Mata mama ni masuk habuk.”
Mama…
mama... Zihah bukan budak-budak lagi. Zihah tahu mama menangis. Tapi apa yang
menyebabkan mama menangis? Tak mungkin mama menangis bila tengok gambar arwah
ayah. Tu mesti gambar orang lain sebab aku tak pernah tengok pun album tu masa
ayah hidup. Kata-kata itu hanya terluah di dalam hatinya saja.
“Zihah
dah makan?”
“Belum
lagi. Zihah masuk bilik mama ni nak ajak mama makanlah. Jom kita makan, ma.
Zihah laparlah.” Nazihah mengusap perutnya.
“Kesian
anak mama. Jomlah kita makan.”
Nazihah
mengekori langkah mama tirinya dari belakang. Sekilas dia berpaling ke bantal
merenung tajam pada album gambar yang disorokkan wanita itu tadi. Dia nekad
mahu mendapatkan album itu nanti. Selagi tak lihat sendiri hatinya tak akan
rasa puas. Dia yakin ada sesuatu pada album itu.
*****
SEBAIK saja mama tirinya ke tempat kerja, Nazihah pantas menyelinap
masuk ke bilik wanita. Album gambar yang menjadi punca wanita itu mengalirkan
air mata dicari. Hampir semua tempat digeledah namun satu album pun dia tak
jumpa. Matanya tiba-tiba terpaku pada almari pakaian. Dia membuka almari lalu
memulakan pencariannya. Matanya bersinar apabila menjumpai apa yang dicari.
Ketika dia menarik keluar album itu, sebuah diari yang kelihatan agak kusam
turut terjatuh. Dia mengutip diari itu lalu membeleknya.
“Diari siapa ni?” Naziha duduk di birai katil dan membaca
isi yang terkandung dalam diari itu. Dia terkejut membaca isi diari milik mama
tirinya. Dia tak menyangka wanita itu sanggup mengorbankan diri demi
menyelamatkan syarikat bekas suaminya. Dia juga tak menyangka ayah yang amat
dia sayang dan hormati sanggup meruntuhkan rumah tangga orang. Usai membaca
diari itu, dia membuka pula album yang diambil tadi. Dia melihat satu per satu
gambar yang ada.
Tiba-tiba
dia terdengar bunyi enjin kereta dimatikan. Dia melangkah ke tingkap bilik
untuk melihat siapa yang balik. Terkejut dia melihat mama tirinya keluar dari
kereta. Mungkin tertinggal barang. Sepantas kilat dia mengambil sekeping gambar
pada album itu lalu menyimpan semula album itu di dalam almari. Diari milik
wanita itu dibawa ke biliknya. Sejak dari itu dia nekad untuk mengembalikan
mama tirinya ke pangkuan bekas suami dan anak-anak kandungnya. Sejak dari itu
juga dia mula mengumpul maklumat mengenai bekas suami mama tirinya, Dato’
Johan.
Nazihah bangkit dari pembaringan. Badannya di sandarkan di kepala
katil. “Aku mesti berterus terang pada Qasyi. Tapi aku takut! Tak apalah, demi
mengembalikan mama pada Uncle Johan,
aku sanggup terima apa je keputusan
Qasyi. Mama dah banyak menderita sejak berkahwin dengan ayah. Aku nak tengok
mama bahagia. Zihah, kau kena kuatkan semangat kau!”
*****
“QASYI,
saya ada sesuatu nak bagitau awak,” kata Nazihah. Ketika itu dia dan Qasyi
sedang menikmati pemandangan waktu malam di Putrajaya.
“Apa
dia?” soal Qasyi ingin tahu.
Nazihah
menarik nafas perlahan. Jika Qasyi masih menerima dia, dia ingin meminta
bantuan lelaki itu untuk menolongnya menemukan kembali Dato’ Johan dengan mama
tirinya, Khalidah.
“Sebenarnya,
saya anak tiri Khalidah.” Nazihah memandang wajah Qasyi untuk melihat reaksi
lelaki itu.
