Followers

Sunday 19 June 2011

Cerpen: Kerna Terpaksa

Edited Version


“AWAK dah berubah sekarang, Khal. Mana Khalidah yang saya kenal dulu? Mana dia janji awak yang sanggup sehidup semati dengan saya tak kira susah ataupun senang? Mana?!” Meninggi suara Johan. Panas hatinya apabila melihat isterinya sedang memasukkan kesemua pakaian ke dalam luggage.
            “Saya dah tak boleh hidup dengan awak lagi. Dulu sebelum kita kahwin, awak janji yang kita takkan hidup susah sebab awak kata perniagaan awak tu stable tapi sekarang syarikat awak dah bankrap! Mana nak cekau duit untuk bayar hutang-hutang tu semua? Entah-entah awak akan jadikan saya alat untuk langsaikan semua hutang-hutang tu. Sebelum saya dipergunakan, lebih baik saya balik rumah mama saya! Sekurang-kurangnya saya masih ada tempat untuk berlindung lepas kondo ni disita.” Selesai mengemas semua barang-barangnya, Khalida melangkah keluar dari bilik sambil mengheret luggage dan menjinjing sebuah beg pakaian.
             “Astaghfirullahalazim... apa yang awak merepek ni, Khal? Perniagaan saya bankrap tak ada kena mengena dengan nak pergunakan awak. Awak ingat saya jahat sangat ke hah? Saya bukan lelaki pengecut yang sanggup korbankan perempuan yang saya sayang demi kepentingan sendiri. Saya masih waras lagi, Khal! Siapa yang dah menghasut awak ni?!” Johan mengekori langkah isterinya yang sedang menuruni tangga.
            “Tak ada siapa yang menghasut. Saya sendiri yang nak keluar dari sini.” Khalidah masih terus berjalan. Langkahnya terhenti apabila terasa lengannya ditarik kuat dan dia sedikit terdorong ke belakang. “Isy, lepaskan saya! Sakit tahu tak?!” jeritnya.
            Johan melepaskan pegangannya. “Awak dah tak sayangkan saya ke, Khal?” Suaranya kedengaran sayu. “Cuba awak ingat balik pelbagai rintangan yang kita dah lalui untuk hidup bersama dulu. Tolong jangan pergi, Khal…”
            “Saya memang dah tak sayangkan awak lagi malah saya menyesal kahwin dengan awak! Mungkin betul kata orang dulu-dulu, orang yang kahwin tanpa restu keluarga ni rumah tangganya takkan bahagia!”
            Wajah Johan bertukar mendung. “Kalau awak dah tak sayangkan saya lagi, tolonglah fikirkan tentang anak-anak kita. Takkan awak nak tinggalkan dia orang macam tu je? Dia orang perlukan awak sebagai ibu dia orang.”
            “Dia orang kan anak awak. Awak jelah yang jaga dia orang. Saya tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia orang dan awak!” Khalida menuding jari telunjuk ke dada suaminya. Kemudian dia meneruskan langkah.
            Dengan wajah yang menyinga, Johan merentap kuat beg pakaian yang dijinjit oleh Khalidah.
Khalidah terkejut. Dia menjeling tajam ke wajah Johan.
            “Apa awak kata tadi? Dia orang tu anak awak jugak tau! Awak yang lahirkan dia orang. Saya tak benarkan awak keluar dari rumah ni!” herdik Johan.
            “Apa hak awak nak halang saya hah? Apa hak awak?!” Khalidah menarik semula beg pakaiannya.
            “Saya suami awak! Sebagai isteri, awak kena patuh arahan saya. Pergi masuk bilik sekarang!” Johan merentap kembali beg pakaian itu.
            “Awak ni tak paham bahasa ke hah? I don't want to be your wife anymore! Biarkan saya pergi.” Khalidah merampas balik beg pakaiannya. Dia meneruskan langkahnya kembali apabila melihat Johan terdiam. Belum sempat dia sampai ke pintu keluar, seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun berlari mendapatkannya.
            “Mama, tolong jangan pergi! Jangan tinggalkan along dengan adik...” Budak lelaki itu memaut kedua-dua belah kaki Khalidah menyebabkan pergerakkannya terkunci.
Adiknya hanya berdiri kaku di tangga paling atas. Di situlah tempat mereka berdiri menyaksikan pertengkaran antara kedua-dua ibu bapa mereka sebelum si along meluru mendapatkan mamanya tadi.
            “Lepaskan akulah, aku bukan mama kau lagi! Lepas!” Khalidah cuba menarik kakinya namun pautan budak itu terlalu kejap.
            “Tak nak! Along takkan  lepaskan kalau mama janji takkan tinggalkan along, adik dengan papa!” tegas budak itu. Wajahnya sudah lencun dengan air mata.
            “Aku kata lepas!” Khalidah menolak badan budak itu sekuat hati. Tolakannya menyebabkan kepala budak itu terhantuk pada bucu meja kopi yang diperbuat daripada kaca.
            “Along!!!” Johan memangku anaknya. Dia menarik tisu yang ada di atas meja kopi lantas menekup ke dahi si along yang berlumuran darah.
 Si adik yang hanya berdiri kaku dari tadi segera mendapatkan papa dan alongnya. Wajahnya turut dibanjiri air mata.
            Pucat muka Khalidah apabila melihat banyak darah yang mengalir pada dahi anak sulungnya. Dia hanya berdiam diri tak mampu berbuat apa-apa.
            “Sampai hati awak cederakan anak sendiri, Khal! Apa salah dia hah? Dia cuma tak nak awak tinggalkan rumah ni. Kalau awak masih ada secebis kasih sayang untuk anak-anak kita, awak janganlah pergi. Kalau awak tetap nak pergi jugak, pergilah tapi ingat!” Johan menarik nafas sebelum menyambung kata. “Sebaik saja awak melangkah keluar dari rumah ni, gugurlah talak satu!”
            Khalidah masih lagi berdiri kaku. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi menandakan satu SMS diterima. Selesai membaca SMS itu, dia memandang wajah suami dan anak-anaknya. Perlahan-lahan dia melangkah pergi. Pergi meninggalkan keluarganya.
            “Mama! Mama!” jerit si along tanpa menghiraukan dahinya yang sakit. Kelibat Khalidah hilang dari pandangan matanya. “Papa, along nak mama... jangan biarkan mama pergi, pa...”
            Johan memejam mata. Sayu hatinya mendengar rayuan si along. “Sudahlah, along... biarkan mama pergi. Jom papa bawak along ke hospital.” Dia mencempung tubuh anak sulungnya lalu dibawa ke hospital.
            “Hah!!!” Dia tersedar dari tidur. Turun naik dadanya menarik nafas. Dia meraup wajahnya yang berpeluh. Sejak dua tiga hari kebelakangan ini dia sering bermimpikan kejadian lima belas tahun yang lalu. Dahi yang meninggalkan kesan parut disentuh perlahan. Hatinya sakit mengenangkan peristiwa itu. Dia tak menyangka mamanya sanggup mencederakannya.
Kerana sikap mamanya itu, dia tak pernah percaya pada perkahwinan dan perempuan. Jam di telefon pintar ditilik. “Baru pukul 4.30 pagi,” keluhnya. Qasyi turun dari katil mencapai jubah mandi dan tuala. Kemudian dia keluar dari bilik tidur menuju ke kolam renang di luar rumah banglo dua tingkat itu.
            Sampai saja di kolam renang, dia terus terjun dan berenang. Jika jiwanya kacau, dia akan berenang. Segala masalah yang membelenggu otaknya akan hilang. Hilang bersama kedingingan air kolam, juga membawa pergi wajah mamanya yang sering menghantui mimpinya.
            Setelah puas berenang, dia naik ke atas dan membaringkan diri di kerusi malas. Matanya dihalakan ke langit yang gelap. Keadaan cuaca pagi yang sejuk tak dihiraukan. Tangannya meraba di atas meja mencapai tuala yang diletakkannya tadi. Perlahan-lahan dia mengelap badannya yang basah.
            “Along berenang lagi?”
            Qasyi tersentak. Dia berpaling ke arah suara yang menegurnya.
            Qaleef yang sudah lengkap berbaju Melayu merah, berkopiah putih dan berkain pelekat melabuhkan duduk di kerusi malas di sebelah Qasyi. Dia pelik melihat perangai alongnya yang sejak dua menjak ini asyik berenang pagi-pagi buta.
            “Dah pukul berapa sekarang?” Soalan Qaleef dibiarkan tak berjawab.
            “Lagi 10 minit nak dekat pukul 5.30 pagi.”
            Qasyi mencapai jubah mandi lantas menyarung ke badan. “Along masuk dululah, kejap lagi dah nak azan subuh.” Rambutnya yang basah dilap dengan tuala ditangan. Kaki melangkah ke arah pintu.
            “Along, papa ajak jemaah sama.”
            “Okey, tunggu along kat bilik solat.”
                                                            *****
“AMIN... amin… ya rabbal alamin...” Usai mengaminkan doa, Qasyi berpaling ke belakang menyalami tangan papanya. Tangan inilah yang telah membesarkan dia dan adiknya selepas mamanya meninggalkan mereka. Lelaki inilah papa dan lelaki ini jugalah mama yang tak jemu melayan kerenahnya dan Qaleef.
            Dato’ Johan mengusap lembut belakang badan anak sulungnya. Selepas itu giliran Qaleef pula menyalami tangannya. Dia berehat sebentar di bilik solat sebaik saja anak-anaknya melangkah keluar. Kini dia sudah mampu tersenyum bangga melihat kejayaannya membesarkan anak-anak lelakinya tanpa kasih sayang seorang ibu. Dia sentiasa bersama dengan anak-anaknya dalam apa keadaan sekalipun. Dia tak mahu anak-anaknya bersedih mengenangkan bekas isterinya yang tak bertanggungjawab itu.
Cuma satu yang amat dia bimbangkan. Perangai Qasyi yang sentiasa bertukar-tukar perempuan seperti menukar baju. Dia sentiasa berdoa agar suatu hari nanti muncul seorang perempuan yang dapat memecahkan benteng pertahanan Qasyi yang tak percaya pada perkahwinan. Sudah puas dia memujuk anak sulungnya supaya berkahwin tapi jawapan yang diberikan lelaki itu tetap sama.
“Papa dan mama pun kahwin atas dasar cinta jugak tapi tetap berpisah, kan?”
Dato’ Johan mengeluh perlahan. Dia sudah tak tahu mahu memujuk bagaimana lagi. Dia teringin melihat anak-anaknya berumah tangga sebelum matanya tertutup rapat. Fikirannya mula melayang pada peristiwa malam kelmarin...
Qasyi tergesa-gesa turun dari tangga. Untuk sampai ke pintu keluar, dia perlu melintasi ruang tamu. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke pintu keluar.
            “Along nak pergi mana tu? Tak makan malam dulu ke?” soal Dato’ Johan yang ketika itu sedang menonton Buletin Utama di ruang tamu.
            “Along dah lambat ni, pa. Nak keluar jumpa Cassandra.” Qasyi menyarungkan kasutnya.
            “Aik, Cassandra pulak? Semalam Kay, hari tu Zetty... minggu lepas Krist apa entah namanya. Kristian ke apa entah.” Tergeliat lidah Dato’ Johan mahu menyebut nama-nama koleksi kekasih Qasyi. Nama bukan main lagi!
            “Kristina la, pa… bukan Kristian.” Qaleef membetulkan.
            Qasyi tersengih mendengar bicara papanya. “Okeylah, papa, Qaleef… along pergi dulu. Assalamualaikum.”
“Dato’, sarapannya udah siap dihidang.”
Suara Salmah memecahkan lamunan Dato’ Johan. “Yalah. Bibik pergi panggil Qasyi dengan Qaleef sekali,” arahnya.
            “Qasyi sama Qaleef udah ada di bawah nungguin Dato’.”
            “Kejap lagi saya turun.” Sebaik saja Salmah menutup pintu bilik solat, Dato’ Johan bangkit dan melangkah ke biliknya untuk menyalin pakaian.
                                                            *****
“ALONG boleh tolong hantarkan Qaleef ke kuliah tak?” Qaleef mencedok bihun goreng ke dalam pinggan.
            Qasyi terhenti menyuap bihun goreng. Dia mencapai cawan yang berisi teh O yang sudah suam dan menyisip sedikit.  “Kereta Qaleef mana?”
            “Qaleef bagi Mar pinjam. Dia nak balik kampung sebab mak dia masuk hospital.”
            “Patutlah tak nampak Toyota Vios tu kat garaj. Kenapa dia tak balik kampung naik pengangkutan awam je? Bas dengan teksi kan banyak?”
            “Mar memang nak naik bas tapi Qaleef yang tak bagi. Pemandu bas dengan teksi ni bukan boleh percaya sangat. Kat dalam paper tu banyak kes penumpang yang kena rogol. Daripada dia naik bas, lebih baik dia bawak kereta Qaleef tu.” Qaleef menyuap bihun ke dalam mulut.
            “Tak takut kena tipu ke? Manalah tahu dia jual kereta tu ke?” Qasyi sengaja menakut-nakutkan Qaleef.
            “Tak ada maknanyalah dia nak jual kereta tu. Qaleef kenal siapa Zainab Mardhiah. Lagipun, kami dah lima bulan couple. Qaleef sendiri ada dengan dia masa abah dia call. Opss!” Qaleef menekup mulut apabila terlepas cakap yang dia sedang berkasih dengan Mardhiah. Adess… boleh terlepas cakaplah pulak!
            “Hohoho... senyap-senyap je dah ada makwe eh... pandai simpan rahsia.” Qasyi tergelak kuat.
            “Apa yang digelakkan ni? Rancak bukan main lagi!” Dato’ Johan mengambil tempat di kepala meja. Tali lehernya yang senget dibetulkan sedikit sebelum menyenduk bihun goreng ke dalam pinggan.
            “Along cerita eh, Qaleef?” Qasyi tersenyum nakal.
            Qaleef menjegilkan mata memberi amaran agar Qasyi tak membocorkan rahsianya.
            “Qaleef ni,  pa…” Qasyi ketawa lagi melihat muka Qaleef yang sudah memerah.
            “Along!” Keras suara Qaleef. Dia mengangkat garfu konon nak cucuk mulut Qasyi dengan garfu.
            “Okey… okey… along tak cerita.” Qasyi meletakkan jari telunjuknya ke bibir.
            “Apa yang along dengan Qaleef sorokkan dari papa ni? Baik along cakap. Kalau tak, papa sekat kad kredit along,” ugut Dato’ Johan.
            “Alah… mana aci, pa!” Qasyi tak puas hati.
            “Aci tak aci, along kena bagitau jugak apa yang kelakar sangat tadi?” Mata Dato’ Johan merenung tepat ke wajah kedua-dua orang anak bujangnya.
            Qasyi memandang adiknya. “Sorrylah, Qaleef, along terpaksa cerita jugak nampaknya.”
            Qaleef menundukkan wajahnya. Wajahnya mula terasa panas.
            “Tak lama lagi papa akan dapat menantu. Anak bongsu papa ni dah ada calon…”
            Qaleef pantas mengangkat muka. “Bukan, pa! Mana ada Qaleef nak kahwin. Belajar pun belum habis lagi. Kami cuma berkawan je.” Mukanya makin memerah.
            Dato’ Johan tersenyum. Dia tak menyangka anak bongsunya yang ulat buku sudah mempunyai kekasih hati. Dia memandag Qasyi yang masih galak mentertawakan Qaleef. “Along tu bila nak bawak bakal menantu jumpa papa? Selalu asyik dengar bermacam-macam nama je. Kenalkan tak pernah pulak!” Usikannya beralih kepada Qasyi.
            Ketawa Qasyi terhenti.
“Hahaha…” Kini giliran Qaleef pula yang tersengih mengejek.
“Ehem... ehem...” Qasyi  membetulkan suaranya. “Papa ni kan, saja je tau! Ke papa yang nak berkenalan dengan bekas aweks along tu? Nak jadikan calon mama tiri kami eh?” Dia mengecilkan matanya.
            “Ek eh, ke situ pulak along ni! Untuk papa nak buat apa, papa ni dah tua. Tak ada orang yang nak pun.”
“Eh, papa jangan tak tahu, lelaki berumur zaman sekarang pun laku lagi tau. Papa tu bukannya tua sangat. Papa tak ada rasa nak cari mama tiri untuk kita orang ke?” Qasyi tersenyum nakal.
“Dah, kamu tak payah nak ubah topik. Ingat papa tak tahu kamu nak mengelak?”
Qasyi memejam matanya apabila taktiknya tak menjadi.
“Takkanlah dalam banyak-banyak aweks along tu tak ada satu pun yang sangkut?” Dato’ Johan menggulung-gulung bihun goreng itu dengan garfu sebelum dimasukkan ke mulut.
            “Perempuan macam dia orang tu tak layak nak dibuat bini, pa. Tahunya nak menghabiskan duit orang je,” ujar Qasyi bersahaja.
            “Habis tu yang along usung dia orang ke sana ke sini tu buat apa?” Dahi Dato’ Johan berkerut sedikit.
            “Saja nak enjoy. Nak hilangkan stress lepas habis kerja.”
            “Along tak buat perkara tak senonoh dengan dia orang, kan?” Dato’ Johan merenung tajam ke wajah Qasyi.
            “Astaghfirullahalazim, pa... along masih tahu dosa dan pahala. Tak pernah terdetik pun dalam hati along nak rosakkan anak dara orang. Along keluar dengan dia orang pun just makan-makan and shopping je.” Qasyi membuat pengakuan.
            “Baguslah kalau macam tu. Papa percayakan along. Papa tahu along takkan buat benda-benda yang tak senonoh dengan anak dara orang.” Dato’ Johan tersenyum.
            “Thanks, pa sebab percayakan along.” Qasyi menggenggam tangan papanya.
            “Along, cepatlah makan. Nanti lambat pulak Qaleef masuk kelas.” Qaleef yang sedari tadi diam mula mencelah.
            Qasyi mempercepatkan suapannya. Selesai makan, dia mencapai tisu dan mengelap bibirnya. “Pa, kami pergi dulu.” Qasyi menyalami tangan Dato’ Johan diikui Qaleef.
            “Bawak kereta elok-elok.”
                                                            *****
 EXCUSE ME…” Seorang gadis yang berselendang hitam menegur Qaleef yang sedang mengemas buku-buku untuk beredar dari perpustakaan.
            Qaleef memandang ke kiri dan kanan. Kemudian dia memandang gadis berselendang hitam itu. “Saya ke?” Dia menuding ibu jari ke dada takut kalau-kalau gadis itu menegur orang lain, dia pula yang perasan.
            “Ya, awak... awak ni Qaleef Haikal anak pemilik syarikat Impiana Holdings, right?” soal gadis berselendang hitam itu.
            Qaleef mengerut dahi. “Macam mana awak tahu nama saya dan nama syarikat papa saya?” soalnya pelik. Rasanya dia tak mengenali gadis itu.
            Gadis berselendang hitam itu tersenyum. “Siapa yang tak kenal dengan syarikat Impiana Holdings yang dah setanding dengan syarikat-syarikat korporat lain. Saya Aina Nazihah, pelajar akaun tahun akhir. Boleh kita berbincang sekejap?”
            “Boleh… tapi bukan kat sini. Apa kata kita ke kafe? Saya tengok mak cik library tu dah jeling semacam je. Sebelum dia tegur, baik kita pergi.” Qaleef melangkah keluar dari perpustakaan diikuti Nazihah. “Okey,  apa yang Cik Aina Nazihah nak bincangkan?” Dia memulakan soalan sebaik saja mereka duduk di kafe.
            “Just call me Zihah.” Nazihah melemparkan senyuman.
            Qaleef membalas senyum dan mengangguk.
            “Macam ni… tahun ni merupakan tahun akhir saya. Jadi, saya rasa nak buat praktikal kat syarikat papa awak,” terang Nazihah.
            “Buat jelah, apa susah?” Qaleef mengerut dahi. Tak faham apa motif gadis itu memberitahunya.
            “Masalahnya sekarang, saya dapat tahu ramai yang memohon kat syarikat tu. Saya takut tak terpilih. Boleh tak awak tolong yakinkan papa awak supaya pilih saya?”
            “Kalau dah terlalu ramai, awak boleh pilih syarikat lain, kan? Buat praktikal kat mana-mana pun sama je, Zihah…” Qaleef menyisip minumannya perlahan.
            “Tapi saya kena jugak buat praktikal kat syarikat papa awak tu. Please, Qaleef… I’m begging you. Awak kena jugak tolong saya.” Nazihah mencemikkan wajah meminta simpati.
            “Kenapa awak nak sangat buat praktikal kat syarikat papa saya?” Qaleef curiga. Benaknya merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan gadis bekulit putih di depannya ini.
            “Se... se... sebab...” Tergagap-gagap dia menjawab. Dalam tengah mencari jawapan, matanya terpaku pada skrin televisyen yang menayangkan filem Idola, lakonan Norman Hakim dan Normala Shamsuddin. Dia tersenyum dan memandang wajah Qaleef.  “Sebab Dato’ Johan tu idola saya. Saya kagum dengan papa awak yang tabah mengharungi hidup. Dia sanggup bangkit semula lepas syarikatnya muflis,” jawabnya penuh yakin.
            “Memang papa seorang yang tabah. Walaupun dia terpaksa bermula dari bawah semula, dia tak pernah merungut. Papa memang mempunyai kesabaran yang tinggi. Akhirnya dia berjaya jugak membangunkan syarikat kembali.” Kendur suara Qaleef. Ada nada sedih apabila terbayang kembali pemergian mamanya yang tak sanggup hidup susah bersama mereka.
            “So, awak boleh tolong saya tak?” Nazihah masih lagi menayang muka kesian.
            “Hmmm...” Qaleef diam dan berfikir. Jari telunjuknya diketuk-ketuk ke dagu. Kemudian dia menarik nafas. “Okey, saya akan cuba berbincang dengan papa tapi apa je keputusan papa, awak kena terima,” putusnya. Tak salah dia cuba membantu gadis itu.
            “Thanks, Qaleef. Boleh saya dapatkan phone number awak? Ni saya punya phone number.” Dia memberikan sekeping kertas yang mengandungi nombor telefonnya.
            Qaleef mengambil kertas lalu mencatatkan nombor telefonnya. Usai menulis, dia menyerahkan kertas itu kepada Nazihah.
            “Okeylah, saya pergi dulu ya.” Dia berlalu dari kawasan kafe dengan hati yang lapang. Alhamdulillah… dia meraup wajahnya.
                                                            *****
SELEPAS makan malam, Qaleef masuk ke biliknya. Dia mencapai telefon pintar lantas mencari nama Mar. Selepas menyentuh ikon dail, dia menunggu seketika. “Assalamualaikum, Mar. Awak busy ke? Saya nak tanya sesuatu kat awak ni.”
            “Waalaikumussalam. Saya kat kafe hospital ni. Awak nak tanya apa?” tanya Mardhiah di hujung talian.
            “Awak kenal Aina Nazihah tak?”
            “Aina Nazihah? Macam familiar je nama tu. Kejap, saya nak ingat balik.” Mardhiah diam seketika. “Haaa… saya dah ingat! Dia budak akaun tahun akhir. Kenapa dengan dia?”
            “Betullah dia. Tadi dia datang jumpa saya. Dia nak buat praktikal kat syarikat papa tapi dia suruh saya pujuk papa supaya pilih dia. Awak rasa macam mana? Patut ke saya tolong dia?” Qaleef meminta pendapat.
            “Saya tengok dia okey tapi dia tu macam pendiam sikit dan... dia merupakan pelajar terbaik akaun tau. Saya yakin papa awak akan setuju punya. Awak nak tahu sesuatu tak?”
            “Apa dia?”
            “Pernah sekali tu dia jumpa saya, dia asyik tanya pasal awak je. Patutlah dia asyik tanya, rupa-rupanya dia nak minta tolong awak. Saya pulak dah rasa semacam je masa tu. Hahaha...” cerita Mardhiah.
            “Uiks, jealous ke?”
            “Mahunya tak jealous, tiba-tiba je ada perempuan yang sibuk sangat nak tahu pasal latar belakang awak. Nasib baiklah saya tak sembur dia. Awak tolonglah dia ya?”
“Kalau awak dah kata macam tu kenalah saya pujuk papa bersungguh-sungguh ni. Mak awak macam mana? Dah okey ke? Bila boleh keluar wad?”
“Alhamdulillah, mak saya dah okey sikit. Mak saya tu memang degil. Orang cakap jangan makan durian, dia makan jugak. Mana darah tinggi tu tak naik. Insya-Allah, lusa mak saya dah boleh keluar. Nanti bila saya dah balik kolej saya pulangkan kereta awak.”
“Saya tak kisah pun pasal kereta tu yang penting awak selamat balik ke sini.”
Thanks, awak. Okeylah, saya dah nak naik ke wad mak saya ni. All the best. Assalamualaikum.”
Waalaikumussalam. Take care eh.” Selepas mematikan talian, Qaleef melangkah keluar dari biliknya. Kaki dibawa ke bilik Dato’ Johan. Pintu bilik papanya diketuk dan dipulas tombol. Dia menjengukkan kepala ke dalam. “Papa dah nak tidur ke?”
            Dato’ Johan yang sedang membaca buku di atas katil segera menutup bukunya. Dia menggamit Qaleef agar duduk di sisinya. “Kenapa tak tidur lagi ni? Mesti ada sesuatu yang Qaleef nak bincang, kan? Cakap dengan papa apa yang penting sangat ni sampai tak boleh nak tunggu esok?” tanyanya sebaik saja Qaleef duduk di sisinya.
            “Ermm... kat syarikat papa tu ada buat praktikal untuk pelajar, kan?”
            “Memang ada.” Dato’ Johan meletakkan cermin matanya di meja lampu. “Kenapa tanya? Bukan praktikal Qaleef lagi setahun ke?” Dia pelik.
            “Haah lagi setahun. Pa, nanti boleh tak papa terima permohonan pelajar yang bernama Aina Nazihah?”
            “Kenapa papa kena terima permohonan dia?” Dato’ Johan mengerut dahi.
            “Dia kawan Qaleef. Dia nak sangat buat praktikal kat syarikat papa. Dia kata papa idola dia. Boleh eh, pa?” rayu Qaleef.
            “Nantilah papa fikirkan…”
            “Alah, pa… bolehlah. Mar kata Nazihah tu pelajar terbaik akaun. Qaleef dah janji nak tolong dia,” pujuk Qaleef sambil menggoyang tangan papanya.
            “Mar tu bakal menantu papa ya?” usik Dato’ Johan sambik tersenyum.
            Wajah Qaleef mula memerah. “Papa ni janganlah tukar topik. Boleh eh, pa? Papa jugak yang kata kalau dah berjanji tak elok mungkir janji, kan?”
            “Yalah… yalah… papa tolong. Tapi lain kali jangan berjanji lagi dengan kawan tau. Papa bukan apa, takut nanti orang kata papa ni pilih kasih pulak.
            “Thanks, pa. Qaleef nak pergi sambung buat assignment. Nite, pa...” Dia menyalami tangan Dato’ Johan sebelum melangkah keluar bilik. Telefon pintar di meja lampu dicapai. Dia menaip sesuatu untuk dihantar kepada Nazihah.