Wajah
Qasyi berubah merah menahan marah apabila mendengar nama mamanya keluar dari
mulut Nazihah. Peristiwa 15 tahun dulu kembali menerjah di mindanya. Dia meraba
parut yang dihadiahkan mamanya. “Jadi, selama ni awak sengaja nak mempermainkan
sayalah?! Awak buat saya jatuh cinta pada awak, tergila-gilakan awak, lepas tu
baru nak bagitahu yang awak ni anak tiri perempuan tu?! Apa yang awak dapat
dengan buat macam ni? Apa?!”
Nazihah tergamam dengan reaksi Qasyi. Lidahnya kelu untuk
bersuara.
“Awak nak balas dendam kat saya sebab saya mempermainkan
perasaan ramai perempuan? Apa salah saya pada awak? Awak tak ada hak nak
mempermainkan perasaan saya!” tengking Qasyi.
Pengunjung yang turut berada di situ sudah menjeling ke
arah mereka.
Qasyi
bangkit dari duduknya. Dia berlalu meninggalkan Nazihah. Dia tak dapat
menerima, perempuan yang dicintainya merupakan anak tiri mamanya.
“Qasyi,
tunggu! Dengarlah penjelasan saya dulu.” Nazihah turut bangun mengejar Qasyi.
Ketika lelaki itu ingin membuka pintu kereta, dia cepat-cepat menghalang. Dia
berdiri betul-betul di depan pintu kereta. “Dengarlah penjelasan saya dulu,
Qasyi. Saya bukan nak mempermainkan awak. Dan saya bukan nak balas dendam kat
awak. Awak kena dengar penjelasan saya,” rayunya.
“Tak ada
apa yang awak perlu jelaskan lagi. Mulai hari ni hubungan kita putus! Saya tak
nak tengok muka awak lagi.” Qasyi menolak Nazihah ke tepi.
“Senangnya
awak, Qasyi. Lepas awak tunjukkan keikhlasan awak pada saya, awak tinggalkan
saya. Awak tahu tak, sebab inilah saya tak nak terima awak dulu. Sekarang awak
tinggalkan saya bila dapat tahu yang saya anak tiri mama Khalidah. Saya tak
kisah awak nak tinggalkan saya tapi please… dengar dulu penjelasan
saya.” Nazihah menangis teresak-esak.
Qasyi tak
sanggup melihat air mata Nazihah. Dia memang mencintai gadis itu tapi apabila
mendapat tahu gadis itu mempunyai hubungan dengan mamanya, dia jadi benci!
Benci dengan orang yang ada pertalian dengan perempuan itu. Dia mengeraskan
hatinya untuk tak mempedulikan permintaan Nazihah. Dia masuk ke dalam kereta
dan memandu meninggalkan kawasan Putrajaya.
Nazihah
masih lagi menangis teresak-esak. Dia mengambil telefon pintar di dalam beg
tangan. Nombor Eshaan didail. Apabila talian bersambut, dia meminta abang
sepupunya itu datang menjemputnya.
*****
“SABARLAH,
Zihah. Semuanya salah abang, kan? Kalau abang tak suruh Zihah berterus terang,
mesti hubungan Zihah dengan dia tak jadi macam ni, kan?” ujar Eshan. Ketika itu
dia membawa Nazihah makan di Restoran Seri Melayu.
Nazihah
masih lagi sedih dengan keputusan Qasyi. Wajahnya muram. “Bukan salah abang
pun. Kalau abang tak suruh pun Zihah memang nak bagitahu dia perkara sebenar.
“Apa
rancangan Zihah lepas ni?”
“Zihah
ingat esok Zihah nak jumpa dia kat ofis.
Dia nak jumpa Zihah atau tak, Zihah tetap akan cerita perkara sebenar.”
“Zihah
nak abang temankan ke?” Eshaan bersimpati dengan nasib Nazihah.
“Tak
payah, bang. Zihah masih boleh handle.”
*****
“AWIN,
batalkan semua appointment aku. Lagi satu, aku tak nak sesiapa ganggu
aku. Aku nak bersendirian!” Suara Qasyi kedengaran di Interkom. Selepas
beberapa hari tak datang ke pejabat, akhirnya dia muncul juga hari ini.
“Okey,
bos!”