Assalamualaikum. Saya dah berbincang dengan papa saya. Dia dah setuju untuk terima permohonan awak.

            Usai menaip, dia menyentuh ikon send. Beberapa minit kemudian telefon pintarnya berbunyi menandakan satu SMS diterima.
           
            Waalaikumussalam. Thanks a lots, Qaleef. Saya akan ingat budi awak. Nite J
           
Selepas membaca mesej itu, Qaleef bergerak ke meja belajar.
                                                            *****
BOSS, Cik Karmila is on the line. Nak saya sambungkan ke?” Suara Shazwina, setiausaha merangkap kawan baik Qasyi kedengaran di interkom.
            “Okey, sambungkan.” Qasyi mengangkat ganggang dan menekan butang talian. Dia melekapkan ganggang ke telinga.
            “Sayang, petang ni kita pergi shopping eh?” Suara manja Karmila kedengaran di hujung talian.
            Qasyi mengurut-urut tengkuknya. “Semalam kan kita dah shopping? Nak shopping apa lagi ni?” soalnya pelik. Huish… tak faham betullah aku dengan perempuan ni. Asyik nak shopping je kerjanya. Tak penat ke?
            “Alah… semalam kita shopping handbag. Hari ni I nak beli baju. Bolehlah, sayang...” Kedengaran suara Karmila merengek manja.
            Qasyi menyandarkan badannya. “I banyak kerjalah, Mila. Hari lain jelah eh?”
            “Please, sayang… you tak sayang I ke?”
            Qasyi menggaru dagunya. “Hmmm... okeylah tapi lambat sikit tau I jemput you.”
            “Okey, I tunggu you kat luar ofis I. Paling lewat pukul 6 tau. Bye, sayang. Jumpa petang nanti.” Karmila bersuara ceria.
            Qasyi menggeleng kepala. Ganggang diletak dan dia menyambung kerjanya semula.
                                                            *****
NAZIHAH merebahkan badannya di katil. Sebaik habis kuliah, dia terus pulang ke rumah teres yang disewa bersama dua orang pelajar tahun dua yang kebetulan sedang mencari bilik sewa pada ketika itu. Dia bangkit dari pembaringan lantas melangkah ke almari. Pintu almari dibuka, dia mengeluarkan sebuah kotak sederhana besar dan dibawa ke katil. Perlahan-lahan penutup kotak itu dibuka. Semua isi di dalam kotak itu dikeluarkan. Dia membelek keratan-keratan akhbar mengenai Dato’ Johan yang dikumpulnya suatu ketika dahulu.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Dia meletakkan kembali keratan tadi ke dalam kotak, kemudian melangkah ke arah pintu dan menguak sedikit pintu itu.
            “Kak Zihah, nak pinjam kereta boleh tak? Sofea dengan Aida nak pergi Kinokuniya kejap, nak cari buku,” pinta Sofea.
            “Akak ambil kunci kereta kejap.” Nazihah menutup pintu bilik dan mencapai kunci kereta yang diletakkan di atas meja solek. Kemudian menyerahkan kunci kereta ke tangan Sofea.
            “Thanks, Kak Zihah...
            Nazihah menutup pintu biliknya semula lantas mendapatkan katil. Keratan tadi dikeluarkan semula. Dia tersenyum seorang diri. “Syukur alhamdulillah, plan aku  untuk masuk ke dalam syarikat Dato’ Johan dah berjaya. Nasib baik Qaleef percaya alasan aku. Kalau tak, terpaksalah aku guna cara lain.” Dia menyimpan semula kotak itu ke dalam almari lantas keluar dari biliknya untuk ke dapur.
                                                            *****
MUKA Karmila masam mencuka. Qasyi yang sedang memandu langsung tak ditegur.
            “Sorrylah, Mila. I terlewat sikit je. sorry, okay?” mohon Qasyi sambil menjeling sekilas ke sisi.
            “You tahu tak dah sejam I tercongok kat luar ofis tu?! You janji nak ambil I pukul 6 tapi sekarang dah pukul 7!” marah Karmila tak puas hati.
            “Kan I dah cakap yang I banyak kerja tadi? Lepas tu jalan jammed. You yang nak sangat pergi shopping hari ni, kan? Macam dah tak ada hari lain nak shopping!” Qasyi menyabarkan hatinya. Ikutkan hati nak aje dia suruh Karmila turun dari keretanya. Dia rimas dengan gadis itu yang suka marah-marah. Tak memahami betul! Apa ingat pejabat dia dengan pejabat perempuan itu dekat ke?
            “Ooo… you nak salahkan I la ni? Hantar I balik rumah sekarang!”
            “Tadi kata nak pergi shopping?” Qasyi mengerut dahi.
            “Tak jadi! I dah tak ada mood nak shopping!” Karmila tarik muka.
            Qasyi mengeluh. “Betul ke you tak nak pergi? I dengar ada satu butik tu dress dia cantik sangat. Sesuai dengan you.” Dia mula mengumpan. Dia tahu sangat kelemahan Karmila. Pantang dengar ada baju cantik, mulalah cair.
            “Cantik sangat ke dress tu, sayang?” Karmila teruja.
            “Yup, cantikkkk sangat! Kalau you yang pakai, lagilah bertambah cantik. You nak balik ke nak shopping?” Qasyi tersenyum apabila umpannya mengena.
            “Shoppinglah.” Hilang terus rajuk Karmila.
            Qasyi tersengih. Kalau dah namanya perempuan, puji sikit terus cair! Kesemua koleksi teman wanitanya jenis mata duitan. Prinsip dia, apabila sudah bosan, mereka akan ditinggalkan!
            “Mila, kita solat dulu eh? Maghrib dah masuk ni,” ajak Qasyi ketika mereka baru menjejakkan kaki ke dalam pusat beli-belah.
            “You sorang jelah. I ABC.”
Hmmm... memanjang ABCnya. Qasyi mencebik. “Okey, you tunggu kat bangku sana tu.” Qasyi melangkah mengikut papan tanda yang menunjukkan arah surau.
            Lima belas minit kemudian Qasyi sampai di tempat dia meninggalkan Karmila tadi. “Jom…” ajaknya.
            Karmila memaut lengan Qasyi. Mereka memasuki sebuah butik. Dari satu butik ke satu butik mereka jejak. Apabila tangan Qasyi sudah dipenuhi dengan beg-beg kertas barulah Karmila mengajaknya balik.
            “You tak nak pergi makan dulu ke? I laparlah.” Qasyi memegang perutnya.
            “Tak naklah, I dah kenyang tengok baju-baju ni semua. Lagipun, I tengah diet. Kita balik eh sayang? You makanlah kat rumah. I penatlah, esok nak kerja lagi.”
            Isy perempuan ni, apa ingat aku tak penat ke teman kau shopping? Perut aku yang berbunyi ni dia langsung tak perduli!  marah Qasyi dalam hati. Dia berpura-pura tersenyum. “Alololo... baru rasa penat ye? Kesiannya... nah, ambil semua paper bags ni, pergi balik naik teksi ya, sayang. I nak pergi makan. Ini kali terakhir kita jumpa tau. Lepas ni jangan contact I lagi sebab I dah bosan dengan you. Barang-barang tu semua anggap je sebagai hadiah perpisahan kita. Bye!” Dia melangkah laju meninggalkan Karmila yang terjerit-jerit memanggil namanya.
                                                            *****
SUDAH tiga hari Nazihah memulakan praktikalnya di Impiana Holdings. Pekerja-pekerja di situ sangat baik dan selalu memberikan tunjuk ajar kepadanya. Layanan Dato’ Johan mewujudkan satu perasaan yang telah lama dia dahagakan. Fikirannya mula melayang pada hari pertama dia menjejakkan kaki ke Impiana Holdings.
            “Cik, saya nak lapor diri.” Nazihah berkata kepada seorang penyambut tetamu yang menjaga di bahagian lobi.
            “Awak ni Cik Aina Nazihah ke? Tunggu sekejap ya…” Penyambut tetamu yang bernama Effa mencapai ganggang telefon. “Kak Sheila, Cik Aina Nazihah dah sampai.” Selesai bercakap di telefon, Effa meletakkan kembali ganggang ke tempat asal. Dia memandang wajah Nazihah sambil tersenyum. “Kejap lagi ada orang yang akan bawak cik naik atas. Cik boleh duduk kat sana dulu.” Dia menuding ibu jari ke arah sofa.
            “Terima kasih.” Perlahan-lahan Nazihah melangkah ke arah sofa. Sambil menunggu, dia membelek-belek surat khabar di meja depannya.
            Beberapa minit kemudian datang seorang perempuan yang berusia pertengahan 30-an membawa Nazihah naik ke tingkat atas untuk ke bilik Dato’ Johan.
            “Awaklah Aina Nazihah, kawan yang Qaleef cakap tu ya?” Dato’ Johan. Dia merenung lama wajah Nazihah. Sejuk matanya menatap wajah putih bersih itu. Dalam hati dia berkenan dengan tingkah laku gadis itu. Nampak lembut dan sopan dengan baju kurung biru muda.
            “Ya, Dato’.” Akhirnya, dapat jugak aku bertemu empat mata dengan Dato’ Johan. Masih lagi kacak walaupun dah berusia. Nazihah tersenyum.
            “Tak payah panggil Dato’, panggil je uncle. Kawan-kawan Qaleef dah uncle anggap macam anak-anak uncle jugak. Nak panggil papa pun boleh. Maklumlah uncle ni tak ada anak perempuan.” Dato’ Johan membalas senyuman.
            Terharu Nazihah mendengarnya. Uncle Johan memang baik!
            Dato’ Johan menekan interkom. “Sheila, tolong panggilkan Laila.”
            “Baik, Dato’…” balas setiausahanya.
            Beberapa minit kemudian pintu bilik Dato’ Johan terkuak. Seorang perempuan melangkah masuk lalu berdiri di sebelah kerusi yang diduduki Nazihah.
            “Laila, ini Aina Nazihah, pelajar yang akan buat praktikal kat sini.” Dato’ Johan memperkenalkan Laila kepada Nazihah.
            Nazihah dan Laila berbalas senyum.
            “Saya nak awak kenalkan dia kepada semua pekerja dan tunjukkan tempat dia sekali.”
            “Baik, Dato’.” Laila menganggukan sedikit kepalanya. Kemudian mata dialih memandang Nazihah. “Jom ikut saya, cik…”
            Nazihah bangkit. “Terima kasih, Dato’...”
            “Kan uncle dah kata panggil uncle je,” pintas Dato’ Johan.
            “Opss! Terima kasih, uncle… saya minta diri dulu,” ucap Nazihah malu-malu.
            “Zihah oiii... kau tak nak keluar makan ke?”
            Nazihah tersentak. Lamunannya pecah. “Dah pukul 1 ke, Kak Laila?” soalnya terpingga-pingga. Dia menilik jam di pergelangan tangan kiri. “Cepatnya masa bergerak. Jomlah, kak…”
            “Berangan eh? Nasib baik Dato’ Johan tak nampak. Opss! bukan Dato’ Johan tapi Uncle Johan.” Laila tersenyum mengusik.
            “Kak Laila ni kan, mengada tau!” Nazihah mencubit pinggang Laila.
Mereka berpapasan menuju ke lif.
                                                            *****
MORNING, boss…” ucap Shazwina sebaik saja dia masuk ke bilik pejabat Qasyi bersama dengan diari hitam di tangan.
            “Morning… my timetable please…” Qasyi bersandar di kerusi kulit.
             Shazwina mula membuka diari hitam yang tercatat segala jadual harian Qasyi. “Hari ni bos cuma ada meeting dengan Encik Fakrullah pukul 2.30 petang. Pukul 4 pulak meeting dengan Encik Akhbar. That's all for today.” Dia menutup diari itu.
            “Ada apa-apa cerita ke masa saya outstation?
            “Tak ada. Bos nak minum air apa?” tanya Shazwina yang sudah bersedia untuk bangun.
            “A coffee, please. Thanks.” Qasyi mula memberi tumpuan pada kerja.
            Shazwina melangkah. Sebaik sampai di muka pintu dia berpaling semula. “Lupa pulak nak bagitahu…”
            “Apa dia?” tanya Qasyi tanpa memandang wajah Shazwina. Dia tekun melihat isi kandungan fail di atas meja.
            “Minggu lepas ada pelajar perempuan lapor diri untuk praktikal.”
            Terus terhenti kerja Qasyi apabila mendengar apa yang diberitahu oleh Shazwina. Nak-nak lagi kalau pelajar praktikal itu adalah perempuan. Dia mengangkat muka memandang setiausahanya. “Suruh dia masuk jumpa saya.” Matanya sudah bersinar-sinar. Terasa aura semangat lain macam mula meresap masuk ke dalam badan.
            “Okey, bos.” Shazwina terus berlalu keluar.
            Beberapa minit kemudian pintu bilik Qasyi terkuak. “Silakan masuk.” Shazwina mempersilakan Nazihah masuk. Selepas meletakkan minuman, dia segera keluar.
Nazihah masih bediri kaku di depan meja Qasyi.
            “Duduklah.” Qasyi masih belum mengangkat muka dari kerjanya.
            Perlahan-lahan Nazihah melabuhkan duduk di kerusi di depan Qasyi. Dia menjeling sekitar bilik itu. Bilik itu sangat luas. Terdapat set sofa di penjuru bilik. Gambar keluarga juga tergantung cantik. Mana gambar isteri Uncle Johan? Dia meliarkan lagi pandangannya. Memang tak ada gambar isteri Dato’ Johan di dalam bilik itu. Kemudian dia memandang Qasyi yang masih leka dengan kerjanya.
            Qasyi mengangkat muka. Matanya terpaku memandang wajah putih bersih di depannya. Degupan jantungnya mula menari kencang. Entah kuasa apa yang memaksa dia untuk terus merenung gadis itu.
            “Ehem... ehem...” Nazihah berdeham apabila mata Qasyi tak beralih dari melihatnya. Dia terasa segan. Tak pernah dia direnung sebegitu rupa. Dia tahu wajahnya pasti sudah merona merah. Kalaulah dia bukan berada di ofis, dah lama dia sepak kaki lelaki itu. Pandang macam tak pernah tengok orang!
            Qasyi tersentak. “Sorry. Nama awak apa?” soalnya cuba menutup malu.
            “Aina Nazihah.” Jawab Nazihah dua patah.
            “Cantik nama. Secantik orangnya,” puji Qasyi.
            Wajah Nazihah semakin memerah. “Terima kasih,” ucapnya. Ooo… nilah Qasyi Umair si buaya darat tu eh? Nampak lagi handsome dari dalam paper. Sejibik macam muka Uncle Johan.
            “Kenapa awak pilih syarikat ni?” Qasyi menongkat dagu.
            Nazihah sudah mengagak soalan ini yang akan ditanya. “Saya pilih syarikat ni sebab Dato’ Johan idola saya. Saya kagum dengan semangat Dato’ Johan.” Dia mengulang jawapan yang pernah diberikan kepada Qaleef.
            “Okey ke kerja kat sini?”
            “Okey… pekerja-pekerja kat sini semua baik. Tak sombong. Banyak yang saya belajar kat sini,” jawab Nazihah jujur.
            “Awak dah kahwin?” Tersungging senyuman nakal di bibir Qasyi.
            Nazihah terkejut. Dia menggelengkan kepalanya.
            “Bertunang?”
            Nazihah menggeleng lagi.
            “Kekasih?”
            Pun Nazihah menggeleng.
            “Ada peluanglah ni?” ujar Qasyi perlahan.
            “Apa dia, encik?” soal Nazihah kurang jelas.
            “Tak ada apa-apa. Awak boleh keluar sekarang.” Qasyi meneliti semula fail di atas meja.
            Ceh, panggil aku masuk bilik semata-mata nak tanya ni je? Nazihah bangkit keluar dari bilik Qasyi.
            Qasyi menarik nafas sebaik saja Nazihah menutup pintu bilik. Dia tersenyum sendiri. Tangannya dibawa ke dada merasai denyutan jantungnya yang sudah kembali normal.
                                                            *****
“ENCIK QASYI nak apa?” tanya Laila selepas setengah jam Nazihah keluar dari bilik Qasyi.
            “Tak ada apa-apa. Dia cuma nak kenal dengan ahli baru Impiana Holdings je,” jawab Nazihah sambil melemparkan senyuman.
            “Hati-hati sikit dengan Encik Qasyi tu, Zihah.” Laila mengeecilkan matanya.
            “Kenapa, kak?” Nazihah mengerut dahi.
            “Dia tu pantang tengok perempuan berdahi licin. Semua nak ditacklenya. Nak-nak lagi macam kau ni. Cantik... putih... dah cukup pakej tu!” terang Laila tanpa memandang sekeliling.
            “Apa yang dah cukup pakej tu, Kak Laila?!” sergah Qasyi yang tiba-tiba muncul di situ.
            “Oh pakej kau cantik kau handsome! Bila mau kahwin? Eh... eh...” latah Laila sambil jari telunjuknya dituding pada Nazihah dan Qasyi. Dia menggaru kepalanya yang di lapik tudung.
            Semua pekerja ketawa kuat mendengar latah Laila. Beberapa saat kemudian suasana menjadi sunyi apabila melihat muka Qasyi yang serius tanpa secalit senyuman.
            “Sorry, Encik Qasyi. Jangan ambil hati dengan kata-kata saya tadi eh?” ucap Laila takut-takut.
“Tak sangka Kak Laila ni kaki latah.” Qasyi ketawa dan berpaling untuk berlalu ke biliknya.
            “Sorry eh, Zihah? Akak memang tak boleh kena sergah, nanti jadi macam tadilah. Sorry sangat-sangat,” rayu Laila bersungguh-sungguh.
            “Itulah Kak Laila, lain kali cakap siang pandang-pandang, malam dengar-dengar. Kan dah kantoi!” Mazlan bersuara.
            “Tapi kan… tak pernah-pernah pulak Encik Qasyi tu pantau department ni kan? Ke dia dah tangkap cintan kat Si Zihah ni?” serkap Laila.
            “Merepeklah, Kak Laila ni,” pangkas Nazihah.
            “Hah Kak Laila, slow sikit suara tu. Kang tak pasal-pasal Encik Qasyi patah balik ke sini, masak Kak Laila,” ujar Farhana pula.
            Laila memandang ke belakang. Takut kalau-kalau Qasyi muncul semula. “Akak nak sambung buat kerjalah.” Dia beredar ke mejanya.
            Macam-macam! Nazihah menggeleng kepala.
                                                            *****
“EHEM... EHEM...”
 Nazihah yang tekun melakukan kerja segera mengangkat muka apabila mendengar dehaman seseorang. “Eh, Encik Qasyi! Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” soalnya.
            “Jom temankan saya pergi lunch.” Qasyi melambung-lambungkan kunci kereta di tangan.
            Semua pekerja di situ tercengang.
Nazihah menilik jam di tangan kirinya. “Baru pukul 12.30, encik. Ada lagi 30 minit sebelum pukul 1…”
            Qasyi menongkat kedua-dua telapak tangannya ke meja Nazihah sambil kepalanya di dekatkan ke arah gadis itu. “Saya kan anak bos. Cepat ikut saya.” Kali ini bukan ajakan tapi arahan.
            “Sorrylah, encik, saya dah janji dengan orang lain nak lunch sama,” tolak Nazihah sambil bersandarkan badan ke kerusi. Dia memang sudah berjanji untuk keluar makan tengah hari dengan orang lain.
            “Canclekan je. Jom cepat.” Qasyi sudah berpusing untuk keluar.
            Nazihah masih lagi kaku di tempatnya. “Tak baik mungkir janji kalau kita dah berjanji dengan seseorang, encik.” Dia bersuara perlahan.
            Langkah Qasyi terhenti. Dia menoleh memandang Nazihah.
            “Lagipun, kalau saya keluar lunch sebelum waktunya apa pulak pekerja-pekerja lain cakap nanti?” sambung Nazihah lagi.
            “Jadi awak tak nak ikut sayalah?” Qasyi sedikit bengang.
            Nazihah menganggukkan kepalanya.
            Qasyi terus berlalu dari situ dengan muka bengang. Dia malu dengan semua pekerja yang menyaksikan pelawaannya ditolak mentah-mentah oleh pelajar praktikal itu!
            Laila dengan muka menyibuknya datang ke meja Nazihah. “Beraninya kau, Zihah.”
            “Kenapa pulak, kak?” Nazihah mengerut dahi.
            “Sebelum ni mana pernah perempuan yang tolak pelawaan dia. Tup-tup bila dia ajak kau, kau tolak pulak. Kau tak terpikat ke kat muka handsome dia? Anak Dato’ lagi...” Sengaja Laila menguji Nazihah. Dia tak percaya Nazihah tak terpikat dengan wajah kacak Qasyi. Dia yang sudah berumah tangga pun boleh terpikat dengan daya tarikan Qasyi, inikan pula Nazihah yang masih bujang.
            Nazihah tersenyum mendengar kata-kata Laila. “Saya tak pandang semua tu, kak. Saya kalau nak cari teman hidup, saya tak tengok luaran tapi dalaman.” Dia meletakkan tangannya ke dada. “Kalau luaran je cantik tapi dalaman tak cantik nak buat apa, kan? Saya tak suka kacau hak orang. Tak naklah saya dengan Encik Qasyi tu. Dahlah kasanova, merana hidup saya nanti. Lagipun, saya ada kat sini nak buat praktikal, bukan nak mencari cinta!” ujarnya tegas. Dan ada misi yang perlu saya laksanakan. Ayat terakhir itu hanya ditutur di dalam hati.
            Laila berpaling apabila mendengar bunyi tapak kasut di belakangnya. Matanya membulat apabila melihat Qasyi menghampiri meja Nazihah.
            “Awak ni tak ada kerja ke, Kak Laila? Asyik nak menempel kat meja orang lain je kerjanya!” Meninggi suara Qasyi. Mukanya masih lagi masam.
            “Erk... saya nak pinjam stapler kat Zihah, encik…” Laila kelam kabut menjawab. Dia mencapai stapler di dalam bekas alat tulis milik Nazihah lantas berlalu ke mejanya.
            Ayat nak cover kantoilah tu, gumam Farhana di dalam hati.
            Qasyi merenung tajam ke wajah Nazihah yang selamba membuat kerja. Dia mencapai kunci keretanya yang tertinggal di atas meja gadis itu. Kemudian dia beredar menuju ke biliknya. Terbantut seleranya untuk keluar makan.
            Nazihah menghantar pemergian Qasyi dengan pandangan mata. Dia tersenyum sesaat.
            Qasyi melabuhkan duduk dengan kasar di kerusi. Interkom ditekan. “Awin, masuk bilik aku sekarang!” Tegas bunyi suaranya.
            Shazwina yang sedang membuat kerja terkejut apabila mendengar suara Qasyi di interkom. Dia mencapai pen dan buku kecil sebelum berlalu ke bilik bosnya.
            “Duduklah,” arahnya Qasyi apabila Shazwina sudah berdiri di depannya.
            “Tadi kata nak keluar lunch?” Shazwina pelik melihat Qasyi masuk semula ke bilik.
            “Terbantut selera aku!” Suara Qasyi masih lagi keras.
            “Siapa yang buat selera kau terbantut ni?” soal Shazwina ingin tahu. Kali ini dia menyoal sebagai kawan baik kepada lelaki itu. Dia dan tunangnya, Shakir merupakan kawan baik Qasyi sejak di universiti lagi. Selepas tamat belajar, Qasyi menawarkan dia bekerja sebagai setiausaha. Memandangkan dia masih belum mendapat sebarang tawaran pekerjaan, dia menerima saja tawaran lelaki itu.
            “Budak praktikal tulah!”
            “Apa yang dia dah buat kat kau?” Shazwina benar-benar ingin tahu. Pertama kali sejak mengenali Qasyi, belum ada perempuan yang membuat lelaki itu bengang sebegini.
            “Aku ajak dia lunch tapi dia tolak. Lepas tu masa aku patah balik kat tempat dia nak ambil kunci kereta aku yang tertinggal, aku dengar dia cakap sesuatu kat Laila.”
            “Apa dia cakap?”
            “Dia boleh kata macam ni... tak naklah saya dengan Encik Qasyi tu. Dahlah kasanova, merana hidup saya nanti. Lagipun, saya ada kat sini nak buat praktikal, bukan nak mencari cinta!” Dia mengulang apa yang sempat dia dengar dari mulut Nazihah. “Mana aku tak bengang! Dia mengata aku tau! Hesy!” Tangannya menumbuk meja.
            “Wow!” Menbulat mata Shazwina mendengarnya.
“Wow tengkorak kau! Aku tengah bengang, kau suka pulak eh!” Qasyi menjegilkan mata.
            Shazwina langsung tak mengambil hati dengan kata-kata Qasyi. “Selama aku kenal kau, belum pernah lagi perempuan tolak kau. Dia baru tolak sikit kau dah bengang semacam. Kalau Shak tahu pasal ni mesti dia tergelak guling-guling punyalah. Hahaha... Qasyi Umair Dato’ Johan, jejaka pujaan ramai telah ditolak mentah-mentah oleh Aina Nazihah, si gadis bertudung!”
            “Kau ni, aku panggil kau untuk kurangkan tahap kebengangan aku, kau boleh bantai gelakkan aku pulak! Dahlah, kau boleh keluar sekarang.” Qasyi memusingkan kerusi menghadap ke luar bangunan. Wajahnya digosok perlahan cuba menenangkan hati yang panas.
            “Opss! Bos dah marah. Okeylah, aku keluar dulu. Sekarang lunch time.” ujar Shazwina lalu melangkah keluar dari bilik Qasyi.
            “Awin.” Qasyi memusingkan kembali kerusi menghadap Shazwina.
            “Yess, boss?” Shazwina yang baru memulas tombol pintu berpaling ke belakang.
            “Kau lunch dengan siapa?”
            “Dengan siapa lagi, dengan bakal suami terchentalah. Wanna join us?
            “Boleh jugak. Kau tunggu aku kat pintu masuk lobi, aku nak ke gents kejap.”
            “Okey, bos!” Shazwina melangkah ke mejanya untuk mengambil beg tangan.
“Mana Shak?” soal Qasyi sebaik sahaja sampai di luar bangunan Impiana Holdings. Kelibat shakir masih belum kelihatan.
            “Dia kata lagi lima minit dia sampai.”
            Qasyi melemparkan pandangannya. Matanya terpaku pada Nazihah yang sedang memasuki sebuah kereta Honda CRV. Di bahagian pemandu kelihatan seorang lelaki yang tak berapa jelas wajahnya.
Shazwina turut memandang ke arah yang sama. “Patutlah dia tolak kau, rupa-rupanya dah ada kekasih.”
            Qasyi mengetap gigi. Hari tu cakap tak ada kekasih! “Awin, kau boleh tolong aku tak?”
            “Ni mesti nak suruh aku buat bancian, kan?” serkap Shazwina.
            “Pandai pun kau. Tolong aku eh?” rayu Qasyi. Dia tak tahu kenapa hatinya rasa panas apabila melihat Nazihah keluar dengan lelaki lain. Nak kata dia dah jatuh cinta, tak mungkin! Sepanjang hidup dia, dia tak pernah jatuh cinta dengan semua perempuan yang dia dah kecewakan.
                                                            *****
NAZIHAH melemparkan pandangan ke sekeliling medan selera di KLCC. Waktu-waktu rehat begini ramai yang mengisi perut. Dia menongkat dagu menunggu Eshan, abang sepupunya yang sedang membeli makanan. Dia menyedut air teh O ais limau yang dibelinya tadi.
            “Nasi ayam penyet dah sampai.” Eshaan meletakkan sepinggan nasi ayam penyet di hadapan Nazihah.
Selepas membaca doa, Nazihah mula menyudukan nasi ayam penyet ke mulutnya.
            “Apa rancangan Zihah lepas ni?” tanya Eshaan.
            “Entahlah, bang. Zihah pun tak pasti lagi. Tapikan... Uncle Johan tu baik sangat dengan Zihah. Ni yang buat Zihah tak sabar nak teruskan misi Zihah ni.” Nazihah mengukir senyuman apabila terbayangkan wajah Dato’ Johan.
            “Zihah perasan tak ada sorang lelaki tu pandang semacam je masa Zihah naik kereta abang tadi?”
            “Perasan. Tulah Qasyi Umair, anak sulung Uncle Johan.
            “Ooo, yang tu ke Qasyi? Handsome jugak orangnya. Padanlah ramai perempuan tergila-gilakan dia. Tapi kenapa cara pandangan dia macam tak puas hati je?” Eshaan mengerut dahi.
             “Dia ajak Zihah lunch tapi Zihah tolak.” Nazihah bercerita.
            “Kenapa Zihah tolak?” Eshaan mengerut dahi.
            “Tak naklah Zihah, nanti dia ingat Zihah syok kat dia pulak.
            “Betul Zihah tak syok kat dia?” Eshaan mengecilkan mata.
            “Betul! Lagipun abang pun tahu kan sebab apa Zihah nak masuk ke dalam syarikat tu? Zihah ke situ bukan untuk bercinta. Susah payah Zihah cuba yakinkan Qaleef supaya percayakan Zihah,” jelas Nazihah.
            “Tapi macam mana kalau Qasyi betul-betul cintakan Zihah?” Eshaan mengangkat keningnya sedikit.
            “Itu tak boleh, bang. Kalau dia cuba nak mendekat, Zihah pulak akan menjauh!” tegas Nazihah.
            “Kenapa pulak tak boleh?”
            “Sebab dia tu kasanova. Zihah tak nak hidup menderita. Makan hati berulam jantung je Zihah nanti sebab ramai sangat yang berebutkan dia.” Nazihah menyisip minumannya.
            “Tapi dia boleh berubah kalau dia betul-betul sukakan Zihah.” Wajah Nazihah Eshaan tenung tajam cuba menganalisa apa yang tersirat di hati gadis itu. Nampaknya dia gagal. Gadis itu pandai menyembunyikan rahsia hati.