Nazihah
berjalan mendapatkan Shazwina. “Awin, Encik Qasyi ada kat dalam ke?” Hampir
setiap hari dia bertanya Shazwina mengenai Qasyi. Pagi tadi ketika dia
memarkirkan kereta, dia ternampak kereta Qasyi di situ. Dengan muka
berseri-seri dia melangkah ke pejabat.
“Bos ada
tapi... dia tak nak jumpa sesiapa.” Shazwina serba salah
“Please,
Awin… saya kena jumpa dengan Encik Qasyi jugak. Penting sangat-sangat. Ini soal hidup dia.”
“Tunggu
kejap.” Shazwina menekan interkom. “Bos, Nazihah nak jumpa.”
“Kan aku
dah kata tak nak jumpa sesiapa. Kau tak faham bahasa ke?!” herdik Qasyi.
Shazwina
terperanjat. Selama dia bekerja di bawah Qasyi, tak pernah lagi dia ditengking
sebegitu rupa.
Dalam
Shazwina sedang terkulat-kulat, Nazihah mengambil keputusan untuk melangkah
masuk ke bilik Qasyi. Pintu bilik lelaki itu dikuak.
Mencerlung mata Qasyi melihat Nazihah merempuh masuk ke
dalam biliknya. “Siapa suruh kau masuk hah? Keluar dari bilik aku sekarang!” Marahnya
pada Nazihah masih belum pudar. Dia rasa tertipu. “Awin, bawak dia keluar!” arahnya sebaik saja melihat wajah serba salah
Shazwina di belakang Nazihah.
“Zihah,
jom kita keluar…” Shazwina memegang lengan Nazihah.
“Saya
takkan keluar sebelum awak dengar penjelasan saya!” ujar Nazihah tegas. Tangan
Syazwina yang menariknya ditepis.
“Okey,
apa yang kau nak jelaskan? Cepat sikit, aku sibuk!” Qasyi mengalah.
Mendengar
kata-kata Qasyi, Shazwina melangkah keluar. Pintu bilik Qasyi ditutup rapat.
Nazihah
menghampiri Qasyi. Diari kusam milik Khalidah dihulur kepada lelaki itu. “Awak
baca ni dulu, nanti awak akan faham.”
Dengan
malas Qasyi mengambil lalu menyelak helaian demi helaian. Dia terhenti pada
helaian yang bertarikh 18 April 1996. Dia membaca satu per satu bait yang
tertulis di situ.
18
April 1996
Aku mendapat panggilan telefon
dari mama. Mama memaksa aku meminta cerai dari Johan. Kalau aku tak ikut arahan
mama, mama akan hancurkan perniagaan Johan. Mulanya aku hanya abaikan
permintaan mama. Aku menyangka mama hanya berpura-pura mengugutku. Mana ada ibu
yang sanggup tengok anak dia menderita, kan.
21
April 1996
Sedikit demi sedikit pelabur di
syarikat Johan menarik diri untuk terus melabur. Johan semakin susah hati dengan
syarikatnya yang kian terumbang-ambing. Kalau boleh aku nak sangat bantu tapi
aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Hanya satu je yang terlintas kat kepala aku
sekarang. Mama! Ya, hanya mama yang boleh tolong syarikat Johan. Esok aku akan
ke rumah mama meminta bantuan.
22
April 1996
Aku tak sangka kejatuhan
syarikat Johan berpunca dari mama. Mama memaksa aku sekali lagi meninggalkan
Johan dan kedua-dua puteraku yang masih kecil tapi aku tak sanggup. Aku sangat
sayangkan keluarga aku. Tapi mama bagi kata putus. Kalau aku tak minta cerai,
mama akan buat hidup kami sekeluarga merempat!
Sampainya hati
mama buat anak kandung dia macam ni. Tak nak ke mama tengok aku hidup bahagia
dengan keluarga aku sendiri? Aku terpaksa membuat keputusan! Demi untuk tak mahu
melihat suami dan anak-anak hidup menderita, biarlah aku mengalah. Biarpun
pedih, kuteruskan jua.
23
April 1996
Mama menghubungiku bertanyakan keputusan
aku. Aku kata aku setuju dengan kehendak dia. Mama gembira. Dia akan suruh
Malik ambil aku esok.