            “Dahlah, bang. Zihah tak nak fikir pasal cinta buat masa sekarang. Apa yang penting, macam mana Zihah nak teruskan rancangan Zihah. Itu je yang Zihah perlu fikirkan sekarang. Kalau abang dah habis makan, jom kita balik.”
            Eshaan mengeluh perlahan. Zihah… Zihah… dia menggeleng kepala.
                                                            *****
“PAPA, macam mana dengan Zihah kat ofis?” tanya Qaleef ketika dia, Dato’ Johan dan Qasyi sedang makan malam di rumah.
            Suapan Qasyi terhenti apabila mendengar nama Nazihah keluar dari mulut adiknya.
            “Hai, dah sebulan lebih dia kat sana baru Qaleef nak tanya?” 
            “Qaleef kan sibuk dengan quiz and exam? Sekarang baru ada masa nak tanya,” jawab Qaleef.
            “Dia okey. Rajin budaknya,” puji Dato’ Johan.
            “Qaleef kenal Zihah ke?” Qasyi menyampuk.
            “Dia senior Qaleef.”
            Jawapan Qalif menarik minat Qasyi untuk terus bertanya. “Qaleef rapat dengan dia ke?”
            “Tak rapat sangat, kenal-kenal gitu je...
            Dato’ Johan memandang Qasyi lama. Dia pelik melihat anak sulungnya bertanya tentang Nazihah. “Qaleef tak ada rasa sesuatu yang pelik ke kat sini?” soalnya kepada Qaleef
            “Apa yang pelik, pa?” soal Qaleef dan Qasyi serentak.
            “Ada orang tu bila makan malam je selalu lesap tapi hari ni ada pulak!” Dato’ Johan tersenyum memandang Qasyi.
            “Haah la, pa. Sejak along balik dari outstation sebulan lebih dulu, along dah jarang keluar malam.” Qaleef mengiakan kata-kata papanya.
            “Papa ni mesti nak sindir along la tu. Along dah malaslah nak keluar malam. Penat. Tak larat nak layan kerenah dia orang,” jawab Qasyi malas.
            “Ya ke penat? Dulu tak penat pun. Sekarang pulak mengeluh?” giat Dato’ Johan lagi.
            Qasyi meneruskan suapannya. Malas dia mahu melayan usikan papanya itu.
            “Qaleef nak tahu tak? Papa ada ternampak along cuba nak tackle Zihah tau. Tapi sayangnya, Zihah tak layan,” cerita Dato’ Johan. Dia teringat  kejadian Nazihah menolak ajakan anaknya untuk keluar makan. Ketika itu dia sengaja meronda-ronda untuk melihat anak-anak buahnya berkerja. Ketika dia sampai di bahagian Nazihah diletakkan, dia ternampak kelibat anak sulungnya. Dia bersembunyi untuk melihat perilaku anaknya. Kemudian dia cepat-cepat beredar dari tempat persembunyian apabila melihat kelibat anaknya yang beredar dengan muka yang masam.
            “Ya ke, pa? Papa tengok Zihah tu sesuai tak jadi bakal menantu papa?” Giliran Qaleef pula mengusik Qasyi.
            “Sesuaiii... sangat! Oarangnya pun baik, lemah-lembut dan hormat orang tua. Yang paling penting perangai dia tak macam kesemua bekas teman wanita along yang seksi sana, seksa sini, pakai pakaian macam tak cukup kain tu.” Dalam memuji perangai Nazihah, sempat lagi Dato’ Johan mengutuk perangai bekas teman wanita Qasyi.
            Muka Qasyi sudah memerah. “Along naik atas dululah, pa.” Dia membasuh tangan.
            “Eh, sikitnya along makan?” soal Dato’ Johan apabila melihat nasi di pinggan Qasyi yang luak sedikit saja.
            “Along dah kenyang,” jawab Qasyi lalu berjalan menuju ke tangga.
            “Along malulah tu, pa. Muka pun dah merah. Hahaha...”
Qaleef dan Dato’ Johan ketawa kuat.
            Qasyi berdiri di balkoni bilik. Dia termenung jauh. “Macam mana aku boleh tak perasan papa ada kat situ masa tu? Hesy, buat malu aku je!” Qasyi menepuk kuat pipinya. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Dia masuk ke dalam bilik lantas mendapatkan telefon pintar yang diletakkan di atas katil. Nama Aleya tertera di situ. “Tak faham bahasa betullah perempuan ni!” Dia menonyoh ikon hijau. Telefon dilekapkan ke telinga.
            “Qasyi, I tak percaya you nak putuskan perhubungan kita. You gurau je, kan?” Aleya merengek di hujung talian.
            “I tak bergurau, Leya! Memang I nak putuskan perhubungan kita. You pun memang tahu kan perangai I macam mana? Bila I dah bosan, I akan tinggalkan perempuan tu. You sendiri yang nak jugak menyendeng dekat I kan? Jangan nak salahkan I bila I putuskan hubungan kita.”
            “Kenapa you buat macam ni pada I? You dah jumpa orang lain ke?” Aleya menangis teresak-esak.
            “Yes, I memang dah jumpa orang lain. Tapi kali ni I dah jumpa dengan cinta sejati I yang sebenar-benarnya. Pencuri tulang rusuk I. I harap you takkan ganggu hidup I lagi lepas ni!” Usai berkata-kata, Qasyi mematikan talian. Dia tak menghiraukan panggilan Aleya di hujung talian. Dia membaringkan dirinya di atas katil. Di ruang matanya hanya terbayangkan wajah Nazihah.
                                                            *****
ALEYA menghempaskan telefon pintarnya di atas katil. Dia geram dengan tindakkan Qasyi yang sesuka hati memutuskan perhubungan mereka. Nasibnya sama saja seperti kesemua bekas teman wanita lelaki itu. Air mata palsunya diseka kasar. Dia mencapai semula telefon pintar yang dicampak tadi. Nama Datuk Halim dicari. “Helo, Datuk… you free tak hari ni? Boleh temankan I tak malam ni?” Dia memulakan perbualan apabila taliannya bersambut. “Okey, I tunggu Datuk kat rumah,” ujarnya manja. Usai berbual, dia mematikan talian. Telefon pintar itu dilambung-lambungkan.
            “Huh! Dia ingat dia sorang je ke banyak duit? Ramai lagilah orang-orang kaya yang nakkan aku! Pangkat Datuk lagi tau! Kalau setakat muka je handsome tapi ajak masuk club pun tak nak, baik tak payah! Saja nak tunjuk alimlah tu! Kalau kau alim, tak adanya kau nak usung perempuan sana sini!” Aleya mencemuh Qasyi.
                                                            *****
“KERETA Zihah bila siap?” soal Eshaan yang sedang memandu. Sejak semalam dia menjadi pemandu tak bergaji Nazihah kerana kereta gadis itu dimasukkan ke bengkel.
            “Entah. Orang tu cakap dah siap nanti dia call.”
            “Petang ni abang tak dapat jemput Zihah sebab lepas ni abang kena pergi outstation. So, Zihah kena balik naik teksilah dua tiga hari ni. Tak pun Zihah minta tolong Qasyi hantarkan ke?” Eshaan mengusik. Dia menjelng sekilas ke sisi.
            Nazihah mencebik. “Nak buat apa suruh dia hantarkan? Dahlah banyak kali Zihah tolak pelawaan dia. Teksi pun banyak, Zihah naik teksi je nanti,” jawabnya. Dia teringat setiap kali Qasyi mengajaknya keluar, pelbagai alasan yang dia berikan tapi lelaki itu tetap tak jemu mengajaknya sehingga dia naik rimas dengan Qasyi yang asyik mengejarnya.
            “Morning, dear…” ucap Qasyi. Ketika itu dia dan Nazihah berada di dalam perut lif. Hanya mereka berdua saja di dalam.
            “Morning,” jawab Nazihah sepatah. Uwek! Tak payah nak dear sangatlah! Nak muntah hijau aku dengar!
            “Awak dah breakfast?” Lembut Qasyi bertanya.
            Adess, ni yang tak tahan ni bila dia buat suara macam tu. Sabar, hati… jangan cair kat kasanova ni! Nazihah menarik nafas perlahan. “Saya puasa hari ni, Encik Qasyi,” bohongnya. Isy, kenapalah aku pergi tahan lif ni tadi? Kalau aku tahu dia yang ada kat dalam, baik aku naik tangga je!
            “Ooo… saya baru je nak ajak awak teman saya breakfast.” Nada suara Qasyi kedengaran hampa.
            Sebaik saja lif terbuka, Nazihah tergesa-gesa keluar. Dia tak mahu berlama-lama dengan Qasyi. Sebaik saja meletakkan beg tangan ke dalam laci meja, dia berkira-kira sama ada mahu ke pantri atau tak. Dia takut terserempak dengan lelaki itu pula nanti.
“Nak pergi,  ke tak nak? Nak pergi ke tak nak? Ah, pergi jelah! Dia kan ada PA, mestilah Awin yang buatkan dia air!” Nazihah bangkit dari kerusi lalu melangkah ke pantri.
            Sekotak jus oren dikeluarkan dari peti sejuk. Dia melangkah ke rak yang menempatkan muk lantas menuangkan jus oren. Perlahan-lahan dia meneguk.
            “Kata puasa?!”
            “Uhuk! Uhuk!” Sergahan Qasyi membuatkan Nazihah tersedak. Tertumpah sedikit jus oren ke baju kurung putih yang dipakainya.
            “Awak tipu saya eh? Kalau awak tak sudi kenapa tak berterus terang? Susah sangat ke nak berterus terang?” Qasyi mencerun garang.
            Nazihah membisu. Dia memandang tenang ke wajah Qasyi. Langsung tak ada rasa takut.
            “Saya peliklah dengan awak ni. Kenapa setiap kali saya ajak awak pergi mana-mana awak tolak?”
            Sebab aku tak nak jatuh cinta pada kaulah! jawabnya dalam hati. “Sebab saya tak nak kekasih-kekasih Encik Qasyi salah faham. Nanti tak pasal-pasal saya jadi mangsa dera kekasi-kekasi encik tu.”
            Qasyi tersengih mendengar jawapan Nazihah. “Ooo, sebab tu rupanya. Awak tak payah risau, saya dah single. Tak akan ada sesiapapun yang marah kalau saya keluar dengan awak,” katanya yang masih lagi tersengih. “Lagipun, saya dah pencen dengan perangai kasanova. Hati saya cuma kejar awak je.”
            Senangnya dia ni. Bila dah jemu, buang! Apa dia ingat perempuan ni kereta ke?! Bila tengok kereta model baharu keluar terus beli. Kereta lama pulak dipinggirkan. Nazihah memang anti dengan lelaki yang suka mempermainkan perasaan perempuan. Sebab itulah dia sering menjauhi Qasyi.
            “Temankan saya lunch hari ni?”
            Nazihah membisu. Dia telah kehabisan idea untuk menolak. Alasan apa aku nak bagi ni? Inche Idea, tolonglah datang cepat!!!
            “Zihah, Dato’ Johan panggil,” ujar Laila yang tiba-tiba muncul di pantri.
            Nazihah segera berlalu. Dalam hati dia berterima kasih kepada Laila yang datang tepat pada waktunya.
            “Dah sampai. Tak nak turun ke?”
            Nazihah tersentak. Suara Eshaan mengembalikannya ke alam nyata. Dia membuka tali pinggang keledar.
            “Eh, kejap!” tahan Eshaan apabila Nazihah ingin membuka pintu kereta.
            “Kenapa, bang?” Nazihah pelik.
            “Cuba tengok tu, Qasyi tengah pandang kita. Zihah duduk diam-diam, biar abang yang bukakkan pintu kereta.” Matanya memandang Qasyi yang sedang berdiri di depan pintu masuk lobi, memerhatikan mereka.
            “Eh, tak payahlah, bang!” tolak Nazihah. Dia tak selesa dengan pandangan Qasyi.
            “Zihah duduk, abang saja nak tengok reaksi dia. Firasat abang benar-benar mengatakan yang Qasyi betul-betul suka kat adik abang ni. Bukan seperti yang Zihah fikirkan.”
            “Apa yang Zihah fikirkan?” soal Nazihah pura-pura tak mengerti.
            “Zihah ingat abang tak tahu? Dalam hati Zihah tu fikir yang Qasyi hanya nak mempermainkan Zihah macam bekas kekasih dia yang lain, kan?” Usai berkata-kata, Eshaan membuka pintu keretanya laju dia melangkah ke bahagian penumpang lalu membuka pintu untuk Nazihah. Dia memandang Qasyi dengan hujung matanya. Dia dapat melihat api cemburu di muka lelaki itu.
            “Qasyi yang tak tahan melihat aksi yang dirasakan cukup romantik itu terus melajukan langkahnya masuk ke dalam bangunan Impiana Holdings.
            “See… kan betul apa yang abang rasa. Zihah sendiri nampak muka dia macam mana tadi, kan?” ujar Eshaan setelah Qasyi berlalu.
            “Apa-apa jelah, malas nak fikir. Zihah masuk dalam dulu. Drive carefully, bang…” Nazihah melangkah masuk ke dalam.
                                                            *****
“DAH selesai bancian kau?” Belum sempat Shazwina duduk, Qasyi terus membentangkan soalan.
            “Dah. Sorry sebab dah dekat dua bulan baru aku nak bagi jawapan kat kau. Kau tahu jelah lately ni kita busy sikit dengan projek yang makin banyak masuk,” jelas Shazwina.
            “Okey, sekarang aku nak tahu jawapannya.” Qasyi menyandarkan badannya.
            “Daripada bancian yang aku buat, aku dapati Nazihah tu single and dia merupakan anak tunggal.” Shazwina memberitahu maklumat yang diperoleh daripada Laila.
            “Habis tu siapa lelaki yang jemput dia hari tu?”
            “Laila cakap lelaki tu cuma sepupu Zihah. Just abang, tak lebih dari itu.”
            “Ya ke tak lebih dari seorang abang? Depan mata aku sendiri lelaki tu bukakkan pintu untuk Zihah. Sakit hati aku ni menengoknya!” Qasyi teringat kes pagi kelmarin.
            “Yang tu aku tak pasti sebab Laila sendiri yang kata Zihah tu single. Chop… chop... are you jealous?”  Shazwina mengecilkan matanya.
            “Kalau aku kata yes?” Qasyi sambil tersenyum.
            “Serius ke ni?”
            Qasyi mengangguk kepala.
            “Syukur alhamdulillah. Akhirnya terbukak jugak hati kawan aku ni untuk bercinta.” Shazwina gembira.
            “Selama ni aku bukan bercinta ke, Cik Shazwina Shamien?” Qasyi buat-buat bodoh.
            “Selama ni kau hanya suka-suka je, tak serius pun. Tapi sejak Zihah muncul, aku tengok kau dah lain. Muka kau pulak berseri-seri bila datang ofis. Walaupun banyak kali pelawaan kau ditolak, kau langsung tak berputus asa. Apa yang membuatkan kau terjatuh hati pada dia?” Dia mengorek rahsia.
            “Aku pun tak tahu macam mana nak cakap. Pertama kali aku terpandang wajah dia, aku rasa sesuatu kat dalam ni.” Jari telunjuk dibawa ke dada. “Dengan dia aku rasa tercabar bila dia asyik tolak pelawaan aku. Aku tengok dia tak sama macam perempuan-perempuan yang selalu aku usung sana sini,” luah Qasyi.
            “Tak syak lagi, Qasyi Umair memang dah terkena panahan cinta Aina Nazihah. Bila kau nak confess kat dia?”
            “Macam mana aku nak confess, bila aku ajak keluar je dia tolak. Dia nampak aku je dia mengelak.” Wajah Qasyi berubah kendur.
            “Sabarlah. Nanti adalah peluang untuk kau confess kat dia. Kalau dah couple nanti jangan pulak buat dia macam semua bekas kekasih kau tu,” nasihat Shazwina.
            “Kali ni aku akan jaga betul-betul. Insya-Allah, kad kahwin aku akan sampai ke tangan kau suatu hari nanti.”
            “Okeylah, aku nak pergi sambung kerja. Aja-aja fighting, boss!!!” Shazwina berlalu dari bilik itu.
                                                            ******
NAZIHAH sedang menunggu teksi di hentian teksi yang berdekatan dengan bangunan Impiana Holdings. Tiba-tiba hujan turun. Dari renyai-renyai bertukar menjadi lebat. “Hesy, macam mana aku nak balik ni? Hujan bertambah lebat, satu teksi pun aku tak nampak lagi ni! Dahlah payung tertinggal kat dalam ofis!” keluhnya.
            Dia menjeling jam di pergelangan tangan kiri, sudah pukul 5.30 petang. Sudah setengah jam dia menunggu di situ. Bukan tak ada rakan-rakan sekerja mahu menumpangkan tapi dia yang menolak. Dia tak mahu menyusahkan mereka. Gegaran di dalam beg tangan mengejutkannya. Tangan diseluk ke dalam mencapai telefon pintar.
            “Helo, Zihah… mama ni.” Kedengaran suara di hujung talian.
            “Ya, ma…” sahut Nazihah.
            “Zihah kat mana tu? Kenapa suara tak clear?
            “Zihah tengah tunggu teksi ni, ma. Kat tempat kerja hujan.” Nazihah bersuara sedikit kuat cuba melawan bunyi hujan.
            “Itulah... mama suruh bawak Toyota Camry, Zihah tak nak. Nak jugak beli kereta secondhand. Lepas tu boleh pulak Zihah mohon praktikal kat syarikat lain. Syarikat arwah ayah kan ada!” Mama Nazihah mula berleter.
            “Mama, Zihah nak cari pengalaman kat syarikat lain dulu. Bila dah habis belajar barulah Zihah tolong mama kat syarikat arwah ayah.” Sorry, ma… Zihah tak boleh bagitahu mama pasal plan Zihah tu. Kalau mama tahu, mesti mama marah. “Pasal kereta pulak Zihah tak nak orang lain tahu yang Zihah anak orang berada. Nanti ada orang ambil kesempatan pulak,” sambungnya lagi.
            “Ikut suka hati Zihah la. Dah tu, kenapa dah lama tak balik rumah? Tak rindu kat mama ke? Banyak sangat ke kerja kat ofis tu?”
            “Sekarang ni busy sikitlah, ma. Nanti Zihah balik eh?” bohongnya lagi.  Memang Zihah busy, ma. Tapi bukan pasal kerja... Zihah busy merangka rancangan Zihah. Tak lama je lagi. Sabar ya, ma?
            Tiba-tiba ada Toyota Harier berhenti betul-betul di depannya.
            “Ma, nanti kita sembang lagi ya? Assalamualaikum.” Nazihah mematikan talian.
            Cermin kereta diturunkan, Qasyi menjengukkan kepalanya. “Zihah, apa awak buat kat sini?” jeritnya melawan bunyi hujan.
            “Saya tengah tunggu teksi.” Nazihah melihat ke kanan kalau-kalau teksi lalu di situ. Namun dia hampa apabila masih tiada walau satu teksi pun yang lalu di situ.
            “Masuklah, saya hantarkan.”
            “Tak apalah, Encik Qasyi. Saya boleh tunggu teksi.” Dalam hati dia berdoa agar teksi muncul.
            “Hujan-hujan macam ni teksi susah nak dapat. Jom saya hantar. Hari pun dah lewat ni.”
            Nazihah berfikir sejenak sebelum berlari anak masuk ke dalam kereta Qasyi.
            “Kereta awak mana?” tanya Qasyi apabila hampir pertengahan jalan mereka membisu.
            “Kat bengkel.” Nazihah melemparkan pandangan ke luar tingkap.
            “Kenapa awak tak suruh kekasih awak jemput?” Sengaja Qasyi bertanya begitu.
            “Kekasih?” Nazihah menoleh ke wajah Qasyi. Keningnya dikerutkan.
            “Alah, lelaki yang hantar awak pagi kelmarin tu.”
            “Ooo, Abang Eshaan? Dia sepupu saya. Dia tak ada kat KL sekarang.”
            “Awak tak ada boyfriend ke?”
            “Tak ada. Saya malas nak fikir pasal cintan-cintun ni.”
            “Zihah, kalau saya kata yang saya suka awak dan nak awak jadi isteri saya, awak terima tak?”
            “Maaf, saya tak boleh terima,” jawab Nazihah laju. Ketika itu kereta Qasyi sudah berhenti di hadapan rumah sewanya.
            “Tapi kenapa?” Qasyi tak puas hati.
            “Sebab saya tak nak jadi sebahagian dari koleksi awak!” Tegas jawapan Nazihah.
            “Saya suka awak bukan untuk dijadikan koleksi, Zihah… saya dah berubah. Dah buang semua tabiat lama saya tu. Saya nak awak jadi suri di hati saya dan ibu kepada anak-anak saya.” Qasyi bersungguh-sungguh meyakinkan Nazihah.
            Ibu kepada anak-anak dia? Haila, rasa macam nak pengsan aku dengar! “Maaf, Encik Qasyi… saya tak berminat. Awak cari je orang lain yang lebih layak.” Usai berkata-kata, Nazihah terus melangkah keluar meredah hujan. Dia pantas membuka pintu pagar.
            “Zihah!” Qasyi turut keluar dari kereta.
            Nazihah berpaling memandang Qasyi sudah berdiri di belakangnya. Pakaian lelaki itu sudah lencun dibasahi hujan.
“Saya ikhlas sukakan awak dan cintakan awak, Zihah. Please… jadi isteri saya. Saya janji hanya awak seorang je dalam hati saya. Saya janji takkan mempermainkan perasaan. Saya nak hidup dengan awak hingga ke Jannah.” Qasyi merayu. Dia cuba mencapai tangan Nazihah namun ditepis.
            Nazihah pantas melangkah masuk ke dalam. Pintu pagar dikunci semula memandangkan teman serumahnya pulang ke rumah keluarga masing-masing. “Dan saya ikhlas menolak lamaran awak, Encik Qasyi! Untuk pengetahuan awak, saya langsung tak ada hati pada awak. Awak baliklah, jangan buang masa kat sini.” jawabnya lalu berpaling untuk melangkah ke pintu rumah. Tapi kenapa ada terharu dalam hatinya apabila mendengar kata-kata Qasyi tadi?
            “Saya takkan balik selagi awak tak terima saya, Zihah!” Qasyi tetap berdegil. Dia tak percaya gadis itu tak mencintainya.
            “Suka hati awaklah. Yang jatuh sakit nanti awak, bukan saya!” Dia berlalu masuk ke rumah. Jauh di sudut hati ada rasa risau mula menjengah.
            Qasyi duduk di batu bersebelahan pagar. Dia nekad tak akan balik selagi Nazihah tak menerimanya. Barulah dia sedar bukan mudah untuk mencairkan hati Nazihah. Nazihah bukan seperti perempuan lain yang mudah cair dengan wajah kacaknya.
                                                            *****
JAM sudah menunjukkan pukul 8 malam. Hujan di luar masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti, sebaliknya semakin lebat. Nazihah melangkah ke jendela lalu mengintai ke luar pagar. Dia ternampak kelibat Qasyi yang sedang duduk di luar bermandikan hujan.
“Dia serius ke sukakan aku?” tanya Nazihah kepada diri sendiri. Dia jatuh kasihan melihat keadaan Qasyi yang menggigil kesejukkan. Telefon pintar yang diletakkan di meja solek dicapai lantas menghubungi Eshaan. Apabila talian bersambut, dia menceritakan kejadian lewat petang tadi.
            “Tak baik Zihah biarkan dia berhujan. Zihah tak kesiankan dia ke?” Eshaan ternyata tak menggemari apa yang dilakukan oleh Nazihah. “Cuba Zihah tanya pada hati Zihah. Tak ada sekelumit rasa kasih ke Zihah pada dia? Kalau perempuan-perempuan kat luar sana boleh jatuh hati pada dia, mesti Zihah pun ada tersangkut sekali kan bila tengok muka dia 8 jam setiap hari?”
            “Ya, Zihah mengaku memang Zihah terpaut pada dia sejak pertama kali tengok gambar dia kat dalam paper tapi Zihah takut. Zihah takut kalau Zihah terima dia nanti, nasib Zihah akan sama dengan kekasih-kekasih dia yang lain.” Nazihah membuat pengakuan. Dengan abang sepupunya itu memang dia tak pernah berahsia.
            “Dengar sini, Zihah. Cuba Zihah fikir secara logik. Pernah tak dia merayu macam tu kat bekas kekasih dia yang lain? Pernah ke?”
            “Tak pernah,” jawab Nazihah perlahan.
            “See… maknanya dia betul-betul cintakan Zihah! Kejadian pagi kelmarin buktinya. Zihah sendiri tengok muka dia berubah, kan? Kalau dia nak main-mainkan Zihah, dia takkan lamar Zihah jadi isteri dia. Sekarang, abang nak Zihah keluar dari rumah dan cakap kat dia yang Zihah terima lamaran dia!”
            “Tapi apa akan jadi pada Zihah nanti kalau dia tahu siapa Zihah yang sebenarnya?”
            “Abang rasa Zihah kena berterus-terang kat dia. Abang yakin dia akan terima Zihah dan akan berterima kasih sebab Zihah dah kembalikan kebahagiaan dia,” nasihat Ehsaan. “Okeylah, abang nak keluar makan ni. Assalamualaiku.”
            “Waalaikumussalam.” Selepas memutuskan talian, Nazihah melangkah keluar dari biliknya. Dia menuruni tangga lalu membuka pintu rumah. Payung yang terletak di luar rumah dicapai dan dia berjalan ke arah pintu pagar. Dia memayungi Qasyi sebaik saja pintu pagar dibuka.
            Qasyi yang masih setia di situ segera bangun. Dia menggigil kesejukkan. “Awak sudi terima saya?” Nada suaranya kedengaran lemah.
            Nazihah menggangguk laju. Matanya mula berair.
            “Betul ni?” Qasyi teruja namun suaranya masih lagi lemah. “Ke awak cakap macam tu sebab nak suruh saya balik?”
            “Betul... saya ikhlas terima awak dan saya sebenarnya cintakan awak jugak,” jawab Nazihah kuat, melawan jeritan hujan. “Awak janji jangan mainkan perasaan saya ya?”
 Qasyi mengangguk. “Saya janji. Terima kasih, Zihah...” Dan dia mula rebah.
Mujur Nazihah sempat menahan Qasyi dari jatuh. Payung yang dipegang tadi terlepas. “Encik Qasyi, kenapa ni? Encik Qasyi!”  Nazihah panik. Dia melekapkan belakang tangannya ke dahi Qasyi. Panas! Dia menggunakan kudrat yang ada untuk menarik Qasyi ke dalam kereta lelaki itu. 
            Kemudian dia berlari ke rumah untuk mencapai beg tangan dan telefon pintar. Selepas mengambil apa-apa yang patut dan mengunci pagar rumah, dia menuju ke kereta semula lalu memandu laju ke hospital.
                                                            *****
PINTU wad dikuak dari luar.
Nazihah berpaling ke arah pintu. Dia berdiri apabila Dato’ Johan dan Qaleef melangkah masuk. “Maafkan saya, uncle… ni semua salah saya. Kalau saya tak biarkan Qasyi berhujan, mesti dia tak jatuh sakit.” Dia menundukkan wajah.
            Dato’ Johan memandang wajah lembut di depannya. Dia tersenyum. “Tak apa, Zihah. Uncle  tak salahkan Zihah. Qasyi memang sensitif dengan hujan. Kalau dia terkena hujan, dia memang mudah demam. Macam mama dia jugak.”  Senyuman Dato’ Johan mati apabila dia tersasul menyebut tentang bekas isterinya. Sudah lama dia tak menyebut pasal bekas isterinya apabila bersama dengan anak-anak. Jauh di sudut hati, dia masih mencintai bekas isterinya itu. Hanya anak-anaknya saja yang tak tahu. Mereka menyangka dia sudah membenci bekas isterinya.
            “Awak baliklah dulu, Zihah… kami boleh jaga along.” Qaleef memecahkan kejanggalan di wad itu.
            “Eh, tak apa! Saya yang sepatutnya jaga dia. Sebab saya, dia jatuh sakit.” Rasa bersalah masih menyelubungi ruang hati Nazihah.
            “Zihah balik dulu. Tengok pakaian Zihah tu basah. Nanti Zihah pulak yang demam.” Dato’ Johan pula bersuara.
            “Kalau macam tu saya balik dulu, uncle… ni kunci kereta Encik Qasyi.” Nazihah menghulur kunci kereta pada Dato’ Johan.
            “Zihah bawak balik kereta Qasyi tu. Bahaya anak dara naik teksi malam-malam.” Dato’ Johan bimbangkan keselamatan Nazihah.
            Nazihah mengangguk lalu melangkah keluar dari wad itu.
            Satu jam kemudian Qasyi membuka matanya. Dahinya berkerut melihat dirinya berada di tempat lain, bukan di rumah sewa Nazihah. Dia lihat papanya sedang membaca majalah di sofa manakala Qaleef sudah tertidur di sebelah papanya. “Papa…” panggilnya.
            Dato’ Johan mengangkat muka. Majalah di tangan ditutup dan dia mendapatkan Qasyi. Dahi anak sulungnya dirasa dengan belakang tangan.
            Qaleef yang hanya tidur-tidur ayam turut membuka matanya.
            “Macam mana along boleh ada kat sini, pa? Bukan tadi along ada kat rumah Zihah ke?” Qasyi keliru.
            “Along pergi rumah Zihah? Buat apa?” tanya Qaleef. Keningnya dijungkit.
            Dato’ Johan juga menanti jawapan Qasyi. Ada senyuman terukir di bibirnya.
“Tadi hujan sebab tu along hantar Zihah balik.”
            “Along hantar Zihah? Bukan dia ada kereta ke?” Dato’ Johan pelik.
            “Kereta dia masuk bengkel.”
            “Chop… chop… along hantar Zihah naik kereta, kan? Macam mana along boleh kena hujan pulak?” Qaleef cuba menganalisa jawapan Qasyi.
            “Along lamar dia jadi isteri along,” jawab Qasyi. “Along dah bersedia nak kahwin, pa. Along dah bersedia nak galas tanggungjawab sebagai suami. Along tak nak bercinta lama-lama.”