Hari ni merupakan hari
terakhirku bersama keluarga tercinta. Aku memasakkan lauk kegemaran suami dan
anak-anakku. Aku melihat satu per satu wajah yang aku sayang. Dalam hati, aku
menangis pilu. Ya Allah, aku tak sanggup berpisah dengan keluargaku. Tolonglah
kuatkan semangatku esok.
24
April 1996
Tahniah, Khal! Kau dah berjaya
menyakitkan hati suami dan anak-anak kau! Tapi aku terpaksa! Kalau tak, aku tak
akan sampai hati nak tinggalkan mereka. Aku memang ibu yang teruk! Dengan
tangan sendiri aku tolak along. Aku tergamam masa tengok banyak darah yang
mengalir kat dahi along. Aku ingin menghampiri along dan bagitahu dia yang aku
tak sengaja tolak dia. Maafkan mama, along... maafkan mama...
Bila Johan bagi kata putus
kepadaku, aku nak sangat pilih untuk terus jadi isteri dia tapi mesej yang
dikirim mama membantutkan keputusanku. Aku pasrah kalau sampai di sini saja
jodohku dengan Johan. Kerna terpaksa juga, aku melangkah pergi buat
selama-lamanya dari hidup suami dan anak-anakku. Along, Qaleef... maafkan mama.
Maafkan Khal, abang...
25
April 1996
Hari ini mahkamah mengesahkan
perceraianku dan Johan. Aku terpaksa meneruskan hidupku tanpa Johan dan
anak-anak. Petang itu juga tanpa pengetahuan Johan aku pergi ke hospital di
mana along ditempatkan. Aku hanya melihat dari jauh. Pilu hati tengok kepala
along yang berbalut. Aku teringin sekali nak peluk along dan kurangkan
kesakitannya. Maafkan mama, along… maafkan mama. Mama sayang along, sayang
Qaleef dan juga papa. Tapi mama tak
berdaya, along… tak berdaya...
Air mata Qasyi tumpah. Dia menyelak helaian seterusnya
dan meneruskan pembacaan tanpa menghiraukan Nazihah yang merenungnya.
26
April 1996
Aku terkejut mendengar
permintaan mama. Mama memaksaku mengahwini Malik yang telah lama kematian
isteri, sesudah aku habis edah nanti. Menurut mama, Malik mempunyai seorang
anak perempuan yang ketandusan kasih-sayang seorang ibu. Mama kejam! Kenapa
mama tak fikir pasal anak-anak aku yang juga memerlukan kasih sayang aku?!
Petang itu jugak aku jumpa
Malik, minta dia menolak cadangan mama tapi Malik tak nak. Dia membuat
pengakuan. Pengakuannya membuatkan aku terkejut. Dia sebenarnya cintakan aku
sejak dulu lagi. Dia kecewa apabila dapat tahu aku berkahwin lari di Songkhla,
Thailand bersama Johan.
Sejak itu dia membawa diri ke
luar negara. Beberapa tahun kemudian dia kembali ke Malaysia bersama anak
tunggalnya yang ketika itu berumur 9 tahun. Apabila dia mendapati syarikat mama
menghadapi masalah, dia menghulurkan bantuan tapi dengan syarat, mama mesti
kahwinkan aku dengan dia. Demi menyelamatkan syarikatnya, mama sanggup
menggadaikan aku tanpa mengira aku masih isteri kepada Johan. Sungguh kejamnya
mama!
Ternyata rancangan Malik dan
mama untuk memisahkan aku dan keluarga berhasil. Sehingga aku dibenci oleh
bekas suami dan anak-anakku sendiri.
14
August 1996
Hari ini, aku telah sah menjadi
isteri Malik. Hati merintih pilu namun apabila melihat wajah anak tunggal
Malik, aku merasakan rinduku terhadap anak-anakku terubat. Aku layan anak Malik
seperti anakku sendiri. Nazihah seorang anak yang baik dan mendengar kata.
28
Julai 1999
Mama telah kembali ke
Rahmatullah. Aku redha dengan pemergian mama. Kepada Dia kita datang dan kepada
Dia juga kita kembali. Semoga roh mama dicucuri rahmat. Sebelum mama
menghembuskan nafas terakhir, mama sempat memohon maaf atas segala perbuatannya
kepadaku. Aku dengan seikhlas hati memaafkan mama.