            Mata Dato’ Johan dan Qaleef sudah membesar.
            “Nazihah macam mana? Dia terima along?” tanya Dato’ Johan.
            Qasyi mengangguk lantas tersenyum.
            “Bukan ke dulu dia pernah tolak pelawaan along? Macam mana boleh terima pulak?” tanya Dato’ Johan lagi.
            Qasyi bangkit lantas menyandarkan badannya di kepala katil. Tak selesa rasanya apabila asyik berbaring. “Nak air, dahagalah.”
            Qaleef pantas bangun lalu mencapai gelas. Air di tuang ke dalam gelas dan diberikan kepada alongnya. Kemudian dia duduk di sisi papanya.
            Gelas yang sudah kosong Qasyi letakkan ke meja sisi. “Along lamar dia masa dah sampai kat depan rumah dia. Mula-mula tu dia tolak. Along nekad tunggu kat luar rumah dia sampai dia setuju.”
            “Maknanya along berhujanlah?” Qaleef menyampuk.
            Qasyi mengangguk.
            Dato’ Johan tekun mendengar.
            “Lepas tu?” tanya Qaleef.
            “Lepas tu… lama jugaklah along tunggu kat luar rumah tu. Dengan menggigilnya, dengan hujan yang tak henti-henti turun. Ada jugak along rasa nak putus asa tapi along cuba bertahan. Bak kata orang dulu-dulu, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Tak lama lepas tu Zihah datang dan dia terima along. Masa tulah along pengsan. Sedar-sedar je along ada kat hospital.” Qasyi mengakhiri ceritanya.
            “Wah… dah macam dalam novel pulak kisah along ni. Nasib baik Zihah terima. Buatnya dia tak terima, alamat berkampunglah along kat depan rumah dia tu,” komen Qaleef.
            “Along tak main-main dengan Zihah, kan?” Bukan Dato’ Johan tak tahu perangai anak sulungnya. Dia tak mahu anaknya itu mempermainkan Nazihah.
            “Along serius dengan Zihah, pa. Along nak hidup dengan dia sampai ke hujung nyawa.” Ikhlas Qasyi berkata.
            Dato’ Johan mengucap syukur di dalam hati. Akhirnya muncul juga gadis yang telah berjaya memecahkan tembok yang Qasyi bina. Sedikit sebanyak anaknya itu sudah percaya pada ikatan perkahwinan.
            “Kalau macam tu, nanti bolehlah papa jumpa keluarga Zihah kan, pa?” Qaleef bersuara ceria.
            “Along rasa jangan dulu kot. Tunggu masa yang sesuai. Kalau kita pergi mengejut, boleh pengsan keluarga dia nanti.”
            “Papa ikut je. Papa tak kisah lambat atau cepat yang penting Zihah jadi menantu sulung papa.” Dato’ Johan tersenyum.
                                                            *****
NAZIHAH merebahkan badannya di atas katil. Dia tersenyum memandang siling. Hubungannya dengan Qasyi semakin rapat sejak lelaki itu keluar dari hospital. Selain Qasyi, dia juga semakin rapat dengan Dato’ Johan dan Qaleef. Berada di kelompok keluarga Qasyi membuatkan dia bahagia. Dato’ Johan melayannya seperti anak sendiri. Terasa seperti mendapat semula kasih sayang ayahnya.
            Ayahnya meninggal akibat serangan jantung ketika berusia 15 tahun dan sedang menduduki peperiksaan PMR. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan dia ketika itu. Dia menjadi yatim piatu pada usia yang terlalu muda. Mama kandungnya pula meninggal dunia sebaik saja dia dilahirkan. Ketika dia berusia 9 tahun, ayahnya telah berkahwin lain. Mama tirinya terlalu baik. Melayan dia seperti anak kandung sendiri walaupun mempunyai anak dengan bekas suami. Dia pernah bertanya kepada mama tirinya kenapa berpisah dengan bekas suami? Jawapan yang diberikan adalah tiada jodoh.
            Selepas kematian ayahnya, dia bergantung hidup pada mama tirinya. Wanita itulah yang menguruskan segala keperluan hidupnya. Nazihah terkenang kembali peristiwa yang menyebabkan dia nekad untuk masuk ke dalam keluarga Dato’ Johan.
            Nazihah melangkah perlahan menghampiri bilik mama tirinya. Sampai saja di depan pintu bilik yang terbuka luas itu, dia pelik melihat mama tirinya menangis sambil menatap sebuah album. “Kenapa mama nangis?” soalnya sambil melangkah menghampiri wanita itu.
            Mama tirinya pantas menyembunyikan album di bawah bantal. “Mana ada mama nangis. Mata mama ni masuk habuk.”
            Mama… mama... Zihah bukan budak-budak lagi. Zihah tahu mama menangis. Tapi apa yang menyebabkan mama menangis? Tak mungkin mama menangis bila tengok gambar arwah ayah. Tu mesti gambar orang lain sebab aku tak pernah tengok pun album tu masa ayah hidup. Kata-kata itu hanya terluah di dalam hatinya saja.
            “Zihah dah makan?”
            “Belum lagi. Zihah masuk bilik mama ni nak ajak mama makanlah. Jom kita makan, ma. Zihah laparlah.” Nazihah mengusap perutnya.
            “Kesian anak mama. Jomlah kita makan.”
            Nazihah mengekori langkah mama tirinya dari belakang. Sekilas dia berpaling ke bantal merenung tajam pada album gambar yang disorokkan wanita itu tadi. Dia nekad mahu mendapatkan album itu nanti. Selagi tak lihat sendiri hatinya tak akan rasa puas. Dia yakin ada sesuatu pada album itu.
                                                            *****
SEBAIK saja mama tirinya ke tempat kerja, Nazihah pantas menyelinap masuk ke bilik wanita. Album gambar yang menjadi punca wanita itu mengalirkan air mata dicari. Hampir semua tempat digeledah namun satu album pun dia tak jumpa. Matanya tiba-tiba terpaku pada almari pakaian. Dia membuka almari lalu memulakan pencariannya. Matanya bersinar apabila menjumpai apa yang dicari. Ketika dia menarik keluar album itu, sebuah diari yang kelihatan agak kusam turut terjatuh. Dia mengutip diari itu lalu membeleknya.
“Diari siapa ni?” Naziha duduk di birai katil dan membaca isi yang terkandung dalam diari itu. Dia terkejut membaca isi diari milik mama tirinya. Dia tak menyangka wanita itu sanggup mengorbankan diri demi menyelamatkan syarikat bekas suaminya. Dia juga tak menyangka ayah yang amat dia sayang dan hormati sanggup meruntuhkan rumah tangga orang. Usai membaca diari itu, dia membuka pula album yang diambil tadi. Dia melihat satu per satu gambar yang ada.
            Tiba-tiba dia terdengar bunyi enjin kereta dimatikan. Dia melangkah ke tingkap bilik untuk melihat siapa yang balik. Terkejut dia melihat mama tirinya keluar dari kereta. Mungkin tertinggal barang. Sepantas kilat dia mengambil sekeping gambar pada album itu lalu menyimpan semula album itu di dalam almari. Diari milik wanita itu dibawa ke biliknya. Sejak dari itu dia nekad untuk mengembalikan mama tirinya ke pangkuan bekas suami dan anak-anak kandungnya. Sejak dari itu juga dia mula mengumpul maklumat mengenai bekas suami mama tirinya, Dato’ Johan.
Nazihah bangkit dari pembaringan. Badannya di sandarkan di kepala katil. “Aku mesti berterus terang pada Qasyi. Tapi aku takut! Tak apalah, demi mengembalikan mama pada Uncle Johan, aku sanggup terima apa je keputusan Qasyi. Mama dah banyak menderita sejak berkahwin dengan ayah. Aku nak tengok mama bahagia. Zihah, kau kena kuatkan semangat kau!”
                                                            *****
“QASYI, saya ada sesuatu nak bagitau awak,” kata Nazihah. Ketika itu dia dan Qasyi sedang menikmati pemandangan waktu malam di Putrajaya.
            “Apa dia?” soal Qasyi ingin tahu.
            Nazihah menarik nafas perlahan. Jika Qasyi masih menerima dia, dia ingin meminta bantuan lelaki itu untuk menolongnya menemukan kembali Dato’ Johan dengan mama tirinya, Khalidah.  
            “Sebenarnya, saya anak tiri Khalidah.” Nazihah memandang wajah Qasyi untuk melihat reaksi lelaki itu.
            Wajah Qasyi berubah merah menahan marah apabila mendengar nama mamanya keluar dari mulut Nazihah. Peristiwa 15 tahun dulu kembali menerjah di mindanya. Dia meraba parut yang dihadiahkan mamanya. “Jadi, selama ni awak sengaja nak mempermainkan sayalah?! Awak buat saya jatuh cinta pada awak, tergila-gilakan awak, lepas tu baru nak bagitahu yang awak ni anak tiri perempuan tu?! Apa yang awak dapat dengan buat macam ni? Apa?!”
Nazihah tergamam dengan reaksi Qasyi. Lidahnya kelu untuk bersuara.
“Awak nak balas dendam kat saya sebab saya mempermainkan perasaan ramai perempuan? Apa salah saya pada awak? Awak tak ada hak nak mempermainkan perasaan saya!” tengking Qasyi.
Pengunjung yang turut berada di situ sudah menjeling ke arah mereka.
            Qasyi bangkit dari duduknya. Dia berlalu meninggalkan Nazihah. Dia tak dapat menerima, perempuan yang dicintainya merupakan anak tiri mamanya.
            “Qasyi, tunggu! Dengarlah penjelasan saya dulu.” Nazihah turut bangun mengejar Qasyi. Ketika lelaki itu ingin membuka pintu kereta, dia cepat-cepat menghalang. Dia berdiri betul-betul di depan pintu kereta. “Dengarlah penjelasan saya dulu, Qasyi. Saya bukan nak mempermainkan awak. Dan saya bukan nak balas dendam kat awak. Awak kena dengar penjelasan saya,” rayunya.
            “Tak ada apa yang awak perlu jelaskan lagi. Mulai hari ni hubungan kita putus! Saya tak nak tengok muka awak lagi.” Qasyi menolak Nazihah ke tepi.
            “Senangnya awak, Qasyi. Lepas awak tunjukkan keikhlasan awak pada saya, awak tinggalkan saya. Awak tahu tak, sebab inilah saya tak nak terima awak dulu. Sekarang awak tinggalkan saya bila dapat tahu yang saya anak tiri mama Khalidah. Saya tak kisah awak nak tinggalkan saya tapi please… dengar dulu penjelasan saya.” Nazihah menangis teresak-esak.
            Qasyi tak sanggup melihat air mata Nazihah. Dia memang mencintai gadis itu tapi apabila mendapat tahu gadis itu mempunyai hubungan dengan mamanya, dia jadi benci! Benci dengan orang yang ada pertalian dengan perempuan itu. Dia mengeraskan hatinya untuk tak mempedulikan permintaan Nazihah. Dia masuk ke dalam kereta dan memandu meninggalkan kawasan Putrajaya.
            Nazihah masih lagi menangis teresak-esak. Dia mengambil telefon pintar di dalam beg tangan. Nombor Eshaan didail. Apabila talian bersambut, dia meminta abang sepupunya itu datang menjemputnya.
                                                            *****
“SABARLAH, Zihah. Semuanya salah abang, kan? Kalau abang tak suruh Zihah berterus terang, mesti hubungan Zihah dengan dia tak jadi macam ni, kan?” ujar Eshan. Ketika itu dia membawa Nazihah makan di Restoran Seri Melayu.
            Nazihah masih lagi sedih dengan keputusan Qasyi. Wajahnya muram. “Bukan salah abang pun. Kalau abang tak suruh pun Zihah memang nak bagitahu dia perkara sebenar.
            “Apa rancangan Zihah lepas ni?”
            “Zihah ingat esok Zihah nak jumpa dia kat ofis. Dia nak jumpa Zihah atau tak, Zihah tetap akan cerita perkara sebenar.”
            “Zihah nak abang temankan ke?” Eshaan bersimpati dengan nasib Nazihah.
            “Tak payah, bang. Zihah masih boleh handle.
                                                            *****
“AWIN, batalkan semua appointment aku. Lagi satu, aku tak nak sesiapa ganggu aku. Aku nak bersendirian!” Suara Qasyi kedengaran di Interkom. Selepas beberapa hari tak datang ke pejabat, akhirnya dia muncul juga hari ini.
            “Okey, bos!”
            Nazihah berjalan mendapatkan Shazwina. “Awin, Encik Qasyi ada kat dalam ke?” Hampir setiap hari dia bertanya Shazwina mengenai Qasyi. Pagi tadi ketika dia memarkirkan kereta, dia ternampak kereta Qasyi di situ. Dengan muka berseri-seri dia melangkah ke pejabat.
            “Bos ada tapi... dia tak nak jumpa sesiapa.” Shazwina serba salah
            “Please, Awin… saya kena jumpa dengan Encik Qasyi jugak. Penting sangat-sangat. Ini soal hidup dia.”
            “Tunggu kejap.” Shazwina menekan interkom. “Bos, Nazihah nak jumpa.”
            “Kan aku dah kata tak nak jumpa sesiapa. Kau tak faham bahasa ke?!” herdik Qasyi.
 Shazwina terperanjat. Selama dia bekerja di bawah Qasyi, tak pernah lagi dia ditengking sebegitu rupa.
            Dalam Shazwina sedang terkulat-kulat, Nazihah mengambil keputusan untuk melangkah masuk ke bilik Qasyi. Pintu bilik lelaki itu dikuak.
            Mencerlung mata Qasyi melihat Nazihah merempuh masuk ke dalam biliknya. “Siapa suruh kau masuk hah? Keluar dari bilik aku sekarang!” Marahnya pada Nazihah masih belum pudar. Dia rasa tertipu. “Awin, bawak dia keluar!” arahnya sebaik saja melihat wajah serba salah Shazwina di belakang Nazihah.
            “Zihah, jom kita keluar…” Shazwina memegang lengan Nazihah.
            “Saya takkan keluar sebelum awak dengar penjelasan saya!” ujar Nazihah tegas. Tangan Syazwina yang menariknya ditepis.
            “Okey, apa yang kau nak jelaskan? Cepat sikit, aku sibuk!” Qasyi mengalah.
            Mendengar kata-kata Qasyi, Shazwina melangkah keluar. Pintu bilik Qasyi ditutup rapat.
            Nazihah menghampiri Qasyi. Diari kusam milik Khalidah dihulur kepada lelaki itu. “Awak baca ni dulu, nanti awak akan faham.”
            Dengan malas Qasyi mengambil lalu menyelak helaian demi helaian. Dia terhenti pada helaian yang bertarikh 18 April 1996. Dia membaca satu per satu bait yang tertulis di situ.