30
september 2000
Hubunganku dengan Malik tak
bahagia sejak dari mula kami berkahwin. Kami sering bertengkar sebab dia
tangkap aku selalu menangis melihat gambar-gambarku bersama Johan dan
anak-anak. Pernah dia campak album itu ke luar tingkap. Mujur Mak Milah, orang
gaji Malik ternampak ketika dia sedang menyiram pokok bunga. Dia bagi kepadaku
semula selepas Malik ke tempat kerja.
20
February 2002
Malik telah selamat dikebumikan
semalam. Aku terjumpa sepucuk surat dari dalam laci. Aku kenal tulisan tangan
Malik. Surat itu kubuka apabila melihat namaku tertera di situ. Dalam kandungan
surat itu Malik juga memohon maaf kepadaku kerana telah meruntuhkan rumah tanggaku.
Dia meminta aku menjaga anaknya Nazihah dan memintaku menguruskan syarikatnya.
Aku berjaji akan menjaga Nazihah seperti anakku sendiri kerana Nazihah la
penawarku sekarang.
15
September 2003
Selepas terbaca artikel tentang Johan di paper, aku rasa
sangat rindu dengan anak-anakku. Ternyata Johan telah berjaya membangunkan
empayarnya semula. Aku teringin berjumpa dengan anak-anakku dan Johan tapi aku
takut mereka tak nak berjumpa denganku lagi.
Biarlah aku memendam rindu ini,
asalkan mereka bahagia tanpaku. Biarlah Tuhan yang menentukan segalanya.
Qasyi menutup diari kusam itu setelah selesai membaca.
Air matanya masih lagi belum berhenti. Dia memandang Nazihah. “Thanks, Zihah… thanks sebab
bagitahu saya perkara yang sebenar. Kalau tak, mesti saya masih benci mama.
Rupa-rupanya mama tak salah,” ucapnya
Nazihah
tersenyum. “Lepas je saya baca diari
mama, saya nekad nak kembalikan mama
semula kepada keluarganya. Sebab tulah saya masuk ke syarikat ni tapi awak je yang salah anggap.”
“Sorry
sebab saya dah sakitkan hati awak kelmarin.”
“It's
okay...” Nazihah tersenyum.
“Awak
balik dengan apa hari tu?”
“Saya
telefon Abang Eshaan suruh dia ambil.”
“Boleh bawak
saya jumpa mama?”
Nazihah
mengangguk. “Tapi bukan sekarang.”
“Kenapa pulak?”
Qasyi pelik.
“Sebab
saya ada rancangan saya sendiri tapi saya nak awak tolong saya.” Nazihah
tersengih nakal.
“Tolong
apa?”
“Macam
ni… hari Ahad ni hari bapa, kan? So, saya nak awak pakat dengan Qaleef
supaya bawak Uncle Johan ke
Hotel Hilton. Saya pulak akan bawak mama ke sana. Nanti kita
jumpa kat sanalah.”
“Ooo…
maknanya awak nak buat program jejak kasihlah ni ya?” Qasyi tersenyum. Terharu
dengan rancangan Nazihah.
“Pandainya
awak teka,” puji Nazihah.
Shazwina yang berada di luar pelik mendengar ketawa
bosnya dan Nazihah. “Aik, tadi
bukan main melenting. Sekarang ketawa pulak? Entah apalah ilmu yang Si
Zihah pakai ni.”
“Zihah,
saya nak kita sambung balik hubungan kita. Saya janji takkan sakitkan hati awak
lagi. Awak pun tahu kan masa tu
fikiran saya bercelaru bila awak bagitahu pasal identiti awak yang sebenarnya.
Terima saya balik eh?” pinta Qasyi.
Nazihah
mengangguk laju.
“Thanks,
Zihah… thank you so much,” ucap Qasyi.
*****
“MAMA, boleh Zihah masuk?” pinta Nazihah yang sudah berada di
depan pintu bilik Khalidah.
“Masuklah.
Macam tak biasa pulak Zihah ni.” Khalidah tersenyum.
Nazihah
pantas melabuhkan duduk di atas kati di sebelah Khalidah.