            18 April 1996
Aku mendapat panggilan telefon dari mama. Mama memaksa aku meminta cerai dari Johan. Kalau aku tak ikut arahan mama, mama akan hancurkan perniagaan Johan. Mulanya aku hanya abaikan permintaan mama. Aku menyangka mama hanya berpura-pura mengugutku. Mana ada ibu yang sanggup tengok anak dia menderita, kan.

            21 April 1996
Sedikit demi sedikit pelabur di syarikat Johan menarik diri untuk terus melabur. Johan semakin susah hati dengan syarikatnya yang kian terumbang-ambing. Kalau boleh aku nak sangat bantu tapi aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Hanya satu je yang terlintas kat kepala aku sekarang. Mama! Ya, hanya mama yang boleh tolong syarikat Johan. Esok aku akan ke rumah mama meminta bantuan.
           
            22 April 1996
Aku tak sangka kejatuhan syarikat Johan berpunca dari mama. Mama memaksa aku sekali lagi meninggalkan Johan dan kedua-dua puteraku yang masih kecil tapi aku tak sanggup. Aku sangat sayangkan keluarga aku. Tapi mama bagi kata putus. Kalau aku tak minta cerai, mama akan buat hidup kami sekeluarga merempat!
Sampainya hati mama buat anak kandung dia macam ni. Tak nak ke mama tengok aku hidup bahagia dengan keluarga aku sendiri? Aku terpaksa membuat keputusan! Demi untuk tak mahu melihat suami dan anak-anak hidup menderita, biarlah aku mengalah. Biarpun pedih, kuteruskan jua.

            23 April 1996
Mama menghubungiku bertanyakan keputusan aku. Aku kata aku setuju dengan kehendak dia. Mama gembira. Dia akan suruh Malik ambil aku esok.
Hari ni merupakan hari terakhirku bersama keluarga tercinta. Aku memasakkan lauk kegemaran suami dan anak-anakku. Aku melihat satu per satu wajah yang aku sayang. Dalam hati, aku menangis pilu. Ya Allah, aku tak sanggup berpisah dengan keluargaku. Tolonglah kuatkan semangatku esok.
           
            24 April 1996
Tahniah, Khal! Kau dah berjaya menyakitkan hati suami dan anak-anak kau! Tapi aku terpaksa! Kalau tak, aku tak akan sampai hati nak tinggalkan mereka. Aku memang ibu yang teruk! Dengan tangan sendiri aku tolak along. Aku tergamam masa tengok banyak darah yang mengalir kat dahi along. Aku ingin menghampiri along dan bagitahu dia yang aku tak sengaja tolak dia. Maafkan mama, along... maafkan mama...
Bila Johan bagi kata putus kepadaku, aku nak sangat pilih untuk terus jadi isteri dia tapi mesej yang dikirim mama membantutkan keputusanku. Aku pasrah kalau sampai di sini saja jodohku dengan Johan. Kerna terpaksa juga, aku melangkah pergi buat selama-lamanya dari hidup suami dan anak-anakku. Along, Qaleef... maafkan mama. Maafkan Khal, abang...

            25 April 1996
Hari ini mahkamah mengesahkan perceraianku dan Johan. Aku terpaksa meneruskan hidupku tanpa Johan dan anak-anak. Petang itu juga tanpa pengetahuan Johan aku pergi ke hospital di mana along ditempatkan. Aku hanya melihat dari jauh. Pilu hati tengok kepala along yang berbalut. Aku teringin sekali nak peluk along dan kurangkan kesakitannya. Maafkan mama, along… maafkan mama. Mama sayang along, sayang Qaleef  dan juga papa. Tapi mama tak berdaya, along… tak berdaya...

            Air mata Qasyi tumpah. Dia menyelak helaian seterusnya dan meneruskan pembacaan tanpa menghiraukan Nazihah yang merenungnya.

            26 April 1996
Aku terkejut mendengar permintaan mama. Mama memaksaku mengahwini Malik yang telah lama kematian isteri, sesudah aku habis edah nanti. Menurut mama, Malik mempunyai seorang anak perempuan yang ketandusan kasih-sayang seorang ibu. Mama kejam! Kenapa mama tak fikir pasal anak-anak aku yang juga memerlukan kasih sayang aku?!
Petang itu jugak aku jumpa Malik, minta dia menolak cadangan mama tapi Malik tak nak. Dia membuat pengakuan. Pengakuannya membuatkan aku terkejut. Dia sebenarnya cintakan aku sejak dulu lagi. Dia kecewa apabila dapat tahu aku berkahwin lari di Songkhla, Thailand bersama Johan.
Sejak itu dia membawa diri ke luar negara. Beberapa tahun kemudian dia kembali ke Malaysia bersama anak tunggalnya yang ketika itu berumur 9 tahun. Apabila dia mendapati syarikat mama menghadapi masalah, dia menghulurkan bantuan tapi dengan syarat, mama mesti kahwinkan aku dengan dia. Demi menyelamatkan syarikatnya, mama sanggup menggadaikan aku tanpa mengira aku masih isteri kepada Johan. Sungguh kejamnya mama!
Ternyata rancangan Malik dan mama untuk memisahkan aku dan keluarga berhasil. Sehingga aku dibenci oleh bekas suami dan anak-anakku sendiri.

            14 August 1996
Hari ini, aku telah sah menjadi isteri Malik. Hati merintih pilu namun apabila melihat wajah anak tunggal Malik, aku merasakan rinduku terhadap anak-anakku terubat. Aku layan anak Malik seperti anakku sendiri. Nazihah seorang anak yang baik dan mendengar kata.

            28 Julai 1999
Mama telah kembali ke Rahmatullah. Aku redha dengan pemergian mama. Kepada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali. Semoga roh mama dicucuri rahmat. Sebelum mama menghembuskan nafas terakhir, mama sempat memohon maaf atas segala perbuatannya kepadaku. Aku dengan seikhlas hati memaafkan mama.

            30 september 2000
Hubunganku dengan Malik tak bahagia sejak dari mula kami berkahwin. Kami sering bertengkar sebab dia tangkap aku selalu menangis melihat gambar-gambarku bersama Johan dan anak-anak. Pernah dia campak album itu ke luar tingkap. Mujur Mak Milah, orang gaji Malik ternampak ketika dia sedang menyiram pokok bunga. Dia bagi kepadaku semula selepas Malik ke tempat kerja.