“Dah
besar anak mama ni. Zihah dah ada special boyfriend ke?” Khalidah
mengusap lembut pipi Nazihah.
Nazihah
mengangguk. Inilah peluangnya untuk menceritakan rancangannya.
“Siapa
lelaki yang berjaya menambat hati anak mama ni?” Khalidah memeluk bahu Nazihah
dengan sebelah tangan.
“Nama
dia Qasyi.”
Khalidah
tergamam mendengar nama itu. Tak mungkin dia. Ramai lagi nama Qasyi. Khalidah
cuba menyedapkan hatinya.
Nazihah
tahu mamanya terkejut. “Qasyi Umair Dato’ Johan.” Kali ini Nazihah menyebut
nama penuh Qasyi.
Kelihatan
peluh memercik di dahi Khalidah. Wajahnya pucat.
“Kenapa,
mama? Mama sakit ke?”
“Erk...
tak ada apa-apa. Mama okey.” Khalidah menyeka peluh di dahinya. “Zihah buat
praktikal kat syarikat mana?”
“Impiana
Holdings.”
“Ya
Allah!” Jantung Khalidah bergetar kuat.
“Kenapa,
ma?”
“Tak ada
apa-apa. Zihah, mama mengantuk. Mama nak tidur dulu.” Khalidah menarik selimut
dan ingin membaringkan diri.
“Zihah
dah tahu semuanya, ma.”
Kata-kata
Nazihah menghentikan perlakuan Khalidah. Dia memandang Nazihah dengan riak
terkejut. “Apa yang Zihah tahu?”
Nazihah
senyap. Sengaja mahu buat mamanya tertanya-tanya.
“Zihah…”
Khalidah memegang tangan Nazihah meminta penjelasan.
Sejuk
terasa tangan Khalidah. Nazihah menarik nafas perlahan. “Zihah tahu segalanya
pasal kisah silam mama. Mama dipaksa minta cerai, mama terpaksa kahwin dengan
ayah Zihah dan mama sangat-sangat merindui keluarga mama.”
“Mana
Zihah tahu?”
“Zihah
terbaca diari mama. Zihah minta maaf sebab baca diari tu tanpa pengetahuan
mama. Sebenarnya Zihah masuk ke Impiana Holdings bersebab.” Nazihah memandang
wajah Khalidah yang lencun dibasahi air mata.
Khalidah
tersedu-sedan. Matanya terbayang wajah-wajah yang amat dirindui. Dia memegang
dadanya. Terasa pedih dadanya menanggung rindu.
“Zihah
masuk ke situ untuk kembalikan mama kepada Uncle
Johan dan anak-anak mama,” sambung Nazihah lagi.
“Tapi dia
orang bencikan mama. Dia orang fikir mama jahat tapi mama terpaksa, Zihah… mama
terpaksa.”
“Ma,
Zihah tahu mama terpaksa. Bukan kehendak mama pun.” Nazihah menenangkan
Khalidah. “Mama, sebenarnya Qasyi dah tahu pasal ni. Dia dah maafkan mama.”
“Betul
ke dia maafkan mama? Betul ke, Zihah?” Khalidah menggoncang bahu Nazihah.
Nazihah
mengangguk. “Dia teringin sangat nak jumpa mama. Mama nak jumpa dia tak?”
“Nak,
Zihah… mama nak jumpa dia. Boleh kita pergi sekarang?” Khalidah bangkit mahu
menukar pakaian. Pintu almari sudah dibuka. Laju tangannya memilih baju.
Nazihah
turut bangkit mendapatkan Khalidah. “Mama, kita bukan nak pergi malam ni. Dah
lewat ni. Qasyi mesti dah tidur.”
Terhenti
pergerakkan Khalidah. Wajahnya bertukar muram. Perlahan-lahan dia melabuhkan
duduk di katil. Air matanya mengalir lagi. Dia benar-benar ingin berjumpa
anak-anaknya.
“Mama,
janganlah macam ni. Zihah akan bawak mama jumpa dengan dia orang hari Ahad
nanti ya? Zihah janji yang keluarga mama akan bersatu semula.”
Khalidah
memeluk Nazihah.
*****
“PAPA,
hari ni kita sambut hari bapa kat Hotel Hilton eh? Boringlah asyik sambut kat rumah je,” pinta Qaleef. Semalam dia baru
mendapat tahu mengenai mamanya. Qasyi telah menceritakan segala-galanya. Dia
juga seperti Qasyi, tak menyangka mamanya telah diugut oleh arwah nenek mereka.
Tapi dia tak membenci arwah neneknya kerana neneknya telah tiada. Lagipun, tak
baik memaki orang yang sudah tiada.
“Papa
rasa malaslah nak keluar hari ni. Kita sambut kat rumah jelah,” ujar Dato’ Johan pula.
“Alah,
pa… please...” rayu Qasyi pula. “Along, Qaleef dan Zihah ada hadiah
istimewa untuk papa. Please, pa…”
“Betul
ni hadiah istimewa?” Dato’ Johan teruja mendengarnya. Siapa yang tak nak
hadiah, kan...
Kedua-dua
mereka mengangguk serentak.
“Okey,
kita sambut kat luar!” putus Dato’ Johan.
“Yeay!!!”
Mereka bersorak seperti budak kecil. “Jom kita bersiap sekarang!” Qasyi dan
Qaleef menarik tangan Dato’ Johan.
*****
“MANA hadiahnya?”
Dato’ Johan menghulurkan tangan kepada Qasyi dan Qaleef.
“Nantilah,
pa. Kejap lagi Zihah bawak. Kita tunggu sekejap.” Qasyi menilik jam di
tangan kiri. Beberapa minit menunggu, dia terpandang kelibat Nazihah bersama
mamanya di pintu masuk Restoran Hotel Hilton. “Papa, pejam mata sekejap boleh
tak? Zihah dah bawakkan hadiah
tu,” pintanya
“Okey.”
Tanpa banyak cakap, Dato’ Johan menutup kedua-dua belah matanya.
Nazihah
mempercepatkan langkah.
“Zihah,
mama takutlah.” Khalidah gementar sebaik saja melihat anak-anak dan bekas
suaaminya sudah sedia menunggu.
“Mama
jangan risau, Qasyi dan Qaleef kan dah maafkan mama. Dia orang tak
salahkan mama pun. Relaks,
okey…” Nazihah menggenggam tangan Khalidah.
Qasyi
dan Qaleef menyalami mamanya sebaik saja Nazihah dan Khalidah sampai ke meja.
Qasyi membuat isyarat agar Khalidah tak bersuara dan memintanya duduk di
hadapan Dato’ Johan yang masih lagi munutup mata.
“Papa
boleh bukak mata sekarang,” arah Qasyi.
Sebaik
saja membuka matanya, Dato’ Johan terkejut melihat bekas isterinya berada di depannya.
Lama dia merenung wajah bekas isterinya itu.
“Pa,
inilah hadiah yang along, Qaleef dan Zihah cakapkan tu. Tapi sebelum kami
tinggalkan papa dan mama untuk berbincang, along dan Qaleef nak minta maaf pada
mama sebab pernah membenci mama,” ucap Qasyi. Kemudian Qasyi dan Qaleef
mendapatkan mamanya. Tubuh wanita itu dipeluk.
“Mama
pun nak minta maaf jugak sebab mama dah tinggalkan kamu berdua dan mama jugak
dah cederakan along.” Khalidah menangis teresak-esak. Dia mencium dahi
kedua-dua anak bujangnya yang sudah 15 tahun tak ditemui. “Dah besar anak-anak
mama ni…”
Nazihah
dan Dato’ Johan yang menyaksikan adengan itu turut mengalirkan air mata.
Kemudian Dato’ Johan dan Khalidah ditinggalkan berdua untuk berbincang dari
hati ke hati.
“Abang,
Khal nak minta maaf sebab Khal tak tunaikan janji untuk sehidup semati dengan
abang. Khal dah mungkir janji.” Khalidah menceritakan semula sebab dia
meninggalkan keluarganya pada masa itu.