            20 February 2002
Malik telah selamat dikebumikan semalam. Aku terjumpa sepucuk surat dari dalam laci. Aku kenal tulisan tangan Malik. Surat itu kubuka apabila melihat namaku tertera di situ. Dalam kandungan surat itu Malik juga memohon maaf kepadaku kerana telah meruntuhkan rumah tanggaku. Dia meminta aku menjaga anaknya Nazihah dan memintaku menguruskan syarikatnya. Aku berjaji akan menjaga Nazihah seperti anakku sendiri kerana Nazihah la penawarku sekarang.

            15 September 2003
Selepas terbaca  artikel tentang Johan di paper, aku rasa sangat rindu dengan anak-anakku. Ternyata Johan telah berjaya membangunkan empayarnya semula. Aku teringin berjumpa dengan anak-anakku dan Johan tapi aku takut mereka tak nak berjumpa denganku lagi.
Biarlah aku memendam rindu ini, asalkan mereka bahagia tanpaku. Biarlah Tuhan yang menentukan segalanya.

            Qasyi menutup diari kusam itu setelah selesai membaca. Air matanya masih lagi belum berhenti. Dia memandang Nazihah. “Thanks, Zihah… thanks sebab bagitahu saya perkara yang sebenar. Kalau tak, mesti saya masih benci mama. Rupa-rupanya mama tak salah,” ucapnya
            Nazihah tersenyum. “Lepas je saya baca diari mama, saya nekad nak  kembalikan mama semula kepada keluarganya. Sebab tulah saya masuk ke syarikat ni tapi awak je yang salah anggap.”
            “Sorry sebab saya dah sakitkan hati awak kelmarin.”
            “It's okay...” Nazihah tersenyum.
            “Awak balik dengan apa hari tu?”
            “Saya telefon Abang Eshaan suruh dia ambil.”
            “Boleh bawak saya jumpa mama?”
            Nazihah mengangguk. “Tapi bukan sekarang.”
            “Kenapa pulak?” Qasyi pelik.
            “Sebab saya ada rancangan saya sendiri tapi saya nak awak tolong saya.” Nazihah tersengih nakal.
            “Tolong apa?”
            “Macam ni… hari Ahad ni hari bapa, kan? So, saya nak awak pakat dengan Qaleef supaya bawak Uncle Johan ke Hotel Hilton. Saya pulak akan bawak mama ke sana. Nanti kita jumpa kat sanalah.”
            “Ooo… maknanya awak nak buat program jejak kasihlah ni ya?” Qasyi tersenyum. Terharu dengan rancangan Nazihah.
            “Pandainya awak teka,” puji Nazihah.
Shazwina yang berada di luar pelik mendengar ketawa bosnya dan Nazihah.  “Aik, tadi bukan main melenting. Sekarang ketawa pulak? Entah apalah ilmu yang Si Zihah pakai ni.”
            “Zihah, saya nak kita sambung balik hubungan kita. Saya janji takkan sakitkan hati awak lagi. Awak pun tahu kan masa tu fikiran saya bercelaru bila awak bagitahu pasal identiti awak yang sebenarnya. Terima saya balik eh?” pinta Qasyi.
            Nazihah mengangguk laju.
            “Thanks, Zihah… thank you so much,” ucap Qasyi.
                                                            *****
“MAMA, boleh Zihah masuk?” pinta Nazihah yang sudah berada di depan pintu bilik Khalidah.
            “Masuklah. Macam tak biasa pulak Zihah ni.” Khalidah tersenyum.
            Nazihah pantas melabuhkan duduk di atas kati di sebelah Khalidah.
            “Dah besar anak mama ni. Zihah dah ada special boyfriend ke?” Khalidah mengusap lembut pipi Nazihah.
            Nazihah mengangguk. Inilah peluangnya untuk menceritakan rancangannya.
            “Siapa lelaki yang berjaya menambat hati anak mama ni?” Khalidah memeluk bahu Nazihah dengan sebelah tangan.
            “Nama dia Qasyi.”
            Khalidah tergamam mendengar nama itu. Tak mungkin dia. Ramai lagi nama Qasyi. Khalidah cuba menyedapkan hatinya.
            Nazihah tahu mamanya terkejut. “Qasyi Umair Dato’ Johan.” Kali ini Nazihah menyebut nama penuh Qasyi.
            Kelihatan peluh memercik di dahi Khalidah. Wajahnya pucat.
            “Kenapa, mama? Mama sakit ke?”
            “Erk... tak ada apa-apa. Mama okey.” Khalidah menyeka peluh di dahinya. “Zihah buat praktikal kat syarikat mana?”
            “Impiana Holdings.”
            “Ya Allah!” Jantung Khalidah bergetar kuat.
            “Kenapa, ma?”
            “Tak ada apa-apa. Zihah, mama mengantuk. Mama nak tidur dulu.” Khalidah menarik selimut dan ingin membaringkan diri.
            “Zihah dah tahu semuanya, ma.”
            Kata-kata Nazihah menghentikan perlakuan Khalidah. Dia memandang Nazihah dengan riak terkejut. “Apa yang Zihah tahu?”
            Nazihah senyap. Sengaja mahu buat mamanya tertanya-tanya.
            “Zihah…” Khalidah memegang tangan Nazihah meminta penjelasan.
            Sejuk terasa tangan Khalidah. Nazihah menarik nafas perlahan. “Zihah tahu segalanya pasal kisah silam mama. Mama dipaksa minta cerai, mama terpaksa kahwin dengan ayah Zihah dan mama sangat-sangat merindui keluarga mama.”
            “Mana Zihah tahu?”
            “Zihah terbaca diari mama. Zihah minta maaf sebab baca diari tu tanpa pengetahuan mama. Sebenarnya Zihah masuk ke Impiana Holdings bersebab.” Nazihah memandang wajah Khalidah yang lencun dibasahi air mata.
            Khalidah tersedu-sedan. Matanya terbayang wajah-wajah yang amat dirindui. Dia memegang dadanya. Terasa pedih dadanya menanggung rindu.
            “Zihah masuk ke situ untuk kembalikan mama kepada Uncle Johan dan anak-anak mama,” sambung Nazihah lagi.
            “Tapi dia orang bencikan mama. Dia orang fikir mama jahat tapi mama terpaksa, Zihah… mama terpaksa.”
            “Ma, Zihah tahu mama terpaksa. Bukan kehendak mama pun.” Nazihah menenangkan Khalidah. “Mama, sebenarnya Qasyi dah tahu pasal ni. Dia dah maafkan mama.”
            “Betul ke dia maafkan mama? Betul ke, Zihah?” Khalidah menggoncang bahu Nazihah.
            Nazihah mengangguk. “Dia teringin sangat nak jumpa mama. Mama nak jumpa dia tak?”
            “Nak, Zihah… mama nak jumpa dia. Boleh kita pergi sekarang?” Khalidah bangkit mahu menukar pakaian. Pintu almari sudah dibuka. Laju tangannya memilih baju.
            Nazihah turut bangkit mendapatkan Khalidah. “Mama, kita bukan nak pergi malam ni. Dah lewat ni. Qasyi mesti dah tidur.”
            Terhenti pergerakkan Khalidah. Wajahnya bertukar muram. Perlahan-lahan dia melabuhkan duduk di katil. Air matanya mengalir lagi. Dia benar-benar ingin berjumpa anak-anaknya.
            “Mama, janganlah macam ni. Zihah akan bawak mama jumpa dengan dia orang hari Ahad nanti ya? Zihah janji yang keluarga mama akan bersatu semula.”
            Khalidah memeluk Nazihah.
                                                            *****
“PAPA, hari ni kita sambut hari bapa kat Hotel Hilton eh? Boringlah asyik sambut kat rumah je,” pinta Qaleef. Semalam dia baru mendapat tahu mengenai mamanya. Qasyi telah menceritakan segala-galanya. Dia juga seperti Qasyi, tak menyangka mamanya telah diugut oleh arwah nenek mereka. Tapi dia tak membenci arwah neneknya kerana neneknya telah tiada. Lagipun, tak baik memaki orang yang sudah tiada.
            “Papa rasa malaslah nak keluar hari ni. Kita sambut kat rumah jelah,” ujar Dato’ Johan pula.
            “Alah, pa… please...” rayu Qasyi pula. “Along, Qaleef dan Zihah ada hadiah istimewa untuk papa. Please, pa…
            “Betul ni hadiah istimewa?” Dato’ Johan teruja mendengarnya. Siapa yang tak nak hadiah, kan...
            Kedua-dua mereka mengangguk serentak.
            “Okey, kita sambut kat luar!” putus Dato’ Johan.
            “Yeay!!!” Mereka bersorak seperti budak kecil. “Jom kita bersiap sekarang!” Qasyi dan Qaleef menarik tangan Dato’ Johan.
                                                            *****
“MANA hadiahnya?” Dato’ Johan menghulurkan tangan kepada Qasyi dan Qaleef.
            “Nantilah, pa. Kejap lagi Zihah bawak. Kita tunggu sekejap.” Qasyi menilik jam di tangan kiri. Beberapa minit menunggu, dia terpandang kelibat Nazihah bersama mamanya di pintu masuk Restoran Hotel Hilton. “Papa, pejam mata sekejap boleh tak? Zihah dah bawakkan hadiah tu,” pintanya
            “Okey.” Tanpa banyak cakap, Dato’ Johan menutup kedua-dua belah matanya.
            Nazihah mempercepatkan langkah.
            “Zihah, mama takutlah.” Khalidah gementar sebaik saja melihat anak-anak dan bekas suaaminya sudah sedia menunggu.
            “Mama jangan risau, Qasyi dan Qaleef kan dah maafkan mama. Dia orang tak salahkan mama pun. Relaks, okey…” Nazihah menggenggam tangan Khalidah.
            Qasyi dan Qaleef menyalami mamanya sebaik saja Nazihah dan Khalidah sampai ke meja. Qasyi membuat isyarat agar Khalidah tak bersuara dan memintanya duduk di hadapan Dato’ Johan yang masih lagi munutup mata.
            “Papa boleh bukak mata sekarang,” arah Qasyi.
            Sebaik saja membuka matanya, Dato’ Johan terkejut melihat bekas isterinya berada di depannya. Lama dia merenung wajah bekas isterinya itu.
            “Pa, inilah hadiah yang along, Qaleef dan Zihah cakapkan tu. Tapi sebelum kami tinggalkan papa dan mama untuk berbincang, along dan Qaleef nak minta maaf pada mama sebab pernah membenci mama,” ucap Qasyi. Kemudian Qasyi dan Qaleef mendapatkan mamanya. Tubuh wanita itu dipeluk.
            “Mama pun nak minta maaf jugak sebab mama dah tinggalkan kamu berdua dan mama jugak dah cederakan along.” Khalidah menangis teresak-esak. Dia mencium dahi kedua-dua anak bujangnya yang sudah 15 tahun tak ditemui. “Dah besar anak-anak mama ni…”
            Nazihah dan Dato’ Johan yang menyaksikan adengan itu turut mengalirkan air mata. Kemudian Dato’ Johan dan Khalidah ditinggalkan berdua untuk berbincang dari hati ke hati.
            “Abang, Khal nak minta maaf sebab Khal tak tunaikan janji untuk sehidup semati dengan abang. Khal dah mungkir janji.” Khalidah menceritakan semula sebab dia meninggalkan keluarganya pada masa itu.
            Dato’ Johan mengesat air matanya. “Sudahlah, Khal. Perkara yang lama jangan dikenang lagi. Sekarang ni kita buang yang keruh, ambil yang jernih,” ucap Dato’ Johan seusai mendengar cerita dari bekas isterinya. “Khal, abang nak kita nikah semula. Sudi tak Khal jadi isteri abang semula?” Cintanya pada Khalidah bertambah mekar setelah mendengar cerita bekas isterinya. Dia terharu dengan pengorbanan bekas isterinya itu.
            “Tapi, bang... macam mana dengan along dan Zihah? Dia orang kan tengah bercinta sekarang.” Khalidah ragu-ragu.
            “Pasal kami mama dan papa tak perlu risau sebab kami bukan adik-beradik kandung pun. Jadi, along dah buat keputusan yang along akan menikahi Zihah.” Qasyi tiba-tiba menyampuk dari belakang.
            Nazihah terharu bercampur terkejut mendengar keputusan Qasyi.
            “Nampaknya kita buat serentaklah perkahwinan papa dengan mama, along dengan Zihah,” kata Qaleef pula.
 Mereka sekeluarga ketawa gembira.
                                                            *****
USAI majlis pernikahan antara Dato’ Johan-Khalidah dan Qasyi-Nazihah, mereka berkumpul di ruang tamu beramai-ramai.
            “Zihah, thanks sebab kembalikan mama kepada papa. Papa amat menghargai pertolongan Zihah,” ucap Dato’ Johan.
            “Tak apa, pa. Itu dah memang tanggungjawab Zihah. Zihah sanggup buat apa saja untuk tengok mama gembira semula. Mama dah banyak hidup menderita di sebabkan arwah ayah Zihah,” kata Nazihah pula.
            “Thanks, Zihah… thanks sebab satukan kembali keluarga abang. Kalau Zihah tak muncul kat syarikat papa, mungkin abang masih jadi playboy lagi kot.” Qasyi menggenggam erat tangan Nazihah.
            “Kalau tak disebabkan Qaleef, mesti along tak bertemu dengan kak long tau. Dahsyat betul along ni tau, ma. Sampai berhujan dia merayu kat kak long supaya terima lamaran dia.” Qaleef mengungkit semula kejadian yang menyebabkan Qasyi demam.
            “Yalah. Terima kasih jugak pada Encik Qaleef Haikal kita ni yang dah berjaya pujuk papa supaya pilih Zihah untuk program praktikal kat ofis tu,” kata Qasyi lagi.
Mereka ketawa lagi
            Nazihah bersyukur di dalam hati kerana segala rancangannya berjalan lancar. Sekarang, keluarga suaminya sudah bersatu kembali.


~TAMAT~


p/s: Cerpen ni WC buat khas sempena Hari Bapa... Selamat Hari Bapa untuk semua bapa-bapa di luar sana...

16 comments:

  1. terharu sgt...
    entah la...mungkin la ati sy terlebih emosi...sampai nagis2 pula...sib baik x de org tgk. hee...

    tahniah.

    ReplyDelete
  2. Cik n.haliban: Terima kasih sudi bace... waa cite ni sedih sgt ek... nmpknye wc berjayalah buat cerita sedih...

    ReplyDelete
  3. blog berjaley2 baca cerita menarik :D

    ReplyDelete
  4. yg ni pun dah baca dulu kt blog wc tpi msa tu mls nak komen.. hehe.. sedih woo... x sngka mak die ada sbb tersendiri.. <3 karya2 wc~

    ReplyDelete
  5. @RinsyaRyc, thnks banyak2... WC akan usaha lagi, untuk baiki penulisan WC...

    ReplyDelete
  6. best sgt. terharu.. huhu.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Thnx tu awak n Mimi sebab sudi baca cerpen lama yang xseberapa ni... sekarang WC tengah gigih siapkan cerpen Jodohku Di Parking... Nak kata sekuel cerpen Kerna Terpaksa ni xkot sebab hero n heroin utk cerpen JDP ni org laen... cume letak watak dari cerpen KT ni sikit je...

      Delete
  8. Replies
    1. Terima kasih sudi baca cerita yang biasa-biasa ni

      Delete
  9. Best nya jalan cerita dan penamatnya . Tahniah buat penulis

    ReplyDelete
  10. best jalan cerita dia . hampir nak nangis tapi tetap control hahaha . tengah kerja ni nanti orang nampak malu la

    ReplyDelete