Dato’
Johan mengesat air matanya. “Sudahlah, Khal. Perkara yang lama jangan dikenang
lagi. Sekarang ni kita buang yang keruh, ambil yang jernih,” ucap Dato’ Johan
seusai mendengar cerita dari bekas isterinya. “Khal, abang nak kita nikah
semula. Sudi tak Khal jadi isteri abang semula?” Cintanya pada Khalidah
bertambah mekar setelah mendengar cerita bekas isterinya. Dia terharu dengan
pengorbanan bekas isterinya itu.
“Tapi,
bang... macam mana dengan along dan Zihah? Dia orang kan tengah bercinta
sekarang.” Khalidah ragu-ragu.
“Pasal
kami mama dan papa tak perlu risau sebab kami bukan adik-beradik kandung pun.
Jadi, along dah buat keputusan yang along akan menikahi Zihah.” Qasyi tiba-tiba
menyampuk dari belakang.
Nazihah
terharu bercampur terkejut mendengar keputusan Qasyi.
“Nampaknya
kita buat serentaklah perkahwinan papa dengan mama, along dengan Zihah,” kata
Qaleef pula.
Mereka sekeluarga
ketawa gembira.
*****
USAI majlis pernikahan antara Dato’ Johan-Khalidah dan
Qasyi-Nazihah, mereka berkumpul di ruang tamu beramai-ramai.
“Zihah, thanks
sebab kembalikan mama kepada papa. Papa amat menghargai pertolongan Zihah,”
ucap Dato’ Johan.
“Tak
apa, pa. Itu dah memang tanggungjawab Zihah. Zihah sanggup buat apa saja untuk
tengok mama gembira semula. Mama dah banyak hidup menderita di sebabkan arwah
ayah Zihah,” kata Nazihah pula.
“Thanks,
Zihah… thanks sebab satukan kembali keluarga abang. Kalau Zihah tak muncul
kat syarikat papa, mungkin abang masih jadi playboy lagi kot.” Qasyi
menggenggam erat tangan Nazihah.
“Kalau
tak disebabkan Qaleef, mesti along tak bertemu dengan kak long tau. Dahsyat betul
along ni tau, ma. Sampai berhujan dia merayu kat kak long supaya terima lamaran
dia.” Qaleef mengungkit semula kejadian yang menyebabkan Qasyi demam.
“Yalah.
Terima kasih jugak pada Encik Qaleef Haikal kita ni yang dah berjaya
pujuk papa supaya pilih Zihah untuk program praktikal kat ofis tu,” kata Qasyi lagi.
Mereka ketawa lagi
Nazihah
bersyukur di dalam hati kerana segala rancangannya berjalan lancar. Sekarang,
keluarga suaminya sudah bersatu kembali.
~TAMAT~
terharu sgt...
ReplyDeleteentah la...mungkin la ati sy terlebih emosi...sampai nagis2 pula...sib baik x de org tgk. hee...
tahniah.
Cik n.haliban: Terima kasih sudi bace... waa cite ni sedih sgt ek... nmpknye wc berjayalah buat cerita sedih...
ReplyDeleteblog berjaley2 baca cerita menarik :D
ReplyDeleteyg ni pun dah baca dulu kt blog wc tpi msa tu mls nak komen.. hehe.. sedih woo... x sngka mak die ada sbb tersendiri.. <3 karya2 wc~
ReplyDelete@RinsyaRyc, thnks banyak2... WC akan usaha lagi, untuk baiki penulisan WC...
ReplyDeletebest sgt. terharu.. huhu.
ReplyDeletebest...
ReplyDeleteThnx tu awak n Mimi sebab sudi baca cerpen lama yang xseberapa ni... sekarang WC tengah gigih siapkan cerpen Jodohku Di Parking... Nak kata sekuel cerpen Kerna Terpaksa ni xkot sebab hero n heroin utk cerpen JDP ni org laen... cume letak watak dari cerpen KT ni sikit je...
DeleteBest giler
ReplyDeleteThnx for reading n dropping by =)
DeleteTerbaik!!
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca cerita yang biasa-biasa ni
DeleteBest nya jalan cerita dan penamatnya . Tahniah buat penulis
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca dan komen
Deletebest jalan cerita dia . hampir nak nangis tapi tetap control hahaha . tengah kerja ni nanti orang nampak malu la
ReplyDeleteTerima kasih
Delete